Showing posts with label Batu Caves. Show all posts
Showing posts with label Batu Caves. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Jom Jalan Jalan : Batu Caves

Eh. Eh. Eh.

Nak gi mana tu?

Meh sini aku nak tanya.

Korang pernah teringin nak pegi Batu Caves? Ya. Batu Caves yang dekat Gombak tu?

Aku tak pernah ! Selama aku hidup, tak de pun terfikir nak datang sini. Lalu depan ni dah berpuluh ratus kali kot tapi tetap tak de keinginan nak datang. Cuma hari tu IH cakap dia training naik turun tangga Batu Caves sebelum panjat Kinabalu jadi aku terfikir jugak la nak jenguk apa ada di sini. 

Lagipun takut nak datang. Padahal kalau pegi oversea tak de masalah pun nak melawat tempat tempat macam ni.

Jadi. Hari tu masa balik dari Air Terjun Lentang tu, sebab kecewa memory card aku corrupt dan kebetulan pulak ada memory kad lain. Aku pasang kat kamera dan ambik ambik gambar.

Pastu lalu pulak kat area Gombak tu then aku cakap kat OR.

"Yang. Kita pegi Batu Caves nak?"

Dan dia tak de masalah. Dia setuju je.

Idea spontan macam tu la yang membawa aku ke Batu Caves.

Sebab aku dah pegi, so aku bawak korang pegi bagi yang belum pegi.


Patung Dewa Murugan dan tangga ke kuil

Semua orang tahu kan, Batu Caves ni merupakan sebuah bukit batu kapur yang terkenal kerana mempunyai kuil penganut agama Hindu. Terletak lebih kurang 13 kilometer di utara Kuala Lumpur dekat dengan area Gombak sana.

Nama Batu Caves ni berasal dari nama kampung di situ iaitu Sungai Batu. Batu Caves memang terkenal khususnya kepada penganut agama Hindu dan Dewa Murugan yang juga merupakan patung besar yang berdiri di hadapan tangga ke arah kuih. Di khabarkan patung tersebut merupakan patung Dewa Murugan yang terbesar dan tertinggi di dunia !

Pembentukkan batu kapur ini terjadi lebih kurang 400 tahun dahulu dan menjadi tempat perlindungan orang asli Temuan dan menjadi popular selepas kuil di bina dan perayaan Thaipusam di sambut di sini. Now orang asli Temuan tu tak tahu dah ke mana berpindah randah. May be dah kaya dan duduk Kondo. Dah tak macam orang asli dah.

Kuil suci agama Hindu

Kebetulan masa aku sampai ada perayaan Murugan sebelum Thaipusam di raikan. Ada la nampak orang bawak kavadi dan sebagainya.

Aku pun sama menyibuk macam orang lain. Hiks.

Bak kata OR kat Hero.

"Papa suka la tu nak datang jenguk kaum kerabat dia"

Hero pening pening tak faham.

Ini pintu gerbang sebelum menaiki tangga.

Terdapat 272 anak tangga.

OR pun bilang time dia turun. Aku tak sempat nak bilang sebab mengah.

Actually aku naik sorang memula. Aku ingat dia tak nak naik, so aku naik je la panjat tangga sorang sorang. Tapi lepas tu dia jumpa parking kot.

Tak pernah terfikir aku bakal sampai ke dalam gua ni.

Nak tau apa ada dalam ni?

Jom !


Ada banyak monyet monyet berkeliaran.

Macam biasalah, kuil lagi pun. Memang banyak monyet ni. Nampak macam tak berapa nak kacau orang tapi tak tau lah.

Merpati pun banyak berterbangan. Macam banyak yang duduk kat tepi tepi gua ni. Kelawar mungkin ada tapi aku pun tak nampak.

Monyet Batu Caves

Sebaik saja melepasi 272 anak tangga tu, ambik nafas kejap.

Nampak macam tinggi jugak. Tapi rasanya OK lagi kot. Jalan slow slow la. Anak tangga dia pun kecik kecik so boleh langkah 2 tangga sekaligus kalau nak cepat.

Sampai je macam ada pintu masuk ke dalam gua.

Siap ada gerai orang jual cenderamata dan jual air

Jual FM pun ada tapi mahal

Lepas masuk ke pintu yang atas tu nanti macam ada satu kawasan lapang.

