Friday, July 20, 2018

WATIE CORNER, Nilai NS

Mari merepek. 

Ambik mood. Muzik slow dan hiba berkumandang sebagai background..............

Tiba tiba Awie terkenangkan nostalgia kisah cintanya bersama Watie.

"Awie Jangan mengalah begitu mudah. Kita akan hadapi bersama. Biar sekalipun terpaksa menghadapi rintangan"
"Benarkah kau sanggup menghadapinya bersama Watie?"
"Kejujuran dan kesetiaan, akan membuktikannya...................."

* Awie mood kecewa lite lite..................... 

Terus bawak big bike jelajah desa.


Ambik feel....................



Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan

Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora
Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari
Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam
ohh

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Menunggu bayangan berahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan

Sampai ke Sepang

Nampak kereta sport zaman percintaan

Masuk semak samun

Sampai ke kuburan....

Tetiba Awie terasa lapar. Nampak orang beramai ramai macam tengah makan.

Kena usha ni !

"Watie Corner? Watie?"

"Awie.... kenapa kau datang? Aku bukan lagi Watie yang dulu"

Watie cuba cuba bertempiaran lari.

"Watie ! Jangan lari Watie ......! Lama aku mencari kau. Tapi, setelah lama menghilang, kenapa kau berubah saiz body?"
"Awie..... aku kini mengusahakan Watie Corner ! Dah selalu memasak ni, alignment pun lari ! Aku tak seperti kau... Kau tetap nampak kacak macam dolu dolu !!!! "

"Oh !!! Jangan puji aku lebih lebih Watie. Aku malooooo"

"Macamana kehidupan ekau sekarang Awie? Apo jadi dongan Ziana?"

"Ziana??? Jangan ekau sebut lai namo dio. Dio dah borubah. Dah lain"

"Dah tukar kategori"

"Mungkin Ziana malu jadi species macam kito"

"Maksud aku.................. Ziana kini......lebih pluffy...... "

"Dio dah operate dah jadi kucing !!!!!!!!!!!!!!!!!!" * Meow !!!

Begitu lah kesudahan kisah Sembilu. Sila jangan menitiskan airmata. Aku tau citer dia sedih. 

So bagi menghiburkan hati yang sedih, kita kena makan !

Dulu aku pernah singgah dii lokasi makanan nogori iaitu  di Gulai Omak Den di Bandar Enstek masa balik daripada hantar Hero pegi interview SBP di Seremban. Dan seorang insan yang komen bernama Mommy Yumi telah menyarankan aku ke Watie Corner ni sebab kalau makan kat sini gerenti menangis punya.

Kenapa nak menangis? 

Adakah sebab lokasinya sebelah kubur? 

Nak tau kenapa, kena lah cuba !!!

Kebetulan masa tu aku dengan geng geng ada kat area KLIA, fikir nak cari tempat makan, cuba cuba waze dan jumpa !

Watie ! Keluar kau !!!!!.................. ( masih dalam watak)

Memang tempat dia macam tersorok sikit, tapi insha Allah, boleh jumpa. 

Dia dekat dekat area Kampung Tanjong, dah masuk belah Nogori dah.

Jalan pun memang jalan kampung.

Memang terasa sangat kedesaan suasananya di sini...

Dan Watie Corner ni memang tersorok sikit di balik pokok pokok.

Tapi siapa sangka di sebalik semak samun tu..... 

Ada ramai orang sedang menjamu selera............... !

Kami sampai time tengahari memang orang nak lunch. Jadi memang ramai orang. Nak dapat seat pun terpaksa menunggu.

Kena sabar dan bertabah !

Sambil sambil tu layan persekitaran yang ala ala bersatu dengan alam dalam suasana desa permai....




Watie  menyediakan menu masakan kampung ala-ala Negeri Sembilan dimana kami hanya menyediakan menu makanan tengahari sahaja.

Menyediakan menu masakan terkenal Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api salah satunya ialah daging salai dan ayam salai masak lemak cili api, patin lemak tempoyak, ayam kampung goreng dan makanan sampingan seperti masak asam pedas.

Usha menu

Minuman

Makanan

Den dah koba tadi, makanan dia adalah makanan tengahari. Ada lauk ayam kampung, daging lemak salai, ikan masak lemak dan semuanya di jual ikut set. Set datang dengan nasi dan ulam ulaman dan harga setiap satunya sedikit berbeza. Tapi lauk lauk ala carte pun ada jugak kalau nak cuba sebagai sampingan.

Cakap banyak tak guna. Dah lapar kan? So usha apa kami order !

Ikan, ayam dan daging lemak salai. Sotong sambal pun ada....

Ikan

Gulai lemak daging salai dan sotong sambal

Di datangkan dengan nasi dan ulam ulaman serta ikan masin

Telur dadar juga....

Jangan lupa minuman

Cendol pun ada

Nom nom nom........................

Tersadai kekenyangan.. Boleh di simpulkan makanan di sini sangat lazat dan bersari ! No wonder menjadi pilihan pengunjung sewaktu makan tengahari.

Bagi aku lauk dia sedap tapi agak pedas bagi level aku. Memang terangkat la sekali kepedasan menikam nikam. Tapi kalau tak pedas tak best pulak kan?

Bukti.... kesedapan walaupun kepedasan !

Harga pun murah, masakan pun terbaik ! 

Member aku siap gi repeat ke sini di minggu yang sama.. Memang sedap sangat katanya.

WATIE CORNER
Taman Desa Jasmin,
71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan
Tel : 017-344 5235


Take note waktu operasi nya... Jangan salah timing !


Highly recommended dan Selamat mencuba.

p/s Awas ! Jangan main main ayam ayam peliharaan kat sini garang garang. Aku hampir di taji nya. Jeles la tu....

6 comments :

  1. Hahahaha Watie.. Watie.. tetiba sampai Watie Corner..
    Sungguh pun ceruk tapi ramai pelanggan tanda makanan sedap dan digemari ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap buleh tahan.... tak payah promo lebih2.. memang ramai yang pegi

      Delete
  2. Ayam menjadi kucing....harus viralkan !!! btw...next time kalau ke Nilai, cer try Auntie's Aini pulak (chef Ramsey & late Anthony Bourdain dah dtg situ tau) masakan nogori jugak...tak podeh tak sah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.. aku dah gi terjah jugak hari tu.. cuma belum siapkan entry lagi.

      nantikan... makan di cafe aunty agak agak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...