Showing posts with label Yehliu - Keelung. Show all posts
Showing posts with label Yehliu - Keelung. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 08 : Shifen > Keelung City > Taipei

Aku tinggal kan Shifen Scenic Area dan menapak balik ke Shifen Station.


Masih tergambar lagi keindahan air terjun Shifen ni walaupun aku tak sempat nak spent lama lama di sini..

Hari dah makin gelap. Malam bakal menjelang tak lama lagi.

Jalan balik ke Shifen Station agak sunyi. Ada beberapa buah rumah tumpangan di kiri kanan jalan menghala keluar dari kawasan menuju balik ke station keretapi.

Aku jalan perlahan lahan. Tiba tiba..

Zapppppppppppppp !

Argh. Sudah. Kaki nak cramp!

Please. Please. Please. Jangan cramp di sini !

Terpaksa aku slow down melangkah. Takut tetiba urat belakang betis tertarik mau meraung aku sorang sorang diri tepi jalan ni.

Sesekali aku berhenti dan buat senaman regangan kaki.

Dengan kiraan 8. Lapan lagi.

Kau mampu bersenam maghrib maghrib buta tepi jalan?

Dua tiga kali jugak aku berhenti tepi jalan dan regang regangkan kaki supaya urat tak tegang.  Sakit oo kalau tetiba kaki cramp. Hari tu kat Goa hampir terkena tapi tak jadi kena. Kali ni jadi lagi. Maybe sebab hari ni aku push berjalan lebih pada biasa. Sesekali ada motosikal lalu, aku buat buat check camera.

Cubaan mengelirukan pihak musuh !

Tu lah. Hari biasa bukan reti nak bersenam senam. Banyak bersenang senang. Ni la bahana nya !

Slow slow berjalan akhirnya aku tiba juga di Shifen Old Street berdekatan dengan kawasan train station.

Shifen Old Street

Suasana di sekitar Shifen train station agak meriah waktu tu.

Ramai yang berkumpul di tengah tengah laluan keretapi dan menyalakan lantern dan melepaskannya di udara. Aku just nikmati suasana je. Sambil tu duduk dan betul betulkan betis.

Nasib baik tak jadi nak kena cramp. Tapi cover cover jugak la urut betis sendiri slow slow.

Lantern dilepaskan ke udara

Sebenarnya acara melepaskan lantern ni lebih popular di Pingxi. Pekan yang tak jauh dari Shifen ni, Dan di sana suasananya lebih meriah.

Terdapat festival lantern di adakan setiap tahun di sana yang di namakan Pingxi Sky Lanteran Festival tapi kalau tak sempat ke Pingxi tu, memadai la setakat nak tengok tengok di Shifen ni jer.

Masing masing sedang bersedia dengan lantern untuk di lepaskan

Lantern lantern ni ada banyak di jual di kedai kedai di sekitar Shifen Old Street tu. 

Rasanya harga dalam TWD 100 setiap satu.

Sebelum melepaskan lantern lantern ni ke udara, mereka akan menulis sesuatu macam harapan dan impian dekat lantern tu.

Setelah selesai menulis. Mereka akan sama sama melepas kan ke udara selepas api dinyalakan. Ada jurukamera yang akan bersedia ambik gambar setiap daripada mereka 

Lepas dah ambik gambar baru la perlahan lahan lantern di lepaskan

Dan terbang lah lantern lantern ni memenuhi suasana langit malam.

Nampak macam menarik dan cool jugak. Tapi sebab tak berapa banyak dan tak serentak so tak de la nampak macam meriah mana.

Tapi rata rata kat kawasan ni memang ramai lah yang datang untuk melepaskan lantern ni.

Menunggu giliran

Acara melepaskan lantern ni sudah menjadi begitu popular di Taiwan.

Taiwan Lantern Festival merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi di Taiwan untuk meraikan Pesta Tanglung.

Terdapat banyak aktiviti di seluruh Taiwan sewaktu Taiwan Lantern Festival ini. Semasa Taiwan Lantern Festival, beribu-ribu lantern akan dilepaskan ke langit dengan cahaya menyala terutamanya di kawasan Pingxi. Acara ini di sambut pada asalnya adalah untuk menghindari kejahatan dan penyakit. 

