Sunday, October 12, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 10 - Takayama : Shinhotaka Ropeway - Part 1

Sampai di Station Takayama selepas berpisah dengan Yamamoto dan geng geng trip ke Shirakawago, aku terus ke Station bus Takayama yang terletak bersebelahan dengan train station tu.

Lepas ni aku akan buat satu benda yang aku sendiri tak yakin boleh buat tapi aku nak jugak buat. Apa yang pasti, aku memang kena kejar masa.

Semalam aku dah beli tiket di Lawson untuk ke Shin Hotaka Ropeway bagi tengok Japanese Alps. Dan hari ni dengan voucher tiket tu aku kena tukar di station Bus Nohi ni untuk ke sana.

Nohi Bus Station

Apa yang merisaukan aku adalah masa perjalanan. Sekarang ni hampir pukul 1 tengahari. Bus ke Shin Hotaka seterusnya adalah pukul 12.40 petang. Bas last balik dari Shin Hotaka ke Takayama adalah pukul 4.30 petang. Aku kena balik ke Takayama hari ni sebab malam ni sepatutnya aku akan bermalam di Tokyo !

Ya.. Plan nya balik dari Shirakawago ni aku akan terus ambik train ke Nagoya dan Tokyo. Aku dah book hotel di Tokyo malam ni sebelum esok aku akan ke Lake Kawaguchiko.

Sebab plan ke Shin Hotaka ni datang last minit so aku risau aku tak sempat nak balik kejar train nanti.

Memang harga tiket valid untuk 2 hari perjalanan termasuk dengan cable car dan lepak lepak di onsen ( kolam air panas natural ). Tapi aku cuma nak tengok Japanese Alps je bagi menebus kekecewaan tak dapat buat Tateyama Kurobe Alpine Route untuk tengok snow corridor di sana. Untuk info aku awal seminggu sebelum Kurobe Alpine Route tu bukak. Time bukak tu aku dah fly balik Malaysia !

* sigh

Memang tak de rezeki sebab sajli masih tebal di sana.

Dan bagi mengubat kekecewaan ini lah, aku gagahkan diri untuk ke Shin Hotaka naik ropeway ni. Alang alang dah sampai kan? Kalau tak nanti aku tak senang duduk.

Aku ke station bas dah tukar voucher. Dapat tiket perjalanan bas nanti pukul 12 lebih. Sebab ada masa, aku balik ke hostel dulu sebab nak ambik bekalan makanan yang tertinggal. Ada nasi dengan sambal ikan bilis aku bawak. Pagi tadi aku dah panaskan, tapi aku bengong pegi tinggal dalam beg aku tu. Patut aku bawak ke Shirakawago. Boleh la aku makan.

Now sapa yang kelaparan?

Aku lah !

Berlari gi ambik nasik, pastu berlari semula ke Nohi Bus Station.

Naik bas di platform nombor 5

Di depan Nohi Bus ni ada locker kalau nak tinggal barang, tapi aku masih tinggal barang aku di hostel je.

Bas sampai tepat pada waktu nya. Tak berapa ramai orang dalam bas

Perjalanan meninggalkan Takayama

Bas ni adalah sebenarnya bas biasa je. Yang lalu dari Takayama dan terus ke Shin Hotaka melalui kawasan kawasan tertentu.

Tapi kalau naik bas biasa, kena pulak nanti beli cable car naik ke atas dan sebagainya. Kalau nak kira, harga lebih kurang je dengan beli pakej, plus pakej ni ada termasuk free Onsen. Lepak lepak mandi air panas di salah satu Onsen yang ada di kawasan pergunungan Shin Hotaka tu. Tapi walaupun dia valid 2 hari, penginapan kena cari lain lah !

Tapi aku memang terpaksa melupakan impian nak bermandi manda bogel macam tu sebab tak cukup masa. Aku berdoa. Dapat pegi, balik dan sempat catch up train ke Nagoya by malam ni dah kira bersyukur !

Sampai di kawasan ski park

Dari Takayama ke Shin Hotaka ni memang melalui kawasan perkampungan. Lepas tu kawasan bukit bukau dengan latar belakang gunung ganang di persekitaran.

Memang cun dan lawa. Jalan agak OK tapi sebab ada few times naik bukit so bas pun terkedek kedek jugak lah.

