Tuesday, October 23, 2018

#JOMRONDAPULAU : 02 - Pulau Sibu Kukus

Setelah meredah samudera selama lebih kurang 30 minit dari kuala Sungai Mersing, akhirnya bot laju yang membawa kami semua tiba di destinasi pertama iaitu Pulau Sibu Kukus.

Pulau Sibu Kukus ini adalah antara 4 pulau yang menjadi gugusan Pulau Sibu yang terdapat di perairan Mersing selain Pulau Sibu Besar, Sibu Tengah, Sibu Kukus dan Sibu Hujung.

Pulau Sibu Kukus ini adalah pulau kecil yang terletak di sebelah Pulau Sibu Tengah yang turut di wartakan sebagai Taman Laut sejak tahun 1993 lagi.

Pantai Pulau Sibu Kukus

Pulau Sibu Tengah dari kejauhan

Bot selamat mendarat di Pulau Sibu Kukus.

Tiada resort di bina di Pulau Sibu Kukus ini memandangkan saiznya yang agak kecil. Aktiviti utama singgah di pulau ini adalah untuk mendaki bukit di sini yang mana pemandangan yang bakal di sajikan dari puncaknya itu memukau pandangan.

Nak tau terpukau ke tidak, kena lah panjat !

Tapi sebelum tu, dah alang alang sampai ke pulau, sebaik saja bot berhenti dan penumpang turun menjejak pasir pantai, maka ramai la yang terus start berkubang air masin.

Ayuh..... buangkan segala tekanan di jiwa. Kita mandi manda...................... !

Siap sedia

Pantai dan batu batu di Pulau Sibu Kukus

Pulau Sibu Kukus

Nak ke mana tu?

Uda dan dara

Keseronokkan bermain air laut

Ada yang memang mandi dan snorkeling di kawasan gigi air. Dan ada jugak yang berhasrat untuk melakukan pendakian ke puncak untuk melihat panorama sekitar perairan Pulau Sibu ini.

Tinggi ke nak kena daki?

Agak agak?

Sekejap je sebenarnya. Kalau fit macam aku.... hmmmm dekat 20 minit jugak. Kalau jenis boyak boroi tapi lebih fit... boleh naik dalam 15 minit jer.

Tapi laluan bukan la mudah seperti yang di sangka. Permulaan je agak steep dan cuma ada tali sebagai pemegang.

Jadi agak perlu untuk memakai kasut yang sesuai.

Ada sorang nenek ni, beria nak panjat jugak walaupun puas di halang oleh anak anak dan cucu cucu dia. Berkobar kobar semangat dia, tapi akhirnya aku dan tak jadi mendaki ke puncak.

Laluan ke puncak ikut hutan kecil

Separuh perjalanan kawasan belukar tadi sudah dilepasi


Ayuh ! Menuju puncak

Maka ini lah view awal yang boleh di lihat dari bukit ni. Oh yeah ! Tak sampai pun 20 minit aku dah berjaya sampai.

Acah acah fit jugak la kan. Tapi terpongeh jugak mintak nyawa.

Batu batu tepi laut

Pulau Sibu Tengah dan di belakangnya Pulau Sibu Besar 

Lautan

Ada yang masih snorkeling di perairan

Bot bot yang tadi datang membawa penumpang

Pulau Sibu Tengah dengan kawasan resort

View dari puncak Pulau Sibu Kukus

Pandangan ke bawah tempat bot bot berlabuh

Pulau Sibu Hujung di sebelah Pulau Sibu Kukus

Pulau pulau lain

Dan ini dia pemandangan sekitar Pulau Sibu Kukus dari kawasan puncak. Boleh rest dan layan pemandangan di kawasan ni.



Ku terpaut sejak pertemuan itu
Hatiku berkata ingin mengenali mu
Setiap malam wajahmu terbayang
Disaksikan sinaran bulan

Titisan hujan bagaikan harapanku
Tinggi langit tak mungkinkan tercapai
Tinggi gunung jadi penghalang
Hasratku oh sayang

Lautan api
Sudah pun kurenangi
Kuukirkan namamu

Di hati yang jadi pujaanku

Gerbang kebahagian terpancar indah
Tapi hanya dengan sekelip mata
Sekeping hati yang sudah berpunya
Pergi dan takan kembali

Sayup kelihatan Pulau Tinggi






View memang lawa tapi sebab cuaca agak sendu sikit time tu so macam berkabut jugak dan tak berapa clear.

Air laut pun nampak tak berapa berkilau dan jernih seperti apa yang di harapkan.

Spent lebih kurang 15 minit kat atas ni, then tiba lah masa untuk turun.



Time turun tu lebih laju tapi memang kena hati hati kalau tak mensasar je masuk semak.

Dah sampai bawah boleh sambung mandi manda sementara tunggu bot nak bergerak ke lokasi seterusnya.






Overall, hentian pertama di Pulau Sibu Kukus ni agak menarik lah. Selain pantai dan boleh mandi manda, boleh lah layan view sekitar Pulau Sibu ni yang sememangnya nampak menarik.

Bergerak ke lokasi berikutnya, iaitu ke Pulau Tetek.


Let's go menetek !!!

Nak tetek saiz apa uols????? Cepat hoder !

bersambung.....................

4 comments :

  1. pulau sibu kukus... nyam nyam, sedap namanya.

    ReplyDelete
  2. hahahaha teringt nasi ayam kukus pulak... terbayang kalau terlepas tali tu tergolek golek terus masuk laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..... kena hati2 gak lah.. jgn selfie sampai lupa diri. sedar2 kang menjunam ke bawah karang

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...