Showing posts with label 2014 Jejak Jepun II. Show all posts
Showing posts with label 2014 Jejak Jepun II. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 27 - Nagoya : Tokyo - Yokohama - Nagoya - Kuala Lumpur

Ini part terakhir trip ke Japan 2014.

Fuh. Panjang jugak entry ni tapi tu lah.. peginya dah lama, lama jugak aku nak siapkan entry ni. Tak pe. Orang cakap, biar slow asal berkongsi. Moga moga dapat menjadi panduan dan hiburan untuk orang lain juga.

Masih lagi di Tokyo SkyTree Tower.

Turun dari atas observation deck tu hari belum betul betul malam. Then saja lepak kat bawah kejap hisap rokok sambil layan view tower ni menjelang malam. Cuaca dah start menikam tulang temulang. Sejuk !

Masih ada sakura yang tertinggal

Ni kat bahagian bawah. Ramai jugak orang melepak

Tokyo SkyTree Tower

Ni nama mall dan juga ada akuarium di bahagian bawah

Dah hampir malam di area ni

Aku sebenarnya agak kelaparan. Tak tau nak makan apa.

Masuk satu kedai convenience store kat bawah dekat dengan station subway tu, then belek belek chips apa ntah. Tak pasti apa isi kandungan. Tergerak hati aku nak tanya.

"What is this made of?"

Mamat kedai tu ternganga nganga.. Tapi last sekali dia bersuara.

"Pork skin !"

Terus rasa nak rebah. Nasib aku tergerak hati nak tanya. Kalau tak.. hmmm pepaham lah...  Selamat kat situ. Sempat beli air je hilangkan dahaga. Beli tiket subway balik ke Asakusa dan tukar train balik ke Tokyo. Dari situ, aku naik shinkansen balik ke Shin Yokohama.

Tokyo SkyTree Station

Pandangan di Asakusa

Sampai di Shin Yokohama terus ke hotel. Memang nak singgah untuk ambik beg jer. Seharian keluar merayau malam baru sampai sini semula.

Kira OK lah, sekurang kurangnya aku guna masa yang ada sepenuhnya... Dah tak ralat lagi dah.

Shin Yokohama Station

On the way jalan ke hotel tu nampak Mc D. Siap siap tapau. Dengan hasrat nanti boleh makan dalam train ke Nagoya.

Perut dah lapar dan berkeriuk keriuk. Ikan bilis dan bekalan makanan yang aku bawak semua dah abis dah. Yang ada cuma maggie cup tapi aku macam dah jemu nak makan benda alah tu..

Makan je la Mc D. At least fries dia pun membantu.

Mc D

Dah beli Mc D.. bergegas ke hotel dan ambik barang. Aku nak cepat sebab takut termiss shinkansen. Kalau boleh aku nak naik shinkansen paling cepat dan sampai awal sikit di Nagoya nanti.

Boleh la rehat rehat sikit walaupun hari dah malam. Tak de apa pun aku boleh buat di Nagoya tu nanti kecuali tidur !

Patah balik ke Shin Yokohama aku reserved available seat untuk ke Nagoya. Nasib tak menunggu lama. Naik kat platform, train dah hampir tiba. 

Shinkansen ke Nagoya

Sepanjang masa dalam train aku makan kejap pastu aku tidur.

Melayan perasaan. Sempat la gi hisap rokok sebab dalam train ada cabin untuk smoking. Best !!! Cuma tak boleh nak layan view kat luar sebab gelap gulita. Apa pun tak nampak. Tak heran jugak nak usha Fuji sebab tak nampak dah.

Aku dah tengok cukup seadanya... Now dalam kepala otak dah nak fikir nak balik dah jer.

Lagi pasal Tokyo

Sampai di Nagoya Station, dan keluar, aku dok cari cari penginapan yang aku dah book. Memang aku sengaja book yang berdekatan dengan station Nagoya ni sebab esok pagi pagi aku akan naik train ke airport untuk ambik flight balik.

Berbekalkan peta yang ada, akhirnya jumpa termpat pernginapan malam terakhir di Nagoya Ekimae Montblanc Hotel, Nagoya Station

Sampai hotel. Nama hotel macam best jer. MontBlanc

Dan hotel dia agak lawa

Lobby hotel

Sebaik je sampai dan check in. Semuanya pantas. Mamat hotel tu memang dah siap sedia menunggu. Time tu pun dah hampir nak tengah malam.

