Showing posts with label Takayama. Show all posts
Showing posts with label Takayama. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 11 - Takayama : Shinhotaka Ropeway - Part 2

Aku sempat jugak keluar dari bangunan cable car tu dan merayap.

Ada laluan di buat untuk orang keluar. Tak dapat snow corridor, dapat walkway macam ni pun boleh lah. Janji snow tebal gila.....

Dari bawah mendongak ke langit. Nauzubillah jangan tertimbus.

Snow walkway

 Laluan di puncak. Jangan sampai sesat sudah

Ni la bangunan cable station  di puncak ni

Aku jalan pusing pusing lebih kurang je.

Ingat !

Masa sangat mencemburui kita. Aku kena cepat sebab nak kejar last bas dari Shin Hotaka ni balik ke Takayama. Kalau tak sempat ambik bas ni, aku akan tersadai di sini malam ni.

Hancur la segala plan aku. Kena replan balik semula. Tapi kalau travel aku ready dan redha je kalau dah memang tak dapat nak meet plan yang aku dah rangka. Cuma kena cepat bertindak dan fikirkan back up back up yang perlu. Tapi selagi mampu.. kita usaha ! Chaiyok ! Chaiyok !

Dalam cable car Ropeway 2 turun ke station tengah

Ranting dan salji

View dari atas cable car

Double deck cable car. Ropeway 2

Akhirnya aku berjaya turun ke bawah selepas tukar cable car di station tengah.

Bas last balik ke Takayama pukul 4.30 petang. Dan bas last tu la yang aku dapat naik !!

Syukran !!!

Cable car station di bawah dengan map kawasan Shin Hotaka ni

Japanese Alps

Bas memang betul betul berhenti di luar cable car station tu. Tak susah nak cari tapi kena bertanya jugak la sebab banyak bas yang ada mostly tour bas.

Dapat naik bas aku rasa lega. At least, aku sempat kejar last bas balik ke Nohi Station. Kalau tak.. memang masak la tersadai sejuk sejuk kat sini.

Naik je bas. Baru la terasa lapar. Satu hari tak makan hari ni. Aku bukak bekalan nasi dan makan dengan sambal ikan bilis.

Semerbak bau sambal ikan bilis dalam bas. Ada aku pedulik?

Nehi !

Aku lapar... Sapa marah aku makan orang tu !

* lumur lumur sambal ikan bilis kat mulut, buat muka Juon dan merangkak dalam bas

Tapi aku ambik port belakang sekali lah. Nasib la bas tak penuh.

Perjalanan balik ke Takayama melalui jalan yang sama. Aku layan layan perasaan lebih kurang dan ada few times tu macam terlelap la jugak.

View waktu turun ke Takayama

Kawasan yang masih bersalji

Jalan penghubung yang agak scenic tapi mengerikan juga

Pekan Okuhida kelihatan dari atas bukit

Salji baru nak cair di kawasan ni

Salah satu ski resort. Kalau nak main ski pun boleh naik bas yang sama dan berhenti je la dekat ski resort yang ada ni

Ski resort

Ski resort town yang menjadi tempat tumpuan pelancong juga

Tak de pulak orang main ski

Perjalanan turun ke Takayama

Perjalanan dari Shin Hotaka Cable Station turun ke Takayama mengambil masa lebih kurang 90 minit.

Sikit pasal ShinHotaka Ropeway

Alhamdulillah. Selesai apa yang aku hajati. Sekarang dah boleh menarik nafas lega sebab dah sampai semula ke Takayama.

Pekan Takayama

Bangunan depan Takayama Station

Ini la dia mascot Hida Takayama. Sarubobo Doll

Turun bas, Aku menapak balik ke hostel. Tapi sebelum tu aku ke Takayama Station untuk reserved ticket dari Takayama ke Tokyo. Nasib ada petang tu. Dari Takayama nak ke Tokyo boleh balik ke Nagoya dulu dan tukar Shinkansen ke Tokyo. Atau boleh ambik bas ke arah Nagano merentas Japanese Alps tu dan ambik Shinkansen dari Nagano ke Tokyo.

Aku tak ambik option no 2 sebab bas dari Takayama ke Nagano tak covered by JR Pass. Nak kena bayar lain pulak. Lagi pun lalauan tu katanya masih belum di buka sebab snow masih lagi tebal di perjalanan.

Masih mencuba mencari kerepek cheese tu. Tapi tak jumpa sampai sudah !

Jalan balik ke hostel

Ada jumpa kedal pistol

Hari pun dah senja

Hostel J Hoppers. Aku singgah ambik beg je. Then bye bye dengan bebudak hostel tu sebelum aku jalan balik ke Takayama Station

Senja

Menunggu train

Sewaktu tunggu train dari Takayama ke Nagoya ni, aku terjumpa 2 orang minah Thai. Comel comel. Sempat la ajak borak. Dia orang datang Takayama ni. Day trip jer dan cuma sempat ke Hida Folk Village dan tak sempat ke Shirakawago. Dia orang nak pegi ke Osaka.