Dalam dia dah di buat lawa lawa siap dengan lampu semua. Ada laluan untuk penganut Hindu ke kuil dan ada juga laluan untuk tourist.

Pandai pandai ler baca.

Nampak depan sana ada lagi satu tangga? Atas sana la kuil sebenar nya

Melangkah terus. Kalau ikut laluan kiri tu akan ada satu kaunter. Rasanya tempat penganut penganut ni tinggal barang kot. Kalau pelancong ikut je belah kanan dan terus boleh naik ke atas.

Jom naik tangga lagi.


Dua tiga kali aku cuba pastikan dengan orang India yang aku jumpa sebab dia orang naik atas berkaki ayam tapi pelancong macam pakai selipar je.

"Can I go in?"
"Yes"
"Can I wear slippers?"
"Can laaa"

Macam tu dia jawab. 

So aku naik je la. Tengok mat salleh dengan minah minah arab selamba bomba je naik.

Dan kat atas ni la ada kuil yang sebenar.

Kuil di dalam gua

Stalaktit

Yang menarik bila dongak ke atas ada lobang. Bukit ni tak berbumbung sebenarnya

Dalam gua di bahagian paling atas

Pandangan dari bahagian hujung dan arah pintu masuk

Limpahan cahaya dalam gua

Beburung merpati

Lepas aku nak keluar tu, turun setengah anak tangga nampak OR dengan Hero.

Hero kata nak naik jugak, so kami naik semula sekali lagi ke atas.

Dahaga beli air. Air 100 plus botol sederhana tu RM4.00 sebotol. Ada pulak orang jual helikopter control kat atas ni. Hish. Mula la Hero mengaruk. Aku tak nak belikan, muncung dia tarik muka turun tangga sorang sorang.

Merajuk ler tu. Hari tu aku dah beli dah rosak dah pun.

Sah sah beli kat atas ni mahal gila.

Kedai jual air dan cenderamata. FM pun RM8 seketul

Ini pemandangan dari atas sebelum turun tangga semula

Bagi mengekalkan ekologi gua, terdapat tour pendidikan dan kembara oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Tak pasti macamana nak join, macam tutup je hari tu

Turun bawah beli FM kat bawah.

Murah je. RM15 untuk 3 ketul. 

Ada banyak jugak cenderamata lain di jual di kawasan bawah ni. Kedai makan pun ada. 


Kalau tak de acara parking agak senang. Sekali masuk RM2. Parking yang kat bawah bawah ni je. Kalau ada acara payah skit la. Macam hari tu nasib baik la, sebab aku masuk dulu then aku nampak ada tempat parking kemudian baru OR drive kereta masuk parking kat dalam. Tapi lambat sebab dia kena pusing balik semula.

Siap dia bergaduh dengan keling mana ntah sebab parking kat luar bawah jejantas tu nak charge RM5.

Apa apa pun, tempat ni OK jugak di kunjungi bagi melihat sendiri Batu Caves ni. Tempat ni menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, takkan la kita tak mahu pegi usha, betul tak?


Di khabarkan, cable car bakal di bina untuk naik ke atas Batu Caves ni nanti !

* urut dada


Dah abis lawatan. Sila keluar dan balik ke rumah masing masing. Dah nak maghrib. Tempat semayang kita bukan di sini.

Syuh ! Syuh ! Syuh !

Sunday, January 27, 2013

Thaipusam : Murugan Festival

Sebelum tu aku nak mohon maaf andai kata, entry ni menyentuh sensitiviti mana mana pihak.

Tak de niat lain selain daripada berkongsi apa yang aku saksikan dan membawa sesiapa yang membaca entry ini untuk lebih memahami dan lebih bertoleransi dalam unsur unsur keagamaan dan budaya lain.


Kebetulan, minggu lepas aku berada di kawasan Batu Caves dan terasa nak singgah. Masa tu belum pun sampai perayaan Thaipusam tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku untuk singgah sekadar melihat dan menyelami sesuatu yang bagi aku mungkin pernah dengar tapi belum pernah lihat dengan jelas.


Hajat hati nak ambik gambar di Batu Caves ni jer sebab aku sendiri pun tak pernah sampai. Pernah lalu. Tapi tak pernah tergerak hati nak panjat mahupun nak mendekati.

Tapi kali ni suasananya berbeza. Rupa rupanya kaum Hindu sedang meraikan Murugan Festival.

