Showing posts with label Pulau Carey. Show all posts
Showing posts with label Pulau Carey. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Jom Santai : 04 - Gelisah Menanti Senja

Sunset At Amverton.

2 hari aku cuba. Mentari malu malu untuk memunculkan diri.

Bila sunset berselindung di sebalik mega mega yang gelap suasana jadi scary teramat.

Layan je la apa yang ada...

Enjoice dan selamat hari Jumaat !

Senja over lake

Padang golf di kala senja

Ada la kuning kuning first day

Menarik jugak

Tapi tak bertahan lama

Cubaan di hari ke dua

Pun sama. Malap semacam jeer

Di tambah dengan hari nak hujan

Awan gelap datang

Hujan datang 

Gelap gulita

Hujan jugak lepas tu mencurah curah

Aku tak sempat nak ambik gambar sunrise sebab kena jalan jauh. Malas nak bangun awal...

Ini gambar senja pada lukisan....

Senak jugak kalau gi bercuti cuaca tak bagus. Buat hati semakin gelisah... tak tau nak berbuat apa.



Ada yang berubah padamu
Dingin sikapmu kepadaku
Sungguh aku tak bisa mengerti
Apa yang sedang terjadi

Hingga kini kau tetap saja
Tak mengatakan sebenarnya
Aku tak tahu kesalahan apa
Yang membuatmu benci

Gelisah aku di sini
Memikirkan dirimu menjauhiku
Ku tak tahu mengapa kau berubah
Kepada diriku

Ku mohon jangan lakukan
Ku tak sanggup bila kau jauh dariku
Maafkanlah bila aku bersalah
Maafkan diriku

Gelisah aku di sini
Memikirkan dirimu menjauhiku
Ku tak tahu mengapa kau berubah
Kepada diriku

Ku mohon jangan lakukan
Ku tak sanggup bila kau jauh dariku
Maafkanlah bila aku bersalah
Maafkan diriku

TAMAT

Thursday, January 29, 2015

Jom Santai : 03 - Amverton Cove Golf & Island Resort - Rooms & Facilities

Ayuh tengok bilik dan facilities.

Ini adalah bangunan resort

Ini pulak lakeview villa... cuaca agak mengerikan

Ini villa-nya.....

Memula aku ambik Amverton Villa ni. Dan dekat dalam villa ni ada ni.

Pintu masuk

Ada private pool. Tapi pool dia tak sesuai untuk kanak kanak.. jadi aku tukar dengan kakak aku... Dia orang dok sini dan aku pindah ke blok bangunan depan kids pool

Bilik air di Villa. Villa ni 2 tingkat. So tingkat atas 1 bilik dengan poster king size bed dan large bathroom. Bawah ada 1 queen dan 2 singles. Boleh la sumbat ramai orang.

Dan kat atas ada jacuzzi. Ya aw aw.... tapi villa ni tak leh memasak...

Selain dari garden villa tu..ada jugak lakeview villa. Villa ni tak de pool...

Sebab musabab tukar bilik. Nak duduk depan pool. Senang jer. Bebudak berlari je dan aku boleh tengok dari balkoni. Ambik level paling rendah. Aku recommend ambik bilik 110 - 114... dekat dengan kids pool tu

Bilik kat bawah

Bilik dari arah pool

Okey. Ni bilik aku. Bilik agak luas. Cuma ada double single bed jer.. Redah je lah

Kerusi tak best sebab bukan sofa

Meja.. TV ada astro, kartun dan banyak sport channel

Toilet.. Macam tak best sangat. Nampak buruk

Tapi boleh tahan la besar. Cuma tak de bath tub

Haaa. Ini punca tukar bilik. Sebab nak duduk depan pool dan paling penting dekat dengan kid's pool.

Kids' pool agak happening. Lagi happening sebab dia orang boleh conquer jer..

Keselamatan harus di jaga

Resort dia memang lawa dan tak ramai orang

Pool dia terbaik

Antara aktiviti yang boleh di lakukan. Ada ATV untuk dewasa dan kanak kanak

Kids' Club....

Ada jugak karaoke dan facilities lain

Ni tempat makan. Rabbit Room nama dia. Besar dan bersih tapi makanan selalu tak cukup dan tak sedap

Sompoton Spa

SPA.. .The Sompoton SPA. SPA yang sama macam di Grand Lexis

Macam macam bau bauan kalau nak massage

Dan juga ramuan...

