Showing posts with label JJCM - Kota Damansara. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Kota Damansara. Show all posts

Friday, September 20, 2019

RASA WAU, Kota Damansara

Ready ! Mari kita mulakan...........

Ewa bule. Ewa bule.
Ewa bule teraju tigo.
Ini maley, samo samo.
Samo samo kito gembiro....

* toleh belakang...

Eh? Mano set set dikir barat ambo tadi? Bakpo lari? Apo? Dok gembiro?

Hah ! Aku tau apa yang buat demo demo ni gembiro....

Makeyyyy !!

Kali ni kito nok gi makey dekak Koto Damansara. Namo kedai dio... Rasa Wau !

RasaWau

Nak wau apa? Wau bule? Wau bintey? Wau hebatnya kamooooooo !!!!

Terletak di Sunway Giza Kota Damansara

Sebenarnya lokasinya sebelah SimplyRibs yang aku pernah terjah sebelum ni. Masa datang situ terperasan resto ni rasa macam menarik nak try.

Sesuai untuk selera makanan Melayu especially dari Pantai Timur.

Kata mereka....

Kami menyediakan masakan pantai timur & masakan tradisi melayu.
#patintempoyak #singgangulambudu #masaklemakciliapiketam #gulaikawah #suptulang #asampedas #WAUyangWOW

Kami pegi weeekend so parking banyak tapi kena bayar lah.

Di luar kedai ada menu boleh usha. Kalau rasa menarik boleh try menjamu selera di sini.....



Menarik ke tidok? Kalau menarik boleh lah masuk.


Boleh duduk di luar atau duduk belah dalam. Sebelum tu usha setting kedai dulu...







Interior yang bersih dan ceria. Resto rasa comfy dan selesa. 

Hah ! Nampak ada wau atas atas tu? 

Usha menu kalau nak tau wau apa yang ada.....





Wa dah cakap tak de Wau untuk di makan di sini.

Wau tu boleh jadi WOW dalam erti kata lain, makanan di sini sedap sedap lah kot. 

Menu dia banyak makanan Melayu, ada kudapan dan jugak minuman. Sesuai untuk makan pagi, tengahari, petang dan malam.

Usha apa kami order...

Nasi Lemak Ayam Berempah

Mee Kari

Nasi Kerabu

Ayam Percik

Anak aku nak cendol

Minumnya tidak....

Tembikai laichi

All time favourite. Teh o ais limau..

Verdict?

Boleh tahan sedap semua makanan. 

Lagi sedap masa kami datang tu ada artis kat meja sebelah. Tapi tak tau nama. Cuma tau sebab perasan muka selalu masuk tv berlakon drama. Dia pun senyum senyum je kat kami. Mesti dia tau aku Artis Antarabangsa yang tersohor lagi ternama. Or maybe aku nampak zuhud makan nasi lemak dengan sopan je.....

Hiks.

Overall, nice restaurant. Nice food. Bersih. Service pun OK not bad. Harga pun boleh di terima.

Apa lagi................?

Ikut aku ramai ramai.................

Ewa bule. Ewa bule.
Ewa bule teraju tigo.
Ini maley, samo samo.
Samo samo kito gembiro....

* toleh belakang..... tak de orang !


RASA WAU
Sunway Giza, Dataran Sunway
Block C-11-G, Jalan PJU 5/14,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 010-231 2704
Rasa Wau Penyu

Isnin - Jumaat : 10 pagi - 10 malam
Sabtu, ahad dan cuti umum : 9 pagi - 10 malam

Kalau nak main wau lepas kul 10 bleh? Hahaha

Friday, July 5, 2019

SIMPLY RIBS, Kota Damansara

Aku bukan lah penggemar ribs dan segala mala steaks nih. Memang dari kecik aku tak makan daging merah ni. Ayam je la selalu jadi BFF setia.

Tapi aku OK je kalau nak pegi kedai makan western yang jual ribs dan beef ni. Jadi tukang tengok pun tak per. Apapun, pasti ada menu untuk golongan seperti aku !

Keluar gi makan di hari minggu satu family. Destinasi tak jauh, dekat Kota Dame jer.

Tajuk kedai SIMPLY RIBS.

Kota Dame

Lebih tepat lagi di Sunway Giza Mall

Signature slow-cooked beef ribs ( Halal )

At Simply Ribs, we believe in providing a family friendly and comfortable atmosphere to enjoy our specialty slow-cooked beef ribs and also a variety of lamb dishes, pasta, and some local delicacies.

