Showing posts with label JJCM - Banting. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Banting. Show all posts

Tuesday, March 26, 2019

Cafe Mai Chek Mai, BANTING

Ayuh ! Persiapkan perut. Aku nak ajak makan nih.

Lokasi kita adalah di Banting................

Nama je Banting tapi tak de lah dekat Banting jauh sana. Ni kat area area KLIA lepas cross flyover kat masjid tu jer.

Aku jumpa tempat makan ni pun secara tak sengaja. Planning nak makan kat tempat lain, tapi tak bukak. End up.

Mai Check Mai sini............ Ada 30 lauk pauk untuk di makan.

Yeah. U heard it right. Nama dia Cafe Mai Check Mai....

Jangan lupa hashtag....

Dan seperti yang di claim. mereka menyediakan 30 jenis lauk untuk makan tengahari !

MASAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN FOOD)

Kami menyediakan

sarapan pagi (breakfast)
nasi lemak dengan cara utara, nasi campur

makan tengahari (lunch)
30 jenis lauk masakan kampung seperti gulai ikan, ikan bakar, ayam masak merah, asam pedas, laksa utara, mee rebus, rojak buah dan lain lain

Banyak tu 30 lauk. Gila mental depan tu tak tau nak pilih nak makan apa.

Park kereta dulu. Parking area ada tapi nak masuk simpang ni hati hati skit.

Kedai dia warung kayu biasa biasa jer... Warung pun warung lah. Malu apa BOSSKUR..... ? Lapar neh

Tapi lauk dia banyak memang bukan biasher biasher ! 

Hah. Nampak tak tudung tudung periuk tu semua sedang menari. Pandai ke menari?

Pilihan lauk adalah cedok sendiri. Ikut selera tekak masing masing.




Dah ambik makanan cari tempat duduk.

Cari port ada kipas, tak de lah kepanasan sangat.

Dalam banyak banyak lauk tu ni je aku buat pilihan. 

Bismillah. Dan makan......................

Lauk memang banyak tapi rasa bagi aku biasher biasher je. Hahaha potong tak? Kuantiti over kualiti. Tapi harga not bad. Mampu singgah makan.

Layan gambar pokok pokok. Anak aku punya kerja la ni.







Asal ada pokok semua nak di snappy nya. Like father like daughter ! Hiks.

Anyway, kalau tersesat dan mencari makanan dan masakan Melayu. Boleh lah cuba kalau rasa nak pening kepala tak tau nak makan lauk apa.

Jangan lupa mai Na...

Kini hari Ahad pun di buka.

CAFE MAI CHEK MAI
jalan kg rancangan tanah belia
kampung tengah
42700 banting
Selangor
Malaysia
010-267 5407

https://cafe-mai-chek-mai
fb : /cafemaichekmai/

Di buka setiap hari 7 pagi - 5 petang kecuali hari Ahad sampai 3 petang je.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 22, 2013

Restoran Juvita, Banting

Moh makan !

Kalau ke Banting dan terasa lapar, cuba try restoran ni. Namanya Juvita ! Aku selalu tersebut Juvana. Masa nak mencari pun dok ulang ulang cakap.

"Hero tengok belah kanan. Ibu belah kiri. Cari kedai nama Juvana. Eh silap. Juvita !"

Kalau cari Juvana memang sampai sudah tak jumpa lah.


Lokasinya terletak di Kanchong Darat. Lepas pada Bandar Banting jalan menuju ke Morib. Sekarang nak senang ke Banting, lalu je ikut highway SKVE tu.

To be exact, lepas pada Balai Polis Banting tu ada traffic light, then restoran ini terletak sebelum Petronas. Di sebelah kanan.

Kena pandang betul betul sebab ada banyak pokok. Kalau nampak kereta banyak tu, mungkin dah betul la tu.

Ni kedainya.

Kedai agak luas. Parking pun boleh tahan besar. Kena belok ke belah dalam la ada banyak parking. Surau pun ada.

Sampai je, macam biasa, boleh book tempat dan boleh pilih lauk pauk untuk di makan. Juvita Restaurant ini menyediakan makanan seafood, tomyam dan juga western. So ikut selera masing masing. Hari tu kami pegi nak makan seafood. So pilih la seafood yang ada.

Haip !! Tangan tu tepi !

Udang, sotong, ketam semua ada

Tidak lupa juga ikan

Tapi sebab kita orang bukan penggemar ikan, so tak de la nak oder ikan.

Kepah, kerang, pepahat, lala pun ada juga. Kalau borong semua besen tu dapat free kakak tu.. hahahaa

Order macam biasa mengikut selera masing masing. 

Then jangan lupa order minuman lah. 

Hari tu orang tak berapa ramai lagi, so servis agak cepat lah. Mungkin kalau datang lewat sikit orang dah start ramai memang nak kena menunggu jugak lah.

Air sampai

Bahagian Western

Selain dari seafood, di sini jugak ada menyediakan makanan western. Nampak macam menarik siap ada sizzling apa semua. Memula Hero nak makan Chicken Chop tapi lepas tu nak nasik goreng pulak. So order je la nasik goreng. Tak sempat nak try western. Tapi nampak meja sebelah makan western food, menarik jugak lah. 

Oh no.! Aku tak de kekuatan nak pegi meja dia orang untuk snap gambar.

Ada keropok keping juga, tapi rasanya agak gatal. Kalau orang Italy yang makan ni haruslah keropok di sini tak semenggah rasanya....

OR nak makan Sup Ekor. So untuk dia. Aku tak makan. Tapi OR kata sedap !

Udang Masak Petai

Ketam Masak Cili

Lala Goreng Cili Kering

Sotong Goreng Tepung

Macam biasa, aku bab order mengorder ni fail. Rasa macam sikit, tapi bila order jadi banyak. Masa order tu OR pegi solat maghrib so aku yang order. Nasib lah. Bila sampai lauk penuh meja. Sotong order 3 ekor je bila jadi lauk terus dapat 2 pinggan.

Ketam 2 ekor. Udang 10 ekor. Lala sikit pastu nasik goreng, dan ulang ulang order air.

Makanan dia memang sedap !!

OR tak abis abis memuji Sup Ekor tu. So maksudnya sedap la tu. 

OR kata dia bagi 8/10. Tu kira bagus sangat la tu.

Aku bagi 8.5/10.

Hero cakap.

"Hero bagi 9/10 tapi kalau Papa bagi Hero makan Chicken Chop, Hero bagi 10/10"

Ada pulak macam tu?

Memang recommended lah kedai ni. Sedap dan harga berpatutan. Kita orang siap bungkus bawak balik yang lebihan tu sebab banyak. Sotong satu pinggan je pun yang terusik. Cost semua adalah RM 113. Puas hati.

Balik semua kenyang dan tersenyum riang !

Ini map kalau nak usha.


Cuma lebih menarik kalau ianya tepi pantai.... 

Cuba lah... Juvita ( Juwita ) Citra Terindah ni.....



Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak klise
Bagai habis bahasa bermutu
Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu Taj Mahal didirikan

Barangkali kita perlu
Melihat di sebalik materi
Kau wanita, aku lelaki
Ayuhlah kita mengikat janji

Yang kau juwita menolak segala dusta
Citera yang indah
Cerita yang sakti

Ku serahkan nasibku pada cinta murni
Juga ku rasakan bakti
Patahkan ku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi

Ooo... Ooo... pujaan
Ooo... Ooo... juwita
Kau segala-galanya
(Sempurnakan cintaku)

Kau juwita menghidupkan jiwa yang lara
Menggoncang kalbu yang lama membeku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...