Showing posts with label Tanjung Karang. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Karang. Show all posts

Saturday, March 19, 2016

Cuti Sekolah Di Tanjung Karang : 05 - Jelapang Padi Tanjung Karang & Sekinchan

Segarkan mata yang memandang. Enjoice !





Sawah pusaka tinggalan Ibunda
Tempat bangau tumpang berhenti
Biar pun hidup harta tak ada
Janganlah sampai menanggung budi





Kerbau bajak tiada kelikir
Kelikir tembusu telah terlucut
Selagi hidup tidak berakhir
Mati jangan di sebut-sebut




Dari mana pipit melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati




Sungai berbatu airnya jernih
Tempat orang membasuh kaki
Biar tak cukup dari tak habis
Di kenang orang hingga ke mati




Jika ke sawah tidak berteman
Pulangnya sendiri jangan di nanti
Jika hidup tidak beriman
Bagaikan padi tidak berisi




Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong minta jauhkan




Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa



Sayang Musalmah
Sayang Musalmah memakai sanggul
Ahaii turun ke sawah
Turun ke sawah menanam padi

Emas berkoyan dapatku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi
Sayang Musalmah
Aduhai sayang aku tak sanggup menanggung budi

Turunlah ke sawah
Turunlah ke sawah menanam padi
Ahai hendaklah dijual
Hendaklah dijual lama di pekan lama

Aku tak sanggup menanggung budi
Keraplah kali jadi bencana
Sayang Musalmah
Aduhai sayang aku tak sanggup menanggung budi

Friday, March 18, 2016

Cuti Sekolah Di Tanjung Karang : 04 - JJCM Tanjung Karang : Restoran Kari Ikan Sembilang

Tak Astro gempak lah pegi Tanjung Karang kalau tak try makanan dan hidangan yang di jual di sana. Food hunting namanya !

Di sepanjang jalan dari Kuala Selangor sampai ke Sabak Bernam, ada macam macam benda orang jual yang boleh di cuba dan di makan !

Malangnya perut tak sebesar padang bola. Kalau makan tu tak leh la semua. Kang muntah belahak sebelum sampai ke destinasi.

Tapi dalam banyak banyak tu, boleh lah cuba satu ke dua yang mana menarik selera.

Sewaktu aku di Tanjung Karang tu, memula nak cari kedai Sup Belut. Dah riki riki Warung D Lesung Station. Cari punya la susah nak jumpa. Rupanya tersorok balik semak. Tup tup.. tutup... 

Tak dapat la hajat OR aku nak makan sup belut. Dia je la yang nak makan, kalau aku tukang sorak boleh lah. OR tu nak mengimbau zaman dia duduk Jepun tu yang teringin sangat nak makan sup belut. Tapi sebab tak jumpa... kita pegi ke pilihan ke 2. Kari Ikan Sembilang yang turut terkenal di Tanjung Karang ni. Pun sama, aku tak makan.

So aku tetap pada posisi yang sama, tukang sorak. Princess penari reben dan Hero ketuk gendang !

Dum Dum Cheng !!!!

Signboard tepi jalan

Kedudukan warung ni adalah dekat Kg Pinang, Sungai Sireh. Lokasinya sebelum persimpangan trafik light Kampung Gulang Gulang kalau dari Sekinchan. Dan kalau dari Tanjung Karang, lokasinya lepas Warung Mee Udang Banjir tu tapi sebelah kanan.

Aku rasa kedai ni memang dah sedia popular di sini sebab tengok orang datang pun berduyun duyun jer. Macam dah jadi port makan wajib di sana.

Parking?

Jangan risau. Ada parking khas di sediakan.

Parking secara perchumah !

Resto dia ala ala warung jugak, ada ample space untuk pelanggan datang dan menjamu selera

Walaupun terkenal dengan Kari Ikan Sembilang.... hidangan dari jenis lain tidak di lupakan. Ada juga hasil laut pesisir pantai Kuala Selangor boleh di perolehi di sini. Sedap tak sedap masakan dia tu jangan tanya sebab aku tak cuba.

Since kami singgah time tengahari, sedang elok la berhenti untuk lunch.

Usha skit lagi persekitaran resto ni.

Ni tempat ahli ahli mesyuarat tingkap berkumpul kot. Ada port khas geng mereka di sini.

Pelanggan lain boleh duduk di meja atau bersila di bangsal di tepi resto. Awas kalau perut sengkak !

Menu ikan sembilang. Ni goreng

Jangan risau adik adik, kalau kita tak makan ikan sembilang pun, masih ada lauk lain terhidang untuk di pilih.

Ni habuan untuk aku. Makan kacang botor untuk tujuan menjadikan tubuh slim. Tapi tak berapa menjadi.

Sebab nya.. sentiasa ada lauk back up yang lain. Ni udang sambal petai. Aku makan udang je. Big NO NO dengan petai. Petai? What is that? Begitu !

Tu lah lauk pauk aku hari tu. Verdict nya.. So so je lah. Tak de la mencabar selera sangat. Makan sekadar untuk kenyangkan perut.

Hero macam biasa ambik lauk ayam goreng dengan kuah lemak cili padi. Dia kata pedas ! 

Princess tak nak makan. Nak main buai jer.

Dan OR dengan jaya nya mengorder benda yang dia nak makan. Dan dia suka makan. Di persilakan membuat kemunculan julung julung kali nya, adik tiri kepada Mariah Carey.