Dapat kunci terus ke bilik. 

Bilik just nice untuk lelapkan mata

Mandi, lepak dan layan TV dan layan internet jap. Hotel ni tak de porn !

Hisap hisap rokok dan minum kopi

Pemandangan dari kamar bilik

Sedar sedar aku dah terlelap !!!

Bangkit dah awal pagi. Masih pagi tapi hari dah cerah. Aku nak ambik train paling awal ke airport sebab flight dari Nagoya pukul 9.30 pagi. 

Good Morning Nagoya !

Check out dari hotel

View di sekitar Nagoya Station

Nagoya Station. Cari train ke airport

Train ke airport. Lama pulak nak tunggu train, ada banyak train lalu, jaga tu beriya iya bagitau aku.. suruh bersabar....

Dah sampai airport

See You again !!!!

Urusan check in semua pantas. Tak de masalah. Dan sebab dah tak tau nak buat apa, aku cepat je masuk boarding hall.

Saja jalan jalan dalam tu nak abis abiskan duit yang tersisa. Sempat la beli dua tiga barang lagi.

Terbeli nak rasa. Tak berapa suka

Terbeli jugak kat duty free shop.

Lepak menunggu. Sempat gi merokok dua tiga kali....

Flight dah tiba. Togel lagi fleet ni takde livery.

Tengah queue nak take off

Nagoya Airport 

Kebetulan magazine 3Sixty pasal Nagoya

Perjalanan balik aku hanya membuta ria. Cuaca panas dan agak silau nak bukak tingkap, layan layan macam tu je lah.

Sempat pekena Nasi Lemak dan layan mata. 

Baru rasa letih. Baru rasa penat. Tapi aku puas. Puas sebab dapat cover tempat yang aku nak pegi. Puas sebab semuanya berjalan lancar. Hiccup sikit sikit tapi manageable. Puas sebab berjaya bercuti dengan sepenuhnya. Guna masa yang ada sebaiknya.

Flight balik

Sampai kat airport OR dah siap siap menunggu. Sampai dekat pukul 3 petang jugak la. Cuaca mendung berawan. Dah beralih cuaca dah dari sejuk sejuk dingin di Jepun kepada waktu panas di Malaysia ni.

Pada aku Jepun tak pernah menghampakan. Lagi aku pegi lagi aku rasa nak explore. Insya Allah la kalau ada rezeki, tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni.

Apa apa pun, Alhamdulillah selamat sampai. OR tunggu dengan satu tin kopi tongkat ali !

Hari nak hujan

Menuju pulang

Pastu singgah ke few tempat sebab ada urusan nak di settlekan. Menjelang petang nak senja jugak la baru sampai rumah. Jauh betul perjalanan

Apa apa pun.........................

Jepun adalah highly recommended. Pegi je and enjoy sepuasnya.... 

Tak pasti, apakah rasa ini akan membawa aku kembali ke sini.............. mungkin bukan dalam masa terdekat kot.  



Tiba saat mengerti jerit suara hati
Yang letih meski mencoba
Melabuhkan rasa yang ada
Mohon tinggal sejenak
Lupakanlah waktu
Temani air mataku
Teteskan lara merajut asa
Menjalin mimpi
Endapkan sepi sepi

Cinta kan membawamu kembali di sini
Menuai rindu
Membasuh perih
Bawa serta dirimu
Dirimu yang dulu
Mencintaiku apa adanya

Saat dusta mengalir
Jujurkanlah hati
Genangkan batin jiwamu
Genangkan cinta seperti dulu
Saat bersama tak ada keraguan

TAMAT

*********

* tutup pagar.. kunci pintu.. letak anjing depan pagar dan letak sign...

"Who wants to touch a dog?"

Tuesday, October 28, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 26 - Tokyo : Asakusa | Tokyo Skytree

Lepas sampai ke Ueno Station semula, aku tak buang banyak masa. Masa itu emas.

Aku ambik Ginza Line ke Asakusa. Yang ni tak covered by JR pass so kena beli tiket lain. Menangis la kau kat situ. Tapi harga nya cuma.. 160 Yen. Perjalanan lebih kurang 5 minit je. Keluar dari Asakusa Station tu aku merayau masuk ke Nakamise Shopping Area.