Okey..

5 perkara yang aku suka pasal resort ni.

1. Dekat dengan rumah... Percutian yang tak berapa jauh mana. Dan orang tak berapa ramai.
2. Resort yang bersih dan cantik. Pool kanak kanak yang best. Bilik luas.
3. Padang golf yang menarik
4. Bilik karaoke dia mantap
5. Pekerja dia yang ramah dan tamah.

5 benda yang tak berapa suka.

1. Food sucks !
2. Jalan nak sampai resort ni macam tak berapa elok dan sunyi. Gelap lagi tu... Malam malam agak mengerikan.
3. Rokok  mahal nak mampus ! Siap tax lagi.
4. Toilet macam kotor dan lapuk. Perabut agak lama.
5. Agak bosan untuk sesetengah orang ( tapi bagi aku OK jer)...

Sugesi aku, ambik je bilik biasa.. tak payah nak villa sangat sebab villa tu untuk berkumpul ramai ramai OK la.. tapi tak leh masak. Tapi kalau memang nak private pool, tak perlu ke Grand Lexis dah.. sini pun ada private pool ! Boleh berendam sesuka badak.

Bawak makanan siap siap sebelum sampai sini. Lagi banyak lagi bagus.

Lainnya enjoy saja................. ! Full credit sebab tempat ni memang tak ramai orang so sesuai kalau nak mencari kedamaian dan berehat rehat feel feel artis tak de orang paparazzi !

Oh...

Ni harga bilik.. Kalau nak tau

Anyway percutian yang hebat dan santai. Tak jauh dari kota. Aku berpuas hati !!!

Sebab masa percutian hari tu aku tertengok melodi dan ada cerita pasal Amelina dangdut. 

Katanya Amelina kembali menceriakan dunia hiburan? Like aku kisah? No !

Tapi layan lagu dia neh. 

Ayuh dangdutan yok !!! Asik...........................



Terang bulan malam ini
Kerlipan bintang seribu
Yang ku damba saat ini
Hanyalah engkau yang satu
Didalam hidupku

Teratai di pinggir kali
Mulanya mekar berkembang
Yang ku sebut hari-hari
Hanya namamu seorang
Ku mabuk kepayang

Bila kau jauh terasa sunyi
Resah gelisah sepanjang hari
Seandainya kau ada di sisi
Bahagianya hidupku ini

Kali pertama ku kenal cinta
Baruku sedar ertinya rindu
Jiwa gelora mimpi mengusik
Semakin rindu semakin asyik

Panas panas panasnya mentari
Tak sepanasnya cintaku ini
Kepadamu yang aku kasihi
Hingga akhir hayatku nanti

Bunga-bunga bunganya asmara
Harum dan mekar di dalam dada
Walaupun yang menghalangi
Cintaku pasti

Wednesday, January 28, 2015

Jom Santai : 02 - Amverton Cove Golf & Island Resort - Surroundings

Okey..

Dah bagi preview padang golf. Tapi bukan aku pegi menebas. Aku gi usha kawasan jer.

Nampak macam menarik.. jadi aku decided untuk gi bercuti cuti ke sana dengan family !!!

Hahahaha.. Pelik tak destinasi pilihan aku? 

Nak tau pelik ke tak.. ayuh kita usha.

Hasil tangan tak seberapa... bosan la ni

Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang resort ni. Actually tempat ni adalah golf course. So penebas penebas sure tau nyer. Tapi di sebalik padang golf tu.. ada jugak resort di sini yang boleh di inapi !!

Amverton Cove Golf & Island Resort !

Amverton

Padang golf untuk bercuti? Yeah... jangan fikir padang golf tempat main golf jer.. Sini resort pun ada. Buang semua benda benda negatif tu dalam your mind, ayuh  kita bersantai !!!!

Ada nama island tu.. jadi kat pulau mana?

Jawapannya.. Pulau Carey !!!!!

* tolak Kak Yah Carey dalam lumpur....

Apa? Kak Yah nak nyanyi? Okey. Silakan enterprame................ nyanyi sedap sedap skit. Whistling halilintar kasik semua bernanah telinga, kasik golfer golfer terhumban terus dalam tasik terkesima.



