Friday, June 8, 2018

Masjid India, KAJANG

Salam Jumaat & Salam Ramadan.... 

Bila dah nak abis Ramadan ni mesti masing masing fikir pasal persiapan raya. 

Bila bercakap pasal persiapan raya, tentunya Jalan TAR masuk dalam benak fikiran dan minda.

Kalau Jalan TAR mesti orang cakap dekat dengan Masjid India. 

Asal sebut Masjid India je mesti orang kata kat Jalan TAR..........

Sebenarnya................ tak !!!! tak !! tak !!!

Ada sebuah masjid India yang terletak di luar KL iaitu di Kajang.

Masjid India, Kajang

Masjid ini terletak di Jalan Reko, Kajang berdekatan dengan station MRT. Masjid ini turut di kenali sebagai Madrasah Assirathul Mustaqeem.

Aku singgah untuk solat zuhur masa kebetulan berada di kawasan tu. 

Binaan masjid

Tak banyak info mengenai masjid ini di internet so aku pun tak tau apa nak di kongsi. Tapi masjid dia nampak comel dengan persekitaran yang bersih dan terjaga.

Ada lah sikit gambar gambar yang boleh memberi gambaran mengenai senibina dan reka bentuk masjid ini.




Sesuai dengan namanya, masjid ini menjadi tempat tumpuan India Muslim untuk berkumpul dan beribadah. Ada jugak program program yang turut melibatkan semua bangsa yang seagama.

Usha dulu persekitaran Masjid India, Kajang ni.

Menara

Anjung

Kubah berwarna hijau

Saiz nya tak begitu besar tapi cukup untuk menampung jemaah setiap kali masuknya solat fardhu.

Di bahagian belajang masjid terdapat kemudahan untuk jemaah dan juga aktiviti aktiviti keagamaan dijalankan. 

Tempat wuduk dan kemudahan tandas

Dewan solat utama

Hiasan dalaman

Karpet

Mimbar dan mihrab

Kubah kecil dengan lampu candelier

Bumbung yang tinggi dan selesa pengudaraannya

Tapi masa aku singgah tu ramai pulak yang mengambil peluang tidur dan baring di kawasan sekitar masjid ni. 

Dan bergelimpangan penuh manusia. Maybe bulan puasa ramai yang penat dan tumpang singgah. 

Berdekatan dengan jalan utama dan station MRT

Kawasan dengan kemudahan parking untuk jemaah

Masjid India, Kajang
LOT 32, Jalan Reko
Kajang,
Malaysia

fb :  Masjid-India-Kajang


Semoga masjid ini di manfaatkan sebaiknya untuk pembangunan insan dan para jemaah.

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...