Saturday, February 18, 2017

Jom Makan : The Nai Cafe, Denai Alam

Kebetulan berada di Denai Alam, ayuh kita cuba jalan jalan cari makan di kawasan ni !

Hasil risikan secara adhoc, jumpa kedai ni.

Namanya The Nai Cafe, Denai Alam. Nama resto pun dah macam nama tempat. Maybe taktik untuk senang di ingat !

Ikut panduan waze

Terletak di kawasan rumah kedai baru di Denai Alam. Tak banyak kedai di buka di kawasan ni so tak susah mana nak mencari.

Di sini ianya menghidangkan makanan laut yang terbaik dan kepakarannya ialah udang galah !

Ya. Udang galah.

Usha dulu setting dalam resto.

Menarik juga

Bersih

Menarik 

Hiasan dinding

Lagi menarik, ada surau di sediakan. Sebab kami sampai pun dah nak dekat maghrib, jadi boleh tumpang solat dengan selesa.

Now, masa untuk mengorder.

Bak mai buku menu tu...........

Ready untuk di belek

Ada western

Lauk pauk untuk hidangan

Udang galah sebagai tarikan utama

Minuman di lupa jangan

Di bahagian luar kedai ada gerai Kuew Tiaw juga bagi yang inginkan kelainan. Char Kuay Teow Udang Galah pun ada.

Untuk pengetahuan semua sewaktu mengorder Char Kuay Teow anda perlulah memilih cara masakan di antara Basah, Lembap, Kering Lembap atau Kering Garing.... dan

Kemudian boleh pula pilih udang galah yang di ingini

Udang Galah gred A
Udang Galah gred B

Penentuan gred dan juga harga

So dah order, sama sama kita menunggu.

Air minuman datang dulu. Haloba tak fresh orange je 2? Tapi air dia agak sedap !

Anak anak aku macam biasa lah, air merapek rapek jer

Dan macam biasa, dia orang punya menu mesti lari tema !

Now, masa yang di nanti nanti kan.............

Dipersilakan masuk........... udang udang galah yang telah di masak dengan penuh kasih dan sayang.

Udang galah masak lemak cili padi

Udang galah spice girls creme butter

Udang galah masak sambal tumis

Haloba ke tak?

Actually lauk lauk tu datang dengan nasik dan harga setiap set adalah RM 14.90.

Hero pulak selera dia lain sikit, dia nak nasi goreng udang galah !

Masuk mengadap. Nasi goreng di hiasi dengan udang galah, timun dan keropok

Nasi Goreng udang galah harganya RM 12.90. Nasi sikit je tapi udang memang gemuk gemuk belaka. Anak aku tu tak makan udang sangat, so dia kaut nasik goreng jer

So kami menjamu selera lauk pauk yang ada. Telur dadar penambah selera

Verdict !

Udang galah dia tak berapa fresh ! Maybe sebab harga yang murah kot. Kalau nak yang fresh kena tambah lah bayar harga yang premium.

Udang saiz memang tahap obese ! Ada yang banyak isi dan ada jugak yang macam kosong jer.

Lauk pauk agak berasa. Tapi ada yang pedas dan ada yang sedap juga.

Overall...........................

Kulit kulit udang jadi penghias meja

Overall not bad la jugak rasanya. Boleh datang dan cuba sendiri. Harga pun berpatutan. Semua kos kami makan tu RM 92.10.

Masa kami abis makan, nampak kelibat Ella... tapi laki dia je turun beli bungkus. Ella duk dalam Range Rover Evoque flip flip rambut kot.

"Ella pun makan udang galah? Ella tak rasa bersalah?"
"Ell rasa............. El rasa................."

Lama sangat nak rasa. Bye lah !

The Nai Cafe, Denai Alam.

THE NAI CAFE
No 23-1 Jalan Electron F U16 F
Denai Alam,
40150 Shah Alam,
Malaysia.

Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari

FB : The Nai Cafe
Insta : The Nai Cafe

Selamat mencuba !

12 comments :

  1. Udang galah nmpk nyummm nyummm...tp klau tk fresh tk best laaa...isinya sure tak pejal kn uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kalau tak fresh mcm makan tak puas jer

      Delete
  2. Nasi goreng udang galah tp x mkn sgt udang? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak nasi goreng. nasi goreng tu je yang ada.. so makan nasi goreng je lah. udang tolak tepi

      Delete
  3. Wahhh udang!! Mau langgar pantang kalu jumpa kedai ni..haha

    ReplyDelete
  4. ella flip tudung sekarang abang meng, zaman flip rambut dah ditinggalkan. udang galah sambal tu nampak very sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ella dah bertudung. dia flip tudung la....

      boleh gi cuba nanti ke sana.............

      Delete
  5. Meng;

    Lama dah tak tinggalkan komen, cuma datang jengah jengah jer ...

    Meng;

    Udang galah memang kekadang macam tak ada isi gitu kaaann ....

    Apa apa pun, memang terliur ....


    Dan paling penting Meng jumpa ELLA .... hahahahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha... lama en ghaz tak memunculkan diri di komen... busy sungguh la tu.

      ya udang galah ni kdg kdg ikut nasib. kalau yang tak pandai menjaga kesihatan sgt isi nya mesti kurang hahahaha

      ella pun makan udang galah.. hahaha

      Delete
  6. Meriah tgk udang tu.. harga not bad

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...