Borak borak lebih kurang, dia orang cerita pasal Thailand, aku borak pasal Malaysia.

Masing masing tak nak kalah, nak up up kan negara memasing !

End up.. gi berjalan ke Jepun jugak ?

Station Takayama

Perjalanan dari Takayama ke Nagoya dipenuhi dengan aktiviti tidur !

Aku terlelap dalam train. Sedar sedar dah sampai Nagoya.

Di station Nagoya tukar train jer

Shinkansen Nagoya to Tokyo

Dalam Shinkansen

Sampai station Nagoya terus ambik Shinkansen ke Tokyo. Memang aku dah siap siap reserve seat dari Takayama lagi so tak de masalah dah. 

Cari Car No yang betul. Jumpa seat dan duduk.

Malam malam memang tak nampak view apa apa. Sudahnya aku sambung membuta !!

Perjalanan dari Nagoya ke Tokyo memakan masa hampir 2 jam. Sampai di Tokyo turun di station Shinagawa dan ambik JR Yamanote Line. Sebab aku pernah turun naik line ni masa trip ke Tokyo sebelum ni so tak de masalah sangat. Aku ambik train route clockwise dan turun di Ikebukuro.

Dari situ aku keluar dan mencari penginapan yang aku dah book untuk malam tu.

Sampai di Ikebukuro dah lewat malam, keluar dari station tu tercari cari hotel yang aku book. Map yang ada memang tak berapa membantu. Sudahnya aku terpaksa tanya orang. Jenuh jugak la orang nak menolong. Tapi Japanese memang helpful. Kot celah mana dia orang akan cuba bantu.

Di luar kawasan Ikebukero St

Adalah pakcik naik basikal ni, dia yang tolong aku dan hantar betul betul sampai ke pintu Hotel Changtee ni lebih kurang pukul 1 pagi.

Sampai akhirnya. Nama hotelnya Changtee Hotel. 

Hotel memang tak glamer mana tapi kira OK lah. Dan aku terpaksa duduk hotel ni sebab ini yang paling murah aku jumpa dengan harga satu malam dalam RM 115. Urusan check in semua lancar. Mamat tu memang tunggu aku check in. Dia pun ternanti nanti aku jadi datang ke tak sebab dah lewat benar.

Yang menariknya, masa aku sampai dia siap letak bendera Malaysia atas kaunter reception tu. Aku tak tanya apa apa pun tapi aku syak tu cara dia nak welcome aku.

Dapat kunci, naik atas, sampai bilik. Argh.. lega.

Bilik kecik je la tapi cukup selesa. Aku tak leh tidur lama lama. Kena rehatkan diri sebab esok pagi aku akan kejar train ke Lake Fujikawguchiko dari Station Shinjuku.

Bilik tidur. Solat atas katil jer. Empuk sangat rasa nak terbalik jer

Yang penting ada aircond, tv dan en suite.

Dan bilik air yang kecik tapi bersih untuk memerut

Tapi bilik ni cukup selesa lah untuk aku walaupun kecik. Sempat makan maggie cup sebab perut agak kelaparan.

Angin semilir sejuk dari lubang lubang tingkap buat aku terlena sampai ke pagi. Penat tubuh badan rasanya berlari lari dengan masa hari ni plus perjalanan yang agak jauh. Tapi agak puas hati.

Akhirnya tertidur. Esok bangun pagi pagi nak bersiap untuk kejar train ke destinasi seterusnya..



Bisikan semilir memoriku
Menghimpit resah menambah duka
Kenagana indah bersamamu kasih
Kian bertakhta dilubuk hati

Engkau bertamu dihujung mimpi
Mengheret aku kelembah durja
Kau pergi kala ku tak punya apa
Jauh kutersisih tanpamu

Mana mungkinku merayu
Insan yang seindahmu
Kau dikayangan kumusafir hina yang merintih

Bagai layang-layang kuterbiar sepi
Hangatnya mentari membakarku
Langit jadi saksi
Cinta derita sengsara sepi
Cinta tiada kesudahannya

Mana mungkinku merayu
Insan yang seindahmu
Kau dikayangan kumusafir hina yang merintih
Bagai layang-layang kuterbiar sepi
Hangatnya mentari membakarku
Langit jadi saksi
Cinta derita sengsara sepi
Cinta tiada kesudahannya

bersambung......................

Sunday, October 12, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 10 - Takayama : Shinhotaka Ropeway - Part 1

Sampai di Station Takayama selepas berpisah dengan Yamamoto dan geng geng trip ke Shirakawago, aku terus ke Station bus Takayama yang terletak bersebelahan dengan train station tu.