Tu kata kata pengenalan diri.



Kedainya Halal certified, so sah kalau nak meraba atau meriba ! Eh.. kalau nak makan ribs tanpa rasa ragu ragu lagi ini lah tempat yang perlu di tuju.

Usha setting kedai...............








As you enter our restaurant, you will be greeted with warmth and sincere smiles from our team. We prioritise quality and comfort and provide a family friendly dining atmosphere that is fit for celebrations of any kind or a simple dinner. Our menu is culturally diverse to suit everyone's palate, ranging from Western to Southeast Asian dishes. However, if you would like to get to know us in the best way, pick our specialty – the tender, juicy, and 'fall-off-the-bone' beef ribs that are packed with mouthwatering flavours.

Tu bukan aku yang cakap. Di petik dari website mereka.

Tapi bagi aku setting dia bukan biasher biasher. Lebih kepada high end Western restaurant jugak tapi ada feel and touch keMelayuan. Staff pun agak friendly and very welcoming. Tengok dari setting kedai, sure harga mahal mencanak ni !

Jangan menuduh nudah, usha menu dulu baru tau mahal ke idok.







Bermula dengan appetizers hingga la ke desserts, banyak menu makanan tersedia untuk di nikmati.

Main dishes mainly beef dan lamb tapi chicken tetap ada. Ada Asian dishes dan hidangan local jugak serta halal mocktails ! Hah yang nak bermocktails bermojito tu, kalau tak nak mabuk boleh datang laga laga gelas di sini. Pecah ganti !

Dah order, kena menunggu......



Masa kunjungan kami tak ramai sangat pelanggan, so tak de lah lama sangat menunggu. Tak sabar nak makan dan perut dah kelaparan.

Maka di persilakan masuk mengadap hidangan hidangan untuk di persembahkan............ 

Order air masak je? Biar betik.

Bukan air betik tapi Ribena Laichi. Muka macam penyangak order air Ribena? Sapa tu....... Haks

Mana boleh bergerak solo, kena berduet. Coconut Orange Soda Mocktails.... ( aku jamah skit, rasa pelik semacam je) Harga RM 13 each.

Makanan mana makanan?

Pasta Carbonara untuk anak gadis aku. Sedap gak. RM 28

Beef Lasagne RM 29. 

Creamy dan sedap gak tapi sebab daging, aku kurang nak mengecek.

Dihidang panas panas....

Krikkkkk hahahahah.... bunyi ayam tu. Hidangan untuk aku.

Tajuk dia Roast Chicken Ala Bistro... OK lah. Cuma muak jugak sebab portion besar. Aku suka sayur sayur dia sebab well cooked. Harga RM 29

Tapi food presentation agak indah dan nampak mengiurkan

Apa ni eh? Beef Ribs kalau tak silap. Harganya RM 69

OR punya. Dia memang pencinta kambing dan daging daging...

Memang seperti yang di kata, daging di masak secara slowed-cooked jadi lembut gila siap boleh terlerai dari tulang temulangnya. 

* gitu aku bermetafora walhal tak sentuh pun.

Sedap sedap gak makanan dia. Makan abis licin. Lain kali boleh try menu lain pulak.

Dan ni sebenarnya tujuan aku ke mari. Katanya one of the best Creme Brulee ada di sini ! Memang sedap. Anak aku siap tambah order.

Harga kesemuanya aku lupa. Rasanya RM 200 lebih gak. Tapi dengan suasana kedai, layanan dan rasa makanan aku rasa acceptable lah untuk datang menjamu selera di sini.


Skodeng toilet dia. Bersih.


Highly recommended untuk yang ingin menikmati steaks dan ribs selain gi makan kat Menate. Harga pun cheaper la compared to Encik Tony Romas tu.

Mereka ada lagi satu cawangan di TTDI, KL. Kat Kota Dame ni mungkin kurang skit orang.

SIMPLY RIBS, Kota Damansara
C-12-G, Sunway Giza Mall
No. 2 Jalan PJU 5/17,
Dataran Sunway
Tel: 03-6145-0006

SIMPLY RIBS, TTDI
36, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr Ismail, 60000, KL
Tel: 03-7731 5566

www.simplyribs.com/
fb/SimplyRibs/

Open Tuesday to Sunday, 12nn to 11pm
Closed on Mondays


Wajar di cuba oleh peminat peminat steaks dan ribs seantero Malaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...