Pesta Sky Lantern di Pingxi pada asalnya adalah untuk memberitahu orang ramai yang keadaan di bandar tersebut selamat. Lampu di hiasi dengan harapan dan doa doa tertentu pemilik lantern tersebut.

Bermula dari tahun 1990, Biro Pelancongan dan kerajaan tempatan telah meraikan Lantern Festival ini pada hari kelima belas, bulan yang pertama dalam kalendar lunar dan akhir Tahun Baru Cina. Tujuan perayaan ini adalah untuk mempromosikan tradisi rakyat Taiwan.

Suasana di kawasan Shifen Old Street

Aku lepak dan perati lebih kurang je then bergerak ke Shifen Station. Beli tiket balik ke Ruifang station dan plan aku nanti untuk ke Keelung City sebelum balik ke Taipei semula malam nanti.

Beli tiket train dengan harga yang sama. TWD 19/RM2.50 ke Ruifang

Train ke Ruifang Station

Dari Ruifang station aku ambik bas ke Keelung City. Tambang bas TWD 30/RM 3.80

Tujuan aku singgah di Keelung City adalah aku nak gi usha the famous Night Market di Keelung ni iaitu Keelung Miaokau Night Market.

Bas akan lalu di kawasan Keelung City dan memamg ramai pun yang nak ke sana so bas berhenti tepi jalan, so aku pun turun je ikut orang ramai.

Keelung City

Keelung Miaokau Night Market

Keelung Miaokau Night Market merupakan antara pasar malam yang paling terkenal di seluruh Taiwan yang popular dengan kepelbagaian makanan. Terletak di pusat bandar Keelung City, ianya meliputi beberapa lorong di tengah tengah deretan kedai tidak jauh dari Stesen keretapi Keelung.

Night Market Miaokou di Keelung mempunyai semua jenis makanan tetapi lebih menyediakan banyak makanan laut yang segar kerana kedudukannya berhampiran laut dan pelabuhan. Walaupun size Night Marketnya agak kecil tapi ianya menjadi tarikan warga tempatan dan juga pelancong asing untuk memburu makanan yang sedap dan enak di sini.

Selain daripada makanan, terdapat juga barangan lain yang di jual dengan harga murah dan berpatutan.

Ya. Kat atas tu ayat buku. Ni pulak ayat aku !

Masa aku sampai hari tu kedai kedai baru di buka. Orang belum berapa ramai lagi.

Memang banyak makanan berasaskan seafood di jual di sini tapi tak bermakna aku boleh makan dengan sewenang wenangnya.

Dah la perut lapar gila. Tengok lagi makanan kiri kanan tambah stress pulak aku jadi nya. Baru la ingat satu hari aku tak makan hari ni. Cuma makan maggie cup pagi tadi dan juga roti yang aku beli kat Family Mart. Banyak nya minum air je.

Berjalan di pasar malam ni memang buat aku tambah stress.

Dah lah banyak jual makanan, tapi makanan tak leh nak makan. Tak de pekdah je.

So aku just usha dan tawaf sekali lalu.

Abang jual apa tu Bang? Bola bola api?

Tak agak agak kakak jual sotong ! Kalau boleh makan pun aku tak lalu nak makan yang ni.

Jual air telur katak. Ramai lak tu orang beli. Dia sebenarnya bukan telur katak tapi jelly bulat bulat dia letak dalam air. Pun tak lalu aku nak minum.

Jalan jalan usha kawasan

Jual barangan lain pun ada jugak.  

Main game pun ramai kat area pasar malam ni.

Abam ni membuat demo mesin memotong lemon untuk di buat juice

Apam balik? Oh. Kalau la aku dapat menikmatinya.............. !

Suasana di Keelung Miaokau Night Market

Abang Aji menunjukkan demo cemana nak teror menyapu macam Cinderella

Memang tambah rengsa berjalan kat pasar malam tu.

Dah la tak menarik. Dan kalau menarik pun aku tak leh nak makan. Sudahnya aku give up lah. Malas nak usha lelebih. So aku menapak jalan kaki ikut tepi pelabuhan tu menuju ke Keelung Station.

Ada Star Cruise docking kat sini. Siap tulis GENTING besar besar. Tetiba rindukan tanah air sendiri

Malam di Keelung City. Local berkumpul sambil ada yang menyanyi. Siap ada yang menari nari. Dan ada jugak yang melepak menghirup udara nyaman di malam hari.

