Selepas check out dari Ascott Sentral tu kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Hajat hati adalah nak pegi Kamdar beli baju sekolah agama Hero sebab baju dia dah macam belacan !!! Baru setengah tahun tu. Dah la ketat tak muat. Tanda tanda tumbesaran yang bermaharajalela tahap obesiti budak tu.
Pegi ke Kamdar dan beli baju dia.
Berbeza dengan masa gi beli baju time sekolah dulu, time ni OK sikit sebab orang tak ramai.
Dan selepas beli baju sekolah di Kamdar, kami singgah makan tengahari.
Kalau aku tanya OR dia mesti nak gi Insaf. Tapi aku dah insaf buat masa ni nak gi makan kat sana, jadi aku yang bagi cadangan.
Kita pegi makan di Coliseum Cafe, Kuala Lumpur. Aku memang cepat tertarik kalau ada nama coli coli ni...
Hahahaha
Terletak betul betul depan Kamdar Jalan TAR tu
Coliseum Cafe & Grill Room
Kalau tengok dari luar memang sunyi sepi jer tempat ni. Tapi perlu diketahui, tempat ini listed di dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Operating Western Colonial-Themed Restaurant’, semenjak tahun 1921 lagi.
Kiranya ini la antara restoran yang masih bernafas di Kuala Lumpur dari start operasi nya berpuluh puluh tahun dahulu.
Masuk masuk je terasa sungguh berada di kedai Cina. Tapi macam kopitiam yang upscale sikit lah cuma perabut je agak zaman amoi amoi bertocang lagi.
Ayuh masuk
Walaupun dari luar nampak macam tak de orang, tapi bila masuk dalam full house !!!
Nasib ada tempat untuk kami semua.
Menu book
Terkenal dengan western food nya
Layan gambar gambar dalam kedai. Semua gambar ni aku snap sorok sorok pakai iPhone jer.
Dipersilakan duduk.............
Full house
Ini kat tempat merokok
Gambar gambar dari sejak dulu
Coliseum Cafe
Terasa Kecinaan sangat tak?
Tempat ni memang famous dengan western food sebenarnya, tapi sebab kami semua tekak Melayu, tetap nak makan makanan Melayu dan aku pulak jenis tak makan steak apa semua ni, jadi kami order mengikut selera dan tekak masing masing.
Topi Princess
Air Teh O Ais Limau
Hinanese Chicken Chop untuk aku. Tak sedap mana. RM 23.90
Mee Goreng Hainan untuk Princess. Makan tak abis pun. RM 13.90
Princess makan laici ni jer..
Nasik Goreng Cili Padi untuk OR. Aku rasa macam OK jugak. RM 17.90
Nasi Goreng Coliseum Special untuk Hero. Tak sedap mana. Apa yang special pun tak tau. RM 13.90
Apple Pie Hero. Makan tak abis. Masa nak tu meluap luap. RM 12.50
Banana Springroll with ice cream. Rupa je menarik, bila dah kenyang tekak pun dah tak leh terima. RM 10.90
Total damage : RM 143.70. Fresh juice RM 10 segelas. Air laichee/tea o ais limau RM 5.00 segelas !
Tak tau la mahal ke murah. Mahal jugak la kot. Tapi tu belum ambik segala ribs, steaks apa semua. Aku tengok harga dia tu agak pricey jugak. Tapi tu la sebab orang datang ke sini, datang nak makan steak dan western food. Cuma kami ni je terlebih Melayu.. nak jugak makan nasi.
Makanan bagi aku standard je. Average. Nothing to shout about. Boleh try sekali lah, nak repeat tak mao dah lah.
Layan gambar gambar lain dalam Coliseum Cafe, Kuala Lumpur ni.
Alhamdulillah, mengenyangkan.
Aku tak recommend mana unless nak try western food dia tu.
Sekarang ni, selain daripada cafe asal di Jalan Tunku Abdul Rahman ni, mereka telah membuka cawangan mereka Cafe Coliseum 1921 di Plaza 33, Petaling Jaya.
Boleh la gi checkidaut !!!
Boleh refer website mereka :
Coliseum 1921
Dah kenyang jadi berat badan. Nak gi melawat tempat tempat lain pun dah tak jadi. KIV dulu je lah.
Cuaca pulak hujan. Perut kenyang. Hati riang. Rasa macam nak kembali ke ranjang....
Maka berakhir lah percutian ke destinasi yang sepenanak nasi je jauhnya.........