Friday, October 2, 2015

Cerekarama Sawan : Kisah Anak Merbah

Ini adalah drama cerekaromeng purbawara sebuah kehidupan Burung Merbah.

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan mana mana burung pungguk yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Sekadar berkisar tentang burung Merbah yang bersarang rendah.

Kenal tak burung Merbah?

Ini burung Merbah. Ehsan Google

Berikut adalah serba sedikit mengenai Burung Merbah ni.

Burung Merbah hanya terdapat di Borneo (termasuk Sabah and Sarawak, Malaysia, Brunei, and Kalimantan, Indonesia) serta kepulauan Indonesia di Sumatra dan Bangka. Populasinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana ketiadaan maklumat yang lengkap.

Berukuran 19-20 sm. Tinggal di kawasan hutan. Warna bulu pelepahnya kusam, coklat pada tengkok dan keseluruhan belakang. Bahagian mukanya berwarna putih, berjalur hitam dan bermisai pada alis mata serta pipi yang kelabu. Dada serba putih pudar dengan dikelilingi jalur kelabu pada rusuk. Siulannya sayup dan kicauannya garau “krrruukk”. Paruhnya keras dan mempunyai cangkuk. Terdapat spesies yang hampir serupa, seperti Puff-backed Bulbul Pycnonotus eutilotus, yang juga mempunyai bulu ekornya berwarna putih, tetapi ia lebih gelap coklat dan dadanya lebih cerah, mata kemerahan dan tidak mempunyai alis mata serta jalur.

Sebagai burung, Burung Merbah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Burung Merbah merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan tersenarai sebagai Terdedah dalam IUCN Red List of Threatened Species.

Kiranya endangered species jugak la ni.

Garapannya bermula begini.

* muzik iringan petanda cerita bermula.

* kedengaran sayup sayup bunyi senduk dan sudip ditala pada belakang kuali dan periuk tanda kekurangan alat muzik.

Pada suatu hari.... kelihatan seekor burung Merbah terbang dan meriki riki kawasan pokok renek dalam sebuah pasu.

Mungkin mencari tempat untuk membuat sarang. 

Dan memang sah.. selang beberapa hari.. sebuah sarang burung telah terbina di atas sebuah pokok rimbun di laman.

Kalau nak diikutkan,.. pokok tu memang tak selamat, tapi maybe Merbah tu dah desperate nak buat sarang memandangkan harga tanah yang melambung tinggi dan ekonomi yang tak tentu arah dengan GSTnya sekarang ni jadi, niat suci itu terpaksa diteruskan walaupun agak merbahaya.

Sebuah sarang burung telah tersedia dan tak lama 2 bijik telur burung telah di telurkan di dalamnya.

Ikatan perkahwinan Burung Merbah suami isteri itu akhirnya membuahkan hasil. Bakal ada 2 pewaris yang akan meneruskan legasi kecantikan yang telah diyakini di muka bumi ini.

Hari demi hari, si Merbah terasa tenang dan selamat dengan keadaan sarang baru nya itu walaupun sebenarnya tak berapa.

Hari yang di nanti nanti pun tiba.

2 bijik telur telah berjaya di tetas. Suasana keluarga kecil ini kian berubah. Jika dulu tanpa esak tangis anak anak, tapi kini semuanya bersatu menjadikan suasananya lebih meriah !

Kelihatan emak Merbah menjaga anak anaknya. Tempoh berpantang tidak lama... Tubuhnya kembali ramping cantik citari, mak dia terus keluar membawa diri.

Hari demi hari, suara anak anak Merbah kian lantang !

Setiap hari memekak mengundang kemusykilan kehidupan lain di persekitaran. Tapi sebab mereka burung mereka tak ambik pot sangat kot, janji dah selamat bernaung di rimbunan pohon.

Setiap pagi Emak Merbah akan keluar mencari makanan. Mungkin bekerja di kilang kilang berhampiran. Kalau dari segi uniform yang di pakai tidak mungkin Emak Merbah bekerja di kedai makan Fast Food.

Jadi... pekerjaan Emak Merbah adalah tidak dapat di kesan !

Tapi anak anak nya akan di tinggalkan dan Emak Merbah akan keluar mencari makanan

Sekali sekala anak Merbah test suara nya yang lantang. Sudah tak perlu ke kelas vokal.

Dua beradik ini sering di tinggalkan sehari harian. Melalak tak henti henti

Penat melalak terus tertidur

Dari hari ke hari, 2 ekor anak Merbah ini semakin membesar bagai Johan.

Emak Merbah akan keluar mencari makanan dan bawak balik makanan untuk di beri makan makanan yang Halal.

Tapi tekak mereka still tak leh control. Bangun tidur melalak lagi

Dah penat memekak,. baru tido

Dan setiap hari. Emak Merbah akan datang membawa makanan.

Menjelang tengahari, Emak Merbah dan Ayah Merbah kelihatan di pokok kelapa berdekatan. Ayah Merbah akan membuat suara soprano bagi sign dan check kawasan. Sekiranya keadaaan selamat, baru la si Emak Merbah turun dan bagi makanan kepada anak anak nya.

Ayah Merbah check kawasan

Antara makanan yang di bawa pulang adalah cacing dan ulat ulatan. 

