Monday, July 23, 2018

KEMBARA BALKAN - MONTENEGRO | 01 PODGORICA : Dari Shkoder ke Podgorica

Entry ini bersambung dari kisah di Shkoder, Albania

Pagi di Shkoder

Hari ke 7 untuk trip Balkan dan pagi tu aku bangun dengan semangat juang yang tinggi ! Berjuang bagi memastikan aku dapat catch bas pagi ni untuk ke destinasi seterusnya. Bas di jangka bergerak pukul 9 pagi tapi sebab tak pasti sebelum pukul 8 aku dah keluar dari hotel penginapan.

Macam cuak cuak jugak bimbang tersangkut ke tak de bas ke apa, kacau plan jer. Risau mesti ada kalau travel tanpa perancangan yang sahih.

Seshi Democracia. Roundabout di tengah tengah pekan Shkoder

Dan kawasan persekitarannya

Lepas check out aku terus pegi ke tempat yang dikhabarkan bas menunggu penumpang untuk ke Montenegro dekat tepi Hotel Rozafa. 

Kiosk tepi jalan jual rokok. Aku singgah abiskan duit Albania Lek yang berbaki.

Tak lama lepas tu ada bas aka combi sampai dan berhenti di bahu jalan

Bas tu tulis pegi ke Ulcinj. Memang tu je pun destinasi bas yang akan melintasi sempadan ke Montenegro so dari Ulcinj nanti boleh sambung ambik bas lain ke destinasi lain lain.

Borak dengan drebar tu tapi dia kata bas gerak pukul 9 pagi. Ada masa.

Sebab duit Lek tak guna mana pun, aku beli rokok 3 kotak. Ada baki lagi, beli kopi.

Layan kopi jap lepak lepak menunggu bas bergerak. Hati sedikit tenang at least aku dah pasti dengan destinasi tujuan.

Jam 9 pagi bas siap nak bergerak. Tambang bas 5 Euro atau 700 Lek. Aku bayar pakai Lek sebab dah reserve siap siap.

Bas bergerak meninggalkan Shkoder. Cuma ada 2 penumpang !

Melintasi kawasan Kalaja Fortress/Rozafa Castle

Sikit pasal Kalaja/Fortess

Founded by the Illyrians, rebuilt by the Venitians and the Ottomans. Rozafa is a woman buried in the ramparts, who is believed to support the structure. Visit the renovated museum. Bring a torch and go exploring. 

There are amazing views from the highest point. You can get there from the city center by local public bus for 30 lek each way. It takes approximately 10 min by car from the center of Shkodra to the Castle. There is a free parking close to the entrance, as well as at the bottom of the Castle (before the stone road starts).

Perjalanan di teruskan melintasi Lake Shkoda. Tenang je kawasan ni.

Kawasan pergunungan Albania

Memang banyak nampak masjid tepi tepi jalan di Albania ni.

Perjalanan merentasi sempadan

Immigration

Nak sampai ke pintu sempadan tu macam jem sikit sebab banyak kereta. Terpaksa melangut dalam bas tu. Siap boleh turun hisap rokok tepi bas. Drebar tu yang buat, aku ikut jer. Mamat sorang lagi tu tak merokok. Dia macam ajak aku borak tapi angguk angguk geleng geleng lah sebab jurang komunikasi.

Dekat 20 minit gak tersangkut kat sempadan tapi semua urusan smooth je sebab tak ramai penumpang. Aku pun tak perlu turun.

Selamat datang ke Montenegro !

Perjalanan merentasi negara Montenegro menuju ke pekan Ulcinj.




Drebar bas siap berhenti isi air. Paip tepi jalan. Air paip di Montenegro di anggap antara air terbersih dan boleh di minum begitu saja...  ( macam iklan Gardenia)

Satu jam setengah akhirnya aku sampai di Ulcinj, Montenegro.

Plan asal aku nak terus ke Podgorica tapi masa kat station bus Ulcinj tu aku ubah fikiran nak singgah  di Bar. Satu laluan je so OK lagi. Harga tiket cuma 2 euro.

Bas dari Ulcinj ke Bar.

Dari kawasan pergunungan maka tiba ke kawasan tepi laut. Ulcinj terletak di pinggir pantai Adriatic Sea dan laluan jalan raya akan menyusuri kawasan pinggir pantai.

Pinggir pantai Montenegro dari Ulcinj ke Bar

Bar (Montenegrin Cyrillic: Бар, pronounced [bâr]) is a coastal town and seaport in southern Montenegro. 

It is the capital of the Bar Municipality and a center for tourism. According to the 2011 census, the city proper had 17,649 inhabitants, while the total population of Bar Municipality was 42,068.

