Tuesday, October 2, 2018

DINOSAUR GARDEN, Sg Buloh

Korang kenal dino? Dinosaur?

Tahu nama nama mereka? Kenal handai taulan sedara sebapa mereka? 

Aku tak berapa kenal dan malas nak ambik tau ! Masalahnya, kita tau nama mereka pun, mereka kenal ke kita?

Oh yeah ! Sebab tak kenal, elok lah rasanya kita pegi berdamping dengan mereka di Dinosaur Garden supaya mereka pulak mengenali kita.

* mati lah tak de orang nak layan aku merapu...........

Dinosaur ajet ajet pakai colgate?

Sapa pernah dengar pasal Dinosaur Garden ni? Rasanya pameran ni pernah di adakan sebelum ni di area Semenyih sana, dan baru baru ni bersempena musim cuti sekolah yang lepas mereka berpindah ke garden baru di Sungai Buloh.

Aku memula terbaca je, pastu excited bagitau anak anak aku, ingatkan dia takut, rupanya dia tuntut ajak pegi. Terpaksa lah bapak dia ni bersinsing lengan dengan khalayak pegi ke tempat tempat terbuka yang ramai orang dengan cuaca yang tak berapa meriangkan ni.

Aku planned nak gi petang skit tapi budak budak dah tak menyabor.

Ini adalah iklannya...

Ya betul, by now Dinosaur Garden ni dah pun habis dan di tutup. Now dinosaur semua dah kaya raya so dia orang akan menghilang sebab nak gi berbelanja duit hasil kutipan show, tapi kemungkinan besar mereka akan muncul semula. Jadi, aku share serba sikit pasal tempat ni untuk di jadikan rujukan di kemudian hari. ( sekiranya dinosaurs ni semua mahu kembali beraksi)

Kami pegi masa hari minggu. Guna waze je untuk sampai ke sini. Letak nya dekat area Gamuda Gardens belah belah highway LATAR sana.

Ada kawasan pembangunan Gamuda Land yang baru

Kawasan dia memang kawasan lapang dan terbuka. Ada parking area di sediakan... Parking FOC.

Dan dari parking area, ada free shuttle disediakan untuk angkut kita kita


Jangan takut naik van putih ni. Mereka tidak berniat menculik sesapa....

Cuma van tu akan hantar kita ke area pameran yang sebenarnya dekat jer. Tapi cuaca panas nanti banyak maskara yang cair dan meleleh di pipi....

Dinosaur Kingdom - Malaysia's first ever Dinosaur Themepark now nestled in the serene wonders of Gamuda Gardens. Definitely a fun-filled day for you and your family!

Kat situ boleh start pose pose bergambar dengan dinosaur yang paling hensem ni dulu....

Apparently mereka bergerak dan ada bunyi. Kalau terkejut sila karate tengkuk dia kasik putus !

Dan excitement Dinosaur Kingdom ni sebenarnya belum bermula lagi. Kalau nak mulakan, kena beli tiket dulu ya..

Bukan percuma

Dipersilakan masuk

Dan beratur untuk beli tiket di sini.

Harga tiket

First time tengok harga macam rasa mahal gak. Tapi sebenarnya, tiket tu datang dengan token yang kena redeem kat dalam nanti untuk macam macam aktivities. Tiket dewasa dapat 2 tokens, yang kid dapat 1 token each.

Ini tiketnya..... 

Dan setiap orang di beri wrist band untuk lilit di tangan


Dan masuk terus tuju ke booth token redemption untuk menebus token dengan tiket yang dah di beli tadi.

First time masa memula masuk dalam area ni aku fikir.. 

"Alamak ! Cheap gila.... "

Macam funfair pun ada. Tak berbaloi aku bayar RM 30 untuk diri sendiri.

Dinosaur pun macam bajet bajet suci je semuanya

Dan masa masuk baru lah aku pasti yang most of the activities memang tak free. Nak main kena bayar pakai token token tadi.....

Usha dalam kawasan expo ni.

Panjat memanjat

Ride ride keliling kawasan

Ride fun fair ni pun ada

Booth booth untuk aktiviti lain

Tapi cuaca memang panas dan tak banyak tempat berteduh di sediakan...

Dinosaur pun tak tahan panas.... 

Aku rasa macam nak gi berteduh dalam telur gergasi tu malangnya... tak muat ! Kang jahanam pulak prop prop ni.

Antara activities yang kena pakai token...

