Showing posts with label Phnom Penh. Show all posts
Showing posts with label Phnom Penh. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Children of Cambodia

Sebuah negara yang perlu dibina semula selepas bertahun tahun bergelut dengan peperangan dan persengketaan, rakyat Cambodia bekerja keras untuk mencipta masa depan untuk keluarga mereka. Pemulihan yang dilakukan terlalu perlahan dan hampir separuh daripada kanak kanak di Cambodia ini kekurangan gizi dan 1 dari 8 meninggal dunia sebelum mencapai usia 5 tahun. Kesemuanya di sebabkan oleh penyakit penyakit yang sebenarnya boleh di cegah.

Dalam pada bantuan asing dari seluruh dunia telah dicurahkan untuk membantu Cambodia pulih, malangnya Cambodia penuh dengan rasuah dan wang wang tersebut tidak disalurkan di saluran yang sepatutnya.

Hampir 34% rakyat Cambodia yang masih hidup berpendapatan kurang dari USD1 sehari. Mereka tidak ada pilihan lain selain daripada menghantar anak anak mereka bekerja sebagai pengemis, pembantu rumah yang rata ratanya mengumpul kurang dari 25 sen sehari. Buruh kanak kanak adalah biasa di Cambodia dan mereka dikenakan syarat syarat yang ketat dan tidak masuk akal.

Keluarga tidak mempunya akses penjagaan kesihatan dan dilucutkan daripada semua maklumat asas kanak kanak ini termasuk la pendidikan dan tahap kesihatan. Rakyat Cambodia walaupun sedang menambahbaik kehidupan mereka, namun masih terperangkap dalam sistem yang diexploitasi dengan rasuah yang tidak terbendung.

Satunya harapan masa depan Cambodia ini terletak pada generasi akan datang, kanak-kanak Cambodia ini sendiri.

Entry ini adalah satu perkongsian yang mana sempat dan dapat aku snap sewaktu berada di Cambodia walaupun lens adalah macam lahanat.

* campak lens

Adik kecil ni sepatutnya berada di sekolah, tapi keje dia adalah bersihkan rumput tepi jalan

Adik ni sepatutnya bermain main di padang tapi bawak moto dan berniaga di tepi jalan

Dia patutnya main game Angry Bird bukan jual kacang

Yang ni berdua tengah mengekor BW mintak duit sambil tengok air tebu yang BW tengah nak beli.

Anak siapa lah tengah tengah bandar duduk sorang sorang macam ni?

Masih adakah peluang untuk merasa riang?

Bermain macam kanak kanak di tempat lain

Atau sekecil ini terpaksa membantu ibu di kedai - Adik ni siap angkat tebu dari rumah ke gerai depan 

Bangun pagi pagi untuk jual poskad pada pelancong. Dan tak semua pun yang beli, ramai yang cuma memandang sepi (termasuk aku dan BW... hiks)

Ada cerita di sebalik mata mereka

Ada pengharapan untuk masa hadapan....

Dan waktu waktu begini mereka sepatutnya girang dan riang..........

...... bukan merayu untuk jualan

Sebenarnya banyak gambar yang aku nampak tapi tak sempat nak capture.

Agak sadis bila melihat perkara perkara macam ni di depan mata sendiri. Kehidupan mereka tidak semewah kanak kanak di Malaysia, jauh sekali nak sama macam kanak kanak di Indonesia atau tempat tempat lain.

Masa depan mereka adalah 'bagaimana untuk menjalani kehidupan hari ini' Hari ini lebih utama.

Aku syorkan kalau sesiapa ke Cambodia, bawak lah something. Kalau jumpa dia orang, at least bagi la something. Macam BW, aku dah pesan, jumpa dia orang nak bagi duit memang lah tak boleh, so BW akan bagi biskut ke, cokelat atau gula gula. At least ada la something buat mereka.

Kalau ada yang nak beli barang tu, beli la, tapi jangan beli pada sorang je. Beli pada yang lain lain jugak. Kehidupan dia orang sangat competitive walaupun mereka sendiri tak tau macamana untuk bersaing.

