Thursday, October 18, 2018

KEMBARA BALKAN - SERBIA | 04 BELGRADE : Belgrade to Istanbul

Tak jauh dari tempat aku makan tu adalah kawasan Kalemegdan - Belgrade Fortress yang aku pegi awal pagi tadi. 

Time time ni nampak macam lebih ramai orang. Dari jauh macam ada gerai jual jualan. Aku main teka je mesti dia jual souvenir. Duit masih tersisa, nak bawak keluar macam rugi pulak, so baik aku gi usha mana tau ada FM murah murah boleh aku beli.

Knez Mihailova Street 

Kedai kedai dah mula di buka tapi duit aku tak cukup banyak nak berbelanja di kawasan ni.

Kalemegdan dan kawasan park. Nampak macam ada orang berjual


Aku gi usha.


Memang sah ! Ramalan ku benar belaka....

Ada dua tiga gerai jualan semua jual souvenir

Nampak ada yang bertudung, aku ingat orang Malaysia. Baru rasa nak cakap Melayu tapi bila dekat tengok bukan !

Antara barangan yang di jual

FM

Sebab aku tau tak banyak waktu, aku cari apa yang aku nak. Nego nego sikit dan akhirnya dapat beli FM. Cukup lah untuk jadi buah tangan kat orang. Aku sendiri pun memang dah lama tak kumpul FM FM ni..

Beli pun untuk bagi orang. OK jugak la dapat harga FM dia. Dah abis beli, aku terus blah. 

Sebelum tu, sekilas pandang area Kalemegdan sebelum aku blah dan menyusur pergi....




Bye bye Kalemegdan !

Bergegas balik ke hostel

Ikut laluan yang banyak cafe cafe

Tumpang lalu di bawah payung mahkota...

Alamak, sapa ni??? Sorry tak sempat nak tanya namanya...

Bangunan di mana HostelChe terletak. Malam malam ni kawasan Night Bar dan tempat muda mudi berkumpul....

Dan siangnya menjadi cafe cafe tempat lepak lepakan... tapi macam cafe taraf mahal mahal gak lah.

Sampai hostel, aku ambik masa mandi dan bersiap siap. Lepas abis berkemas terus aku check out dan mintak diri. Mamat hostel tu dengan baik hati ajar aku cemana nak naik bas untuk sampai ke airport.

Kena jalan kaki tak sampai 10 minit ke arah jambatan tempat aku datang semalam.

Bye bye

Lalu lagi depan bangunan the Residence of Princess Ljubica ni.

Ikut laluan.. Cuaca agak panas time nih.

Bangunan

Sampai tepi highway berdekatan jambatan

Kawasan persekitaran

Tunggu bas tepi highway. Panas gila. 

Terpaksa gi berlindung dekat kawasan monumen ni.

Dekat 10 minit menunggu, akhirnya bas no 72 tiba. 

Dan perjalanan bermula untuk 30 minit berikutnya dari pusat bandar Belgrade menuju ke Belgrade Nikola Tesla Airport.

Sava River

Laluan jalanraya menuju ke airport

Ada bangunan lawa area airport

Belgrade Nikola Tesla Airport. Merata rata diabadikan nama Nikola Testa di negara dia nih !

Sampai airport aku check info pasal flight aku tapi macam tak de maklumat yang aku cari.

Pelik gak kenapa flight aku tak de dalam list tu. 

Husnuzon ! Maybe tak final lagi. Lagipun masih ada masa so aku keluar dan lepak kat luar hisap rokok dulu bagi tenangkan jiwa.

Abis merokok aku masuk balik ke bangunan terminal. Masih buntu tak tau mana arah tuju.

Dekat papan ni pun tak de flight aku tu.... How?

Flight tiket ni aku beli thru Skyscanner je masa kat Mostar kelmarin. Cari yang paling murah dan aku dah pun buat pembayaran. Dalam email yang di hantar, dan segala info yang aku dapat timing apa semua, aku akan naik flight Air Serbia. Dan tiket tu di jual oleh agent sebenarnya yang aku pun tak pernah berurusan. Main bedal je lah sebab aku yakin dengan Skyscanner tu.

Tapi dekat airport ni, dalam list flight Air Serbia tak de pun flight aku ni !

Stressed !

Aku gi tanya Info kaunter orang tu kata flight belum masuk list. Eh. Masa berjalan ni... takkan tak ada tulis apa apa info nak check in ke boarding ke. Pelik !

Tak puas hati aku pegi ke kaunter Air Serbia tu sendiri.

Wajar kah aku mengamuk kalau artis ternama dan level antarabangsa macam aku ni tak di layan dengan baik?

Tak jadi nak mengamuk pun sebab bila aku tanya mamat tu dan jawapan dia adalah.

"I am sorry. We dont fly to Istanbul...."

Tertelan air liur aku kejap. 

"Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?????"

Kamera zoom in zoom out !

Dah tu, aku kena chong ke apa ni? Mati lah mati !! Tidak.... tidak !!!!

* terus paranoia rasa nak berguling guling..

Tapi mamat tu baik hati, dengan info yang aku ada, dia check dalam PC dia tu dan dia bagitau sebenarnya flight aku bukan Air Serbia tapi Atlas Global.

Atlas Global???? Kapal terbang apa tu?? Ke kapal sayur?

