Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Temerloh. Show all posts

Wednesday, August 28, 2019

NATURE ESCAPADE | 08 : Masjid Baru Temerloh

Perut dah kenyang.

Kami singgah solat di Masjid Baru Temerloh.


Masjid baru ini di bina di atas sebuah bukit bagi memenuhi jemaah yang semakin bertambah yang diharap dapat menggantikan Masjid Abu Bakar yang terletak di tengah bandar dengan ruang binaan yang terhad.

Masjid dengan rekabentuk kontemporari bernilai RM18.7 juta dibina oleh Kurnia Ekuiti Sdn. Bhd. itu mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Ia mula di bina pada bulan Ogos 2014 dan siap pada bulan Januari tahun 2016.



Memang besar dari segi binaan dan luas kawasan. 

Rasanya masih dalam pembinaan sebab ada kerja kerja constuction masih belum sepenuhnya siap di sekitar kawasan masjid ni.

Usha toilet dan tempat wuduknya dulu.







Masuk ke dewan solat utama.



















Masjid Baru Temerloh lebih cantik dan luas. View pun atas bukit boleh nampak jambatan.

Kemudahan yang lebih selesa kepada umat Islam untuk beribadat dan mampu dijadikan pusat aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan masyarakat Islam.

MASJID BARU TEMERLOH
Bukit Angin
28000 Temerloh
Pahang


Semoga segala kemudahan dapat dijaga dengan baik dan masjid dapat dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada umat Islam di daerah Temerloh ini.






Selesai apa yang patut. Masa untuk sambung pemanduan....

Bergerak, Temerloh. Kami tinggalkan...

bersambung.........................





Tuesday, August 27, 2019

NATURE ESCAPADE | 07 : Go'Bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh

Sebenarnya tak de tujuan specific pun kami singgah di Temerloh. Cuma nak cari makan tengahari dan jugak singgah solat.

Dan tercari cari jugak tempat makan yang menarik di Temerloh ni tapi aku maupun OR tak de lah terasa nak makan ikan patin. Aku memang tak makan ikan, dia pulak tak pernah makan. Tapi pusing pusing tengok orang ramai maka membawa kami ke tempat ni. Gobang Maju, Temerloh.

Kami cuba !



Nampak perkataan Udang Galah buat kami lagi excited. 

Parking kat area warung tepi tepi jalan tu jer. Then kami menyibuk sama sama dengan orang yang ramai ramai tu.





Usha belah dalam, banyak lauk pauk sebenarnya untuk makan tengahari. Jadi kami rasa kami tak salah tempat. 

Dalam gerai beratapkan zink tu ramai pelanggan dengan lauk pauk dan segala makanan tersedia untuk dijamu selera. Lauk yang di masak untuk tengahari. Ikan yang di bakar. Macam macam ada lah memang tak putus selera tengok kemeriahan dalam kedai ala ala foodcourt ni.

Nak cari meja kosong pun terpaksa tunggu orang abis makan.











Suasana dalam kedai agak stuffy. Gerai dia macam warung warung biasa je cuma besar.

Konsep makanan semua self service. Beratur ambil nasi yang dah siap disendukkan. Pilih air dan bawa ke meja sendiri. Ambik sayur atau menu menu lain yang nak di tambah. Tapi tang ikan diorang control. Lauk lauk lain semuanya dah masuk mangkuk siap siap dan ada harga berbeza beza.

Dan ini menu kami anak beranak.












Aku rasa lauk dia OK. Not bad lah. Tapi ayam goreng dia paling mantap. OR makan ikan patin dia kata sedap. Aku hanya memandang sepi. 

Anak anak pun tak nak sebab dia orang fikir nama patin macam nama orang. Fatin !




Alhamdulillah kenyang. 

Sedap jugak. Licin. Harga makan kami dalam RM 100 lebih. Sempat beli Puding Raja Emas. Makan la  la tu dalam kereta. 

Sedap jugak !

Aummmm...... Budak budak pun suka sebab manis. Aku pun suka gak lah. Sampai rasa macam tak cukup.

Jauh nak datang ni kalau mengidam Puding Raja Emas yang sesedap ni. Tak semena mena kena datang Temerloh lagi.


Go'Bang Maju Patin Tempoyak
1/4 Mile Jalan Triang,
28000 Temerloh,
Pahang

fb : PatinTempoyakGobangMaju

bersambung................ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...