Adik yang bawak bakul merah jual gelang tu mengekor BW jauh gila.

"1 dollah ! 1 dollah !"

Tu je dia sebut sepanjang jalan.

"I am sorry. I am sorry"

BW dah hilang arah macam orang sewel. Kesian budak ni. Nak beli satu bukan sorang, ramai lagi yang ada. Semuanya macam berharap.

Sampai sudah dia blah macam tu je tapi semangat dia kejar kita orang semata mata nak jual tu memang tak terbayang. Mungkin USD1 untuk jual gelang tu terlalu besar buat mereka. Tu pun belum pasti berapa sen yang mereka dapat.

Dan tergamak kah hati, kalau tengok rata ratanya mereka....sebegini ?


Syukur Alhamdulillah, kanak kanak di sekeliling kita tidak di besarkan dalam persekitaran sebegini rupa.

* ambik port duduk berPanda-lela tepi laut sambil meRinung masa depan...........

Sigh !

Tuesday, August 7, 2012

05 - Khmer-Ruk Cambodia -- Phnom Penh - Leaving Phnom Penh

Lepas abis merayau rayau sekitar kota Phnom Penh yang tak de apa sangat tu kami pun berangkat pulang ke hostel.

Uun memandu hantar kami pulang. Kesian jugak ke dia, padahal tadi dah pegi area sana ni kena patah balik. Tapi silap dia jugak tak plan bebetul padahal aku dah bagitau, hostel aku kat area Russian Market tu.

Uun bawak Tuk Tuk dengan hati yang lara

Monk

Abang abang Monks

"Hello. Apa? U ada ubat kurus kasik badan berketak tanpa exercise?? OK I nak seguni"

Ada kau mandi di tengah tengah kota?

Tugu persahabatan dari kerajaan Perancis kepada Cambodia

Independent Monument dan kawasan persekitaran

Makcik ni siap borak borak dengan driver kat traffic light

Isi minyak lagi

Sampai kat hostel aku terus terpengsan.

Aku tak tau apa BW buat. Rasanya dia solat dulu kot pastu dia main facebook. WiFi adalah boleh tahan laju sebabnya tak ramai orang !

Asalnya kan kita orang ambik dua bilik. Tapi bila sampai, bagi menjimatkan kos, kita orang cancel je satu bilik lagi. Nasib baik boleh. Masalahnya nak tidur lah. Tapi tak pe. Kita orang tidur mengiring katil tu pastu BW siap letak beg tengah tengah.

Hahahaha.

Dia takut aku tidur tak sedar gi peluk dia ke apa kan. Aku pun kadang kadang bukan boleh kira sebab kat rumah dah terbiasa. Tidur jauh jauh pun subuh subuh pegi cari orang sebelah gak nak peluk.

Sejok..................

OK. Benda macam ni jangan di teladani. Aku dengan BW tak pe. Dah kenal lama. Dah faham dah. Yang penting saling hormat menghormati dan tau batas diri walaupun sebenarnya niat tak pernah menghalalkan cara.

Pandai pandai lah kalau berada dalam situasi sebegini.


Dekat sejam lebih jugak la aku terlelap. Bangkit je then aku ajak BW keluar.

Kami pegi ke Russian Market. Nak cari kedai makan tak de yang halal kat kawasan ni. So jalan jalan jumpa KFC. KFC kat Phnom Penh ni halal. Tapi make sure tanya dulu untuk kepastian.

Pemandangan dari hostel

Russian Market

Pegi Russian Market cari baju untuk Kuman.

Susahnya nak dapat size 4XL tu. Paling besar aku jumpa 3XL. Lagi keji, bila aku tanya je mesti dia orang pandang aku semacam.

"You are not 3XL. Impossible"
"Not for me. For my friend !"

Aku dok ulang ayat yang sama je. Gila ke apa aku nak pakai baju t shirt besar besar macam tu. Ingat nak buat jubah ka apa? Abang ni slim okeh !!

* ketawa riang

Pusing pusing last sekali beli la sehelai. Pastu cari baju A&F tapi tak jumpa yang murah. Masuk kedai kedai biasa lagi mahal. Beli baju untuk anak buah aku sebab birthday dia. Sambar Levi's sehelai dan beli la untuk orang tu dan orang ni. Last sekali banyak pulak aku bershopping !