Lepas ni aku akan buat satu benda yang aku sendiri tak yakin boleh buat tapi aku nak jugak buat. Apa yang pasti, aku memang kena kejar masa.

Semalam aku dah beli tiket di Lawson untuk ke Shin Hotaka Ropeway bagi tengok Japanese Alps. Dan hari ni dengan voucher tiket tu aku kena tukar di station Bus Nohi ni untuk ke sana.

Nohi Bus Station

Apa yang merisaukan aku adalah masa perjalanan. Sekarang ni hampir pukul 1 tengahari. Bus ke Shin Hotaka seterusnya adalah pukul 12.40 petang. Bas last balik dari Shin Hotaka ke Takayama adalah pukul 4.30 petang. Aku kena balik ke Takayama hari ni sebab malam ni sepatutnya aku akan bermalam di Tokyo !

Ya.. Plan nya balik dari Shirakawago ni aku akan terus ambik train ke Nagoya dan Tokyo. Aku dah book hotel di Tokyo malam ni sebelum esok aku akan ke Lake Kawaguchiko.

Sebab plan ke Shin Hotaka ni datang last minit so aku risau aku tak sempat nak balik kejar train nanti.

Memang harga tiket valid untuk 2 hari perjalanan termasuk dengan cable car dan lepak lepak di onsen ( kolam air panas natural ). Tapi aku cuma nak tengok Japanese Alps je bagi menebus kekecewaan tak dapat buat Tateyama Kurobe Alpine Route untuk tengok snow corridor di sana. Untuk info aku awal seminggu sebelum Kurobe Alpine Route tu bukak. Time bukak tu aku dah fly balik Malaysia !

* sigh

Memang tak de rezeki sebab sajli masih tebal di sana.

Dan bagi mengubat kekecewaan ini lah, aku gagahkan diri untuk ke Shin Hotaka naik ropeway ni. Alang alang dah sampai kan? Kalau tak nanti aku tak senang duduk.

Aku ke station bas dah tukar voucher. Dapat tiket perjalanan bas nanti pukul 12 lebih. Sebab ada masa, aku balik ke hostel dulu sebab nak ambik bekalan makanan yang tertinggal. Ada nasi dengan sambal ikan bilis aku bawak. Pagi tadi aku dah panaskan, tapi aku bengong pegi tinggal dalam beg aku tu. Patut aku bawak ke Shirakawago. Boleh la aku makan.

Now sapa yang kelaparan?

Aku lah !

Berlari gi ambik nasik, pastu berlari semula ke Nohi Bus Station.

Naik bas di platform nombor 5

Di depan Nohi Bus ni ada locker kalau nak tinggal barang, tapi aku masih tinggal barang aku di hostel je.

Bas sampai tepat pada waktu nya. Tak berapa ramai orang dalam bas

Perjalanan meninggalkan Takayama

Bas ni adalah sebenarnya bas biasa je. Yang lalu dari Takayama dan terus ke Shin Hotaka melalui kawasan kawasan tertentu.

Tapi kalau naik bas biasa, kena pulak nanti beli cable car naik ke atas dan sebagainya. Kalau nak kira, harga lebih kurang je dengan beli pakej, plus pakej ni ada termasuk free Onsen. Lepak lepak mandi air panas di salah satu Onsen yang ada di kawasan pergunungan Shin Hotaka tu. Tapi walaupun dia valid 2 hari, penginapan kena cari lain lah !

Tapi aku memang terpaksa melupakan impian nak bermandi manda bogel macam tu sebab tak cukup masa. Aku berdoa. Dapat pegi, balik dan sempat catch up train ke Nagoya by malam ni dah kira bersyukur !

Sampai di kawasan ski park

Dari Takayama ke Shin Hotaka ni memang melalui kawasan perkampungan. Lepas tu kawasan bukit bukau dengan latar belakang gunung ganang di persekitaran.

Memang cun dan lawa. Jalan agak OK tapi sebab ada few times naik bukit so bas pun terkedek kedek jugak lah.

Duduk je dalam bas dan layan perasaan.

Ski Resort

Ni voucher nya... * abaikan peha Beyonce tu... hiks

Di pertengahan jalan, bas berhenti sekejap di satu pekan kecik ni. Di sini la sebenarnya terletak Onsen yang sepatutnya aku singgah. Tapi sebab aku tau dah takde masa, so aku duduk je dalam bas dan bas mula bergerak semula untuk ke base station cable car di Shin Hotaka tu.

Bas berhenti menurunkan penumpang di pekan Oku Hida

Perjalanan di teruskan....

Lebih kurang pukul 2 lebih jugak la, kami akhirnya tiba di station Shin Hotaka untuk naik cable car.

