Wednesday, October 7, 2015

Trip GBS 2015 : Kuantan : 02 - Ronda Ronda Kuantan

Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 di dalam penulisannya seperti pernyataan di bawah.

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. 

Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

Ada apa dengan Kuantan?

Signboard Kuantan di Sungai Kuantan

Kuantan ialah ibu negeri Pahang dan juga sebuah daerah di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km². Penduduk Kuantan terdiri daripada 57% orang Melayu, 32% orang Cina, 4% orang India dan 7% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.

Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3° 50' Utara, 103° 20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26 Disember 2004, yang dikatakan telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter dari kedudukan asal). Ia merupakan ibu negeri Pahang, di dalam negara Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Kuantan adalah sekitar 607,778 orang.

Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar adalah pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung.

Itu semua petikan dari wiki. Aku cedok untuk orang baca supaya lebih mengenali bandaraya Kuantan ni.

Bandar Kuantan

Aku sebenarnya dah lama tak jejak Kuantan. Last pegi sekali beberapa tahun lepas tapi duduk hotel je tak sempat merayau. Kali ni trip dengan GBS bersempena melawat CP, sempat ronda ronda melihat kawasan dan menilai perubahan yang telah terjadi pada bandar ini.

Bandar Kuantan

Kuantan sendiri sebenarnya tidak begitu asing bagi aku. Dulu kecik kecik, time cuti sekolah, ada jugak la few times aku gi rumah makcik aku di Permatang Badak. Arwah Atuk aku pun duduk Kuantan dulu so banyak la tanah kat sekitar situ. Time cuti, jenuh jugak la pegi mandi baruh dan sungai. Pegi lombong kutip siput sedut dan sebagainya.

Zaman nakal nakal lagi tu. Rasanya time sekolah rendah. 

Dan bandar Kuantan pun biasa jugak la aku merayap bila sesekali ke bandar mencari hiburan atau lepak lepak. Zaman tu Kompleks Teruntum masih 'in' lagi !

Banyak sejarah dan kisah silam kat situ tu especially area Teruntum dan bus stand lama tepi sungai tu.

Kompleks Teruntum. Tak tau la apa dah jadi sekarang dengan tempat ni.

Okey. Entry ni bukan nak mengimbai memori kisah silam pun. Sekadar kongsi suasana bandar Kuantan yang sempat aku ronda ronda dan pusing pusing tempoh hari.

So.. enjoy the ride !

Ni dari atas jambatan Tanjung Lumpur. Masa kecik kecik selalu gak aku gi Tanjung Lumpur tu. Tapi time tu jambatan ni tak ada lagi. Nak cross naik bot penambang.

Grafitti bawah jambatan. Nak gi dekat kena jerkah dengan mamat yang baring atas tilam tu. Territory dia agaknya, tak bagi orang kacau

Di bawah jambatan

Duduk bawak jambatan sebab nak ambik gambar Kuantan dari seberang sungai. Malangnya cuaca tak berapa meranum.

Bandar Kuantan yang semakin maju

Salah satu hotel

Ni kedai mamak dah bertukar hotlink

Berjaya MegaMall, Kuantan. Dulu glamer sekejap kot sekarang tak berapa

Ada Digital Mall

Zenith Hotel. Hotel paling hebat di Kuantan ni rasanya

Mall baru. East Coast Mall aka Capital Malls. Mall paling hebat di Kuantan setakat ni

Shopping Mall

Bangunan bangunan baru

Bangunan bangunan lama

Vistana Hotel, Kuantan

Pekan lama, Kuantan

Belah belah station bus lama. Banyak kenangan aku kat station bas ni. Salah satunya kena tinggal bas !

Mahkota Square

Jalan Mahkota, Kuantan

Salah satu bangunan lama di Kuantan

Wisma Persekutuan

Kedai kedai lama yang masih ada

Kuantan

TNB

Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAA, Kuantan

Bangunan baru

Masjid

Kawasan Padang MPK

Selain daripada Padang MPK tempat lepak lepak, terdapat satu lagi tarikan di Kuantan iaitu Benteng.

Dulu dulu tepi sungai ni macam kawasan koboi je, tapi sekarang dah lawa. Dan tak macam dolu dolu. Zaman dah berubah. Kuantan pun dah megah !

Benteng

Bangunan Majlis Perbandaran dalam pembinaan

Kuantan

Kun - Anta?

Santai di pinggir Sungai Kuantan

Terubat jugak la rindu aku pada bandar Kuantan ni setelah sekian lama tak jejakkan kaki ke sini.

Insya Allah, ada rezeki boleh datang lagi. Sedara mara pun ada lagi kat sana, tapi sebab aku ni tak berapa nak beramah tamah so jarang berhubungan. 

Apa apa pun, selamat maju jaya untuk bandar Kuantan !

Kuantan Indah Lestari

Seronok sesekali pegi melawat tempat lama yang menyimpan sejarah peribadi.

Yang buruk dah jadi baru. Yang patah dah tumbuh semula. Yang hilang dah pun berganti.

Semoga perubahan itu membawa banyak kebaikan kepada bandar Kuantan ni. Mana tau satu hari nanti berkembang maju jadi setaraf macam San Francisco ker.

Erk...............



Bila kukenangkan
Masa yang berlalu
Tidak kukesalkan
Pedih pilu

Tidak ku menduga
Tidak kupercaya
Perpisahan ini
Jadi nyata

Usahlah kau rayu
Usahlah kau pinta
Kepada hatiku yang luka
Kini aku puas
Kini aku bebas
Dari seksa pedihnya cintamu

Pergilah kau pergi
Ku takkan menanti
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti

12 comments :

  1. Masjid Kuantan @ Masjid Sultan Ahmad Shah tak p ke Meng?

    Femes gak masjid tue kt kuantan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pegi. Kena la pegi tu kan tempat wajib kalau ke kuantan

      Delete
  2. gempak betul iklan hotlink tu..sampai satu bangunan tukar kaler merah..

    ReplyDelete
  3. Aa sudoh. OR aku pun penah dok permatang badak ms dia kecik2 dulu... Jgn2 kita bersedara? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Tidak !

      Aku permatang badak sumbu. Kawasan kejiranan mewah skit. Ahaks

      Delete
  4. mengimbau kenangan lah entry kuantan ni... hihi

    megamall kuantan tu femes masa aku study sana dulu.. thn 2002-2004 mcm tu.. aritu pegi kuantan terkejut jugak tgk megamall dah sendu.. rinduuuuuuunye aku dgn kuantan sbb kat sini la aku kenal husband aku.. kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh.. ada kenangan rupa nya.....

      Ntah apa jadi dgn megamall tu dah

      Delete
  5. mmg mengimbau memori sungguh! aritu ada singgah kuantan lepas berkurun tak turun..jakun sat...berbeza sungguh keadaannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah.. dah berkembang maju Kuantan.... dan setaraf dengan San Francisco dah !

      Delete
  6. lejen nya perkataan ' mandi baruh ' !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya orang orang yang tau je dapat merasakan nikmatnya....

      kan kan kan?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...