Tuesday, July 24, 2018

MONTENEGRO | 02 PODGORICA : Hard Rock Cafe, Podgorica

Dah sampai di tempat yang di tuju.

Hard Rock Cafe, Podgorica

Ya. Tak salah kalau kata aku datang ke Podgorica ni semata mata nak jenguk HRC di sini. Podgorica sendiri tak de tarikan kuat untuk masuk dalam travel plan aku tapi bila aku tau ada Hard Rock Cafe di sini terus aku mencari peluang agar boleh sampai !

Untuk makluman, Hard Rock Cafe, Podgorica adalah satu satunya hard rock yang ada di negara Balkan sekarang ni.

Excited dan tak sabar sabar nak masuk

HARD ROCK CAFE PODGORICA
Est. February 8

Visit Hard Rock Cafe Podgorica, the first of its kind in the Adriatic Region, for legendary cuisine, drinks, and entertainment. Located inside the distinctive Capital Plaza building at the junction of the main city streets and avenues of Podgorica, our cafe serves delectable American cuisine mixed with local favorites as well as handcrafted drinks in a laid-back, music-infused atmosphere. We have seating for up to 170 guests, a vibrant bar area, outdoor patio, live music area, VIP lounge, and retail store with limited edition merchandise.

Belah luar. Ada info pasal live music

Seat di belah luar untuk lepak lepak

Jom masuk ke dalam

Hard Rock Cafe ni ada 2 pintu masuk. Belah kanan dan belah kiri. Kalau belah kiri masuk terus ke cafe tapi kalau belah kanan akan jumpa Rock Shop dulu.

Rock Shop

Usha light light je dulu pastu aku terus ke cafe. Usha kawasan dan cari tempat untuk minum. Dahaga dek cuaca hangat di sini.

Dahaga kasih dan sayang pun ya jugak !

Bar

Dining

Private dining area

Tempat lepak warga warga biasa

Collection

Memorabilia

Experience Vibrant Podgorica

Right outside our doors, you’ll find plenty of places to explore! This modern city, and its sustainable green spaces, represents the true economic, political, and cultural pulse at the center of Montenegro. Many bridges connect the left and right banks of Moraca River, dividing the city into old, historical and the new business districts. Be sure to visit the Temple of the Resurrection of Christ, as it is one of the largest and most beautiful Orthodox churches in the region. After you spend a day sightseeing, come into Hard Rock Cafe Podgorica for the ultimate dining experience.

Since dah sampai sini aku lepak minum minum dulu.

Usha apa yang menarik

Basahkan tekak

Macam nak makan tapi menu menu dia tak begitu meyakinkan..

Teguk air je lah. Macam biasa mocktail buah buahan.

Sambil duduk di Hard Rock Cafe ni aku guna wifi untuk cari penginapan malam ni. Biasalah aku travel tak pakai pocket wifi apa semua ni, cuma berharap ada free wifi spot macam ni lah kalau nak perlukan apa apa.

Malam ni aku plan menginap di Kotor so kena riki riki hotel tu. Sebab kira last minit, banyak yang tak available kalau ada pun harga mahal mahal je. Malas nak pening pening kepala, ambik je mana yang senang dan selesa. Janji sampai di Kotor nanti aku tak de lah meraba raba dalam kesamaran tak tau arah tujuan !

Dah abis minum. Masa untuk usha Rock Shop.

Legendary Flavors & Service

Enjoy freshly prepared sandwiches, salads, and classic favorites like our Legendary® Burger as well as local cuisine made just for you by our expert chefs. Our signature, handmade cocktails make a great complement to any meal. After a delicious meal, take a stroll through music history with our extensive collection of musical memorabilia, and don’t forget to swing by The Rock Shop® to pick up your Hard Rock Cafe Podgorica souvenir !

Rock Shop HR, Podgorica

Sebab tak de pelanggan, minah tu baik hati je layan aku. Borak borak dengan dia.

"Where are you from?"
"Kuala Lumpur"
"Oh ! I know.. there is a Hard Rock Cafe in Kuala Lumpur"

Bijak bestari ! Nak lagi bijak cuba jawab... binatang apa keris di kaki?

Haram dia mesti tak tau.

Tapi dia bagitau aku jugak pasal ada Rock Shop kat Budva. Memang plan aku nak ke Budva lepas ni nanti dan dia bagitau ada Hard Rock Cafe di Kotor bakal di buka ! 

Ermm tak sempat lak aku nak lawat ni kalau belum buka.

Usha baju baju

Macam biasa bila travel ni ada je member member yang kirim barangan Hard Rock. Biasanya aku tak janji boleh beli kan, ikut masa dan kesempatan. 

Tapi aku memang nak cari hadiah untuk staff aku, so aku ingat nak bagi hadiah kahwin dia t shirt Hard Rock sedondon dengan wife dia.

Jenuh lak minah ni jadi model untuk aku

Lihat jugak kolesi t shirt dan barangan lain lain yang ada di Rock Shop Podgorica ni.







Dan koleksi lain.




So dah shopping. Dah dapat barang barang yang aku cari. Dah minum pun dah. Jadi masa untuk blah. Ada banyak lagi tempat aku nak pegi nak kena naik bas lagi. 

Tapi alang alang dah kat Podgorica ni, baik aku usha kawasan jap. 

Kawasan depan Hard Rock Cafe Podgorica. Siang siang macam tak de apa tapi malam malam memang kawasan tumpuan minum minum dan mencari hiburan.

Hard Rock Cafe, Podgorica

Hard Rock Café Podgorica
Cetinjska 1 Capital Plaza,
Podgorica 81000,
Montenegro

Another Hard Rock visited ! ( macam lah penting pun ) Tapi sebagai bekas peminat Hard Rock Cafe, dah 100 lebih hard rock gak dah la aku jejak.

Kalau mak aku tau mesti mak aku marah !

bersambung.......................

8 comments :

  1. Dah lama tak singgah. dah tak ada konsep video music ye skrg? lagu2 segala? (silent reader)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la ada... tu kan trademark aku.. tapi kdg kdg buntu lagu..

      so kasi rehat dulu

      Delete
  2. waaa... hooded jacket budak tu cantik la..

    ReplyDelete
  3. olla!!!! lama gila babs tak intai2 :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...