Sebenarnya saja singgah sini sebab nak usha kot nak beli apa apa cenderamata. Tapi biasalah tempat ni memang la ramai orang. Boleh berlaga laga bontot di buat nya.

Kaminari Gate yang famous di sini

Asakusa adalah salah satu daerah di Tokyo di mana suasana di Tokyo dari dekad yang lalu masih boleh dirasai di sini.

Tarikan utama Asakusa adalah Sensoji, kuil buddha yang popular yang dibina pada abad ke-7. Kuil ini terletak di penghujung Nakamise, sebuah jalan membeli-belah yang menyajikan pelbagai makanan ringan tradisional tempatan dan cenderamata untuk dibeli.

Asakusa boleh diterokai dengan berjalan kaki. Namun sekiranya berminat pelancong boleh berlegar legar dengan menaiki beca atau jinrikisha; beca yang di tarik dengan kuasa manusia. Kos menaiki beca ini untuk 30 minit untuk dua orang adalah sekitar 8000 Yen.  ( RM 243 )

Deretan kedai kedai di Nakamise Shopping Area.

Pelbagai benda boleh di beli

Fridge Magnet. Aku tak beli pun sebab aku dah beli masa dulu...

Tokyo ! Beg ni

Dah alang alang sampai di kawasan ni aku, aku jalan je terus sampai ke Sensoji Temple di hujungnya. Ada temple yang agak terkenal di sini. Orang pun boleh tahan ramai.

Sensoji Temple

Sensoji juga dikenali sebagai Kuil Asakusa Kannon adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di Asakusa. Ia adalah salah satu kuil yang berwarna-warni dan popular di Tokyo.

Legenda mengatakan bahawa pada tahun 628, dua adik-beradik memancing patung Kannon, dewi rahmat, daripada Sungai Sumida, dan walaupun mereka meletakkan patung itu semula ke dalam sungai, ia sentiasa dikembalikan kepada mereka. Oleh yang demikian, Sensoji dibina berdekatan untuk dewi Kannon. Kuil ini telah siap pada 645 dan menjadikannya kuil tertua di Tokyo.

Sensoji Temple di Asakusa

Berhala di dalam Main Hall.

Entrance

Tokyo SkyTree kelihatan dari Asakusa

Aku tak spent banyak masa di sini. Just pegi ambik ambik gambar jer.

Tak de nak explore kawasan kawasan di belakang dan melawat shrine shrine yang lain yang ada sebab dulu aku dah menapak agak lama di sini. 

Dari sini tujuan utama aku adalah ke Tokyo SkyTree. Boleh nampak dari Asakusa ni, tapi nak pegi tu aku tak pasti. Ada subway baru di buka ke Tokyo SkyTree tu tapi aku dok agak agak, macam boleh jalan kaki, so aku gamble je jalan kaki.

Moga moga sempat naik ke atas dan tengok sunset di Tokyo nanti.

Menapak meninggalkan  Nakamise Shopping Area dan orang yang ramai ramai tu. Tak beli apa apa pun

Beca siap sedia untuk di sewa

Tokyo SkyTree kelihatan dari tebing sungai Sumida

Sumida Park. Kalau musim cherry blossom, tempat ni adalah tarikan utama juga di Tokyo ni. Boleh juga naik ferry untuk naik bot pesisir

Tokyo SkyTree

Serious aku tak de peta.

Aku just berjalan ikut kaki dan ikut bangunan jer. Berjalan dengan laju. Tapi aku perasan ada sorang minah salleh ni depan aku. Sebab dia pun macam tak de arah tuju tapi aku syak dia pun nak pegi tempat yang sama.

Tapi dia laju gila berjalan. Aku dok follow dia. Cuba cuba nak compete, ada satu part aku nampak dia sesat dan patah balik dan aku terus configure jalan lain. So dia kat belakang aku. Tup tup dia still dapat potong !

Hahaha. Punya lah panjang langkah dia.

Sudahnya memang confirm kami menuju ke tempat yang sama. Jauh jugak la berjalan.. tapi akhirnya sampai juga di Tokyo SkyTree yang menjadi destinasi.

Sampai !

Masa aku sampai last trip dulu, Tokyo SkyTree ni masih belum di buka. Tapi aku memang memasak niat nak naik tower ni. Kali ni pastikan jadi.