Duduk je dalam bas dan layan perasaan.

Ski Resort

Ni voucher nya... * abaikan peha Beyonce tu... hiks

Di pertengahan jalan, bas berhenti sekejap di satu pekan kecik ni. Di sini la sebenarnya terletak Onsen yang sepatutnya aku singgah. Tapi sebab aku tau dah takde masa, so aku duduk je dalam bas dan bas mula bergerak semula untuk ke base station cable car di Shin Hotaka tu.

Bas berhenti menurunkan penumpang di pekan Oku Hida

Perjalanan di teruskan....

Lebih kurang pukul 2 lebih jugak la, kami akhirnya tiba di station Shin Hotaka untuk naik cable car.

Turun dari bas, cepat cepat aku ke tiket kaunter. Kena tukar tiket cable car dengan voucher yang ada tu pulak.

Cable Car station

Harga dah masuk dalam pakej. Tak perlu beli tiket. Cuma kena tukar voucher jer

Pandangan Japanese Alps yang kelihatan dari station cable car

Tiket cable car

Apa yang menarik di Shin Hotaka Ropeway ni, cable car akan bawa naik sampai ke kemuncak gunung. Dan untuk sampai ke puncak, kena naik 2 kali cable car.

Ropeway no 1 naik cable car biasa dari Base ke Station no 1.

Ropeway No. 1's base station

System: Aerial tramway, 3 cables
Cable length: 573 m (1,880 ft)
Vertical interval: 188 m (617 ft)
Passenger capacity per a cabin: 45
Cabins: 2
Stations: 2
Duration of one-way trip: 5 minutes

Dan satu lagi Ropeway no 2

System: Aerial tramway, 2 track cables and 2 haulage ropes
Cable length: 2.6 km (1.6 mi)
Vertical interval: 848 m (2,782 ft)
Passenger capacity per a cabin: 121 (double decker)
Cabins: 2
Stations: 2
Duration of one-way trip: 7 minutes

Dan Ropeway No 2 tu merupakan Double Deck Cable car dan adalah first double decker cable car di Jepun ni.

Jadual agak kerap jugak lah cable car ni. Masa aku sampai memula tak ramai orang, Pastu bila ambik tiket tetiba perasan orang dah ramai beratur kat depan.

Nak tak nak terpaksa tunggu giliran !

Ropeway 1

Keindahan pemandangan

Cable station paling bawah

View dari atas cable car

Menuju puncak !

Japanese Alps

Dan dari base station tu, Ropeway No 1 akan singgah di station di pertengahan. 

Kalau musim bunga atau spring, ada taman taman yang boleh di lawati. Tapi sebab winter, tak de apa pun. Cuma salji memutih. Ada restaurant jugak di kawasan station ni.

Station pertengahan

Restaurant

Aku tak menunggu lama.

Lepas keluar dari cable car Ropeway 1 di station pertengahan tu, terus je aku masuk ke Ropeway 2 untuk ambik cable car naik ke atas puncak.

Boleh tahan ngeri jugak la naik cable car ni. Makcik makcik siap menjerit je bila bergoyang goyang

First double decker cable car in Japan

Dari station Ropeway no 2 tu, cable car akan bergerak sejauh 800 meter hingga ke station puncak yang terletak di atas sebuah gunung. Ketinggiannya mencapai 2150 meter dari paras laut.

Boleh hiking jugak kalau mahu.

Approcahing cable station di puncak

Di atas puncak ini lah, ada observation deck yang menawarkan panorama pemandangan Japanese Alps termasuk Oku Hotakadake, gunung ke tiga tertinggi di Jepun.

Cepat cepat keluar dari cable car tu aku terus naik ke platform atas. Sebab takut orang ramai nanti.

Di atas viewing deck

Boleh pos surat jugak di sini

View memang superbusa lawa.

Memutih abis. Angin pun kuat dan cuaca agak sejuk. Tapi........................ Alhamdulillah. Aku berpuas hati sebab dapat jugak jejakkan kaki di sini.

Layan view dari puncak gunung ! Macam tak percaya je aku dapat view macam ni di Jepun.

Memang gempak. Nampak gunung ganang 360 degree. Pusing keliling semuanya memutih bak kapas...........