* sambung sawan.

Dengan maklumat dia baru lah aku pegi ke kaunter yang di buka di bahagian airlines lain. Hilang rasa gundah gelana. Bongok punya...................... sapa ntah. Aku pun tak tau nak salahkan sapa. Dalam email terang terang dia kata Air Serbia, rupanya salah kapal terbang.

Malu !

Tapi syukur alhamdulillah. Aku tak tersadai. Lepas berjaya check in tu rasa lega dah lah.

Then tunggu je lah flight yang akan membawa aku ke Istanbul ni

First time tengok atlasglobal punya fleet

Kapal terbang Air Serbia yang tak nak kat aku... Tak per arrr. Sombong !

Sampai masanya kapal terbang yang aku naik mula bergerak ke landasan untuk berlepas...

Alhamdulillah. Lega rasa..

Bayangkan kalau aku tersadai kat sini... kena tipu ke apa ker. Naya. Tak tau cemana nak fikir dah.

Buang benda tak bagus tu dari fikiran.. Malas nak fikir.

Tengok view tambah rasa lega.

Tenang jiwa. Syukur banyak banyak... 

Penerbangan merentas kawasan Serbia melintasi ruang udara Bulgaria dan seterusnya Turkey

Bye Bye Belgrade.... 

Ta Ta Serbia....

Ada di sediakan kudapan ringan

Dan aku memilih untuk membuta....

Penerbangan mengambil masa hampir 2 jam. Sempat aku terlelap. 

Sedar sedar kapal terbang dan decending dan bakal mendarat di Istanbul Atatürk Airport. Airport yang sama di mana aku akan ambik penerbangan pulang ke Malaysia lusa.







Alhamdulillah. Selamat mendarat. Hello Istanbul, Turkey !

Aku excited datang lagi kali ni ke sini. Last time datang hari tu transit tak puas explore kawasan Istanbul ni. Time ni aku datang dan aku memang spare seharian esok untuk ronda ronda dan melawat kota Istanbul nanti.

Excitement aku sedikit demi sedikit pudar bila jejak kaki ke airport Istanbul ni.

First orang ramai gila, menunggu nak lepas immigration macam lama gila gila !

Lepas tu kastam pulak tahan aku. Yang tahan tu awek. Dia korek semua barang dalam beg aku tu dan lepas tu selamba je buat bodo suruh aku kemas balik semula. Dah la aku pack punya lah lawa dah. Padat dan muat muat. Bila dia sepahkan semua, satu kerja pulak aku nak pack balik. Hish ! Angin betul rasanya.

Bayangkan pukul 9.30 malam aku mendarat di Istanbul. Selesai immigration apa semua then ambik metro ke city center. Pukul 12 malam baru aku sampai di town.

Tengah malam buta lah aku cari hotel yang aku dah booking di sini untuk 2 malam ni.

Melilau cari hotel tengah malam buta. 

Nasib lah jumpa. Tu pun cari hotel lain baru jumpa hotel yang aku book tu.

Elok sampai je ada accident depan hotel. Kereta mewah lak tu. Siap bergaduh gaduh. Tapi aku malas nak ambik pot.

Aku perlukan rehat. Kaki dah melecet kena kasut dan berjalan hari ni.

Check in.

Dapat bilik pulak, comfortable gila.

Ah.. best nya.

Lagi lagi usha view dari hotel.. Fulamak !!!! Mantap seyyy...............

Tapi aku keletihan dan perlukan rehat. Kaki betul betul sakit dan pedih. Perut lak lapar.

Nasib ada maggie. Penyelamat ulung tak kira masa dan ketika.

Mandi dan selesaikan apa yang patut, sudahnya aku terbongkang dalam lena di kota Istanbul........kota terakhir sebelum aku berangkat pulang ke tanahair.

Istanbul, esok kau tunggu aku datang. 

Kau akan ku jelajahi.............. tapi..................  kaki sakit dan pedih nih ! 

How?

15 comments :

  1. da nak balik malaysia dah? perghh rasa macam ikut trip balkan nie jalan kaki plak... dari bulan januari 2018 hingga sekarang... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin kan? hahha.. semangat tu ada tapi kemalasan berganda2

      Delete
    2. Fatimah, setiap kali meng update entry balkan nie akak gigih pi baca dari entry pertama balik... sbb nak dpt feel ala2 mcm kita yg join trip nie... hahaha...

      Delete
    3. hahaha nak abis dah... harap boleh sambung trip lain pulak..

      Delete
  2. Kalau lah Seri dpt cuti lama2 mcm uncle ni..fuuhhh best nya...tapi...tapiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada cuti lama... apply few days campur public holiday je... cuti tu kan hak pekerja. kena pepandai manage ur cuti lah.

      Delete
  3. mujur ada orang tolong cek kan flight yang betul.. kalau tersadai kat sana, naya je huhu

    ReplyDelete
  4. Nikola Tesla tu orang Serbia yek? Kalau engineer memang kenal sangat la dia ni, tapi tak tau dia datang dari Serbia. Ingatkan orang US.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serbian-american rasanya.. biasalah org hebat hebat mesti depa nak claim.

      Delete
  5. dah la atlas, global lagi... alhamdulillah selamat. cite istanbul pleaseeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan ni.. janji ! tapi entry tak start tulis lagi..

      erghhhhh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...