Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya...
Kerna ku tak sanggup......................
"Papa !!!!"
* terkejut dari lamunan.
Kacau lah anak aku ni, baru nak feeling feeling Sheila Amzah nyanyi sambil nangis nangis depan kamera.
"Papa, adik lapar. Papa kata nak keluar makan"
* garu kepala. .. ada ke aku janji ?
Tapi biasa kalau hari minggu kami memang makan kat luar. Saja kasi dapur berehat.
"Nak makan kat mana?"
"Ikut Papa lah"
Aku jugak nak kena fikir.
Okey. since dah nyanyi feeling feeling lagu Ombak rindu, apa kata kita gi makan kat, Ombak Kitchen ?
Ombak Kitchen..... pakai tangan jer..... ( dan pakai duit untuk membayar )
Sebenarnya macam pernah dapat jemputan untuk try kat sini tapi biasalah, aku rela gi sendiri. Takpe lah bayar sendiri yang penting aku boleh tulis apa yang aku suka tapi perlu terikat dengan apa apa.
Tapi dah lama nak cuba cuma tak bermasa. Lagipun budak budak pun macam suka the idea of shell out tu.
Jadi........... let's go !
Terletak di Bukit Jelutong. Area belakang masjid besar tu.
Kawasan komersial. Ada banyak tempat makan jugak area ni dan Ombak Kitchen ni baru di bukak masa kami terjah ke sini.
Pegi redah je tak de booking booking pun. Nasib baik ada seat.
Jemput masuk
Ombak Kitchen
Layan dulu setting di Ombak Kitchen ni.....
Di bahagian dalam.
Boleh jugak duduk di luar
Better duduk kat dalam la kot.
Selesa jugak la sebab tak ramai orang
Dah duduk, dah layan suasana, dapat menu book dan boleh lah order.
3 signature sos iaitu Ombak Hot Cajun, Dark Chilli Chochlate dan Zesty Lemon Butter. Kalau feeling feeling makan belacan tapi tak tahan pedas, boleh pilih pedas ke, atau tak nak pedas sebab di sini kita boleh request tahap kepedasan, Pedas Sederhana, Pedas Biasa Jer dan Boom Super Pedas.
Sebab aku kan Hitaly so pilih mild je. Kang pedas sangat gerenti berak berterabur !
Menu
Cara cara order
Combo set
Ala carte pun ada
Minuman
Special desert yang ada di sediakan di sini.
Overall setting macam menarik. Kedai nampak selesa dan mewah. Deco pun boleh tahan lah. Ada jugak bilik khas untuk sesiapa yang inginkan suasana makan dengan privacy sendiri.
Boye keselamatan kalau takut di lambung ombak di Ombak Kitchen
Jalan nak ke tandas ni
Segar segar mereka di dalam akuarium kaca bakal menjadi santapan kejap lagi ni
Makanan dah order. Seingat aku masa aku sampai ada lagi 2 meja yang ada orang. Satu tu agak ramai, satu lagi dalam 4 pax dan aku satu family kira meja yang giliran ke 3.
Dan process menunggu itu agak lama !
Memang lama !
Lama gila !
Aku boleh siap keluar masuk dua tiga kali gi hisap rokok.
Siap boleh gi usha kedai sebelah tengok payung payung ni
Jangan cakap abang tak payung
Anak anak aku pun sama keluar masuk gi basuh tangan berkali kali.
Tapi makanan tak sampai sampai jugak lagi.
Pastu air muncul dulu
Air kosong tak de. Mineral jer..
Ingat dapat air makanan cepat tiba. Rupanya tidak ! Menunggu lagi dalam keraguan. Mengantuk mata sampai dah hilang rasa lapar !
Akhirnya senjata senjata untuk pertarungan tiba
Apron pun di pasang di dada. Punya lah lama sampai koyak rabak apron plastik ni sebab bosan tak tau nak buat apa.
Serious aku rasa macam terseksa jiwa raga. Macam nak cancel order jer.
Akhirnya.. tiba juga. Surprise !!!!
Rupanya chicken wings Hero punya
Dan memang lama lah. Menunggu lebih sejam baru dia datang hidang.
Cepat Dik... kita orang dah rasa macam nak mamah apron plastik ni jer...
Macam menu di Shell Out
Tapi hidangan dia memang segar
Udang, ketam, kupang dan kerang
Di adun dengan lauk pauk aneka rasa
Di hidangkan dengan nasi
Marilah jamu selera
Nampak licin tapi sebenarnya tak abis pun makan.
Overall kedai dia memang OK. Selesa dan bersih. Kemudahan semuanya baik.
Staff agak friendly. Budak muda muda je semua. Mereka cuba sehabis baik !
Makanan. Seafood memang fresh. Portion agak banyak juga compared to Shell Out. Makanan boleh tahan lazat. Menu pun banyak pilihan.
Tapi................ servis memang OUT !
Tak ramai customer tapi kami tunggu punya lah lama. Tak tau apa alasannya. Maybe orang lain punya makanan banyak sangat dia orang order agaknya. Rasanya tempat makan ni agak baru, so masih perlu improvement part services ni. Or mungkin ada services order dulu sebelum pegi so tak de lah menunggu lama lama macam aku.
Harga, agak high end. Makan pakai tangan tapi bayar tetap pakai duit !Kos makanan kami RM 317.85. Tapi as expected lah.
Paling penting, certified Halal !
Ni aku usha meja orang order dessert khas yang agak unik cara presentablenya. Cuma macam tak berbaloi dengan harganya.
Boleh di cuba tapi ikut nasib lah. Harap servis dia tak lembab macam kura kura.
5.G.01, D'Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor
FB : Ombak Kitchen
Instagram : /ombakkitchen/
Waktu perniagaan: 5:00 PTG–12:00 PG
Telefon : 03-7734 4699 / 010-220 5946
Balik rumah kenyang nak terbongkang...
Titik eyemo kat mata sambung feel feel Sheila Amzah semula.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya...
Kerna ku tak sanggup......................
"Papa !!!!"
* cepat cepat tarik selimut... tido !
tunggu binatang2 tu semua confirm mati kut? hehe
ReplyDeletehahaha.... kebal payoh nok mati
Deletekedai ni tgh meletop2 skang kat IG weh...aku dah tergoda dahh...hahahaha tapi bila entahnya nak pergi...jauh bebenor!
ReplyDeletekena pegi jugak ni !... cuba try test
Deletenice sharing
ReplyDeletesharing stories je la buleh. nak belanja semua org tak mampu...
Deleteombak rindu tu adira yang nyanyi
ReplyDeleteperghhh sodap nampak
memang adira nyanyi tapi yang video sedih sedih nyanyi depan kamera tu kan shila amzah?
Deleteke aku salah? hahaha
Princess suka dok?? Princess kan sula shell out..hihi
ReplyDeletedia suka je. tapi sebab lama sgt tunggu makanan mood mcm tak ok sgt. ngantuk kot
Delete