Monday, October 22, 2018

#JOMRONDAPULAU : 01 - TBS to Mersing

Aku nak share trip ronda pulau di pulau perairan Mersing.

Highlight dah tubik sini : Jom Ronda Pulau - HIghlight.

Do you know what is the meaning of tubik?

Gambar pun tubik !

Since trip Jom Ronda Pulau ni adalah ronda pulau pulau di Mersing, jadi kita kena ke Mersing.

* que lagu Seri Mersing........



Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu

Hatiku runsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu
Hatiku rungsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu

Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah mashyur
Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah masyur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur

Hoi ! Korang kenapa sampai tidur dan berdengkur ni? Wake up ! Kita nak gi island hopping nih !

* baling penonton dengan bonggo.

Sebelum siap siap nak berisland hopping, maka kita kena lah pegi ke Mersing dulu. Aku join trip yang di organize oleh tour company yang berpangkalan di Mersing.

Open trip ronda pulau. Scheduled open trip dengan harga RM150 per pax.

Boleh check fb : Jom Ronda Pulau untuk maklumat lanjut.

Trip ni, anak anak buah aku turut serta. Jadi meriah gak lah. Urusan booking etc di lakukan lebih awal dan bayaran deposit RM50 per pax dah di bayar siap siap. Menunggu tarikh yang telah di booking dan sebab kemalasan melanda diri nak drive ke Mersing, so kami sepakat untuk naik bas !

Naik bas di TBS. 

Tiket bas boleh booking online : Bus Tiket Online.

Since trip ni cuma sehari, jadi boleh bajet bajet time weekend untuk join dan sempat balik ke KL tanpa perlu cuti tambahan.

Usha dulu kawasan TBS.... 




Excited jugak sebab jarang naik bas ni. Selalu naik heli atau private jet jer..............

* lari..............

Tunggu bas

Perjalanan bas hampir 6 jam... Jauh naaaa

Sampai Mersing tumpang bermalam di sana.

Pagi di Mersing

Sempat layan sunrise di Mersing dulu..........




Jetty nelayan 

Pelukis ikan ni dah kenapa eh?

Mersing ni agak special sikit pada aku. Closer to heart !

Lepas breakfast, terus ke jetty yang ditetapkan untuk berkumpul...................






Cuaca macam mendung dan berawan. Tapi sebab jadual dah ditetapkan, perjalanan harus di teruskan.

Tempat berkumpul

Kelengkapan diri. Ajet ajet tak nak hitam....

Mangga

Bayar baki trip

Penerangan pasal trip serba sedikit

Dan bersiap untuk belayar

Bekalan makanan yang di sediakan

Bot pertama pegi dulu. Geng geng kacak tampan tapi tak kacak mana.....

Menuju samudera biru... yang tak berapa nak biru

Bot nelayan

Bot yang membawa rombongan aku. Geng Geng Sekali Pandang Hati Tergoda...... ( tergoda untuk lari menjauh )

Muara Sungai Mersing

Bot keluar masuk perairan

&^*%*)%*)^)^_(&_((U_(_&( HLGILAT^^E*

Tup tup...........

Sampai ke tujuan pertama. Pulau Sibu Kukus.





Macam tak banyak gambar kan? Sebabnya aku terdelete memory card tu ! 

* ketuk kepala sendiri dengan kamera

Nanti sambung ke bahagian seterusnya.................

bersambung............... 

4 comments :

  1. kelah demo, maing heli & private jet jah... kapal layar mewah xdop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..... tapi takut nak claim
      masa beli janji tong2 dgn jlow tapi dah jadi gini.... biar lah

      hahahha

      Delete
  2. jaga-jaga kalau lambat sampai TBS nanti nama kena panggil! Ekekeke

    island hopping sehari je boleh habis takyah tido kat pulau... boleh la pergi balik hari ni... kat Mersing takde apa menarik utk duduk sehari lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada main panggil2 ka.. glamer laa nanti.

      di mersing byk pulau pulau dan byk pakej2... setiap pulau lain itinerary nya. sebab yang ni pegi nak ronda pulau2 ni je so tak sempat nak explore yg lain..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...