Thursday, December 16, 2010

Magika !

Nak tengok magik?

Ya. Pasal pad kaki. Aku belum try kat kaki aku sebab aku tak de la nak try sangat. Hari tu aku beli pun sebab saja saja. Excited.

Maka dengan itu lepas aku dapat harta rampasan perang, aku pun buat lah experiment kecil bagi hati aku puas.

Apa betulkan benda ni sangat magika?

Bahan bahannya. Segelas air masak di letak dalam mug dan pad kaki tersebut.

Buat macam ni.


Apa yang cuba aku buktikan?

Aku saja nak tengok. Kalau benda ni betul letak di kaki dia jadi hitam dan berulat sebab dia sedut toksin. Ya. Apa benarkah ia magical seperti itu?

Dan pagi pagi, aku dapati ini hasilnya.


Oh. Oh.

Matilah kita semua lepas ni sebab air yang ada di Malaysia ini adalah bertoksid ! Atau mug di rumah aku semuanya beracun

* mulut keluar buih setiap kali minum air lepas ni

Tanpa letak di kaki, ia sudah hitam dan berulat. So how??

Ntah la malas aku nak beratkan otak aku. Tapi aku dah hilang keyakinan diri nak pakai kat kaki sendiri. Tanpa letak di kaki dia boleh hitam legam. May be bila bangun pagi aku tengok pad tu hitam, so aku jadi risau menangis tepi katil sebab dalam tubuh aku penuh dengan toksin dan aku bakal mati sebab ketoksinan tahap max.

Padahal kaki berpeluh je sebenarnya.

So apa yang aku nak cakapkan di sini.

Aku tak de apa apa against orang yang jual benda ni or sesiapa lah yang nak jadi businessman jual pad kaki ke, sarung tetek ada laser ke apa. Sepupu aku sorang tu pun gigih selalu call suruh aku join benda benda macam ni dan aku memang sejak di lahirkan tak de talent nak buat kerja kerja ni. Pastu heboh satu kampung dia berjaya dapat anugerah itu ini sebab business dia. Gempak la konon berjaya.

Apa yang penting, kalau kita nak jadi pengguna atau nak pakai. Pastikan hasilnya berbaloi baloi dengan wang ringgit yang kita belanjakan.

Jangan sampai membazir.

* tembak AC Mizal jahanam tu.

May be benda ni bagus untuk orang lain, tapi bukan untuk aku kot.

12 comments :

  1. Aku suker je dgr org2 niaga jenis MLM neh. Pastu aku tanya memacam. Mmg ada yg leh jawab dgn penuh keyakinan. Then bila dorg follow up aku decline tanpa belas kesian!!!!

    Yang terbaru score A..

    Ops! Lufer nak kasik salam.

    SAlam Menggggggggg!! salam Gopren hyun bin.. salam dari gopren Daniel Wu! ;p

    ReplyDelete
  2. hah score A tu pun satu. ada org tgh push suruh aku masuk ni.

    malas !

    ReplyDelete
  3. oiii oiiii haha aku bzzzzzzzzzzzz.

    ReplyDelete
  4. Meng naper tajuk blog ni di sebalik papan kayu. Ko kan duduk di batu bata.

    Sepatutnya di sebalik pintu yang kucing suka berak. kihkih

    ReplyDelete
  5. Ok out. Kerja.

    ReplyDelete
  6. sebab belakang tu papan kayu.. aku mengendap.

    kalau kucing bengong tu dia terang terangan berak

    ReplyDelete
  7. meng, kat rumah aku ada lagik 50 keping pad kaki tu.. aku beli ari tu dlm 100 pad, mmg la tetiap mlm tampal pepagi bgun rasa terpana melihatkan terlalu byk ropa nye toksin bdn aku yg gebus ni.. aku mmg dah teragk nak buat cam ko buat tu, tp aku terpikir nak rendam je pad tu, takde la nak buat sexperiment cam ko gitu...

    sapa nak pad kaki aku tu, meh aku sedekah kan je la, boleh la korang buat tampal2 lobanggggg.. hiksss

    ReplyDelete
  8. jury melapor diri dan dara....
    tugasan pertama...design banner utk cikdu...ada bran??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...