TRICERATOPS TRAIN | PTEROSAUR’S NEST | BABY DINOSAUR TRAIL | DIRT KART CHALLENGE | DINOSAUR INVASION | RAPTOR’S MAZE | DINO RIDERS | DINOSAUR BATTLE GROUND | ICE FOSSIL | CARNIVAL GAMES | RACING DINOSAURS | FLYING FOX | DRIFT ISLAND | 5D CINEMA | THE SWAMP | FOSSIL DIVE

Setiap satu tu kena bayar dengan 1-2 tokens. Ikut aktiviti. Ada jugak lah yang free tapi macam exhibitions etc yang kureng menarik skit.

Tempat makan ada di sediakan juga

Dan banyak food truck berniaga.

Anak anak aku memang jenis lambat nak panas. Memula masuk tu, suruh main itu tak nak. Suruh try ini tak nak. Semua tak nak ! Hero aku pulak nak try semua tapi saiz tubuh tu tak mengizinkan pulak sebab ride mostly untuk budak budak kecik jer.

Nyaris aku bertukar jadi dinosaur karang biar keluar api dari tekak ni.

Tanpa sebab aku rasa macam nak gi karate mascot yang ada nih.

Pastu ada yang nak berak lah. Time time ni lah dia nak memerut.

Oh by the way, kemudahan lain di sediakan adalah seperti surau, tempat merokok, tandas awam walaupun air agak halus dan jamban agak goyah tapi kira OK lah pada tak der !

Nampak macam happening je poster ni...

Tapi sebenarnya macam sendu tak bertepi...

Pastu baru lah anak aku ni nak naik naik sikit... Naik pulak dinosaur jenis bergerak selangkah selangkah. Panas dowh. Tak mencabar langsung 

Dan kebetulan masa tu pukul 5 lebih, ada live show nak mula ! Kami semua di panggil masuk ke khemah tertutup yang mana ada Dinosaur Wildpark Live Show bakal bermula.

Yang ni boleh masuk free. Tak payah pakai token.

Live show dinosaur beraksi

Show dah nak mula...

Audiences pun dah ramai. Nasib dalam ni berekon...

Tapi show apa benda dalam ni sebenarnya? Mesti adalah soalan ramalan macam tu. Teruskan meramal !









Berjaya tak meneka dalam kesamaran?

Show dia kisah mak dinosaur yang sesat dan terpisah lalu membawa diri dalam hutan dan end up berkahwin dengan penguin !

Krik ! Krik ! Krik !................

Aku pun sebenarnya tak berapa paham sangat cerita dia. Lagipun aku duduk row depan sekali, pastu aku macam tak sabar sabar nak di panggil naik ke pentas untuk sama sama beraksi.

Tapi tak de yang panggil pun...... so aku main hp jer lah................

Yang penting budak budak suka dan terhibur ! Pelakon pelakon dia pun acting real siap berguling guling, nak je aku cucuh dengan api.

Mamat ni cas cas over

Lepas show tu ada sesi bergambar dengan pelakon dan dinosaur dinosaur tu semua.

Aku keluar cepat cepat sebab kecewa macam biasa, peminat tak melayan aku seadanya....

Di bahagian yang lain, ada lagi port port beraktiviti...

Go Kart



5D Cinema


Dan as usual, kedai souvenir.


Memang kena spare bajet untuk dia orang beli benda benda ni.

Agaknya memang secara psychologynya begitu, dapat barang sorang satu baru excitement tu datang secara tetiba !


Baru lah nak cuba semua benda...


Tapi token pulak dah tak cukup...Ha Ha Ha

Last sekali pusng pusing kawasan Dinosaur Kingdom ni jer..


Ada taman dan tasik


Dan banyak lagi aktiviti kat tempat lain ni


Kira besar lah jugak tempat ni


Gamuda Gardens


Pastu anak dara aku tu nak naik bot pulak

Kasi can dia main puas puas dan abiskan token token yang ada...





Pastu main tikam tikam. Hero aku dapat patung dinosaur satu. Terror gak dia. Harapkan aku memang hanchorrr.

Abis main main, lepak lepak makan dan minum kejap kat situ. Then kami pun blah.

Habislah sepetang di Dinosaur Kingdom

Overall, memula memang rasa hampeh je tempat ni. Tapi bila dah last last tengok budak budak pun happy aku rasa berbaloi gak lah harga tiket dia tu.

Memang untuk kita yang dewasa ni agak kureng lah tapi sekali sekala nak berdampingan dengan species macam ni, OK je lah.

Yang penting semua happy


As of now, theme park ni dah pun di tutup tapi besar kemungkinan, akan ada lagi dan mungkin di pindah ke tempat lain pulak.

Boleh refer link for more info...


Nantu kalau ada lagi, korang boleh la pegi !

2 comments :

  1. Ingatkan mcm Jurassic Park ker... ehh terlebih pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kang bertempiaran org lari. tak balik modal

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...