Malam di pelabuhan di Keelung City

Lepas abis usha usha kawasan tepian laut di Keelung City tu aku pun bergerak ke Main Station nak ambik bus balik ke Taipei.

Masa lalu kat satu bangunan tu tetiba aku nampak Burger King !

Pergh. Tetiba kelaparan tahap mak. Perut rasa bergelora tahap bergulung gulung. Sungguh aku lapar. So ingat aku nak beli je fish fillet kat Burger King tu.

Masuk. Beratur. Pose pose gaya mata sepet tahap tak leh bukak ni supaya tidak di kesan.

Perhati menu satu persatu. Then aku tengok menu menu yang terpampang kat situ. Tetiba datang rasa sesalan dan tak sampai hati nak main bedal je.

Tarik nafas dalam dalam.

OK. Tak pe lah. Sabar Meng. Masih boleh bertahan lagi ni.

Keluar dari queue dan keluar terus dari Burger King tu. Ntah kenapa aku rasa tak sedap nak order fish fillet kat situ.

Area Keelung Main Station

Then nampak kedai bakery Yamazaki ni. Masuk usha usha then aku beli roti yang aku rasa boleh lulus untuk di makan.

Then pegi ke bus station tepi train station tu, beli tiket balik ke Taipei. Tambang TWD 55/RM 7

Dalam bas tak de orang. So sebaik je bas bergerak aku terus la bukak bekalan roti tu dan makan dengan lahapnya.

Lantak la kalau orang pandang. Aku kebuluran neh !

Dah kenyang melapik perut, mata pulak rasa terbuai. Perjalanan dari Keelung ke Taipei memakan masa lebih kurang 40 minit jer. Belum sempat aku terlelap pergerakan bas mula tersangkut sangkut. 

Aku yakin dan pasti, kalau dah jem ni, mesti dah masuk area city. Bas bergerak pelahan menuju ke Taipei Station. Sedang elok jugak sebab aku boleh usha tiket untuk perjalanan aku esok !

Bus yang aku naik dari Keelung City tu berhenti di station bus kat tepi Taipei Station. Area ni memang besar gegila. Bus station pun ada lebih pada 1. 

Aku gi usha tiket untuk perjalanan Taipei ke Sun Moon Lake untuk pagi esok. Penat beratur rupa rupanya salah station bus.

Kena gi beli kat station bus lain.

Nasib lah tak jauh.

Semalam Jean dah pesan kat aku, kalau nak ke Sun Moon Lake, maybe aku kena beli tiket lebih awal sebab selalunya tiket sold out. Dah alang alang aku di area Taipei Station ni aku usha je la terus tiket tu.

Tanya dua tiga orang kat situ, susah semuanya nak faham English.

Lama tu baru la dapat sorang staff dia.

"I want to buy a ticket to Sun Moon Lake tomorrow morning"

Dia ketuk ketuk komputer dia.

"Tommorw morning no ticket. 3.30 pm only"
"What?"

Argh.... Igauan ngeri aku bermula lagi.

Aku nak try dia selitkan aku sorang mana mana bus trip pagi dia kata memang tak de kosong.

Pasrah !

Sudahnya aku pegi ke Taipei Station. Station terbesar yang menempatkan semua train yang menghubungkan antara bandar bandar di Taiwan ni dengan jenis jenis keretapi yang berbeza. Expresss, High Speed, Local train, MRT semuanya di bawah satu bumbung.

Taipei Station

Bangunan dia besar gila. Masuk dalam tengok orang bergelimpangan tidur kat ruang tengah. Nak beli tiket pun masih nak kena beratur.

Aku sebenarnya nak cari bus station satu lagi. Nak try nasib kot ada tiket ke Sun Moon Lake tu.

Dah tengok kat sign tu dia cakap kena ikut entrance belakang. Aku follow je lah, then jalan terus ikut laluan kat basement macam jauh gila. Pastu masuk dalam mall. Then mall pun dah nak tutup. 

Kena naik lif, lif pulak satu je. Lama menunggu. Laluan tangga tak der.

Berpusing pusing aku dalam area Taipei Statin ni dekat 2 jam nak cari bus station. 

Sampai sudah aku tak jumpa !