Belum pernah Emak Merbah pulang membawa KFC mahupun Big Mac ! Dan anak anak Merbah akan akur menunggu dan setelah di beri makanan mereka mendiami sarang dengan tenang sambil berehat rehatan.

Dah kenyang

Semakin membesar

Pada suatu hari yang tenang telah berlaku marabahaya kepada keluarga Merbah ini.

Seekor kucing telah di dapati mundar mandir di kawasan pasu yang mana pokok tempat mereka bersarang ini dibina. Dan kucing yang berkaler putih tersebut mungkin telah membuat onar setelah mendengar suara anak anak Merbah yang tak reti nak diam ni.

Kesudahannya....

Seekor anak Merbah telah hilang !

Kehilangan anak Merbah tersebut telah mengundang kicau hiba emak dan ayah Merbah. Mereka pulang dan gusar kerana anak mereka telah hilang. Anak yang di beri nama Upin dan Ipin ini diharapkan sihat sejahtera dan dapat melihat dunia telah berakhir dengan malapetaka.

Upin telah hilang tanpa dapat di kesan.

Menurut sumber sumber yang boleh di percayai. Kucing Puteh Jahat jiran depan tersebut telah menculik Upin tanpa di sedari. 

Kucing tersebut juga gagal di kesan jejaknya malah pegawai forensik yang datang, tidak menemui sebarang petanda atas kehilangan si Upin ini.  

Ipin pulak keseorangan dan hidup dalam ketakutan.

Petang yang sama, Ipin kelihatan cuba lari dari kediamannya. Nasib baik pergerakkannya berjaya di kesan oleh Tuan Rumah dan Tuan Rumah telah mengalihkan Ipin ke dalam sangkar.

Ipin keseorangan

Apa yang membimbangkan adalah emosi emak dan ayah Merbah yang dilanda kemurungan sejak peristiwa itu.

Misteri kehilangan Upin masih belum terungkai. Kucing jahanam tu pun agak dah lama tak kelihatan bayang bayangnya. Maybe dah mati di langgar kereta di hujung kampung !

Apa apa pun, kasih sayang emak Merbah tak pernah berubah. Beliau datang setiap hari menemui Ipin yang telah dialihkan ke dalam sangkar.

Setiap hari emak Merbah datang dan berbicara dengan Ipin

Hari berlalu... seminggu berganti. Akhirnya Ipin sudah kelihatan membesar dengan cemerlang dan sudah bermake up sendiri. Beliau kini sudah semakin nampak lawa nampak lawa dia pakai NV !

Maka, satu hari itu, Ipin telah di lepaskan bebas berterbangan dan perlepasan itu di sambut riang oleh emak dan ayah Merbah.

Mereka hidup bahagia di luar sana walaupun misteri kehilangan Upin sampai sudah tidak pernah terungkai.

Mungkinkah Upin telah di simen di dalam tong di mana mana?

Demikian la cerekarama Kisah si Anak Merbah ini. Malang jugak cuma hanya seekor sahaja yang berjaya diselamatkan. 

Kehidupan Merbah ini sama juga seperti kehidupan yang lain.

Ada yang datang, ada yang pergi. Ada yang berubah tak sama seperti dulu lagi.

Mengapa Bah ! Mengapa Bah ! Kau berubah? Haaa Merbah?????

* tetiba.

Kehidupan mesti di teruskan. Yang pergi biarkan pergi, mengapa perlu di rindu lagi ?



Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu ?

TAMAT

14 comments :

  1. Replies
    1. Aku terbaca ala ala Negro...

      Negro mana pulak la...

      Delete
  2. bila ipin dah besar jangan lupa suruh pakai botok...nv saja tak cukup..
    nak selamat jadilah burung yang biasa-biasa, tak perlu berkicau sana-sini nanti orang humban masuk lori simen...ferensik memang tak boleh jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... dia pakai LV !!!

      Baru jadi burung yang high class..

      Dia org ni duk kat hutan belakang tu kot. Tapi hutan dah penuh dgn penyagak tu yang lari ke rumah rumah buat sarang. Tapi tu la vokal melampau sgt tu yang kucing tu geram tu.

      Delete
  3. hihi..gigih ku baca cerekarama si merbah..semoga bahagia lar cik merbah sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Mcm ni rupa burung merbah. Tq uncle. The best article . 😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama..

      Haaa. tu la burung merbah. Kesian dia dah pupus. Kalau dah pupus sure dah tak tau rupa.

      Delete
  5. Dah kenapa kelakau nau citer merbah ni?
    hihi.
    Tapi, sedih plak sbb mati si upin tu...agaknya dah kena makan ngan kucing tu kot.. (T___T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. ni entry sedih oke. menusuk ke jiwa.

      Aku taip tu pun bergenang air mata... Tap tap tap... jatuh ke lantai.

      Kucing putih tu dah bawak lari la tu agaknya

      Delete
  6. Meng, lain dari yang lain lak entry ko kali ni...tapi aku suka :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang suka haiwan haiwan kan? Nanti aku tulis entry pasang kucing yang kacak !... Tunggu !

      Delete
  7. besut banyak burung tekukur kur...kur...kur... hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...