Showing posts with label Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label Kuala Kangsar. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Kuala Kangsar - Part 2 : Muzium DiRaja | MCKK | Restoran KK Klasik

Lepas solat di masjid Ubudiah tu, kami ke Muzium Di Raja Kuala Kangsar.

Rumah sapa la ni

Istana Iskandariah

Istana

Istana

Sampai muzium tapi dah tutup. Ambik gambar dari luar je lah

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Muzium Di Raja Perak

Wiki bilang.....

Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak, oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan daya usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.


Abis tu patah balik ke masjid semula sebab Princess pulak nak dadih.

Berhenti gi beli sekali lagi.



Pastu gi singgah kat MCKK jap. Ambik gambar.


Wiki kata....

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.

Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris: Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak.

Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.


Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60.

]
Koleq

Clifford Kuala Kangsar

Sebelum blah tu kami singgah makan kat restoran ni.

Nama dia KK Klasik




Boleh tahan lah sedap jugak.

Yang penting kenyang.

Start lepas tu terus je drive balik KL dan jem tak sudah sudah. Tak tau sebab apa jem nya. Dari Kuala Kangsar gerak semula kol 7 malam dan start tersangkut sangkut semula.

Moralnya kalau nak travel time cuti sekolah, jangan pegi jauh jauh. Jalan jem. 

Tak pun, naik je flight. Harap la boleh pegi jauh jauh sampai ke hujung dunia.



Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

Actually anak anak aku kebosanan, dia orang dok nyanyi lagu 'Lompat si katak lompat' tak sudah sudah ! Memula aku rengsa jugak, tapi last sekali aku yang join sama.

* tarik key soprano

Jalan jem kat highway dari Kuala Kangsar sampai dekat Tanjung Malim ! Sudahnya pukul 1 pagi jugak sampai KL.

* sigh............

Maka, tamat la percutian 'Rentas ke Pulau, Cilok ke Kuala'.

TAMAT

Sunday, June 1, 2014

Kuala Kangsar - Part 1 : Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masa on the way balik dari Penang OR drive sebab aku nak snappy atas jambatan. Lepas jambatan je jalan pulak jem. Tersangkut sangkut tak bergerak.

"Kita singgah Kuala Kangsar jom?"

Aku bagi cadangan.

"Ada apa?"

Macam tak nak layan je kan?

"Ada...er.. saja. Mengimbau kenangan lama"

Diam. Memang sah tak nak layan aku lah tu.

"Ha.... singgah solat lah. Saya kan belum solat lagi !"

Alasan tu terbeli.

Akhirnya exit Kuala Kangsar dan kami terus menuju ke pekan penuh Sejarah di Perak ni.

Laluan ke Kuala Kangsar

Menara jam

Kuala Kangsar, Bandar DiRaja

Dan kami terus menuju ke Masjid Ubudiah. Lama tak jejak sini. Berpusing pusing jugak la cari jalan.

Memang tak plan nak singgah lama, kasi jalan clear jer. Sempat solat dulu kat sini.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Pintu masuk

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.

Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.



Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.

Makam di Raja . Macam baru lepas ada kematian jer. Di sini lah juga Almarhum Sultan Perak yang baru mangkat dimakamkan.  

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.



Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.

Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Dewan solat

Chandelier

Kapet

Kubah

Mimbar

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak.

Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan.








Lepas solat kami bergerak.

Sempat Hero beli dadih yang di jual kat perkarangan masjid tu. Boleh gak la aku tumpang makan.

Tak terus blah, kami melilau lagi nak usha usha apa yang patut.

bersambung..............

Thursday, April 3, 2014

Cuti Cuti Sekolah Mac 2014 - Penang

Cuti sekolah kembali. Dan dah pun berakhir. Macam biasa, cuti sekolah kena lah pegi jalan jalan.

Kena ke? Kena la kot.

Planning pun last agak minit sebab Hero sibuk dengan kelas swimming dan aku pun busy. Tak leh nak ambik cuti.

Kami decide ke Penang.

Yay !!

* percikan bunga api seluruh angkasa

Padahal aku yang bagi cadangan pastu paksa dia orang semua ikut. Anak anak aku tu bukan kisah pun gi mana, janji gi jalan dan tidur hotel.

Sebab tak tau bila nak update trip ni, jadi highlight muncul dulu...............

Perjalanan ke Penang. OK. Tak jem

Sampai Penang terus pegi cari Sup Hameed

Sebab trip ni adalah trip lebih kepada budak budak, jadi misi nak mencari lukisan lukisan mural ni semua tergendala.

Sempat pi pekena Nasi Kandar Beratur.........  memang kena beratur !!

Skyline Penang

Malam pertama bermalam di Traders Hotel, Penang. Dah buruk hotelnya.

Penang Skyline. Nampak biru?? Sebab aku ambik ikut tingkap hotel.

Trip ni jugak banyak makan makan. Jeruk Madu Pak Ali di lupa jangan....

Eastern and Oriental Hotel. Aku nak duduk sini, tapi OR cakap tempat ni macam berhantu............ !

Makan lagi. Line Clear... Chantek............ !

Nasi Beryani Kapitan

Seterusnya kami menginap di Hard Rock Hotel, Penang

Batu Ferringhi, Penang

Senja di Ferringhi

Senja di Ferringhi

Senja di Hard Rock Hotel, Penang

Hard Rock Hotel malam

Lagoon Deluxe, Hard Rock Hotel

Parasailing di Batu Ferringhi

Gurney Drive, Georgetown

Balik ikut laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pokok kelapa

Masa on the way balik tu, kat highway jem gila.

Sudahnya, singgah Kuala Kangsar kejap. Saja nak mengimbau kenangan kenangan lama di sini.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Muzium Di Raja, Kuala Kangsar

Koleq



Senjakala sudah tiba
Membawaku rasa duka
Dalam jiwa bergelora
Senjakala kau menjelma
Menghampiri waktu sunyi
Dalam hening tiada terperi

Ku teringat peristiwa
Kasih suci di sambar petir
Ingin aku merindui
Senjakala kau pergilah
Tinggalkan ku yang kecewa
Biar derita menanti ajal

Dan yang tak bestnya, dah singgah kat Kuala Kangsar tu, masuk balik highway masih jem.

Sudahnya bertolak pukul 3 petang dari Batu Ferringhi, dekat pukul 1 pagi baru sampai KL. Sakit pinggang dan tulang temulang.

Apa apa pun, bebudak suka. Aku pun OK jer.. 

Cuma sebab budak budak lebih seronok nak spent banyak masa kat hotel jer, so tak de pegi melawat ke mana mana pun. Hajat nak pegi rumah kelahiran P Ramlee tapi tak jadi. Plan nak ke Bukit Bendera pun terkubur sebab masing masing seronok terjun kolam.

Dah kautim dengan Hero nak singgah Toys Museum masa nak balik tapi aku boleh terlupa. Nak keluar dari Penang tu Hero tanya.

"Papa, kita tak jadi ke pegi Toy Muzium?"
"Haaaaaa.. Papa lupa... "

* pecut kereta laju laju

Serious aku terlupa !

Apa apa pun Penang memang syok kalau nak gi makan makan. Tapi tu la, boleh tahan jem nya.  

Tunggu nanti update tempat tempat yang kami singgah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...