Saturday, June 2, 2018

Movies @ SUBANG PARADE

Nak buat entry pasal tengok wayang tapi macam blank !

Tak de idea. Skip je lah sebab entry tak membina minda. Aku just nak documented dalam sejarah diri je pasal tengok wayang ni.

Sebenarnya agak lama aku tak tengok wayang. Macam kurang cerita menarik yang boleh menarik aku ke panggung.

Badang the Movie? 

Apa benda tu? .................................

Bagi free pun aku tak mau. Bukan tak support industry tapi sebagai artis antarabangsa, bukan level aku untuk rasa terhibur dengan movie movie picisan macam tu !

* ahaks......

Last sekali aku rasa tengok movie Maze Runners dengan Hero. Memang dia pun sparing partner aku kalau tengok movie. Dan bila Avengers - Infinity War muncul di pawagam, rasa excited bukan main nak gi tengok wayang. Lagi lagi bila staff office aku dah pegi tengok tapi tak ajak aku. Pastu bercerita macam nak rak buat aku rasa nak putus kawan je dengan mereka !

Masa Hero outing hari ahad, aku siap gi culik dia kat hostel dan sama sama gi tengok wayang.

Plus dia nak beli spender..... spender asyik lorot je

Cari spender di Empire, Subang Jaya...

Tapi tak de wayang kat situ. Lokasi terdekat adalah di Subang Parade.

Shopping mall yang begitu dekat di hati aku....

Banyak sungguh kenangan di sini sejak dulu sampai kini.....

Banyak kenangan di sini

Aku membesar seiring dengan Subang Parade ni dewasa....  Ececece....

Kami menonton di MBO Cinema

Port ni pun tak ramai orang

Movie yang menjadi pilihan....

Avengers - Infinity war

Malas nak buat synopsis tapi bagi aku Avengers kali ni memang best ! 

Tak sedar kunyah popcorn Hero sampai abis................

Menyirap anak aku.  Selalu selalu yang jatuh kat lantai lagi banyak dari yang masuk mulut aku tapi kali ni sebab fokus menonton terlebih.. tak sedar kunyah hak orang sampai abis.

Maafkan Papa mu anak ku !

Aku OK je walau orang kata ending dia macam tahik. Sabar lah ! Nanti ada lah sambungan lagi. Kalau tak dah tak de movie yang menarik nak di tunggu tunggu lagi.

So far aku rasa Avengers - Infinity War adalah movie terbaik yang aku tonton untuk tahun ni !

Happy !

Puas hati. Abis movie bergegas hantar Hero balik semula ke hostel. Kang lambat warden marah lak. Nasib sempat.

Lepas tu, keluar pulak Deadpool 2 !

Sekali lagi aku teruja nak gi tengok. ( tak jumpa poster yang proper)

Sekali lagi MBO Subang Parade menjadi pilihan....

Masa ni tengok time bulan puasa... so tak leh beli popcorn

Aku ajak OR teman.... walaupun aku tau dia tak berapa nak layan... 

Lagipun Deadpool 1 dulu memang aku macam kurang gemar sebab banyak mencarut dan sumpat seranah. Memang tak sesuai untuk ajak Hero...

Aku tak minat sangat Deadpool 1 tapi excited nak tengok Deadpool 2 ni.

Layan movie.. Sorry tak leh cetak rompak....

Layan je la sampai abis

Dan apparently, aku suka Deadpool 2 ni....

Walaupun masih ada carut mencarut dan sedikit merapek cerita dia, tapi kali ni aku rasa movie dia memang best.

Aku rasa lagi best pada Avengers - Infinity War tu...

* sorry Wanda Maximoff, I still think you are sexy !

Tapi memang Deadpool 2 lebih mengujakan dan aku puas hati.

Aku tanya OR aku best tak Deadpool 2? Dia buat muka blurr... Sah ! Buat taik mata.......

Sabar Dino ! Kau next .................... 

Ada kejadian huru hara sikit lepas tengok wayang. Sebab time puasa, abis wayang tu ingat sempat balik rumah berbuka..... tapi tak dan !

Gelabah cari tempat makan.

Carls Jr ada... tapi tak pernah try

Tekak Melayu, bukak puasa tak leh nak western sangat walaupun nampak tempting.....

Macam biasalah tempat makan time nak berbuka semua penuh dengan manusia. Nak cari port yang kurang orang memang sukar sikit....

Takkan nak makan cheese cake?

Nasib baik lah. Rezeki. Pegi Dome dan tak de orang langsung !

Terima kasih Dome.

Elok elok dapat makanan terus masuk waktu berbuka....

Begitu lah, kenangan pahit manis tengok wayang dan terpaksa berbuka puasa di luar Ramadan kali ni !

Rasain.....................

1 comment :

  1. last tgk movie kat sini avengers 2, kuciwa gila sbb sound system out. mcm tgk movie zaman vcd cetak rompak zaman dulu2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...