Murugan Festival ini di raikan sempena Dewa Subramania atau juga dikenali sebagai Dewa Murugan, Kartikeya, Skanda dan Subrahmanya yang merupakan salah satu Dewa dalam kepercayaan Hindu. Salah satu kuilnya yang paling terkenal di Malaysia adalah di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves yang sering menjadi tumpuan ramai pada hari Thaipusam. Setiap kali perayaan Thaipusam di Malaysia, Patung dewa Murugan akan diarak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves.

Dewa Murugan aka Subramaniar

Penganut Hindu dan pelancong seramai 1.5 juta akan membanjiri Batu Caves. Mereka yang berhajat akan menjunjung dan mengarak "Kavadi" akan mendaki tangga-tangga kuil di Batu Caves. Selain itu ada juga yang menjunjung periuk berisi susu "pal koodam" .

Sebahagian yang lain akan memecahkan kelapa di atas jalan raya untuk mendapatkan air bersih lagi suci dari buah tersebut untuk membersihkan dosa. Mereka akan membayar nazar sekiranya niat , hasrat dan doa tercapai pada tahun tersebut. Dosa kecil mereka selama ini dirasakan dapat dibebaskan setelah memikul besi tajam 'kavadi'.

Kebetulan masa aku sampai memang mereka sedang meraikan sambutan ini. Kelihatan ada perarakan Kavadi dengan bunyi gendang oleh penganut penganut kaum Hindu ini.

Kavadi

Gendang di mainkan



Mereka akan berarak dengan kavadi dan segerombolan penganut akan naik ke Batu Caves untuk upacara penyucian diri dan membayar nazar ini.



Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan dan disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.

Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.


Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.


Hari ini kaum Tamil yang beragama Hindu di Malaysia merayakan hari Thaipusam, Sebuah perayaan dalam rangka menghormati Dewa Hindu yaitu Dewa Murugan atau juga di kenali sebagai Dewa Subramaniam. Dewa Murugan adalah Dewa Perang yang di percayai merupakan pelindung yang memiliki burung merak serta bersenjatakan Tombak.

Dan Thaipusam dirayakan setiap Bulan kesepuluh dalam kalender Tamil, yang bermakna “Thai” adalah bulan kesepuluh dan “Pusam” adalah Bintang terang, jadi dalam kalender tamil Thaipusam bermaksud Bulan penuh melintasi bintang terang.

Hari Thaipusam ini merupakan hari membayar nazar kaum Hindu kepada Dewa Murugan kerana apa yang dihajatkan selama ini dikabulkan oleh Dewa Murugan. Dengan erti lain tidak semua penganut Hindu melakukan nazar, hanya yang di kabulkan saja hajatnya oleh Dewa Murugan.

Contohnya bagi  yang telah mendapat bayi, akan membawa bayi untuk di persembahkan kepada Dewa Murugan ini atas doa mereka di kabulkan.

Bayi di letakkan di dalam kain, dan di usung dengan batang tebu menuju ke atas Batu Caves

Aku sempat borak dengan parent ni. Baby dia berusia 4 bulan

Ada bermacam cara para penganut Hindu dalam membayar Nazarnya kepada Dewa Murugan di antaranya adalah :

Membawa Belanga dari tanah liat atau aluminium yang di isi susu putih untuk di persembahkan kepada Dewa Murugan. Belanga yang berisi susu tersebut akan di junjung di atas kepala dan berjalan kaki ke dalam kuil yang kadang kadang mencapai puluhan kilometer.





  
Mencukur habis rambut di kepala  dan di warnakan dengan warna oren. Tua muda, lelaki mahupun perempuan banyak melakukan cara ini untuk membayar nazar kepada Dewa Murugan.

 

Hari Thaipusam juga bermaksud hari menebus dosa dan juga memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan selama ini.

Banyak cara yang dilakukan umat Hindu untuk menebus dosa masing masing terhadap Dewa Murugan di antaranya adalah :

Memikul kavadi. Mereka membawa Kavadi yang di junjung di atas kepala atau di pikul di atas bahu. Kavadi adalah batang besi atau kayu yang di modiify dengan berbagai bentuk dan di letakkan Dewa Murugan atau Ganesha di atasnya. Kavadi tersebut dihiasi dengan bulu burung merak dan di hiasi dengan aneka bunga-bungaan dan aneka dedaun lain juga. Pembawa Kavadi terdiri dari lelaki, wanita, tua dan muda tapi bebannya disesuaikan dengan kemampuannya.




