Showing posts with label JJCM - Serdang. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Serdang. Show all posts

Monday, March 30, 2020

Nasi Kandar Melayu Apollo, MAEPS, Serdang

"Hello Kennedy Launch Control. this is Apollo, whar should we do now...?"

Misi kapal angkasa kami akan tercapai. Kami akan mendarat di bulan !!!!

"Apollo Control, Houston, receiving data now. Two hours, 25 minutes Ground Elapsed Time. In the Mission Control Center, Houston. Displays are being changed to show the dynamics of the upcoming Translunar Injection a little more than eight minutes away at this time. At two hours, 25 minutes Ground Elapsed Time, this is Apollo Control, Houston"

"Roger"

"This is Apollo Control, Houston at 1 hour, 4 minutes Ground Elapsed Time. We've just had Loss Of signal...... Hello. Hello. Hoiiiii !!! Tidur ka???"

* tiba tiba ada anjing menyalak !!

Eh... kita dah sampai ke bulan?

Bukan di bulan, tapi di MAEPS Serdang. Kami datang nak makan Nasi Kandar Melayu Apollo !

Landing time......................................



Misi kawan kawan ajak gi makan di restoran Nasi Kandar Apollo  yang terletak di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Parking pun senang.



Nasi Kandar Melayu Apollo yang memulakan operasi pertamanya di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, terus berkembang dengan pembukaan dua cawangan lagi.

Selain di Uptown Jalan Reko (cawangan kedua), kini Nasi Kandar Melayu Apollo boleh dikunjungi di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), yang menawarkan aneka lauk-pauk.

Agak agak kenapa nama dia Apollo?

Sebenarnya rahsia di sebalik keenakan itu adalah teknik mengukus beras di dalam dulang menggunakan periuk khas apollo.

Jangan tanya aku, aku pun tak tau cemana rupa periuk Apollo tu.

Usha restorannya dulu...






Restorannya agak terbuka, tapi time tengahari kepanasannya boleh tahan menyiksa diri. Berpeluh peluh walaupun ada kipas yang seakan akan tak berapa berfungsi.

Dah sampai, order lah makanan ! Kan datang nak makan?



Expect time time tertentu orang ramai dan beratur adalah satu kebiasaan !

Beratur je lah demi sesuap nasi kandar.






Istimewanya nasi kandar di sini kaler kuning. Rasa lemak lemak sikit. Ada 3 jenis kuah kari pekat iaitu kari ayam, kari ikan dan kuah hitam pedas dicurah ke atas nasi tadi.

Jenis lauk pulak ada pilihan ayam goreng masala, daging hitam, kari kambing dan juga telur sotong.

Antara menu lain yang ditawarkan di restoran ini ialah kari mata tuna yellow fin, iaitu sajian mata ikan diambil dari Acheh ini dijadikan bahan dalam kari.

Pilihan aku dah tentu lah ayam goreng !



Sambil melantak tu boleh jugak layan view yang indah di persekitaran...








Macam banyak jugak portion dia dan harga pun tak de lah mahal mana. Ada pilihan set set yang boleh di pilih. Range harga antara RM 7 hingga RM 15.

Overall, not bad lah kalau datang ke sini untuk rasa sendiri Nasi Kandar Melayu ni.



Tagline dua.... 

‘Tak sedap, hantar balik’

Tapi kalau dah kenyang........

Tak reti reti nak balik????

Moh balik !!!

* berlepas dari bulan dan mata mengantuk kekenyangan. Start nampak bintang bintang..........


Nasi Kandar Melayu Apollo
MAEPS
43400 Seri Kembangan,
Selangor

Dibuka dari 10 pagi - 10 malam (setiap hari)

fb : Nasi Kandar Apollo

Sila kunjungi !

Saturday, October 20, 2018

Breakfast @ TAMAN TASIK SERDANG

Menyambut segar pagi dengan pemandangan indah dan damai. Lagi padu kalau waktu itu perut berkeroncong minta di isi !

Jom gi breakfast !

Pagi yang mendamaikan

Zom Bersih

Jom kita ke Taman Tasik Serdang

Taman Seri Tasik, Serdang adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat taman permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman yang mana hasil dari peruntukan dari Jabatan Landskap Negara.

Disamping itu pihak Majlis Bandar Baharu juga telah mendapat peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia bagi menambah komponen-komponen sedia ada di kawasan tersebut seperti wakaf, penyediaan kerusi dan meja berkelah, penyediaan jambatan konkrit bagi menghubungkan dua tasik, ruang pejalan kaki dan lampu hiasan di sekeliling tasik tersebut.

Sesuai untuk riadah.




Dan kalau datang pepagi boleh sarapan kat warung warung ni.

Ada banyak warung

Tapi cuba pegi yang hujung sekali

Tak sure nama kedai dia apa

Breakfast Nasi Lemak

Roti Canai Melayu

Makan dengan kari daging. Sedap

Simple tapi memang sedap !

Recommended breakfast di sini sambil hidup udara segar Tasik Serdang......Murah. Sedap dan menenangkan.

Selamat mencuba dan beriadah ! 

Semoga pagi korang tak gelap lagi....



Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...