Japanese Alps

Salji memutih

Laluan cable car

Ada je tukang ambik gambar. Cuaca time tu -3 darjah C

Shin Hotaka

Orang orang di atas platform

Sajlu................

Orang ramai

Ada retaurant jugak di cable station ni

Dan bagi yang berminat nak beramas mesra dengan snow... ya. ada laluan keluar dari cable car station ni untuk merayap di puncak gunung ni.

Alang alang sampai, takkan tengok jer kan? Nak la jugak bergelumang dengan salji....!



Bagai salju dingin sentuhan cintamu
PAdamlah kepanasan dalam bara keciwa

Engkau salju dingin penawar lukaku
Yang ditinggalkan pergi dalam pada bercinta

Mawar resah bunga layu di jambangan
Harapanku gugur bagai debu yang hina

Serasa tidak bersua serasa berkubur jua
Mengapa sanggup dirimu merawat laraku

Engkau menjadi pengganti waktu dia masih ku kenang
Maafkan aku oh sayang yang tidak berdaya

Engkau salju cinta hadir musim kemarau
Ku peluk bagai sutera untuk bangun semula
Engkau salju cinta hadir musim kemarau
Ku peluk bagai sutera ingin ku dakap bahagia

bersambung.................

18 comments :

  1. meng ko pi ni bulan bape?rasa mcm bkn winter kan sbb ko pi pas JM n bie pi...tapi tetappp salju di danau rindu kat sini eh....

    ReplyDelete
  2. baru nak tanya soalan macam DJ, tapi perasan dalam vouchr bas ada tulis 26/4...so kira hujung2 april la trip SM ni?

    ReplyDelete
  3. bestnye bang. abang agak kalau one day trip ke japanese alps dari nagoya ni sempat tak abang rasa?

    ReplyDelete
  4. dpt tgk peha pun jadi lahh hahaha

    eh..eh..pegi bulan April pun bersalji tebal kiranya mmg kat sana salji sepanjang tahun ke...kalau pegi time winter bagaimana agaknya ye. Tak main lambung2 salji ke

    ReplyDelete
  5. MKL : sejuk tak tahannnn sebab tak berapa prepare..


    DJ : bulan 4 hari tu. dah nak ujung2 bulan gak la


    Orga : ya betul. terima kasih tolong jawabkan.

    aku lambat skit nak balas komen. busy. buleh approve komen jer


    ReplyDelete
  6. AH : sempat tapi kena kejar masa la... macam masuk amazing race.. hehehe


    JM : kat japanese alps tu rasanya tak la sepanjang tahun.. tapi lama la snow dia ada...

    kat puncak tu buleh main lambung2 buat ais kepal.

    tapi lupa nak bawak jagung dgn sirap. kalau tak buleh bukak business

    ReplyDelete
  7. Kalo pergi bulan May ok ke? Tmpt ni mmg buka je sentiasa kan? Kalo day trip dr Kyoto blh k?

    ReplyDelete
  8. Sue :

    May oke lagi.. awal may la.. tapi time tu baik pegi kuroke sebab dah bukak

    kalau day trip dari kyoto tu agak jauh..

    boleh pegi tanpa takut x sempat balik.. penat je..

    baik bermalam je di takayama ni. buleh ke shirakawago

    ReplyDelete
  9. Salam supermeng Malaya. Nak tny, utk ke shin hotaka ni ada full package dr takayama-shin hotaka + naik cable car x? Berapa ya total cost? Thanks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan sama pakej yang i naik ke?

      rasanya ada explain cuba check kat label shin hotaka.

      Delete
    2. The one u ride tu asing-asing kan? i mean bus ride dr takayama station-shin hotaka station lain, ropeway lain kan? sbb i check harga yg asing-asing ni, total dlm Y6600. kot u naik yg combo package ke.i will read again kot terlepas pandang. thanks ya.

      Delete
    3. nope. i ambik pakej beli kat lawson tu. ada dah tulis..

      refer sini

      https://supermengmalaya.blogspot.my/2014/10/kore-ga-nippon-desu-07-takayama.html

      Delete
    4. Ok. Thanks SM. Terskip artikel tu.

      Delete
    5. oke tak pe. semoga selamat pegi dan dipermudahkan segala urusan.

      have fun !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...