Thursday, May 28, 2020

ELMINA VALLEY - Central Park

Selain daripada Rainbow Bridge di Elmina Park, terdapat sebuah taman rekreasi berdekatan dikenali sebagai Elmina Cenral Park.





Juga terletak di kawasan pembangunan baru Elmina City, taman ini menjadi tarikan terbaru untuk warga berdekatan beriadah sambil menikmati suasana baru di sini.

Taman rekreasi yang besar dan luas di Elmina ini boleh menjadi tempat riadah serta bersantai di hujung minggu. Selain pelbagai kemudahan sukan, ia turut juga mempunyai trek larian dan berbasikal - sesuai untuk dinikmati seisi keluarga terutamanya di waktu petang.

Selain lepak santai ada jugak orang jual aiskerim. So bawak duit kalau anak anak mengaruk nak beli aiskerim !





Satu yang menarik di sini ialah terdapatnya sebuah jambatan ikonik Elmina City. Jambatan ini dapat dilihat sebaik saja memasuki kawasan Elmina City.













Jambatan ini dibina untuk menghubungkan kawasan dari arah Rainbow Bridge ke kawasan Elimna Valley Park. Malangnya time aku datang dulu jambatan ni masih belum di buka untuk laluan.

Di Elmina Valley Park ini terdapat kawasan tasik yang dibangunkan untuk tujuan rekreasi.








Kalau berkesempatan boleh menunggu pemandangan matahari terbenam yang indah di kawasan tasik ni.

Dan tidak jauh dari kawasan Valley Park ini terdapat look out point yang menyerupai seolah olah Tori Gate di negara Jepan.



















Jangan risau, kemudahan riadah di sini terbuka untuk orang awam walaupun tidak menetap di sini.










Cuma pepandai la menjaga kawasan dan jangan buang sampah merata rata.

Sayangi alam sekitar kita !

Suasana malam memancarkan limpahan lampu lampu di kawasan jambatan dan menjadikannya kelihatan lebih lawa.





So kalau nak cari port untuk melakukan aktiviti kecergasan dengan pemandangan yang menawan, jangan lupa usha usha kawasan ni nanti !

Elmina Valley Park
Lembah Elmina, 176, Jalan Metafasa U16 / 3, 
40160 Shah Alam, 
Selangor.

Selamat berkunjung !

15 comments :

  1. Canteknya tempat ni. Boleh beriadah dengan family.
    Kami di Kapar jauh dari tempat riadah yang best2, paling dekat kena g Setia Alam. Nak sampai ke sana, kalau nak piknik jawabnya sandwich dah habis dulu dalam kereta. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapar dekat dah dengan pantai kan> leh ambik angin segar...
      kalau nak dtg sini memang jauh skit.. kena picnic bawak nasi minyak la gamaknya... heheh

      Delete
  2. Cantik kawasan nih .... mungkin nanti nak beli sini ler bila dah tua tua nanti (kalau ada umur lagi ler) ... sebab rasanya kalau duduk Canada nih tua tua susah gak... sebab sejuk sangat waktu winter ... Ingat waktu Winter balik Malaysia 3-4 bulan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea. tapi kalau nak buat rumah rehat baik set rumah kat kwsn kampung skit... bau tenang dan damai....

      Delete
  3. Replies
    1. mcm gelap kot tapi maybe ada.... mungkin tak ramai lah kot mcm yg dtg melepak petang2

      Delete
  4. Replies
    1. area ni takde rasanya.. kat rumah rumah tu ada la tapi maybe utk penghuni sini kot

      Delete
  5. Thank you for this post. I shared the pictures with my friends. They all said its very pretty !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...