Ikan sembilang masak Carey !!! Siap macam claypot sizzling lagi. Dia hantar ke meja tengah berasap asap.

Keinginan memuncak. Tapi makannya tak seberapa.

Sebab nya?

Dia kata tak sedap ! Kurang garam. Ntah. Aku pun tak rasa dan tak teringin nak jamah so aku tak tau. Selera masing masing la kot, so untuk mendapatkan kepastian... sila lah berkunjung dan rasakan lah sendiri !

Air kelapa penyegar badan

Overall, bagi aku makanan dia biasa biasa je. Tak tau la kot ada lauk lain yang lebih gempak dan sedap.

Yang penting ...............................

Ada live band  ! Kau mampu? Kugiran Ikan Sembilang menyanyi setiap malam ! Hahaha. Tak de lah. Aku pun tak tau sapa nyanyi tapi confirm bukan Mariah Carey.

Apa apa pun, makanan mengeyangkan. Selera tu agak kureng skit. Pegi la try sendiri dan buat kesimpulan sendiri.

Untuk maklumat tambahan, boleh rujuk FB pages mereka : Restoran Kari Sembilang Kg Pinang

Langsung semasa di Tanjung Karang ni, benda lain yang kami cuba adalah beli buah mangga dan jagung yang banyak gerai jualan di area sebelum sampai Sekinchan.

Salah sebuah gerai jual buah

Aneka buah buahan tempatan

Pilih la mengikut keserasian

Atau angkut sekali adik jurujual ni kalau berkenan. Mana tau dia pandai buat bubur jagung?

Buah mangga dan jagung menjadi pilihan kami dan kami beli. Tapi aku rasa mangga tu macam mahal jugak ler. Pulak tu tak manis mana. Macam tertipu jer.

* baling butir mangga tanda protes ke tengah jalan biar tumbuh pokok mangga dan menghalang lalu lintas 

Sebenarnya banyak je benda lain yang nak di cuba. Nafsu tu ada, tapi bila gosok gosok perut macam meraung lak cacing cacing dalam perut mohon diberikan ruang. Jadi yang lain lain, kami pandang sepi je lah. Berhenti pun tak, Beli pun tidak.

Ingat nak try makan mentarang. Tapi tak jumpa kedai nya. Pastu terlupa. Tak jadi !

Berikut adalah tempat dan warung warung yang ada di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan.

Karipap King Kong. Sesuai menjadi hidangan di rumah terbuka Aidilfitri para gergasi jer. Mesti saiz besar besar tu yang namanya  King Kong tu.

Cendol Tapai Durian di Batu 9. Juga boleh menjadi santapan bagi yang berminat

Dan selain daripada Cendol Bakar tepi jalan yang selalu buat jalan jem tu, Cendol Durian Borhan juga tak kurang trendingnya. Walau aku tak pernah singgah dan rasa, tapi tengok pada banyak nya kereta orang berhenti.. Must be something gak la ni. Sedap ler kot.

Dan satu lagi. Warung Ibu Nasi Ambeng. Bagi penggemar nasi ambeng boleh la try makan di sini.

Selain daripada kedai kedai, warung warung, tempat persinggahan untuk jamu selera di Tanjung Karang ni, ada banyak lagi tempat tempat lain yang boleh di cuba. Satay Hut, Coconut Shake, Mentarang Bakar dan macam macam lagi menu yang boleh di temui di sana.

Pendek kata, tak berlapar la kalau berada di Tanjung Karang. Silap silap buntu boleh membawa kepada tekanan perasaan sebab tak tau nak pilih makanan yang mana. Yang penting.... ongkosnya ada !

Sekian, rancangan Jalan Jalan Cari Makan di Tanjung Karang. 

Kita kembali ke Sri Pentas dengan Hos Abadi JJCM. Miss DJ - Dara Jelita !

* ambik tisu lap bibir berminyak dan terus naik pentas untuk menghiburkan peminat sekitar Tanjung Karang.

"Salam sejahtera. Apa khabar uols warga Tanjung Karang? Maka terimalah lagu dari album saya yang ke 14........."


Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata... bersamamu

Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera

Thursday, March 17, 2016

Cuti Sekolah Di Tanjung Karang : 03 - Senja Di Tanjung Karang

Layan suasana senja di Tanjung Karang.


















Kalau sudah begitu takdirNya... aku tak akan lagi bersuara !

Redha dan terima apa juga seadanya.



Izinkan cintaku
Berbunga di hatimu
Biar terus mekar
Jadi kenyataan

T’lah lama ku dahaga
Belaian seorang insan
S’moga bersamamu
Ceria hidupku

Ku tak akan bersuara walau dirimu kekurangan
Hanya setiamu itu ku harapkan
Ku tak akan menduakan walau kilauan menggoda
Kasih dan sayangku tetap utuh untukmu
Hanya ku pinta darimu
Setialah selamanya
Sehingga abadi
Cinta ini sayang begitu ku doakan

Ku tak akan bersuara walau dirimu kekurangan
Hanya setiamu itu ku harapkan
Ku tak akan menduakan walau kilauan menggoda
Kasih dan sayangku tetap utuh untukmu
Hanya ku pinta darimu
Setialah selamanya
Sehingga abadi
Cinta ini sayang begitu ku doakan

Tak mungkin kan terjadi
Kehancuran cinta kita
Tegarnya hatimu seperti hatiku
Tegarnya hatimu seperti hatiku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...