Orang ni kalau dalam jiwa dia memang jiwa rockers, nak makan pun kena pilih tempat makan yang berjiwa kerocker-san. Dok gitu?
So, since aku kan memang rockers, jadi kali ni aku bawak korang gi makan kat kedai pilihan rockers rockers terganas sebab sini rockers dia lain macam sikit. Setakat merentas lautan api tu dah kira too common, di sini rockers bersatu hati bermain main dengan lava gunung berapi !!!
Rockers jiwa kental ni !
Lava Rock
Itu lah nama resto nya. Terletak di SS15. Dekat dekan Jibril, Grafa dan jugak Direct D !
Aku ke sini secara kebetulan, pegi Direct D sebenarnya sebab Hero tuntut hadiah hp bersempena dengan result UPSR dia. So ikut kan saja. Padahal dia masuk asrama bukan boleh bawak pun hp dia tu. Tapi sebab dah nak sangat.... tak pe lah. Janji dia puas hati.
So berbalik kepada tempat rockers berkumpul ( sambil kuis kuis lava gunung berapi dengan kaki ). Jom kita usha tempat makan ni !
Kedai dia agak ceria.
Setting pun leh tahan....
Kedatangan kami di sambut oleh owner restoran aku rasa yang tegur dan ajak borak borak. Friendly lah... rockers pun berjiwa mesra rakyat juga !
Nak cari tempat duduk, masuk dalam tetiba tengok setting dalam dia, pergh.................
Setting dia lain macam je.. Romantis !
Tapi tak kena dengan aku sebab anak aku nak ajak duduk kat tempat ada bantal bantal.... lagi santai !
Duk belah belakang sana.......
Tapi setting dalam resto ni memang nampak ceria.... Usha lagi !
Nice juga.... Plus.. tempat tadi tu...
Hah ! Boleh dating di sebalik kelambu
Lain macam betul setting dia aku rasa.... khas untuk acara acara istimewa... celebrate celebrate ka
Sebagai insan berjiwa rockers, aku macam tak leh nak digest sikit...
Usha menu. .............
Ada western
Dan Asian
Dan macam macam lah
Drinks
Shakes dan cocktails...
Menunggu dan terus menunggu. Tak ramai pelanggan tapi service agak slow. Plus waiter dia macam susah nak faham bila berkomunikasi. Macam baru keje agaknya.
Princess dan Hero siap tidur baring sebab lama menunggu. Mengantuk lah tu.
Minuman sampai dulu. Shake untuk Princess tapi tak abis minum pun.
Lemon untuk aku. Hero minum air Milo
Carbonara... macam kureng sikit
Olio Aglio... pedas lava lava
Aku jugak yang terpaksa abiskan
Nasi Goreng...........chicken chop. Yang ni sedap. Pastu semua pakat berebut makan nasi goreng ni.
Di sudahi dengan lava desserts. Tak menarik pun.
Makanan so so. Ambience menarik. Sesuai untuk dinner romantic tapi macam space tak besar, takut rasa terganggu lak nanti. Service agak slow.... tapi overall boleh cuba rasa sendiri di sini. Sesuai untuk yang berjiwa rockers tapi ajet ajet romantikus.
Rockers seorang Cinderella !
Kau buatku tertanya
Dikali pertama
Bertentangan mata
Ku selalu merindu
Hadirnya bayangmu
Kau cuit hatiku
Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu
Oh sayang, aku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua
Sayang bukan ku tak mahu
Bertemu dengan mu
Sayang, siapa la aku
Jangan la bimbang
Sayang, kan ku bina istana
Engkau permaisuri ku
Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu
Oh sayang, aku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua
Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu
Oh sayang, aku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua
Hanya kita berdua
Kos makanan lupa. Lama sangat dah ni. Rasanya around RM 100 gak lah.
Dah kenyang, balik lah !
Abang Fattah ucapkan selamat malam !
LAVA ROCK GRILL & PASTA
61, Jalan SS 15/4b, SS 15,
47500 Subang Jaya,
Selangor
Phone: 016-388 6933
FB : Lava Rock Grill Pasta
61, Jalan SS 15/4b, SS 15,
47500 Subang Jaya,
Selangor
Phone: 016-388 6933
FB : Lava Rock Grill Pasta
Selamat mencuba !
kiranya nasik goreng tu lah yg paling rock?
ReplyDeleteagak rock lah.... maybe ada makanan lain yang lebih terserlah ke-rock-an nya juga
DeleteHihi..pasaipa tetiba kuar nama abang fattah??
ReplyDeleteComei jer setting kedai..tang mana rock nya?? 😉
oh kau peminat fattah eh. cepat ngaku !
Deleteni la orang hitaly panggil.. dok rock chetong. hahaha
Pernah chicken grilled dia sedappp
ReplyDeletebukak lagi ke resto dia.. mcm dah lama tak check...
Delete