Thursday, October 11, 2018

ZENITH CAFE, Puncak Alam

Cepat bersiap. Kita nak gi makan kat luar nih !

Hari ni aku nak bawa korang secara maya ke sebuah cafe yang sangat unik deco dan interiornya. Nama cafe ni adalah Zenith Cafe yang terletak di Puncak Alam.

Zenith Cafe

Kebetulan aku berada di area Puncak Alam so riki riki nak cari cafe yang menarik sempena nak celebrate birthday Hero sambil nak outing untuk dinner sekali.

Zenith Cafe menyediakan ruang santai untuk makan makan sambil di iringi alunan muzik live band berirama jazz, blues & R&B ! 

Tapi tak de lah kami datang nak layan live band pun cuma kebetulan je. 

Dulunya owner yang sama bukak cafe Hot Pot di Damansara Damai sebelum membuat keputusan berpindah ke area di Puncak Alam ni.

Jadi dah sampai, ayuh usha apa yang menariknya tentang cafe ni.

Terletak di kawasan Puncak Alam area lot kedai tapi area belakang belakang sikit.

Walaupun agak sunyi kawasan tu tapi parking banyak lah time orang abis kerja.

Sampai sampai je aku agak terpesona dengan deco dia. Dari luar dah nampak menarik. Jom usha !

Cafe santai

Dengan deco barangan peribadi tuan si pemilik

Yang menghiasi setiap ruang dinding cafe

Lagi menarik ada live band setiap malam

Rasanya band pun di mainkan oleh tuan empunya cafe jugak

Deco yang menarik

Dengan peralatan antik koleksi peribadi

Di pamerkan di setiap ruang cafe

Peralatan live band

Walaupun banyak benda benda hiasan tapi ruang cafe tak de lah nampak semak. Simple and cozy

Masih ada sudut sudut santai untuk melepak dan menikmati hidangan

Juga meja meja ala ala romantik untuk acara tertentu

Tak jemu nak usha barang barang dalam cafe ni. Memang antik dan menarik. Macam melawat muzium pun ada.

Sambung usha koleksi pameran di sebelah dalam cafe pulak......





Hello ! Bobo di mana?

Dah dah lah usha kawasan. Datang pun nak makan kan?

Tapi masa tu aku datang waktu maghrib, so memang nak tumpang solat maghrib. Memula da cari surau di area berdekatan tapi macam pelik pulak surau tu, tak de ruang solat untuk orang pompuan dan surau tu adalah rumah teres. Macam markas pulak. 

Sebab tak jadi solat kat situ, aku cuba tanya abang cafe Zenith ni iaitu Abang Dino dan dia baik hati tumpangkan kami solat di ruang atas. Ruang atas cafe tu rasanya tempat tuan cafe ni menginap. Pulaknya aku time tu pakai short so lupa bawak kain pelikat dalam kereta. Dengan muka tak malunya dah lah tumpang solat, tumpang pinjam kain pelikat pulak.

Tumpang solat di ruang atas

Terharu abang Cafe ni bukan setakat bagi pinjam kain pelikat tapi siap bagi jubah lagi ! Eh ke dia perli aku tu? hahahah Tak pe lah. Yang penting dia membantu menyenangkan aku.

Dari atas nak turun bawah pun ada koleksi topi milik abang ni.

Sempat gak borak borak dengan abang ni dan dia kata banyak nya koleksi peribadi dan dia memang hobi menyimpan barang barang tu semua dan since ada cafe dia pamerkan sekali sebagai deco.

Bagi aku menarik gak. Boleh jadi tarikan tambahan selain dari orang datang nak makan makan.

So meh lah kita order apa yang boleh di makan di Zenith Cafe ni !

Menu

Kebanyakkan menu di sini tak de lah complicated sangat, ada main dish dan kudapan ringan selain daripada minuman dsb. Kebanyakkan menu di sini adalah hasil tangan hamd made pemilik dan isteri.

Kiosk

Hiasan meja

Sudu garfu

Cuma aku agak kureng skit, pekerja di sini mostly bangsa asing. Friendly memang friendly tapi communication tu agak keliru skit. Kena cakap banyak kali nak kasik faham. Bukan apa, takut salah ambik order nanti.

Dah order, hidangan pun tiba di meja.

Minuman

Lasagna

Chicken Chop

Aglio Olio

Burger... home made ni. Hero aku kata sedap

Nasi dengan lauk lemak cili pado

Popia

Overall makanan semuanya rasa OK lah. Tak de lah inzal sampai ke bumbung dan tak de lah tasteless. Kira OK lah. Hit and miss. Portion agak kecil tapi harga tak de lah mahal. Kira sesuai lah. 

Plan kami nak celebrate birthday Hero tapi kek agak kurang menarik. Ada tapi macam tak ummph dari segi rupa.

Nasib ada brownies dan ice cream. OK lah buat syarat. Kemudian terpaksa cari kek kat secret recipe dan potong kat rumah je lah.

Featured in Jalan Jalan Cari Makan TV3.

Overall ambiance adalah plus point. Makanan so so. Lokasi agak terpinggir tapi elok lah sebab ada live band tak de lah kang di marah orang sekitar kawasan sebab bising.

Kalau nak lepak santai sambil layan live band tapi local style boleh cuba datang ke sini. Insha Allah tak mengecewakan.

Masa aku datang tak de orang so service agak cepat. Lepas tu orang sikit sikit datang maybe nak layan live band so rasanya hala ke malam memang port lepak santai la ni.

Zenith Cafe

ZENITH CAFE
2A Jln PPAJ Alam Jaya
Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor
Call 017-224 3045

Open everyday 7pm - 2am.
Closed on Sunday

fb : Zenith Cafe

Tak rugi mencuba !

Tak sempat layan live band.. Nah layan jazz seround.



Disuatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menetap wajahmu
Diremang cahaya sinar pelangi

Lalu engkau tersenyum
Kumenyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu

Dengan memisah titik air mata
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh hati dalam kehancuran
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

Widuri … elok bagai rembulan
Oh sayang
Widuri … cinta bagai lukisan
Oh sayang
Widuri… bukalah pintu hati untukku
Widuri… ku akan menyayangi

4 comments :

  1. mmg mcm review muzium pulak kali nih
    padahal
    kedai makan je
    bumbung guna metal deck..hujan kalu..mesti bising
    Insyallah klu ingat..nak try la pi kedai ni




    PS: teruja tuan tanah drop komen dlm blog 'sendu' tu..ala..yg tuuuu...
    (juih molot kasi ada dramatic sebut 'tuuu')

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat gemilangkan semula blog akak anash supaya naik takhta

      Delete
  2. mcm penah nak gi tp x terpergi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...