Showing posts with label Fujikawaguchiko. Show all posts
Showing posts with label Fujikawaguchiko. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 16 - Fujikawaguchiko : Shimoyoshida

Sampai di Station Kawaguchiko, aku masih berkira kira.

Balik terus ke Yokohama as planned. Atau?

Merayap ke Hakone? Hmm hebat gak idea ni, at least aku boleh tengok Mt Fuji dari arah belah lain pulak. Tamak kan? Tapi tak pe. Orang kata, kalau tamak selalu dapat banyak !!!

Melilau aku di station Kawaguchiko tu. 

Dalam station tu ada ruang rehat dan ada banyak gambar gambar Fuji yang tergantung. Salah satu gambar tu menarik perhatian aku. 

Aku pegi tanya kat bahagian tiket bas, tanya cemana nak ke Hakone, nampak macam sulit sikit kena naik dua tiga bas dan mostly tak covered by JR Pass. Then aku fikir lagi, aku rasa nak tanya cemana nak ambik gambar Fuji macam dalam gambar yang aku nampak kat dinding tu.

Aku pegi tanya minah kat tempat tiket keretapi.

"Sizuka ! Cemana nak ambik gambar macam kat sana tu?"

* acu senapang patah.

Dan minah kat situ beriya iya membantu aku cemana nak ke situ. Nampak macam tak berapa sulit dan doable. Plus aku rasa tak mengambil banyak masa. Lagi menarik, tempat tu on the way ke Otsuki yang mana train akan lalu jugak on the way aku nak ke Yokohama nanti.

Aku terus beli tiket dengan harga 300 Yen.

Dan tak lama lepas tu train dah siap siap nak bergerak, terus je aku naik.

Train mula bergerak meninggalkan station Kawaguchiko. Dan seperti yang di bagitau oleh minah tu, aku kena berhenti di station Shimoyoshida, iaitu kira kira 5 station je dari St Kawaguchiko ni.

Settled !

Station yang di maksudkan

Di area Station Shimayoshida ni, pokok pokok cherry ni tengah mekar meriah

Dekat station ni sekali lagi aku tanya makcik kat kaunter train ticket tu.

"Mak Giant, Where is the pagoda?"

* sambil acu senapang sekali lagi 

( mati la penipuan je tu )

Dan makcik tu dengan pantas meninjuk ke arah bukit tak jauh dari station Shimoyoshida tu. Boleh nampak sebahagian bukit dari station tu.

Kawasan bukit di mana pagoda tu didirikan

Dan aku berkira kira, nak angkut beg sekali ke cemana. Sebab aku tau pikul beg nak panjat bukit macam sesuatu yang memudaratkan tenaga yang ada. Jadi aku tinggal je kat station tu.

Aku siap pesan kat mamat kat situ.

"Sinyu, I am gong to leave my beg here"

Mamat tu muka cuak. Dia faham tapi dia nak cakap balik macam payah. Tapi aku faham dia cakap, aku boleh simpan kat station tu dengan bayaran 400 Yen, tapi aku kedekut ! Aku rasa macam tak worth it je nak bayor. Aku cakap aku nak tinggal je kat tepi dinding dalam ruang menunggu station tu.

"I am sorry. If... "

Berpeluh peluh dia nak cakap. Dia nak cakap, kalau hilang dia tak bertanggung jawab.

"It is OK Sinyu. There is nothing to worry about. I am not gonna be long"

Aku yang terlebih confiden. Ya la. Kat Jepun.. Susah sikit orang nak mencuri kot. ( aku bersangka baik )..

Last sekali aku tinggal je kat tepi dinding. Mamat tu pasrah je.

Hahahaa.

Aku beredar. Nampak macam ada few orang menuju ke tempat yang sama.

Dari station Shimoyoshida tu kena cross rail track, pastu jalan ikut rumah rumah orang. Sebab bukit tu jelas kelihatan so boleh main agak agak je nak ikut jalan mana. Lagi pun kat area Fujikyu Railway ni memang boleh nampak orang ramai siap dengan kamera. Dia orang ni gemar sangat nak ambik gambar train lalu lalang so tempat ni agak meriah. Mungkin dia orang nak ambik gambar train lalu dengan pokok sakura yang berbunga mekar.

Tak sampai 10 minit pun jalan kaki, akhirnya aku dah sampai di kaki bukit. Ada anak tangga dengan entrance yang penuh dengan cherry blossom !

Meriah !

Timing aku memang tepat sebab cherry memang betul betul tengah blooming kat area ni.

