Showing posts with label Pulau Besar. Show all posts
Showing posts with label Pulau Besar. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Trip Mencari Damai di Pulau Besar : 05/05

OK. Ini last.

Aku tak akan menyiksa jiwa raga dengan entries yang tak berkesudahan untuk Pulau Besar ni. Tapi aku ingin sekali menjadi tukang promosi pulau ni sebab bagi aku pulau ni cantik dan tersendiri. Cuma kurang diketahui umum jer.

Harapnya entry entry aku ni bakal menarik minat orang lain ke Pulau Besar ni.

* pose pose sebagai duta Pulau Besar....

Layan saki baki gambar gambar di Pulau Besar.

Cuaca yang cerah di kala mentari memancar

Tapi tenang setenang ombak di gigi pantai

Pantai depan Aseania Resort

Bendera bendera pantai

Port ni lagi? Actually tempat ni depan tempat makan. So setiap kali makan, aku ambik gambar ke arah ni. Lagi pun aku rasa lawa...

Pantai yang bersih

Bumbung gazebo di tempat makan

Lobby resort

Bercanda di pasiran pantai

Jetty baru

Dah nak balik. Sapa laa tulis ni..... aku rasa mat salleh ni. Mat salleh yang silap tatabahasa

Pasir pantai mengamit perasaan

Ketenangan yang akan kekal di ingatan

Kehijauan air yang bakal menjadi igauan

Pepohon kelapa yang melambai lambai keriangan

Awan gemawan berkepul kepulan

Bot yang bakal membawa kami pulang

Aseania Resort yang meraikan kedatangan

Semoga Pulau Besar terus maju tapi masih mengekalkan ekosystem alam dan jauh dari pencemaran

Pulau Tinggi... yang berpenghuni. Nak kena pegi kot jugak nanti

Pulau Besar melambai kami pergi

Insya Allah. Ada rezeki, kami datang lagi mohon mencari secebis kedamaian dunia yang masih terpelihara di sini

Pulau Tioman dari kejauhan. 

Pulau Besar di tinggalkan

Membelah samudera raya Laut China Selatan

Akhirnya tiba di muara Sungai Mersing. Pulau Besar dari kejauhan

Bot nelayan

Muara Sungai Mersing

Ferry ke Pulau Tioman

Ada jual FM kat Jeti Mersing, tapi semuanya Pulau Tioman

Hard Rock Cafe Pulau Tioman. Tak menahan.... Gambar gegar sebab takut kena sergah dengan tuan kedai... ambik laju laju...

Masjid Mersing di atas bukit. Kalau bermasa boleh pusing pusing bandar Mersing.

Menara jam

Berangkat pulang ke kota semula

Kembali kepada suasana hiruk pikuk

Membelah lebuhraya menuju kotaraya

Kami tinggalkan kedamaian di Pulau Besar. Moga ianya kekal di sana. 

Kami bawa pulang rasa damai di hati..............hingga bertemu kedamaian lagi nanti ...........

TAMAT




Malam yang sepi
Aku sendiri
Di ingatan tergambar wajahmu
Tidak kau sedar
Hatiku kau luka
Adakah aku yang bersalah
Yang terluka dan kecewa
Kepedihan yang ku alami
Masih ku terasa
Peristiwa lalu
Waktu bersamamu kasih
Biar ku menangis
Biar ku merintih
Walau terseksa di hati

Pergilah sayang
Menyusur arahmu
Biar ku cari
Damai di hati

Yang terluka dan kecewa
Kepedihan yang ku alami
Masih ku terasa
Peristiwa lalu
Waktu bersamamu kasih
Biar ku menangis
Biar ku merintih
Walau terseksa di hati
seksa di hati
aku begini

Saturday, November 8, 2014

Trip Mencari Damai di Pulau Besar : 04/05

Sabar... !

Tak abis lagi. Kata nak gi merehatkan diri.. kena la tengok gambar gambar yang menjurus ke arah ketenangan !

Dok gitu?

* padahal malas tahap panda mengandung sulong

Pulau Tinggi di belakang sana

Pantai di sini pun boleh tahan cantik. Macam bekas resort jugak. Tapi resort dah tak der...

Favourite spot di Pulau Besar ni. Sunset deck di Aseania

Chalet

Mandi manda

Beristirehat

Tenangkan jiwa

DCoconut Resort. Aku suka lepak kat pantai dia sebab tak ramai orang berbanding di Aseania.. tapi Aseania pantainya lebih bersih.

Jetty baru

Mengubati lara


Ini pokok kelapa nan sebatang

Khemah untuk di sewa

Kedai cendermata

Layan budak budak main pasir 

Atau bapak budak nak bersantai mesra

Atau duduk berteman angin sepoi sepoi bahasa

Damai ku cari di sini adanya....

Kudapan kala istirehat di pantai

Makan

Lepak lepak kat pantai layan bebudak main pasir pun OK

Atau balik bilik berehat... memang totally disconnected dengan dunia luar.... ( kat area pantai baru ada coverage )

Jalan jalan

Teman budak budak mandi kolam

Lagi lagi..bosan. Balik bilik dan tidur !!

Nasib chalet ada aircond.. So cuaca panas pun dalam bilik tetap sejuk

Memang tu je la semua aktiviti yang boleh di buat di sini..................

Asalnya pulau ni banyak rumah penduduk. Tapi maybe ramai dah pindah randah ke kota. Mereka dah bosan dengan kedamaian atau dah mati kutu duduk di pulau ni?

Jangan tanya aku tak bosan ke?

Memang la bosan. Tapi.............. bosan tu kan subjective. Jadi... kalau bosan, tidur jer lah. Yang penting. Tiada hiruk pikuk dan benda benda yang menganggu ketenangan.

Memang boleh berehat betul la kat sini !

Yang rengsa budak budak lah. Tak leh tengok TV !!!! Tapi main gadjet je la pulak. Wifi ade je kat resort tu.

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...