Pedih betul rasa.

Last last aku keluar kat mall ni belah belakang train station. Letih betul berjalan dalam bangunan ni jer. Bus station tak jumpa jumpa.

Lepak kat luar hisap rokok depan kuda.

Kuda diam ! Langsung tak membantu.

Abis sebatang rokok aku tinggalkan kuda tu sendiri.

Balik semula ke train station ni. Nak tanya tiket pun punya la panjang orang beratur. 

Malas nak tunggu lah. Tawar hati ! Putus harapan.

Apa apa, esok je la cerita. Aku dah tak larat dah. Nak balik hostel. Nak mandi !!!

Sebab mall dah tutup banyak laluan ke MRT pun di tutup. Sejam lagi aku sesat dalam bangunan ni nak cari laluan ke MRT balik ke hostel.

Menyirap betul rasa. Tapi tak tau nak marah sapa.

Fuh !

Betul betul mencabar kesabaran malam ni.

Aku rasa punca utamanya adalah sebab aku lapar kot. Aku ni kan jenis kena jumpa nasik. Kalau tak boleh menyebabkan kemurungan.

Then aku malas nak fikir. Aku terus je balik ke hostel.

Memang agak kecewa tapi slow slow aku pujuk diri sendiri. Pagi tadi aku dah berjanji, trip ni akan jadi trip santai dan redha je. Kalau aku sempat, aku buat dan pegi, kalau tak jadi, aku kena redha dan berserah diri.

Balik bilik mandi apa semua then belasah makan maggie lagi. 

3 maggie cup dah down, tinggal lagi 3. Baru 2 hari ni.

Hari ni tak jumpa nasi ! Mampukah aku terus bertahan lagi ?

Malam tu aku tidur lena. Dah kunci jam nak bangun awal. Dan aku dah jumpa Jean masa balik tadi dan sekali lagi dia menyelamatkan aku untuk ke destinasi esok hari. 

Atas nasihat dan budi bicara dia, aku sebenarnya kembali yakin dengan agenda asal seperti apa yang aku rancangkan.

Aku go dengan plan B !

Moga esok semua plan aku menjadi. Malam ni cuba cuba meniduri diri sendiri yang kacak bersari ni dulu................. (No.. Bersari bukan bermaksud tidur pakai sari)

* urut urut betis



Tiada yang lebih terindah
Selain kita
Kau dan aku sama

Biarku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang
Tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang
Tidur saja sayang
Setia disini ku menjaga
Tidurlah kau lah segalanya

Sayang kau lah segalanya, sayang.

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu
Dewasa dan sempurna

Setiap airmata mu
Hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang
Tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang
Tidur saja sayang
Setia disini ku menjaga
Tidurlah kau lah segalanya

Sayang kau lah segalanya, sayang.

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyuman mu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang, sayang.

Sayang
Tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Sayang kau lah segalanya, sayang.

Sayang
Tidur saja sayang

bersambung..............

Saturday, February 6, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 05 : Keelung City > Jinguashi

Untuk ke destinasi seterusnya iaitu Jinguashi, aku kena ambik bus dari Keelung City ni terus ke sana.

Bas akan melintasi pekan Jiufen terlebih dahulu sebelum ke Jinguashi. 

Plan aku nak terus ke Jinguashi dulu dan kemudian patah balik ke Jiufen sebab aku nak layan sunset dari sana. Tapi kalau tengok pada cuaca ni macam tak de rupa sunset je untuk hari ni.

Pasrah !

Keelung City

Untuk ambik bus dari Keelung City ke Jinguashi ni, kena cross jalan besar tempat bas dari Yehliu tadi berhenti.

Ada jejantan nak cross ke sebelah satu lagi.

Memula aku pegi ke Keelung Main Station. Ingatkan naik bas kat sana. Ada Visitor Information Center kat situ dan aku tanya pakcik tu dan dia cakap kena tunggu tepi jalan sebelah satu lagi.

Cross je jejantan tu nanti akan nampak banyak bus stop tepi tepi jalan.

Bangunan bangunan di Keelung City

Masa lalu tepi tepi kedai ni, aku nampak banyak gerai orang jual. Ada yang macam jual apam balik lah, jual roti lah. Semua nampak sedap sedap belaka.

Adakah itu petanda aku kelaparan?