Mencucuk pipi atau lidah dengan dari kiri ke kanan dengan panah besi. Ukurannya juga tergantung kemampuannya.



Mencucuk badannya dengannya mata pancing yang berukuran sekitar 10 sentimeter. Dan setiap mata pancing tersebut di gantung dengan limau nipis, buah-buahan dan aneka lainnya.


Mencucuk punggung juga dengan mata pancing dan di ikatkan pada sebuah kereta yang di atasnya ada patung Dewa Murugan.

Para pembawa kavadi dan yang mencucuk badannya tersebut biasanya adalah dalam keadaan separuh sedar. Mereka biasanya akan di jaga oleh kaum keluarga masing masing. Biasanya mereka akan berjalan dari rumah hinggalah sampai ke kuil.




Sampai jugak akhirnya kat atas

Seterusnya mereka juga boleh menebus dosa dengan cara berguling di atas jalan raya dari tempat asalnya sampai ke dalam kuil. Kadang kadang boleh mencapai puluhan kilometer juga.



Kebanyakkan yang mereka lakukan adalah dalam keadaan separuh sedar. Boleh di lihat dari anak mata masing masing yang mereka tidak berapa menghiraukan keadaan sekeliling sebaliknya fokus pada pembersihan diri dan jiwa masing masing.


Sampai kat atas, dia macam menari

Kalau tengok mata dia memang nampak macam tak sedar

Yang ni pun macam tak sedar

Mereka akan mendaki anak tangga sampai ke atas puncak Batu Caves di mana, mereka akan bersembahyang di kuil yang ada di situ.

Sepanjang jalan tu mereka akan sebut.

"Vale. Vale..."

Pastu di sambut oleh pengikut yang lain.









Masa sampai aku terus naik atas. OR park kat bawah. Aku ingat dia tak nak naik so aku naik la dulu. Last sekali dia jumpa parking. Aku naik atas then nak turun tu jumpa dia dengan Hero kat tangga.

Hero nak naik jugak. Terpaksa aku naik sekali lagi.

Ada few time aku macam cuak cuak nak masuk kuil. Dua tiga kali aku terpaksa tanya orang.

"Can I go in?"

Tapi boleh je sebenarnya.

Ada sekali, aku salah masuk laluan. Tak de pulak orang tegur. Ke orang ingat aku seangkatan datang nak semayang?

Hahaha. Last sekali aku keluar balik sebab aku rasa macam pelik je. Rupanya ada laluan khas untuk tourist.

Hero memang terpinga pinga abis lah.

"Papa. Ni Negara India ke?"

Sebab dia tengok orang ramai sangat.

"Bukan. Ini kuil Orang Hindu. Kalau kita, orang Islam pegi Masjid, dia orang datang sini lah"
"Kenapa dia orang bising bising Papa?"
"Tu gendang. Cara dia"
"Macam azan?"

* pengsan tak tau nak jawab.

"Bukan lah"
"Bisinglah Papa. Sakit telinga Hero"
"Tak elok cakap macam tu. Kita yang datang sini. Jadi kita kena tolerate. Macam dia orang dengar orang kita azan jugak. Mungkin ada yang tak suka, tapi dia orang OK jer"
"Tapi azan kita kan sedap?"
"Memang lah. Tapi kita mana tau apa dia orang fikir"

Dia diam.

"Kita kan 1 Malaysia. Kena tolerate. Ada timbang rasa. Kena faham memahami. Apa yang dia orang buat ni, cara dia orang. Walaupun tak sama dengan cara kita, tapi kita tak boleh halang atau cakap dia orang salah. Kita kena terima walaupun kita tak setuju dengan cara dia orang ni"
"Macam guling guling tu? Tak sakit kepala ke lepas tu?"
"Hmmm"

* tak tau nak jawab lagi.

OR awal awal dah blah sebab dia tak boleh tengok part guling guling tu. Hero boleh tahan lagi walaupun dia macam takut sebenarnya.

Apa apa pun. Ianya sesuatu yang menarik untuk di saksi. Sekadar belajar dan memahami agama dan budaya orang lain.

Apa yang lebih menarik. It is so colorful.......................... !




Selamat Hari Thaipusam dan Selamat Bercuti !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...