Thursday, June 14, 2018

2018 : Persiapan Raya & Cuti Cuti Ramadan

Persiapan raya 2018 !

Tahun ni agak mencabar sebab kekangan masa. Last week of ramadan baru busy nak persiap itu ini. Benarnya untuk kita yang dah tua ni tak de apa perlu pun, cuma budak budak lah, kalau tak de kelengkapan kang dia orang tak tau sebenarnya raya dah dekat.

Esok dah nak raya !

Dan tahun ni persiapan raya aku adalah macam yang lepas lepas. Meriah tapi bersederhana Delisha. Persiapan untuk budak budak yang lebih. Makin besar dia orang ni makin susah nak cari kelengkapan sendiri. Ada je yang tak kena. Lagi aku lemas kalau masing masing tak nak bekerjasama. Suruh fitting malas. Jalan sikit penat. Tahun depan pakai baju besi je untuk raya, sekali beli tahan 10 tahun !

As usual Jakel adalah tempat penuh orang. Pening !

Hero aku lak kejap nak baju Aaron Aziz, kejap nak Fattah Amin... apa kena ntah nak berbusana ala ala artis ler pulak.

Sambung bershoppingan di Empire Shopping Gallery

Dapat la sikit kelengkapan. Princess aku pulak, orang sibuk nak belikan baju raya dia sibuk nak baju tido ! 

Tuju ke Parkson, tak jumpa jugak apa yang dikehendaki.....

Susah juga nak cari yang berkenan di hati.

So tahun ni konon plan asal nak ke Sogo. Sebab tahun lepas tak pegi dah lupa sikit pasal kerengsaan beramai ramai 2 tahun lepas di sini.

Siap berangan nak pegi Jalan TAR... 

Bajet bajet jiwa kental. Tapi belum apa apa aku surrender dulu. Jam macam hanat. Tak sanggup nak even lalu kat area dan kawasan berdekatan tu.

Destinasi seterusnya, sampai ke Putrajaya.

Bajet orang tak ramai tapi masuk masuk berlaga laga ponggong jugak dengan orang ramai di situ.

Nasib baik dapat jugak la cari apa yang dikehendaki. Tu pun jenuh, terpaksa beli jiwa masing masing layan apa yang dia orang nak dulu. Buku. Mainan. Makanan. Etc.....

Aku jumpa ni kat kedai buku.. * pengsan

Pendek kata persiapan tahun ni boleh tahan memenatkan. * pengsan buat kali ke 2

Nasib baik lah dalam pada mencari persiapan, sekali harung dengan cuti cuti sekolah yang telah berlangsung. Check in hotel di kawasan berdekatan dan gi shopping shoppingan.

Menginap di ibukota

Kasik budak budak seronok dah cuti sekolah

Sambil lepak santai

Dan menikmati keindahan malam

Dan masa shopping di Alamanda kami check in di Dash Box, Cyberjaya

Kasi budak budak seronok.

Dan sempat juga beraktiviti lepas terawikh.....

Tengok wayang.

Antara movie yang teringin aku nak tonton. Budak budak pun sama. Malangnya aku rasa cerita dia mengarut gila.. Rasa macam nak lari keluar dari panggung. Tapi paksa layan jugak sampai habis. Tak best !

Bila mana berada di luar, ada ketika terpaksa berbuka puasa kat luar.

Shopping kat bazaar ramadan

Makan kat penginapan

Ada jugak terpaksa berbuka kat kedai makan.

Overall, aku dah ready nak balik kampung dan beraya di sana. Kelengkapan pun kira dah hampir siap.

Duit raya dah tukar

Kuih raya pun main beli beli jer..

Brazilian wax pun dah buat. * ahaks

Kereta pun dah check untuk perjalanan pulang

Alhamdullillah.... ready untuk pulang ke kampung halaman...

Tak sabar nak beramas mesra dengan family tercinta. 

Dan tunggu masa untuk sesi berkumpul dan membawang secara berjemaah

Dan semoga syawal tahun ini memberikan keberkatan dan rahmat untuk kita bersama.

Esok hari raya...................., 

Berhati hati pulang ke kampung and enjoy your raya !!!



Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Oh… cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh… sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

3 comments :

  1. Selamat Hari Raya uncle. Maaf zahir bathin. Tahun ni kita beraya kat Sepital je ...uhuk uhuk....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...