Perjalanan cuma setengah jam je, then sampai di Bar aku pun turun. Pastu tak tau nak gi mana ! Masjid tu aku rasa aku nampak masa perjalanan dalam bas tadi so kalau nak menapak semula macam jauh je.

Masa kat bus station tu drebar teksi sibuk pujuk pujuk untuk ke Stari Bar ( Kawasan old town) tapi dia nak 5 euro macam mahal je aku rasa. Baru one way pegi tu. 

So alang alang dah kat Bar, aku fikir nak gi pantai. Tengok kalau jalan kaki macam dekat je.

 
Baru 10 minit jalan kaki sampai kat area gereja ni aku rasa macam nak mendidih otak !

Panas gila cuaca. Dah berpeluh peluh dah aku ni. Nasib baik beg dah simpan kat bus station tadi. Tapi memang tak menahan. Last sekali aku patah balik ke station bas !

Bas station Bar

Cakap banyak tak guna. Aku terus beli tiket bas untuk ke Podgorica

Menyesal pun ada sebab buang masa. Kalau tak aku dah otw ke Podgorica. Hari ni plan aku akan bermalam di Kotor tapi macam nak singgah kat Budva jugak nanti. Hah ! Macam macam plan.

Tiket bas dari Bar ke Podgorica. Tambang 4 Euro. Bas dengan laluan yang sama dari Ulcinj.

Melangut tunggu bas seterusnya. Bas sejam sekali.

Dahaga ! Beli air... konon beli air murah dan banyak. Tapi tak sedap !

Pastu nak terkencing. Gi kencing jap balik balik bas dah sampai. Sebab aku paling lambat naik, banyak seat berdua dah ada orang, yang kosong cuma seat paling belakang yang panjang 5 orang. So aku duduk lah situ. Ada macam handbag kat kerusi hujung tapi tak de bertuan.

Lama gak nak tunggu bas bergerak. Tup tup naik sorang awek ni dan dia terus duduk belakang sama row dengan aku. Minah yang sama buat kecoh masa kat toilet tadi.

Masa aku keluar tandas ada sorang minah ni mengamuk ngamuk sebab dia tak nak bayar masa guna toilet. Siap tendang tendang pintu tapi makcik penjaga tu bagi jugak masuk. Malas aku nak ambik pot sangat, tup tup dia duduk sebelah aku sekarang ni. Handbag dia la tu. Bila dia naik bas elok je drebar bas bergerak meninggalkan station ni.

Salah satu cathedral di Bar

Awal awal perjalanan aku buat biasa je lah. Dok melayan usha kawasan luar. Tup tup aku perasan minah sebelah aku tu cuba cuba nak berborak dengan aku.

Sekali imbas aku macam musykil gak dengan minah ni. Bersolek macam hapa je. Nak kata gothic tak gothic mana. Tapi aku buat bodo je lah.

"Hey, where are you from?"

Dia tanya soalan.

"Malaysia"
"What? Indonesia?"
"No.. Malaysia"
"Where is Malaysia?"

Argh ! Malas aku layan kalau nak kena cerita panjang.

"Where are you going?"
"Hmmm Podgorica"

Senyap sekejap pastu dia bersuara.

"I am going to my boyfriend's funeral"

Tersentak gak aku. Apahal lak minah ni....

"He killed himself before our wedding.... I dont know why he did that but his mom also killed herself and .. maybe he just followed what his mom did"

Sudah ! Macam benda tak kena je ni. Aku syak mesti minah ni mental. Mengalami depressi tahap teruk sampai dia sendiri kelihatan macam ni. 

Aku diam je... mata tak pandang dia tapi telinga cuba cuba dengar apa dia nak borak seterusnya.


Pastu dia start bercerita sendiri. Dia dah siap plan wedding dia kat tepi pantai. Baju kawin semua dah siap kawan kawan dia pun dah berkumpul. Tup tup malam sebelum wedding tu boyfriend dia gantung diri. 

Sempat aku kerling tengok dia. Muka dia bersahaja je sambil bercerita. 

Tapi cara dia cerita tu, boyfriend dia macam baru bunuh diri semalam dan dia memang on the way nak ke funeral boyfriend dia tu. Aku syak memang routine dia ni naik bas yang sama hari hari sebab dia anggap dia nak gi funeral tu padahal memori dia dah sangkut. Macam kesian pulak dengar. Maybe dia dah biasa naik bas ni sebab tu drebar bas siap boleh tunggu dia tadi.

Masa dia bercerita tu, aku perasan ada sorang dua minah minah lain pusing dan pandang. Minah ni tak puas hati.