Cait.

Perut lapar, akhir sekali kami lepak makan makan kat KFC.

Ayam KFC dia lazat. Lebih rangup dan inzal dari kat Malaysia. Cuma harga la agak mahal. Satu set ni dalam USD5 so RM15. Kat Malaysia tak sampai kot kan.



Sambil makan KFC layan sunset yang tak berapa nak ada ni.

Lepas tu hari pun dah petang. Balik bilik je la melepak. Dah tak tau nak buat apa. Menyesal lak ambik hostel tu sebab jauh dari nightlife. Bosan !

Mandi dan solat pastu BW sakit kepala dan selsema. Nasib aku ada ubat bekalan dari India tempoh hari. Dia makan then terus dia pengsan. Sebelum tu dia dok layan tengok TV. Oh, kat Cambodia ada siaran RTM TV1 dan TV2 ! So boleh la dengar orang cakap Melayu. Lagi la kami yang sayangkan negara ni, kat negara sendiri tak pun tak tengok TV1, gi negara orang tetiba terlebih patriotik.

Tapi ada je siaran lagi. BW lah. Dok layan cerita Korea tak abis abis. Pastu gelak sorang sorang. Sewel itu orang.

Hostel tu 4 tingkat. Kami di tingkat 1. Floor yang kami duduk tu ada 2 bilik dan 1 common area ada bunk bed tapi tak de orang lain. Floor tu ada aku dengan BW je. Bathroom shared.

BW mandi pastu dia masuk bilik dia nak ambik charger apa benda ntah dia tersentuh aku pulak jadi batal air semayang.  So dia keluar balik gi bilik air. Tetiba dia cakap kat aku.

"Eh.. ada orang lain ke kat tingkat ni?"
"Ntah. Mana I tau. Kenapa?"
"Bilik air terkunci"

Aku cuba gi bukak. Memang terkunci.

Pastu fikir fikir, mungkin la BW terkunci dari dalam tadi masa dia keluar tu.

So aku turun bagitau tokey hostel tu dan dia naik atas dan bukakkan. Memang tak de orang dalam bilik air dan memang tak de orang lain kat floor tu selain dari aku dan BW.

Pastu BW dah makan ubat dia terus pengsan. Aku pulak dok berusaha browse internet untuk cari cara nak baiki lens camera tu. Gigih ni.

Sambil sambil tu aku keluar kejap ke balkoni untuk hisap rokok.

Dari pukul 8 malam sampai pukul 12 malam. Ada la 4 kali aku keluar isap rokok kot. Tak boleh nak tidur lagi.

Then aku ingat dah lewat, tak jumpa cara nak betulkan lens tu. Tawakal la. Aku pun keluar nak hisap rokok buat kali terakhir. Aku keluar ke balkoni, lampu memang aku bukak satu kat aisle menuju ke depan. Tak de la gelap sangat. Tapi bila sampai kat bunk bed tu tiba tiba aku rasa berdiri bulu tengkok. Serious macam ada something. Tapi aku buat bodo je.

Keluar isap rokok macam biasa. Suasana kat luar pun dah senyap dan sunyi.

Abis hisap rokok tu aku masuk balik, lalu lagi kat bunk bed tu, ada 4 katil. Tetiba aku rasa lagi macam something tak kena. Aku cepat cepat masuk bilik.

Suasana memang senyap dan sunyi. Tutup TV. Lagi sunyi. Aku cuba nak tidur. BW ada terjaga sebab aku dok betul betulkan beg dia letak kat tengah tengah antara kami berdua tu.

Masa aku nak lelap tu, aku dengar bunyi macam orang seret kaki. Betul betul tepi bilik aku. Pastu kat dinding sebelah lain pulak. Pastu ada bunyi nipis je. Bukan He He He tapi macam Hi Hi Hi....

Cuak jugak la aku. Tapi malas nak fikir, aku baca baca then tidur.

Terlelap !