Turun dari bas, cepat cepat aku ke tiket kaunter. Kena tukar tiket cable car dengan voucher yang ada tu pulak.

Cable Car station

Harga dah masuk dalam pakej. Tak perlu beli tiket. Cuma kena tukar voucher jer

Pandangan Japanese Alps yang kelihatan dari station cable car

Tiket cable car

Apa yang menarik di Shin Hotaka Ropeway ni, cable car akan bawa naik sampai ke kemuncak gunung. Dan untuk sampai ke puncak, kena naik 2 kali cable car.

Ropeway no 1 naik cable car biasa dari Base ke Station no 1.

Ropeway No. 1's base station

System: Aerial tramway, 3 cables
Cable length: 573 m (1,880 ft)
Vertical interval: 188 m (617 ft)
Passenger capacity per a cabin: 45
Cabins: 2
Stations: 2
Duration of one-way trip: 5 minutes

Dan satu lagi Ropeway no 2

System: Aerial tramway, 2 track cables and 2 haulage ropes
Cable length: 2.6 km (1.6 mi)
Vertical interval: 848 m (2,782 ft)
Passenger capacity per a cabin: 121 (double decker)
Cabins: 2
Stations: 2
Duration of one-way trip: 7 minutes

Dan Ropeway No 2 tu merupakan Double Deck Cable car dan adalah first double decker cable car di Jepun ni.

Jadual agak kerap jugak lah cable car ni. Masa aku sampai memula tak ramai orang, Pastu bila ambik tiket tetiba perasan orang dah ramai beratur kat depan.

Nak tak nak terpaksa tunggu giliran !

Ropeway 1

Keindahan pemandangan

Cable station paling bawah

View dari atas cable car

Menuju puncak !

Japanese Alps

Dan dari base station tu, Ropeway No 1 akan singgah di station di pertengahan. 

Kalau musim bunga atau spring, ada taman taman yang boleh di lawati. Tapi sebab winter, tak de apa pun. Cuma salji memutih. Ada restaurant jugak di kawasan station ni.

Station pertengahan

Restaurant

Aku tak menunggu lama.

Lepas keluar dari cable car Ropeway 1 di station pertengahan tu, terus je aku masuk ke Ropeway 2 untuk ambik cable car naik ke atas puncak.

Boleh tahan ngeri jugak la naik cable car ni. Makcik makcik siap menjerit je bila bergoyang goyang

First double decker cable car in Japan

Dari station Ropeway no 2 tu, cable car akan bergerak sejauh 800 meter hingga ke station puncak yang terletak di atas sebuah gunung. Ketinggiannya mencapai 2150 meter dari paras laut.

Boleh hiking jugak kalau mahu.

Approcahing cable station di puncak

Di atas puncak ini lah, ada observation deck yang menawarkan panorama pemandangan Japanese Alps termasuk Oku Hotakadake, gunung ke tiga tertinggi di Jepun.

Cepat cepat keluar dari cable car tu aku terus naik ke platform atas. Sebab takut orang ramai nanti.

Di atas viewing deck

Boleh pos surat jugak di sini

View memang superbusa lawa.

Memutih abis. Angin pun kuat dan cuaca agak sejuk. Tapi........................ Alhamdulillah. Aku berpuas hati sebab dapat jugak jejakkan kaki di sini.

Layan view dari puncak gunung ! Macam tak percaya je aku dapat view macam ni di Jepun.

Memang gempak. Nampak gunung ganang 360 degree. Pusing keliling semuanya memutih bak kapas...........

Japanese Alps

Salji memutih

Laluan cable car

Ada je tukang ambik gambar. Cuaca time tu -3 darjah C

Shin Hotaka

Orang orang di atas platform

Sajlu................

Orang ramai

Ada retaurant jugak di cable station ni

Dan bagi yang berminat nak beramas mesra dengan snow... ya. ada laluan keluar dari cable car station ni untuk merayap di puncak gunung ni.

Alang alang sampai, takkan tengok jer kan? Nak la jugak bergelumang dengan salji....!



Bagai salju dingin sentuhan cintamu
PAdamlah kepanasan dalam bara keciwa

Engkau salju dingin penawar lukaku
Yang ditinggalkan pergi dalam pada bercinta

Mawar resah bunga layu di jambangan
Harapanku gugur bagai debu yang hina

Serasa tidak bersua serasa berkubur jua
Mengapa sanggup dirimu merawat laraku

Engkau menjadi pengganti waktu dia masih ku kenang
Maafkan aku oh sayang yang tidak berdaya

Engkau salju cinta hadir musim kemarau
Ku peluk bagai sutera untuk bangun semula
Engkau salju cinta hadir musim kemarau
Ku peluk bagai sutera ingin ku dakap bahagia

bersambung.................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...