Kepulangan semula jurulatih, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, nyata membuahkan hasil apabila Kedah meraih kemenangan 4-0 ke atas Selangor dalam Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini.
Kedah membuka jaringan seawal minit keempat apabila Mohd Syazwan Zainon mudah merembat masuk hantaran bekas pemain Selangor, Andik Vermansyah, untuk menewaskan Norazlan Razali.
Selangor kemudiannya menguasai sebahagian besar permainan dalam separuh masa pertama, bagaimanapun, Kedah berjaya menutup ruang dengan baik bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi.
Pada hujung babak pertama, Selangor mendapat peluang apabila Mohd Amri Yahyah melakukan lambungan kepada Rufino Segovia del Burgo, namun malangnya pemain kelahiran Sepanyol itu dikawal ketat pertahanan lawan.
Pada minit terakhir menuju ke bilik persalinan, Sandro da Silva berjaya mengawal bola dengan baik untuk melepaskan diri daripada barisan pertahanan, sebelum tenang menyudahkan rembatan ke penjuru kanan bagi membawa pasukannya mendahului 2-0.
Selepas itu, Da Silva meledak gol ketiga buat Kedah dalam babak kedua, sebelum Akram Mahinan menyempurnakan kemenangan selesa ke atas Gergasi Merah.
Dan sebagai meraikan kemenangan ini, jurulatih Kedah telah membawa pasukan ini untuk makan di
.
.
.
.
.
.
.............................. Nasi Lemak Royale team Kedah !
.
.
.
.
.
.
.............................. Nasi Lemak Royale team Kedah !
Okey. Aku temberang. Tapi dah try Nasi Lemak Royale ni?
Dulu popular di Aloq Staq.. tapi sekarang ada di buka di Bandar Baru Bangi.
Aku pun tak tau kenapa nama dia ada Team Kedah tu... Dibuka khusus untuk orang orang Kedah je kah?
Tak pe lah. Usha kedainya dulu.................
Striking sungguh kalernya....
Asalnya dulu berniaga pakai food truck saja
Kini mereka maju setapak lagi dan sudah ada restoran sendiri di KL ni.
Sebenarnya nama je nasi lemak tapi sebenarnya ia adalah nasi kandar. Kaler pun kekuning kuningan sesuai dengan nama Royale tu kot.. Maybe untuk golongan golongan bangsawan je. Bangsa di awan aci makan nasi putih saja. Hehehe.
Konsep makanan di sini adalah...
Pergi ke kaunter makanan..... ( buat muka bengis sikit)
Usha lauk pauk yang ada.
Usha sekali lagi bagi betul betul pilih lauk yang dapat memikat selera.
Kekal dengan muka bengis. Dan order !!!
"Bang nak lauk sotong dengan air ribena"
Muka kaki pukul tapi order air ribena. Kau mampu? Hahaha....
Lauk sotong selalu sold out. Banyak sangat geng geng menyotong dah beli awal awal. So kalau nak makan lauk sotong kena datang awal sebelum sotong sotong siap dilaukkan.
Usha harga untuk panduan supaya tak di patuksssss. Tapi harga makanan kat sini OK lah. Agak memuaskan.
Dah dapat makanan apa lagi tercegat berdiri. Makan lah ! Usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda.. Sanak saudara sedang menunggu di hari mulia bertemu mesra...
* pakej dengan joget Melayu deli.
Usha gambar makanan..
Ada rasa tercabar tak? Tergoda dengan rasukan lauk pauk nasi lemak royale team kedah ni? Kalau ada boleh la berkunjung. Kalau rasa tak de kesan.... tak payah pegi.
Bagi aku rasa dia kira OK lah.... ayam goreng dia macam menarik dan sedap juga. Boleh lah setakat nak makan. Cuma bila 5 jenis lauk termasuk adam stacy bergabung meletup.... macam membunuh rasa original nasi kandarnya. Terpulanglah kalau suka banjir banjir boleh ambik banyak lauk.
Boleh juga try roti canai dengan kari kambing....
Boleh juga try roti canai dengan kari kambing....
Student ada pakej istimewa....
Selamat berkunjung dan selamat mencuba !
Tetiba terambik gambar kedai sebelah....... oh sebelah kedai nasi lemak royale ni ada kedai kek viral.....
NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH
20, Jalan 4/12b,
Seksyen 4 Tambahan
Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
fb : nasilemakteamkedah
dibuka 11 pagi - 10 malam setiap hari.
Mereka ada cawangan lain juga iaitu di Serdang raya dan food truck mereka juga masih bergerak ke sana ke mari.
Sila kejar kalau ternampak. Tahan drebar truck tu dan tanya....
"Aku tanya apa khabar..........................?"
Woah..nampak sedap..Bang Meng, kalau ada pergi Romah Makan (tak ingat sgt nama) Terlajak Laris, share info ya...tengok waffle dia, macam terbaik 😊 Selamat Hari Raya, Bang Meng
ReplyDeletehoyeh.. ada terbaca gak hari tu.
Deletenanti nak terjah
tq
Eh lain agaknya ek dgn Nasi Lemak Royale Kedah kat Ampang atau kat Cyberjaya tu.
ReplyDeleterasanya lain kot.....
DeleteNasi + kuah 5 jenis, confuse jap nasi lemak or nasi kandaq banjir..
ReplyDeleteTapi rare dan menarik.. Siap ada student pakej, sungguh prihatin..
dah tutup... maybe kurang berdaya saing kot
Deletehok di shah alam xdop pulok team kedah...
ReplyDeletehari tu lalu tak dok doh kedai ni... tutup doh !
Delete