Tup tup aku terjaga. Tengok jam pukul 3 pagi.

Aku mimpi.

Lepas aku tidur tu, aku mimpi exactly aku di posisi atas katil yang sama. BW pun tidur sebelah sana di posisi yang sama. Pastu dalam mimpi aku, BW bangun bukak pintu. Then dia berdiri kat aisle kat depan bilik aku tu pastu BW kena histeria !

Aku cuma sempat tanya dia.

"Akak ! Kenapa U keluar?"

Pastu BW menjerit macam kena rasuk terus dia pengsan dan aku tersedar.

Ha.............

Drama tak?

Aku pun tak tau apasal. Tapi aku sedar tu exactly as apa yang aku mimpi. Cuma aku tengok pintu bilik aku tertutup dan BW ada tidur kat hujung katil sana.

Aku pulak dah rasa susah nak tidur. Macam macam aku fikir.

Pastu aku dengar lagi bunyi orang seret selipar kat tepi tu. Sudah. Macam macam aku baca. Nak tidur takut sebab takut masuk mimpi lagi. Tapi...........

Ntah cemana aku terlelap jugak. Mungkin memang dasar kuat tidur. Pantang je. Terus terbongkang terus. Tapi aku sedar awal jugak la sebelum handphone BW bunyi. Aku suruh dia bangkit mandi dulu. Then kami pun bersiap siap sebab Uun datang ambik kami pukul 6 pagi ke tempat bas.

Fuh.

Tak tau la mungkin mimpi je kot. Sebab tu aku rasa tak de apa sangat. Cuma bila ingat ingat balik, seram gak lah.

Hantu Pol Pot kah???

Atas Tuk Tuk baru aku cerita kat BW. Dia buat bodo je malas layan. Mesti dia kata aku mengarut. Aku pun rasa mimpi mengarut so aku malas nak fikir.

Sampai di Station Bas Surya, kami tunggu bas untuk bawa kami ke Siem Reap.

Dah tak sabar nak meninggalkan Phnom Penh ini.

Kakak kakak Kemboja jual roti di station bas

Makcik pun jual sarapan pagi

Setengah jam menunggu akhirnya, bas sampai dan kami bersedia untuk ke destinasi seterusnya. Siem Reap !

Bye bye Phnom Penh.

Monday, August 6, 2012

04 - Khmer-Ruk Cambodia - Phnom Penh - Sekitar Phnom Penh City

Selepas menghabiskan masa di Toel Slang Muzium tu kami bergerak.

Kali ni nak ronda ronda kotaraya Phnom Penh. Cuaca agak panas. Jam pun dah tengahari berdiri. Kita orang pose pose je kat atas Tuk Tuk dan Uun bawak kita orang jalan jalan.

Tak de apa yang menarik sangat. Cuaca pun panas.

Kotaraya Phnom Penh tak berapa busy. Banyak kereta tapi masih terkawal. Tidak macam di KL mahupun di HCM.

Agak sedih sebab Independent Monument tengah di baik pulih, jadi tak dapat nak ambik gambar di sini.

Usha garing dari jauh je sambil Uun bawak Tuk Tuk pusing roundabout ni beberapa kali sebab aku nak ambik gambar.

Malas nak turun.

Ntah bila nak siap nya. Nampak bumbung rumah tu adalah rumah Perdana Menteri Cambodia !

Tapi kawasan ni agak happening la especially malam. Ada orang berkumpul dan lepak lepak sebab kawasan ni kiranya macam kawasan melepak di Phnom Penh ni.

Tuk tuk membawa kami bergerak lagi seterusnya ke Royal Palace.

Tuk tuk memecut laju

Kawasan Royal Palace

Silver Palace

Cantik binaan dia

Golden Palace

Gate

The Royal Palace

Royal Palace ni merupakan kediaman di raja Cambodia.

Sebenarnya boleh masuk tak silap aku, tapi waktu kami sampai tengahari tu gate semua tutup. Ada pak guard jaga dan pintu berkunci. Ada time time dia lah kot. Tapi kita orang memang tak de plan nak masuk pun. Just tengok tengok ambik gambar dari luar je.

