Tuesday, October 16, 2018

KEMBARA BALKAN - SERBIA | 02 BELGRADE : Belgrade Part 01

Selamat pagi Belgrade.

Sebelum bangun, bersedia mengikuti senaman regangan paling mudah ini...

Duduk di tengah katil dengan bersila. Jalinkan tangan dengan tapak tangan mengadap keluar, regangkan tangan lurus ke atas kepala. Gerakkan pinggang ke katil, perlahan-lahan rendahkan bahagian belakang badan. Berhenti seketika, tarik selimut dan kembali ke posisi tidur dan sambung tidur !

Belgrade can wait ! Hahahaha

Sambung tidur skit lagi dan agak agak badan dah rasa bermaya karin, bangkit dan bersiap siap untuk jelajah kota besar Serbia ni.

Bangkit dan bersiap siap. Kali ni bersemangat sikit.

Keluar dari bangunan tengok matahari masih belum begitu meninggi. Masih awal pagi !

Mana nak tuju ni?

Belgrade Cathedral. Holy Archangel Michael. Lokasi depan hostel aku stayed

The city's main cathedral, built in the 1830s, has a grand altar & houses relics of Serbian saints.

Cas cas ambik tau...

Belgrade Cathedral  is dedicated to Saint Archangel Michael, and is located near Belgrade Fortress (Kalemegdan) at Kneza Sime Markovića 3. 

It was completed in 1840, and its interior was richly decorated in the fashion of Serbian neo-classicism. 

Building of the Serbian Patriarchate is located opposite the Cathedral, and it is also the location of the Museum of the Serbian Orthodox Church, as well as a beautiful patriarchal chapel dedicated to Saint Symeon.

Dah. Jom jalan !

Ikut laluan utama lalu kawasan banyak cafe cafe terbuka

Tapi masih pagi lagi... 

Jalan sampai ke Knez Mihajlova 

Laluan pedestrian paling popular di Belgrade ni. Popular sebagai tempat shopping dan cafe cafe. Tapi masih pagi, satu kelibat manusia pun tak der !

"Hoi !!! Mana orang????????????????"

Macam tu aku nak menjerit minta perhatian. Sebenarnya tak tahu mana nak tuju. Tempat yang sepatutnya busy ni dah macam zombie town pepagi hari. Aku kah yang terlebih awal? Cemana nak shopping ni? Duit tengah banyak ni !!

Hahaha.....

Dekat laluan Knez Mihajlova tu kalau ke kiri, aku bakal tuju ke salah satu tarikan di Belgrade ni. Jadi apa kata kita tuju ke sana dulu? 

Ada statue tak sure pulak sapa.

Hah. Matahari dah nak naik. Tram tak de lalu lagi. Aku boleh berguling atas rail track kalau aku mahu !

Tapi aku tak mau. So aku jalan memasuki kawasan park yang agak luas dan di penuhi dengan banyak pokok pokok. Kat area ni aku nampak few orang jalan jalan. Jogging kot.

Kalemegdan

Atau dikenali sebagai Belgrade Fotress

Silau !

Pernah menjadi kubu ketenteraan penting di Belgrade

Namun kini menjadi kawasan Central Park untuk aktiviti riadah masyarakat setempat

Dinding kubu

Terletak di pinggir pertemuan dua sungai iaitu Sungai Sava dan Sungai Danube

Luas jugak kawasan Kalemegdan ni dan aku melilau tanpa tujuan. Usha kawasan !

Tower Nebojsa

Tembok kubu mengadap kawasan tebing Danube River

Sava River and Danube River

Sun shine !

The Victor. Iconic monument of a man holding an eagle, commemorating Serbia's victory during the Balkan Wars.

View tepi sungai yang di penuhi dengan kapal dan bangunan yang dijadikan restoran terapung

Area seberang

Tepian sungai

Statue the Victor yang menjadi mercu tanda Kalemegdan

Bangunan

Hah ! Ada map aku ambik kat hostel

Statue The Victor

View

Muzium

Statue Gratitude to France, simbolik dari Perancis yang membantu puak Serb semasa perang

Area park yang di penuhi banyak pokok pokok

Ada kawasan yang masih menyimpan aset aset ketenteraan yang pernah di guna pakai dan menjadi open museum. 

Actually kawasan ni agak besar, tapi aku malas nak merayap sangat so aku usha usha area situ je. Pagi pagi ramai yang dah start jogging dan beriadah di kawasan ni.










Abis usha kawasan Kalemegdan aku kembali ke Knez Mihajlova. Main pedestrian street in Belgrade. Crowded during the day and night. Mostly shopping and numerous cafes.

Crowded ke? Mana semua orang masih belum bangun lagi ni? Aku nak shopping !!!

* tabur duit syiling....................

Knez Mihajlova. Kalau siang mesti happening gila kawasan ni.

Sebab kedai kedai masih belum di buka.. kita usha kawasan je ler...

Bendera Serbia

Jalan ni agak panjang jugak dan di penuhi dengan kedai kedai dan cafe cafe. Di pertengahan jalan ada fountain. Yang ni salah satu fountain terkenal di Belgrade iaitu Delijska Cesma.   

Ada butik mewah

Kedai Bata !!

Time aku banyak duit ni lah kedai tak bukak ! Hahahaha

Hello Polis ! Pegi kejut semua orang. Artis ternama datang melawat kawasan ni !

Ni kawasan terbuka macam square di pertengahan laluan Knez Mihajlova. Ada Concert Hall - Cultural Center of Belgrade

Bangunan sekitar

Fountain di Knez Mihailova Street

Di hujung kawasan Knez Mihailova terdapat sebuah bangunan yang agak menarik perhatian aku.

Hotel Moskva aka Hotel Moscow, A landmark of Belgrade, one of the most important architectural gems of the Serbian capital, 

(Hotel Moscow), is a four star hotel in Belgrade, one of the oldest currently operating in Serbia.

Built in the style of the Russian secession which has been under state protection since the second half of the previous century. It was inaugurated by King Petar I Karadjordjević himself in 1908.

Cafe di belah luar

Fountain depan hotel

View tak jauh dari kawasan hotel

Laluan berkenderaan lalu lalang

Ada juga bangunan modern

Basikal merah aci pinjam ke tak?

Part of fakulti

Masih jauh lagi perjalanan aku nak menapak ni....

Gigih... demi nak tuju ke satu tempat ni.............

Hah nampak kubah hijau sana tu...........

Nampak macam gereja kan?

Ya. Memang gereja. Jangan kecam sebab aku memang bersemangat nak jejak ke sana. Sebabnya, ia merupakan gereja Othordox terbesar di Serbia dan salah satu yang terbesar di dunia !

Nak jugak aku tengok berapa besar yang besar ni !

Tapi... macam masih jauh perjalanan ni.

bersambung...................

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...