Tokyo Skytree  adalah menara penyiaran televisyen dan mercu tanda Tokyo yang baru. 

Ia terletak di Sumida City Ward, tidak jauh dari Asakusa. Dengan ketinggian 634 meter ia adalah bangunan tertinggi di Jepun dan struktur kedua tertinggi di dunia pada masa siap. Sebuah kompleks membeli-belah yang besar dengan akuarium terletak di bawahnya.

Tapi nak cari tempat nak beli tiket tu agak pening. Ada family Mat Salleh ni pun terpingga pingga. Dia tanya aku, aku pun tak tau. Last sekali aku jalan je dan dia follow.

Tup tup jumpa !

Kaunter tiket terletak di tingkat 4. Kena naik banyak escalator

Tarikan utama Tokyo Skytree adalah dua dek pemerhatian yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan di seluruh Tokyo.

Dua dek tertutup terletak pada ketinggian 350 meter dan 450 menjadikannya sebagai observation dek tertinggi di Jepun dan antara yang tertinggi di dunia.

Tembo Deck setinggi 350 meter adalah deck pemerhati yang di bawah dengan 3 tingkat lantai observation deck yang menyajikan pemandangan yang hebat dari semua lantainya. Tingkat atas mempunyai lantai yang tinggi, tingkap luas yang menawarkan panorama 360 darjah bandaraya Tokyo. Lantai tengah mempunyai sebuah kedai cenderamata dan Musashi Sky Restaurant, yang menyajikan masakan fusion Perancis-Jepun, manakala tingkat yang paling rendah mempunyai kafe dan beberapa panel kaca di atas lantai dan boleh melihat semua jalan ke bawah dan pangkal menara .

Tiket SkyTree

Dalam lif ni

Observation deck yang bawah

View

Cafe. Memula aku macam nak duduk minum tapi ramai lak orang. Kena queue

Pencakar langit di Tokyo

Observation deck

Tembo Deck yang ke dua dengan ketinggian 450 meter adalah antara yang tertinggi di dunia.

Untuk naik ke deck ni kena beli tiket lain. Harga nya 3090 Yen berbanding dengan yang lower deck cuma 2060 Yen.

Memula aku plan nak naik tapi tengok cuaca macam tak menarik mana, berkabus dan tak nampak jelas so aku batalkan niat suci tak berapa murni tu. 

Layan ambik gambar di deck bawak je sudah lah. Janji aku dah sampai sini.

Sumida River

Sunset

Tokyo at Sunset

Glass floor. Boleh tengok ke bawah. Tapi ramai sangat orang so berebut rebut nak ambik gambar kat sini. Tempat ni pun kecik jer

Panorama Tokyo

Terus ke bawah

Ambik gambar lebih kurang then aku turun ke bawah... cukup lah. 



Kasih
Hadirmu bersama kenangan dulu...
Memanggil resahku...

Jiwamu..
Bersama rindu...
Kau sulam di mimpi...
Apakah sempurna idamanku...

Korus:
Dan kau kekasih...
Ku mengerti...

Dikau sempurna...
Bagai merindui sang puteri
Bersama sayap saktimu...
Ke kayangan terbang bersamaku

Jiwa..
Di sentuh di puja
Di belai manja..
Apakah kan kekal selamanya

Dikala waktu..
Tangan ku dihulur...
Bintang kejora...
Dapatkah ku menjaga sejujurnya

Dalam lif turun ke bawah

Ada kedai cendermata di bawah

Maka, selesailah jalan jalan menjengah Tokyo SkyTree tower ni.

Puas hati lah dah dapat jejakkan kaki. Dapat jugak naik ke atas cuma tu la cuaca tak berapa menarik jadi ambik gambar pun tak berapa best.

Aku recommend tempat ni kalau sesapa ke Tokyo. Nak dan rasai sendiri. Pastinya memberi pengalaman yang berbeza kepada setiap pengunjung.

Abis ni, aku kena gegas balik ke ShinYokohama. Malam ni jugak aku kena balik ke Nagoya. Tak pasti Shinkansen jam berapa, tapi aku tak mau lewat sangat, at least aku sampai Nagoya sebelum tengah malam dan tak susah nak cari penginapan aku di sana nanti...

Ayuh !

Blah... !

bersambung..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...