Entrance naik

Sampai kat area ni, orang pun kelihatan ramai. Tak syak lagi, ini la tempat nya, dan aku akan cuba mendaki.

Ayuh ! Mula kan langkah mu. Awas gerak langkah mu Meng !

* shuffle atas tangga dengan gaya ikan kekek

Naik separuh daripada tangga tangga yang ada. Nampak Tori Gate dengan Fujisan

Malangnya cuaca agak berkabus dan langit tidak biru

Tapi area ni cherry memang sedang mekar.Tak seperti di kawasan Lake Kawaguchiko tu

Dan perjalanan naik bukit agak terpongeh la. Bertabahlah demi view yang lawa.

Akhirnya sampai di kawasan pagoda

Tu dia...... Chureito Pagoda

Chureito Pagoda merupakan lima pagoda bersejarah di sisi gunung yang menghadap Fujiyoshida City dan MountFuji dari jauh. Pagoda ini adalah sebahagian daripada Arakura Sengen Shrine dan dibina sebagai memperingati keamanan pada tahun 1963. Terdapat hampir 400 anak tangga ke atas bukit ini.

Lokasi ini menawarkan pemandangan Mt Fuji dalam kombinasi dengan pagoda, terutamanya semasa musim cherry blossom pada pertengahan April apabila terdapat beratus-ratus pokok mekar dan juga semasa musim warna musim luruh yang biasanya berlaku pada separuh pertama bulan November. Tempat ini amat popular di kalangan jurugambar kerana ia memberikan view keindahan negara Jepun dengan pagoda, Mt Fuji dan pokok Sakura pada lokasi yang sama.

Arakura Sengen Shrine adalah kira kira 15 minit berjalan kaki dari Station Shimoyoshida di sepanjang laluan keretapi Fujikyu Line (35 minit, 960 yen daripada Otsuki atau 10 minit, 300 yen daripada Kawaguchiko).  

Layan gambar keindahannya........

Untuk mendapatkan view pagoda dengan Mt Fuji, kena naik atas bukit sikit lagi

Laluan tersedia 

Dari belakang pagoda ke arah Mt Fuji

Sayangnya Fuji tak berapa clear

Dan sebenarnya orang agak ramai di atas ni.. 

Siap ada kebakaran dan asap di tepi Mt Fuji tu time ni

FujiQ Highland dari atas bukit ni

Pokok pokok cherry

Aku spent lebih kurang 20 minit kat atas ni.

Cuaca kira OK lah cuma tak berapa clear. So tak de sebab aku nak berlama lama di atas ni kecuali nak layan view apa adanya. Nikmati keindahan alam dan bersyukur dengan apa jua yang Tuhan rezeki kan serta peluang yang diberikan selama ini untuk melihat dunia ini.

Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Terima kasih Fuji.. Aku akan merindui kamu. !



Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu

Abis ambik gambar then aku turun semula.

Tori Gate di waktu turun semula

Mt Fuji

Anak anak tangga

Laluan balik semula ke Station Shimoyoshida

Rumah rumah dengan kebun kebun

Rail track

Fujikyu Line

Bangunan Station Shimoyoshida

Sampai kat train station ni aku beli tiket untuk menyambung perjalanan. 900 Yen lagi untuk sampai ke Otsuki.

Sempat berlegar legar di kawasan sekitar station ni.

Layan juga ni : ShimoYoshida

Map Fujisyimoyoshida

Batu batu yang dikhabarkan berasal dari letusan gunung Fuji satu ketika dulu

Lepas tu train sampai dan aku boarded train terus ke Otsuki.

Aku suka train ni sebab dia bergerak slow, then cuaca lak sejuk sejuk best macam dalam aircond. Train tak payah pakai aircond. Bukak tingkap je terasa sejuknya.

Nyaman dan best. View lak scenic sepanjang perjalanan.

Dalam train

Train berhenti di salah satu station di perjalanan ke Otsuki

Cherry blossom

Cherry lagi

Akhirnya train selamat sampai di Otsuki.

Di sini boleh la kalau nak teruskan perjalanan balik ke Shinjuku atau Tokyo, tapi sebab aku plan nak ke Yokohama so aku ambik train yang terus ke Yokohama.

Sebaik je sampai tu, ada minah jaga, aku tanya dia cemana nak ke Yokohama then dia baik hati bantu aku.

Ni minah tu tolong tulis

Dari Otsuki Station, aku naik train ke Hachioji then tukar JR Yokohama sampai ke Shin Yokohama.