Ada kawasan di pesisir Sungai Mekong menjadi tempat lepak jugak.

Ada jualan dan dipenuhi oleh orang orang tempatan. Kita orang pegi usha dan tengok kawasan sekitar. Cuaca panas nak bergerak pun malas.

Dahaga lak tu, cari orang jual air tebu tak ada !

Sungai Mekong

Bunga Teratai

Esplanade dan Sungai Mekong

Royal Palace. Gambar pompuan tu adalah Queen Mother

Ada orang jual jual jugak di tepi jalan


Lepas tu kami meninggalkan kawasan Royal Palace.

Destinasi kami adalah Muzium !

Tapi tak de apa yang menarik sangat pun kat sini. Macam banyak sculpture je. Jadi kami tak nak bazirkan USD3. Duduk lepak lepak kat luar je.

Bangunan muzium

Hah ! Buat apa tu???? Konon camouflage baju dengan batang pokok tu orang tak perasan?

Lepak lebih kurang sambil tengok tengok orang, kami bergerak ke Central Market.

Central Market ni kiranya pasar besar di Cambodia yang menghimpunkan pelbagai jenis barang dan di jual di bawah satu bumbung. Apa yang menariknya adalah architecture bangunannya yang menjadi tinggalan kolonial Perancis dan di ubah kini menjadi pasar besar.

Macam macam benda di jual di sini. Dari bunga, baju, cenderamata, accesories, jam, makanan dan sebagainya.

Moh masuk !



alat elektronik

jual gelang

Ulat yang menjadi makanan

Labah labah Goreng dan macam macam lagi serangga



Bunga

Aku sibuk cari baju A&F. Jumpa la t shirt. Aku nak cari t shirt untuk Kuman. Susah nak jumpa size dia. Carik untuk IG pastu nak beli untuk aku sekali.

Seronok berborak dengan minah kedai tu apa. Last sekali aku balik tengok dia bagi aku t shirt yang sama 2 helai ! Warna sebijik jiban ! Cis. Aku kena bagitau IG jangan pakai di hari yang sama atau time kita orang nak jumpa.

Tapi agak murah. A&F T Shirt sehelai aku dapat dengan harga USD4 ! Beza dengan di Vietnam hari tu yang dapat dalam harga RM20 sehelai. Cis.

Material pun OK. Kena pandai pilih.

BW pun sibuk beli baju. Hilang sekejap then aku nampak dia keluar dan bimbing plastik dah. Beli baju apa ntah harga USD20 !

Orang kaya kaya berbelanja macam tu lah.

Paling menarik kita orang jumpa satu kedai ni minah minah kedai tu cakap Melayu.

"Kakak.. Telekum..."

Dia dok ulang ulang la suruh BW beli telekong tu. Aku jadi rengsa dengar.

"Bukan Telekum lah. Te le kong !"
"Te le kon"
"Bukan ! Te le kong ! Kong !"
"Te le khom. Khom"

Tetap la salah. Dan la cubaan meniru aku sebijik jiban gagal.

Pastu aku bukak kelas ajar bahasa Melayu lak kat situ. Dua tiga orang dok layan. Pastu ulang ulang sebut. Lawak pulak. BW tukang gelak. Sambil sambil tu dia lah sibuk cari barang untuk beli belah. Aku cuma cari FM je. FM boleh dapat murah jugak kat sini. USD1 untuk 2 ketul !

FM !

Telekum????

Baju bajan. Yang ni material tak bagus

Pastu kita orang merayau masuk tempat makan pulak.

Jumpa kedai jual ABC. Tapi misi kita orang mencari air tebu. Dahaga weh..

Jumpa jugak. Segar dari mesin. Sejuk anak tekak.



Menghabiskan masa lebih kurang sejam lebih kat sini then kami pun dah tak tau nak ke mana. 

Uun bawak pusing pusing bandar lepas tu then kami decide nak balik ke hostel je. Jauh pulak tu hostel dari town ni. Hish. 


Bagi aku Phnom Penh ni memang tak de apa yang menarik sangat. 

Balik bilik terus pengsan !

bersambung..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...