Friday, October 12, 2018

JUST SEAFOOD, Kota Damansara

Makan lagi !

Kali ni kita makan seafood.

Ada gout? Tak de? Kalau tak de boleh ikut.....................

Tempat makan ni nama dia Just Seafood.

Terletak di Sunway Giza Mall di Kota Dame.

Actually yang nak makan ni adalah puak puak GBS. Dia orang teringin nak makan shell-out lembang lembang atas meja ni so aku pun syorkan makan kat sini since aku pun tak pernah cuba lagi.

Kalau dari bacaan, Nasi Lemak Lobster dia agak viral.

Jadi kami ke Dataran Sunway Kota Dam untuk dinner dinneran.

Mencari parking di kawasan ni memang mencabar kesabaran sikit. Tapi Insha Allah ada.

Parking di mana yang kosong

Sunway Giza Mall. Julung julung kalinya aku sampai sini.

Masuk mall tu je akan nampak Just Seafood di aras bawah

Just Seafood !

You don't have to be a fisherman for the freshest.
We do the catching, you do the dining.

Gituh ayat penarik.

Usha dulu area resto Just Seafood ni....

Resto dia dalam mall tapi 2 tingkat...

Dining area

Deco

Side tepi pun ada meja

Deco

Tumpang kencing

Level atas di buka untuk reservation atau event tertentu.

So here come the makanan. Nasi Lemak Lobster? Hmmm since kawan kawan aku nak try makan style shell out, jadi aku let them pilih.





Dan mereka memilih nak makan seafood yang bersepah atas meja dan nak cuba kotor kotorkan tangan mereka. Since aku tak kisah sangat, aku OK jer.

Waiter dia agak friendly dan membantu dalam proses order. Apa yang best. Apa favorites customers yang datang dan apa apa yang ada dalam menu dia cuba jelaskan.

Besen.... bukan untuk tadah muntah !

Tisu..... antara kelengkapan yang di bekalkan selain apron plastik takut comot baju.

Orang agak ramai tapi service memang pantas. Air minuman datang dulu.




Tak tau la apa jenis air yang dia orang ni order.

Then sampai hidangan utama. Cajun aneka pilihan seafood.




Siap dengan hidangan nasi. Nom nom nom. Masing masing makan tak toleh kiri kanan dah.

Datang waiter dia tolong patas patahkan ketam.

Sambung makan lagi sampai licin atas meja

Since bagi dia orang ni pengalaman pertama makan seafood style ni so dia orang kata sedap. Pendek kata masing masing suka hati dan riang ria perut buncit sudahnya.

Tapi personally bagi aku, Shell-Out sedap lagi. 

Harga di Just Seafood ni murah sikit la dari Shell Out tu dan portion dia lebih skit. Seafood memang fresh !

Kira overall, service, food etc .. kira acceptable. Nak repeat tu tak de lah buat sementara ni. Sekali ni saja dulu !

Tak sure berapa harga semua sebab dia orang yang bayar. Aku menumpang jer tapi Alhamdulillah mengenyangkan.

Mall

Dah masuk maghrib

Ada surau di tingkat atas mall. Boleh singgah solat di situ.

JUST SEAFOOD
A-9-G, No. 2 Jalan PJU5/14 PJU5,
Dataran Sunway, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya

Open daily 12pm - 10.30 pm

fb : JustSeafoodMY/

Overall, Just Seafood... Just OK !

4 comments :

  1. pernah makan kat sini...best..harga tu reasonable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.. leh repeat la tu.
      makan nasi lemak lobster ke tu?

      Delete
  2. oh, kat sinikah nasik lemak lobster tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...