Memula board train tu OK lagi sebab tak ramai orang. Semua train ni covered by JR Pass.

Dalam train pulak tak penuh. Layan perasaan sebab seating dia tak sebest Fujikyu Line tadi

Layan tengok orang. Akak ni siap siap nak gi opis ek? Keje sales girls kah? Sempat dia bersolek dalam train. Kalau train tetiba berhenti, tak ke tertonyoh benda alah tu ke bijik mata?

Layan view jap... feel feel. Pusing balik tengok tengok....................

 Akak tadi dah tertidur. 

Beriya riya kau bersolek berbulu mata 14 tingkat, pahtu tido ?

"Oi.. Oi.. kau dah kenapa Akak? Ayuh kita cergaskan diri. Jangan malas. Dengan kiraan 8 ..... kita lompat bintang, sekarang...... !!! 8 lagi ...8..7..6..5..4..3..2..1...!!!!"

Agak agak aku kena terajang tak? He he he.

bersambung................

Friday, October 17, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 15 - Fujikawaguchiko : Lake Kawaguchiko - Part 3

Konon konon nak masuk selimut dan sambung tidur, tapi tak lena pulak.

Hish. Tak leh jadi ni. 

Bangun, pegi toilet, bikin apa yang patut. Pakai jeans, sarung jacket, capai kamera dan keluar !

Pagi di Fuji

Misi nya. Merayap lagi.

Selagi ada masa takkan ku sia siakan view yang lawa di area Lake Fujikawaguchiko ni. Bukan boleh datang hari hari. Tidur tu nanti nanti pun boleh.

Kan?

* tazkirah diri sendiri sambil berjalan kaki keluar.

Arah tujuan adalah ke jambatan. Nasiblah memang tak jauh mana dari ryokan aku tu.

Suasana pagi di Lake Kawaguchiko agak tenang. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Cuma cuaca pun agak sejuk jugak pagi tu.

Aku ke arah jambatan sebab nak tengok matahari terbit.

Malangnya matahari naik bertentangan dengan Mt Fuji. Jadi tak dapat sunrise over Fuji. Cuma nampak biasan cahaya pagi terbias di puncak Fuji.

Tu matahari di balik bukit sana

Malas nak cross jambatan dah, so aku melilau kat park tepi tasik tu je. Nampak macam ada orang jogging joggingan.

Orang lain je la jogging. Aku berjalan jer.. Menghirup udara sejuk pagi ! Boleh tahan menggigil.

Mt Fuji  

Tau tak pukul berapa ni? 6 pagi !!!

View lagi...

Alphard dan anime

Pagi di pinggir Lake Kawaguchiko

Tak de apa nak gebang pasal keadaan pagi pagi di area ni.

Tapi suasana memang tenang. Sunyi jer... Nampak air tasik pun tenang sekali. 

Aku jumpa satu port yang berhadapan dengan Mt Fuji. Menarik jugak sebab tak payah nak cross jambatan untuk dapat view macam ni. Nampak ada jugak orang lain yang sama macam aku, pagi pagi gigih usung kamera.

Sah ! Bukan aku sorang je di chop gila.

Layan kan gambar je lah.

Setenang air di kali

Mt Fuji

Sedikit mengenai Gunung Fuji ni bagi mereka yang tak tahu.

Gunung Fuji (3776 meter) adalah gunung tertinggi di Jepun dan pusat tumpuan pelancong di Fuji-Hakone-Izu National Park. Ianya boleh dilihat dari Tokyo pada hari hari yang cerah. Gunung ini terletak di sebelah barat Tokyo di pulau utama Honshu, di sempadan antara Wilayah Yamanashi dan Shizuoka.

Untuk info, Gunung Kinabalu lagi tinggi sebenarnya dari Mt Fuji ni iaitu 4,095 meter.

Impressed?

Tapi apa yang membuat Mt Fuji ni lebih gah dan popular dari kebanyakkan gunung gunung lain di dunia ini adalah kerana ianya memiliki puncak berbentuk sebuah kon gunung berapi yang sempurna simetrinya. Ianya adalah simbol kebangsaan bagi negara Jepun.

Gunung Fuji ini biasanya di kenali sebagai Fuji-san. "Fujiyama" adalah salah nama lain tetapi tidak pernah digunakanpakai oleh Jepun sendiri.

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong.

Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707. Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, iaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas. Untuk sampai ke puncak Gunung Fuji, pendaki perlu pegi ke 5th Station Fuji untuk memulakan pendakian. dan pendakian biasanya mengambil masa antara 4-8 jam ke puncak. 