"You know what? You think you are damn beautiful?"

Dia jerit marahkan pompuan yang tengok dia tu.

"Women from Montenegro always think that they are beautiful. They are not ! I am from Albania and I am more prettier than them"

Pastu ambik beg, keluarkan make up dan bersolek ! Memang dah macam rupa hantu dah dengan eye shadow meleleh, gincu pun dah tertoreh sampai ke dagu.

Abis bersolek dia tanya aku.

"Do you want to marry me? I can follow you. Where are you going? We can stay together.. you and me.. bla bla bla bla" 

Dia merapek. Aku nak tergelak pun ya jugak tapi kang dia silambam aku, tercampak keluar lak dari bas ni.

"Are you rich? I think you are rich. You have a lot of money, you travel..... bla bla bla"

Aku tak cakap apa apa pun. Dia yang bercerita sorang sorang. Pastu sebab aku diam buat tak tau je, dia keluarkan beer dan minum.

Pastu senyap je sorang sorang.

Pastu tertidur ! Elok la.. Beer kat tangan.

Tidur siap menganga mulut mulut. Mesti dari pagi keluar rumah. Letih kot.

Aku layan view je lah.


Skadar Lake National Park. Cantik jugak area ni.

Skadar Lake National Park is the Montenegrin side of Lake Skadar. It is the largest lake of the Balkans.

Lake Skadar is a vast freshwater lake, two thirds of which is in Montenegro and the remainder in Albania. It is surrounded by dramatic karst mountains and hosts a thrilling array of wildlife with more than 260 species of birds, traditional fishing villages, islet monasteries and pristine beaches.

It has been a protected National Park since 1983 and was added, in 1996, to the World's List of Wetlands of International Importance by the Ramsar Convention.

It is fed by the Morača river and a series of underwater springs. An unusual feature, creating a special eco-system, is the annual expansion of the lake's circumference from 370 square kilometres in summer to 530 square kilometres in winter.

On average it is 44km long, 10km wide and 8 metres deep.

Satu jam lebih perjalanan akhirnya bas memasuki kawasan Podgorica.

Hoyeh. Dah nak sampai.

Kawasan berbukit bukit. Podgorica ni terkenal dengan ski area time time winter.

Minah tadi tu masih terlelap. 

Bas berhenti mengejut, tercampak tin beer tu terus kena seluar aku ! Hish. Nak marah pun tak guna. Dia pun bangun, bukak mata pandang je tin tu dah bergolek dengan beer dah tumpah. Memang tak de nak say sorry ke tengok seluar aku pun dah basah.

Dia sambung tido lagi. Tapi kejap je pastu dia bangun dan jalan terhoyong hayang pegi ke depan. 

Tup tup.. bas brake sekali lagi... aku dengar bunyi gedegung !

Dia dah tersungkur celah celah tu.

Tapi bila dia jatuh tu tak de sorang pun yang tolong. Semua diam je buat tak tau. Lama gak dia tertiarap macam tu. Last sekali bangun gak sendiri dan duduk sebelah orang lain. 

Kesian betul.

Bas memasuki kawasan bandar Podgorica menuju ke station.

Station bas Podgorica

Masa sampai tu aku terus pegi ke toilet nak bersihkan seluar. Masa keluar tu terserempak dengan minah tadi tu. Aku perasan dagu dia berdarah. Kesian pulak tengok darah banyak kena baju.

Dia pandang aku tapi muka kosong je. Dah tak ingat kot walhal tadi beriya ajak aku kawin !

Macam kesian gak orang macam ni. Aku doakan yang baik baik saja lah untuk dia walau apa pun perit yang dia dah lalui.

Tujuan aku ke Podgorica ni ada misi khas. Jadi tak boleh buang masa. Nak ke tempat tu jalan kaki macam tak jauh mana, tapi aku bayangkan kalau panas macam kat Bar tadi mau sawan panas aku tengah jalan.

So aku ambik teksi. Dia hantar ke destinasi. Bayar 2 euro je

Bandar Podgorica

Macam tak berapa menarik.

Tapi yang menarik, aku akhirnya berjaya sampai ke tempat yang di tuju.  

Ini lah destinasi nya..................

Jauh sungguh perjalanan semata mata nak sampai ke sini !

bersambung..................

4 comments :

  1. Drama sungguh kisah Abang Meng dengan perempuan tu.... Kalau Abang Meng tolong perempuan tu bangun lepas tersungkur, jadilah permulaan cerita drama Korea... Haha!!

    ReplyDelete
  2. limunada sungguh perempuan itu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...