Friday, July 6, 2018

DAMASCO HOUSE, Seri Kembangan

Sesat di Seri Kembangan.  Kelaparan dan mencari sesuap nasi !

Sebenarnya aku terdampar di South City Plaza

Datang teman orang

Memang ni bukan kawasan jajahan jadi memang blur tak tau arah tujuan.

Tapi aku perasan kawasan ni macam ramai orang asing. Macam pak arab pun ada. Pinoy pun bersepah sepah. Bangla tak yah cakap lah. Macam satu kejiranan mereka menakluki kawasan ni.

Lama gak tergantung sepi kat mall yang aku rasa hidup segan mati tak mahu ni. Tapi ada satu kedai yang jadi tumpuan kaki RC yang mencari barang di situ.

Usha dulu koleksi RC.









Dah abis berkeliaran, perut kelaparan minta di isi. Dan kami nampak kedai ni !

Damasco House. Arabic Syrian food.

Nampak macam di buka untuk perniagaan. Jadi kami cuba je lah.

Usha dulu setting dalaman resto ni..........



Macam tak ramai pelanggan. Panggil waiter suruh layan kami yang kehausan dan kelaparan ni.

Buku menu

Usha apa yang perlu


Dan penghilang dahaga

Macam biasa, air sampai dulu.

Air apa ntah dia orang ni.

Healthy tapi macam tak berapa nak healthy sangat.

Dan tak lama makanan tiba. Sebab mostly dia orang ni order nasi mandi dan sejenis dengannya, jadi nasi nasi datang dulu dan terhidang di meja untuk di balun.

mandi ke tak mandi?

Chicken dan lamb

Ada sup iringan

Portion macam OK.... dah sampai tu masing masing dah bedal dulu

Sorang lagi order shawarma. Not bad jugak dia kata.

Dan macam biasa, aku selalu malang di meja makan. Makanan yang aku order tak kunjung tiba. Sampai dia orang abis makan aku tetap melangut berputih mata.

Susah sangat ke apa yang aku order ni?

* hampir nak mengamuk dah ni.

Nasib baik kesabaran ku masih setebal kulit biawak.

Grilled chicken je pun. Tapi macam lama gila nak siap. Walhal bukan ramai pelanggan pun.

Apa apa pun, dapat la makan dan Alhamdulillah kenyang. Apparently  makanan dia not bad lah. Boleh repeat lagi ni tapi malangnya lokasi memang kawasan jarang pegi. 

Kalau terdampar baru aci datang lagi ke sini.

Boleh lepak lepak layan kopi

Atau bershisha shishi?

DAMASCO HOUSE RESTAURANT 
South City Plaza,
Persiaran Serdang Perdana,
Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Kawan kawan aku tak abis abis puji kambing dan nasi yang dia orang makan. Betul betul sedap la tu kot. Grilled chicken aku so so je tapi lebih stress sebab servis untuk aku agak selowww !

Harga wise tak pasti sebab orang belanja tapi rasanya reasonable jugak la.

Selamat mencuba !

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...