Mt Fuji hanya dimasukkan dalam list Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2013.

Usha ni : Lake Kawaguchiko

Layan gambar lagi.







Kalau tanya aku berapa lama nak kena spend masa kat sini?

Kalau nak cover area Lake Kawaguchiko ni, 2 hari 1 malam dah memadai. Boleh jalan jalan keliling tasik dan tengok Fuji. Tapi kena pastikan include waktu pagi sebab biasanya pagi je boleh nampak Fuji ni dengan jelas. Kalau datang petang memang nampak kabus jer lah yang lebih.

Tapi kalau nak cover area lakes lain sampai ke hutan hutan tempat orang Jepun gi bunuh diri tu, kena spare at least 3 hari 2 malam di sini. Kalau nak mendaki tu kena lama lagi lah tapi kena pastikan waktu mendaki tu di buka untuk umum.

Tapi berapa lama pun kat area ni, Insya Allah tak membosankan. Tak banyak aktiviti tapi menarik untuk istirehat dan menikmati keindahaan alam semulajadi.

Pagi pagi time aku kat Fuji tu ada pakcik ni gigih melukis. Dan aku pun sibuk la pegi mengusha.

Pakcik pelukis

Lukisan beliau

Pakcik ni tak heran pun aku gi usha usha dia. Mesti dia malas layan.

Patut aku cakap dengan dia.

"Pakcik, tolong lukis saya pulak. Muka kasik 10 kali ganda lebih kacak dari yang sebenar. Badan kasik shed 30 kilo !! "

Agak agak aku kena selam dalam tasik tak lepas tu?

Ahaks.

Matahari semakin meninggi. Pusing pusing area park tepi tasik tu dan layan view lagi. Lepas ni ntah bila dapat berkunjung ke sini lagi. Mungkin dah tak de nak repeat lagi kot, dan kalau ada pun.. memang bukan dalam perancangan aku lagi setakat ni lah.

Mt Fuji dan Tasik Kawaguchiko di pagi hari

Ada cerita pasal Lake Kawaguchiko ni. Tapi aku lupa pasal apa. Baca la kat situ kalau nampak.

Apa masalah dia orang ni ntah

Sakuran

OK. Last !

Dah abis lepak tepi tasik tu dan tengok Fuji di pagi hari, aku pun balik ke ryokan.

Plan aku adalah check out dan pegi ke station untuk ambik train ke Yokohama. Ada jugak terasa hati nak melencong ke Hakone dan Gotemba tapi kena tengok keadaan dulu. Sebab aku tak pasti dengan jadual perjalanan.

Ayuh. Balik !

Vending machine tepi jalan

Jalan raya 

Oh ada Gem Museum kat sini. 

Tapi masih belum di buka

Pokok pokok winter

Kedai herba

Ada taman berlatarbelakangkan Fuji

Dah sampai bilik. Ni gambar dari balcony bilik ryokan

Majestic !! Gunung Fuji ni memang terkenal dengan kemaluannya... Kemaluan?

Dari dalam ryokan. Berdiri menatap Mt Fuji puas puas.

Puas hati Nobita !.

Betul betul puas dapat tatap wajah Mt Fuji ni. Kalau dulu masa first trip aku ke Jepun, cuma sempat tengok Fuji ni dari dalam Shinkansen masa dari Osaka ke Tokyo.

Kali ni kiranya tengok face to face.

Still ada magic nya ! Still mesmerizing.

The beauty of Mt Fuji cant be defined by words.

Period !

Kena pegi dan tengok sendiri.

Gunung Fuji saksi percintaan ramai manusia. Saksi macam macam peristiwa. Megah dan gagah pada kedudukannya. Dan pastinya pengalaman melihat Gunung Fuji akan kekal abadi dalam jiwa dan mewangi dalam sanubari.



Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Lepas check out, aku ambik bas Retro Fujikyu ke station dan terus beli train tiket untuk ke Yokohama. Train ke Yokohama akan melalui Otsuki jugak, Sama jugak macam masa aku datang kelmarin dari Tokyo. Tapi dari Otsuki nanti instead ke Shinjuku, aku akan terus ke Yokohama.

Mt Fuji dari dalam train

Tapi..............

Nobita ada plan lain yang datang secara tiba tiba !

Ting Ting Ting.

* bunyi loceng untuk bergusti dengan masa

* mati la tetiba jadi Nobita ! Ahaks.

bersambung.....................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...