Haah. Memang lapar pun. Nasib aku ada beli roti kat Family Mart tadi tu, nanti buleh la aku makan dan isi perut yang sudah kekosongan.

Peta rujukan perjalanan

Seperti yang tertera pada panduan tu, aku kena naik bas nombor 788 dari Keelung City ni terus ke Jiufen dan Jinguashi.

Cari bus stop dulu.

Dah jumpa. Tunggu la macam orang lain juga

Tak lama menunggu bas No 788 pun tiba. Tambang bas ke Jiufen/Jinguashi sebanyak TWD 30/RM 3.80.

Sebaik saja aku naik bas tu, aku terus la makan roti dengan lahap nya. Lapar sungguh. Bas memula tak penuh tapi berhenti beberapa kali, ramai yang naik. Dan aku perasan, tak de orang nak duduk sebelah aku.

Kenapa eh?

Adakah sebab aku busuk? Atau aku berwajah pelik? Kulit gelap dan hitam tak macam orang Taiwan? Atau dia orang ingat aku alien ?

Kecik hati abang ! Tapi tak pe lah. Tak de orang duduk sebelah, aku boleh tidur dengan riang. Lagi lagi sebaik saja bas bergerak meninggalkan Keelung City tu, hujan pun turun. Lebat jugak lah !

Terus aku lepak melayan perasaan sampai terlelap. Tapi sebelum tu sempat bedal makan roti yang aku beli kat Family Mart kat Yehliu tadi tu. Lapar dowh.

Seawal perjalanan, bus melintasi Keelung City sebelum sampai di pekan Ruifang dan perjalanan mendaki bukit menuju ke Jiufen. Sewaktu di Ruifang, bas berhenti untuk mengambil penumpang.

Permulaan mendaki menuju Jiufen

Pemandangan

Bangunan bangunan di pinggir bukit di Jiufen

Sewaktu sampai di Jiufen lebih kurang 30 minit dari Keelung City dan melintasi Jiufen dan dan berhenti untuk memberi laluan kepada beberapa penumpang untuk turun.

Aku tak turun. Duduk je dalam bas tu dan bas bergerak terus mendaki kawasan berbukit menuju ke Jinguashi.

Perjalanan ke Jinguashi memakan masa lebih kurang 10 minit je tapi jalan memang di lereng lereng bukit, ada banyak kubur kubur Cina dan kawasan perumahan. Nampak macam lawa jugak la area tu. 

Cuaca pun tiba tiba cerah semula. Buat hati aku jadi berbunga !

Jalan menuju ke Jinguashi

Bas berhenti di Jinguashi dan semua orang turun. Aku pun kena lah turun.

Tempat bas berhenti di Jinguashi

Dah turun tu tak tau nak ke mana dah ! Mati kutu. Hisap rokok jap sambil baca baca sikit.

Terletak di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh laut adalah perkampungan Jiufen (九份, Jiǔfèn) dan Jinguashi (金瓜石, Jinguashi). Kedua dua buah perkampungan ini pernah menjadi pusat perlombongan di zaman Jepun sekitar tahun 1930-an, 

Jiufen di kenali sebagai 'Little Shanghai. Manakala Jinguashi kemudian menjadi terkenal semasa Perang Dunia II sebagai tapak tawanan perang dan kem Kinkaseki.

Aktiviti perlombongan emas bermula pada tahun 1890-an semasa pembinaan keretapi dari Keelung ke Taipei. Kerja-kerja pembinaan laluan keretapi ini telah menarik pelombong Cina yang akhirnya menemui deposit emas pertama di Juifen. Berikutan penemuan itu, Taiyang Mining Corporation telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti perlombongan sehingga tahun 1971.

Selepas perlombongan berhenti, Jiufen dan Jinguashi tergelincir dan tidak menjadi tarikan sehinggalah sebuah filem yang berlokasikan Jiufen telah menjadikannya lokasi pengambaran dan mengundang orang ramai untuk datang berkunjung ke sini. Di Jiufen dan Jinguashi ini mereka masih dapat melihat kesan kesan perkampungan lama dengan rumah bercirikan gaya Jepun dengan laluan sempit dan lorong berliku,

Jiufen dan Jinguashi kini menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama di utara Taiwan.

