Thursday, June 7, 2018

ALBANIA | 03 SHKODER : Shkoder Di Pinggiran

Benda pertama yang aku kena buat adalah mencari tempat penginapan untuk bermalam di Shkoder.

Shkodër or Shkodra (Albanian pronunciation: [ˈʃkɔdəɾ]), historically known as Scutari (in Italian, English and most Western European landuages) or Scodra, is a city in the Republic of Albania. It is the capital of the surrounding county of Shkodër, one of 12 constituent counties of the republic. The city is one of the most ancient cities in the Balkans and the fourth most populous city in the country and exerts strong influences in culture, religion, arts and entertainment of northern Albania.

Geographically, the city of Shkodër sprawls across the Mbishkodra plain between the freshwater marshlands of Lake Shkodër and the foothills of the Albanian Alps. Like most of the Dinaric Alps, the mountains are dominated by limestone and dolomite rocks. The lake, named after the city of Shkodër, is the largest lake in Southern Europe close to the Adriatic Sea. The city is trapped on three sides by the rivers Kir in the east, Drin in the south and Buna in the west.

Aku riki riki kat wikitravel cari hotel murah yang berdekatan. Alamat dah ada tapi cari cari tak jumpa. Jenuh aku berpusing, dua tiga kali tanya orang tapi jawapan semua menghampakan.

Sebab tak nak cari jauh jauh aku pusing pusing kat area roundabout Sheshi Demokracia (Democracy Square) dan berdekatan dengan masjid Shkoder.


Ebu Beker Mosque aka Shkoder Mosque


Sheshi Demokracia


Radio Shkodra


Patutnya hotel tu kat bangunan ni lah.

Dalam pada dok tanya orang tu, aku di kejar oleh pakcik tua ni yang offer tour naik teksi dia. Tapi dia tak pandai sangat English. Cuma dia bercerita berdasarkan gambar dan phamplet yang dia pegang. 

Aku memang malas nak melayan sebab pening tak jumpa hotel lagi. Tetiba ada 3 orang budak lalu.

"Are you OK Sir? Do you need help?"

Tergamam kejap aku. Satunya dia orang friendly gila dan ke duanya. Sorang daripada mereka budak lelaki tu English fluent gila. Siap ada accent lagi.

Mudah keje aku. Aku tanya alamat hotel tu dan dia orang siap keluarkan phone tolong locate. Tapi tak jumpa jugak. Dan yang kelakarnya, pakcik tu ingat budak budak bertiga ni nak tolong dia jual pakej dia kat aku, rupanya kita orang cerita benda lain.

Mengamuk pakcik tu habis di halau budak bertiga ni pergi.

"You can have my number and call me if you need any help"

Uish. Serious aku kagum dengan budak lelaki tu. Yang kawan dia 2 orang pompuan senyap je.

"Thank you very much. I will be fine"

Pakcik tu still marah marah dia orang borak dengan aku, so dia orang terpaksa lari. Aku merayap lagi cari potential hotel yang ada. Tanya tanya around macam mahal jugak.

Sempat jumpa Muzium Historical Shkoder ni. The Museum is situated at a traditional Shkodran House featuring valuable artifacts on every sphere of social life in the area.

Tapi tak masuk. Usha dari luar je.

Dalam pada aku pusing pusing tu. sampai la kat area ArtTheater.

Art Theatre

Nampak sign Princ Bar Hotel

Aku pun gi usha.

Alhamdulillah. Lega memang ada bilik tersedia. Walaupun bukan bilik single tapi double pun kira OK lah. Aku nego price dapat 25 Euro dari harga asal 30 Euro per nite. 

Minah yang keje hotel tu asyik masyuk belek passport aku dan dia macam musykil apsal banyak sangat chop dalam passport aku tu.

"How did you afford to travel so every where?"
"I sold my kidney !"

Dia gelak gelak. Minah tu make up gothic gila, memang style Albanian tapi cute gak lah. Dengan dia aku tanya macam macam pasal mana aku boleh cari nasi, pasal bas esok dan sebagainya. Dan dengan baik hati dia melayan aku time tu.

Tak leh lama. Dapat bilik aku terus nak keluar dulu. Hari dah petang, tak banyak masa aku nak jalan jalan ronda ronda Shkoder ni.

2 katil. Aku cuma guna 1 katil je.

Keluar dari area hotel tu, aku tuju ke masjid dulu. Ada benda tak selesaikan lagi.

