Tuesday, October 6, 2015

Trip GBS 2015 : Kuantan : 01 - Pantai Tanjung Sepat

Ini cerita dari highlight trip GBS raya ke Kuantan.


Raya tu raya puasa bukan raya haji. Maklum la.. kerajinan lambat merasuk diri.

Semasa di Kuantan, kami sempat jugak merayap rayap melawat ke tempat tempat menarik di Kuantan ni.

Menarik ke masalahnya?

Krik. Krik. Krik.

* mati la orang Kuantan pelangkong aku.

Ya. Ya. Ya. Menarik juga !

Salah satu tempat kunjungan yang 'menarik; yang kami kunjungi sewaktu di Kuantan adalah Pantai Tanjung Sepat. 

Kawasan perkampungan di Pantai Tanjung Sepat, Kuantan

Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat merupakan sebuah kampung Melayu biasa yang terletak kira-kira 10 km dari Kuantan dan terletak di jalan ke arah bandar diraja Pekan.

Alang alang berkunjung ke kampung CP. Elok la kiranya pegi ronda ronda Pantai Sepat ni ambik ambik gambar.

Jadi ini adalah entry bergambar.

Cuaca tak berapa menarik hari tu

Kawasan lagoon di hujung Pantai Sepat.

Pokok tumbuh tepi pantai

Dengan kereta kami meredah. Aku, IH dan BW satu kereta. Kami follow CP dengan OR dia satu kereta.

Usha usha kawasan sekitar

Kena usha pulak dengan lembu anak beranak ni

Salah satu spot di Pantai Sepat yang popular sebagai destinasi piknik keluarga

Pantai yang landai dengan air laut pasang surut. Bahaya jugak kot mandi area ni kalau tak reti berenang

Pepohon

Suasana desa yang mendamaikan

Salah satu port lagi di Pantai Sepat. Pokok berakar besar yang tunduk mengalah  

Pantai Tanjung Sepat

Pokok pokok redup

Pesisir pantai

Tenang

Damai

Aman

Sentosa

Menarik jugak la area Pantai Tanjung Sepat ni.

See? Aku dah ngaku Kuantan memang menarik.

Yang pasti, tak jauh dari bandar Kuantan. Lokasi terbaik untuk piknik dan santai keluarga. Ada jugak gerai jual makanan.

Lembu kerbau pun banyak bermaharajalela lepak lepak tengah tengah jalan tanpa mempedulikan bahaya yang mungkin mendatangi mereka.

Dan sudah semestinya Pantai Sepat ni menjadi saksi kasih sayang sesama insan ! (port orang dating)

Selamat berkunjung !



Bulan tak kan terbit tanpa malam
Siang tak kan cerah tanpa mentari
Rindu tak kan lahir tanpa rasa cinta
Cinta tak kan lahir tanpa rasa sayang

Ombak tak kan bergelora tanpa badai
Pohon tak kan bergoyang tanpa bayu
Air mata tak kan mengalir tanpa rasa hiba didada
Jiwa tak kan pilu sayu tanpa derita yang melanda

Kasih dan sayang insan ibarat malam dan siang
Rindu dan cinta insan ibarat ombak dan badai
Silih berganti senyum dan tangis
Takdir menentukan bersabarlah
Ohh Tuhan..

8 comments :

  1. Pegi Kuantan mesti terus ke PantaiTeluk Mak Nik.... Makan sata, kepok leko, ikan n sotong goreng celup tepong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monica Bay tu dah kira masuk kemaman dah. Tapi ok la tak jauh dari kuantan.

      Sata di tanjung lumpur dengar kata meletup

      Delete
  2. Untung CP kg dekat ngan luat..Lawa! Untung gak lar kwn2 CP yg dtg bertandang tue..hehe.

    *kesian tgk lembu anak beranak tue..awat kuruih sgt depa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luat ke laut?

      Hehehe... Kawan kawan gi tumpang makan jer... Mak CP pandai masak !

      Lembu2 tu tgh berpantang kot. Nak masuk cat walk kena rampingkan tubuh.

      Delete
  3. ok...fuhhh~~
    akhirnya sampai ke last entry (buat masa nie)...ntah saka apa yg merasuk sampai gigih nak baca dari first entry (2010) sampailah la nie...ish2....
    baca sambil gelak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih btol. Berapa lama nak abis tu?

      Delete
    2. dari pembacaan yang berterusan dari 8 pagi hingga ke 5 petang..sambung plak 8 malam sehingga ke 10 malam selama 2 bulan...

      hukhuk

      Delete
    3. Hebak !!! buleh kasi anugerah ni.

      Anugerah pembaca yang baru nak baca.. hehehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...