Come closer, you seem so far away
There is something I know you need to say
I feel your emotions when I look in your eyes

Your silence whispering misunderstandings
There's so much you need to realize
You'll feel my emotions if you look in my eyes

Hey darlin', I know you think my love is slipping away
But baby, it's all in your mind, yes
Don't worry, hold on tight and hear me when I say
Baby, it's all in your mind

Believe me, I believe in you
There's nothing this feeling couldn't do
Move closer my darling, feel the love in my eyes, yes

Hey darlin', I know you think my love is slipping away
But baby, it's all in your mind, yes
Don't worry, hold on tight and hear me when I say
Baby, it's all in your mind

I know, know feel my love in you mind

Hey darlin', I know you think my love is slipping away
But baby, it's all in your mind, yes
So don't worry, hold on tight and hear me when I say
Baby, it's all in your mind

Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind

Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind

Baby, it's all in your mind
Baby, it's all in your mind

Okey. Terima kasih Kak Yah. Kak Yah boleh ke dapur untuk lakukan kerja kerja mencuci.

Sebenarnya aku tau tempat ni masa aku pegi Bukit Jugra dulu. 

Dari atas bukit kat kubur cina tu aku nampak macam satu bangunan

Dan riki punya riki.. Bangunan tu adalah resort dan golf course nih. Jadi lepas riki riki aku bersependapat untuk buat hari keluarga di sini. Panggil ahli ahli jemaah family aku dan berkumpul di sini untuk acara rehat rehat dan santai mantai selama 3 hari 2 malam.

Jalan ke Pulau Carey  ni agak teruk jugak, tapi waze pun boleh tentukan tempat ni.  Kalau ikut SKVE exit Teluk Panglima Garang dah nampak sign dan follow jer.

Jauh jugak la macam tempat jin main tendang tendang.. ke jin main golf? Hiks

Tapi once sampai je, tengok kehijauan padang rumput, hati jadi riang.

Club House. Ada orang buat majlis kawin sini 

Usha dulu kehijauan alam

Ada tasik. Peaceful jugak la tempat ni

Dan di sebalik padang golf ni.. ada bangun hotel jugak.

Yuh kita tengok persekitarannya dulu...

Tasik...

Club House dari arah padang golf

Aman damai 

Siap ada sungai dan boleh berkenu

Lobby untuk check in resort. Check in time pukul 3. Macam biasa lah. Tapi nasib sampai awal bilik dah ada.

Lobby yang besar. Tapi tak nampak mewah sangat

Ini resortnya.. Gempak tak?

Ini vila villa nya.. ada villa dan ada bangunan 4 tingkat untuk resort

Ini pool. Tak besar tak kecik. Just nice sebab orang tak ramai

Villa mengadap tasik

Swimming pool

Bangunan Resort

Pass key

Roof top bar. Kalau ada event event baru di bukak kot

Ni tempat breakfast. 

Breakfast dia agak mengecewakan. 2 hari menu yang sama jer.. Bosan betul. Makan makan lain so so jer.

Ni dalam kawasan resort

Ni SPA.. Boleh masad masad. Aku tak try pun.

Jalan ke bilik bilik. Actually memula aku ambik villa.. tapi lepas tu aku tukar dengan family yang lain. Sebab apa tau? Nanti aaaaa

Pool dari atas. Senja tak ada. 2 hari mencuba.. hampa belaka

Resort... Bersih kawasannya dan cantik juga

Haaa penyebab aku tukar bilik sebab nak duduk depan pool kanak kanak. 

So budak budak boleh gi mandi sesuka hati jer

Ni antara aktiviti yang boleh di lakukan

Ni suasana waktu malam. Oh.. nak keluar tu agak jauh sikit so stock up makanan siap siap. Nak makan kat resort ni pun okey.. tapi pricey lah.

Paling lahanat adalah untuk mendapatkan bekalan rokok sebab jauh nak keluar. Kat cafe dia ada jual rokok..Tapi harga RM16. Pastu kena tax lagi. End up sekotak RM 18.

Ketahian apakah itu ?!!!

Nanti sambung bilik biliknya....

bersambung...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...