The Ebu Bekër Mosque (Albanian: Xhamia Ebu Beker)  

 A mosque in Shkodër, in northwestern Albania. The mosque was historically important in the scholarly learning of the city and attracted notable Islamic scholars and theologians.

Gate masjid tak berkunci so aku masuk je lah.

Ruang solat utama masjid

Kubah

Mihrab

Aku cari tempat nak ambik wuduk tapi tak jumpa. Nampak sorang mamat ni, then aku tanya dia. Dia tunjuk tempat wuduk kat belah belakang masjid. 

Aku tumpang solat jap.

Lepas abis solat tu, aku nak gerak keluar. Tetiba mamat tadi tu datang dekat aku.

"Are you from Nigeria?"

* pengsan..........................

Dalam banyak banyak negara, why Nigeria? Why??????????????? Kau pernah tengok ke orang Nigeria tu cemana? 

Nasib baik kast masjid, kalau tak bakal berlaku pertumpahan darah di situ.

Keluar dari masjid, aku pegi money changer kat depan masjid tu dan tukar duit 15 Euro dapat 1890 Lek

Memang tak nak tukar banyak. Cukup untuk beli makanan jer.

Mamat Currency exchange tu banyak sembang gak dengan aku. Dia lah yang aku paling percaya bila dia kata bus ke Montenegro hanya ada esok pagi. Aku kena tunggu jam 8 pagi kat depan Hotel Rozafa tu.

Hotel Rozafa.

So dengan masa yang ada lepas tu aku merayap sekitar kawasan bandar Shkoder ni.

Masjid Shkoder

Tower

Shkodër Orthodox Cathedral yang terletak bersebelahan masjid tu je

Cathedral

Destinasi aku seterusnya adalah nak usha kawasan Pjaca/Kol Idromeno Street. Main pedestrian street di tengah bandar yang di penuhi dengan cafe cafe terbuka, tempat santai dan pertemuan warga tempatan serta medan untuk membeli cenderamata.








Merayap rayap dalam kawasan banyak kedai kedai makan tu, aku cuba cuba nak cari kedai yang boleh aku singgah nak isi perut.

Lapar satu hari tak makan, dari pagi tadi sampai naik ferry sampai lah ke Shkoder ni, aku rasa sekarang masanya dah tiba untuk mencari sesuap nasi.

Banyak kedai kedai jual kebab, so aku macam nak try lah. Tak de lah aku was was mana sebab aku baca Albania ni adalah sebuah negara Islam so tak perlu lah aku risau sangat.

Aku gi dekat dekat mamat tu tengah buat kebab dia tu.

"What do u have?"
"Beef. Chicken.. and pork !"

Hotak kau lah !

Terus aku rasa macam nak muntah. Nasib la aku bertanya dulu, kalau main beli je tak tau la apa nasib nya. Mesti benda bukan bukan masuk tekak aku.

Kecewa !

So aku dah jadi trauma nak tanya tanya. Hilang kepercayaan lak aku Albania sebagai sebuah negara Islam ni. Maybe area ni je kot sebab memang tumpuan pelancong lepak lepak dan santa santai di situ.

Last sekali sambung berjalan lagi.







Menarik gak bangunan bangunan di sini. Sampai la ke kawasan gereja.



Then pusing balik, kebetulan aku nampak kedai roti.

So aku beli roti je lah.

Orang kata kalau sampai Shkoder kena try pastry dia. Aku beli gak la satu dua.

Dan sambung menapak sampai ke area shopping area....











Nak ke mana tu? Membawang kerrr?









Aku rasa macam best jugak bandar Shkoder ni walaupun tak de apa. Sebagai tempat singgahan sebelum menyambung perjalanan ke destinasi seterusny.

Kira suasana kotanya agak relaks dan orangnya pun nampak baik baik belaka.

Tapi sampai sudah aku tak jumpa nasi












Balik bilik, aku masak maggie. Aku mintak air panas dengan minah hotel tu dan dia dengan baik hati pegi mintak dengan bf dia yang keje kat bar kat bawah.

Satu jug dia bagi aku. Layan borak borak sementara tunggu maggie kembang.

Dan ini je la habuan aku untuk hari ni sepanjang masa di Albania ni.

Esok ! Aku bersiap sedia....

Misi menjejaki Montenegro akan terlaksana........................

3 comments :

  1. cantik gambar masjid kat shkoder tu... btw x nampak mcm muslim sgt pun eh. ke sana mmg jenis urban

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...