Area Jinguashi

Bangunan bangunan dan kediaman didirikan di lereng bukit

Kediaman di Jinguashi.

Aku tengok tempat ni pun rasa letih semacam je. Kawasan rumah tepi bukit. 

Kalau aku lah Mak aku suruh gi kedai dan kedai pulak kat atas, mau hari hari bergaduh dengan Mak sebab letih nak panjat bukit !

Tapi kawasan ni memang nampak aman damai dan suasana pun tenang je berlindungkan bukit bukau dan juga lautan.

Oleh kerana kawasan ni berbukit bukit, pergerakan untuk ke tempat tempat tarikan pelancong agak terhad kalau tak de private transport. Kalau nak menapak tu memang boleh mengah tahap lubang hidung serombong kapal Titanic.

Ada few places yang menjadi tumpuan pelancong di kawasan Jinguashi ni. Antaranya Gold Museum, Mining Ecological Park, Golden Waterfall, Chuanyi Temple dan juga Remain of Thirteen Levels.

Map Jinguashi dan tempat tarikan pelancong

Golden Waterfall

Sebab letak agak tak jauh dari bus stop tu, makanya aku pegi la riki riki Gold Museum ni.

Entrance

Ada patut pakcik pelombong. Senyum simpul sebab sekarang dah kaya raya agaknya

Gold Museum, Jinguashi

Ada kaunter kat entrance masuk. Boleh la nak tanya apa apa kot kat sini

Phamplets

Sebab nak buang masa dan alang alang dah sampai, aku gi je la jejak dalam Gold Museum ni, tengok apa yang patut. Lagipun setakat masuk area ni free je. Tapi ada section nak masuk tunnel tu nanti kena bayar. TWD 50.

Jom usha usha kawasan je lah.

Pengangkutan dahulu kala mengangkut emas

Kawasan Gold Museum

Ada bangunan bangunan lama. Ada yang di jadikan muzium, kedai dan juga pejabat

Itu bukan emas. Itu batu batan

Bangunan

Ada laluan ke arah tunnel. Kena daki anak anak tangga. Memula aku macam nak naik la jugak tapi tetiba...............

Nampak sign ni. Okey. Thank you ! Terus patah balik

Ada kedai cenderamata dan restoran serta tempat makan.

Bekas kawasan perlombongan emas terkemuka di Taiwan

Gold Museum. Jinguashi

Bagi aku Jinguashi ni tak de apa sangat. Unless kalau datang dengan private transport boleh la explore banyak tempat. Kalau naik bas memang area area situ je la yang mampu nak pegi.

Apa apa pun, please take note of the following :

The park itself is free and always open.

The Gold Building, and the Benshan Fifth Mine Tunnel, are open
Mon - Fri: 9:30 - 17:00
Weekends and Holidays: 9:30 - 18:00

They are closed on the first Monday of every month or the day after the holiday if the first Monday falls on a national holiday.

Cost: Everything is free except the Benshan Mine Tunnel (entrance NT50).

So jangan datang salah hari dan salah waktu pulak !

Berlegar legar di kawasan Gold Museum tu tak tau mana nak tuju dah, akhirnya aku naik bas dan bergerak ke Jiufen.

Bas bas dari Jinguashi melepasi Jiufen

Tambang bas dari Jinguashi ke Jiufen adalah sebanyak TWD 15/RM 2.

Tak sampai 10 minit, Bas akan sampai di Jiufen dan boleh stop di perhentian bas tepi jalan.

Bas berhenti tepi jalan di Jiufen

Bagi aku kalau ada masa boleh ke Jinguashi dan spend masa lama sikit kat situ. Banyak jugak tempat boleh di lawat cuma kena ada tranport atau rajin nak trekking.

Jangan ragu ragu... banyak yang menarik di situ.



Di sudut hari ku ini
Apa yang ku rasa
Kau tak percayakan ku
Ku cuba untuk fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diri ku
Kerna aku mampu menjaga diri ku sendiri

Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Hari ku diselubungi
Apa yang ku rasa
Buat ku jadi gila
Akan ku cuba fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir tentang diri ku
Kerna aku mampu menjaga diri ku sendiri

Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Baru ku rasa
Hati mu dan hati ku kini bersatu
Adakah mungkin
Perasaan ini kekal buat selamanya

Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

bersambung............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...