Thursday, March 8, 2018

Cuti Sekolah Disember 2017 : 01 - IOI City Mall

Rentetan dari percutian bersempena cuti sekolah akhir tahun 2017.

Highlight dah muncul di sini : Cuti Sekolah Hujung Tahun 2017 - Highlight

Entry dimulakan dengan lokasi percutian iaitu berdekatan dengan IOI City Mall, Putrajaya.

Ada beberapa misi penting selain dari bercuti di kawasan ni iaitu nak cari kelengkapan sekolah untuk Princess dan jugak kelengkapan sekolah dah asrama untuk Hero. Atas sebab tu lah tempat ni menjadi pilihan.

IOI City Mall Putrajaya

Shopping mall

Tak nak gebang banyak pasal pernah buat entry pasal tempat ni. Untuk maklumat lanjut mengenai mall ni sila refer sini :  IOI City Mall

Apa yang aku boleh katakan, banyak benda boleh di cari di sini, cukup lengkap. Cuma sediakan duit dan juga masa sebab kalau bawak budak budak ni, banyak acara acara tepi yang dia orang nak di penuhi. Kadang kadang boleh menyirap bandung gak darah aku ni sebab kalau cari kelengkapan sekolah main acuh tak acuh je. Suruh fitting tu macam penuh paksaan je. Tapi kalau bab mainan laju je. Cemana aku tak naik hantu !

Mall pun boleh tahan ramai orang

Boleh buat aku rengsa berlaga ponggong dengan sekelian makhluk. 

Nasib tak bertukar jadi resaksa jer

Dan nasib baik jugak la kami memang menginap kat hotel area mall ni

Jadi boleh turun naik ke mall berkali kali

Misi mencari keperluan

Misi mengintai orang

Misi bersantai riang

Serta misi menjamu selera di sekitar kawasan

Dan time tu memang waktu cuti sekolah dan orang memang mana mana pun ramai.

Kat luar memang nampak tenang

Tapi kat dalam manusia macam ulat tahik

Semuanya dengan agenda tersendiri

Nak tak nak terpaksa la turut serta merusuh dalam mall ni dengan orang orang lain.

Antara kedai kedai yang di kunjungi......

Aku tak leh terima kedai ni. Beg sekolah harga beratur ratus. Belum box pencil lagi... dan yang lain lain mengalahkan barang orang keje pejabat. Aku pun tak tau cemana anak aku boleh tahu barang barang ni.

Dan jadi satu keje lak nak beli kelengkapan sekolah kena beli jiwa dia orang dulu dengan barang barang mainan. Nak sekolah ke nak mainan ntah. Sungguh aku marah ! Read : aku memang garang.

Tapi dalam pada marah marah tu belikan jugak.

Biasalah nama pun budak budak.

Misi tak berapa berjaya sebab tak mendapat kerjasama dari orang orang yang sepatutnya bersekolah. Cari mana yang ada je. Lainnya decided beli kat lain pulak nanti.

Budak budak sekarang kalau diajak cari barang sekolah ( anak anak aku lak ).... tak excited. Tak macam aku dulu dulu.. punya la teruja kalau beli barang sekolah. Kasut tu, sebelum gi sekolah try dulu 40 kali cat walk dalam rumah. Tali kasut tu kalau boleh 30 kali nak betulkan. Punya lah girang gembira..... Tapi zaman sekarang maybe dah lain jadinya. 

Aku complain je tapi tak salah kan sesapa....

Sudahnya cari tempat makan

Atau beli makanan makanan yang terasa nak di makan

K Fry

Sedap

Nasib baik hotel dekat

Letih shopping boleh layan pemandangan di persekitaran....






Pastu sambung bershoppingan........................



Hujan panas pun boleh ulang ulang naik turun



Siang atau malam. Selagi mall tak tutup.......................









Lagi pun ni bukan kawasan jajahan so tak de lah selalu datang area ni.

Tapi berada di IOI City Mall ni, ada benda yang dan di cuba.....................



Hah ! 

Alang alang ada facilities kat sini, kena lah turun padang nak mempamerkan aksi luncur ais

Eleh setakat meluncur, melompat, putaran laju laju sambil hentak hentakkan kaki tanpa henti tu apa lah sangat. Sambil meluncur buleh petik petik jari jer !

Sebagai bekas juara dunia 2 kali berturut turut, aku memang tak sabar sabar nak menunjukkan bakat yang memang semulajadi ni !

* berdehem kecil kecilan takut di tuduh riak.............

No ! Memang sukan ni macam dah sebati dengan jiwa ! Sila percaya............

* ikat headband

bersambung...............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...