Angin sepoi sepoi bahasa Tamil di kawasan atas bukit ni.
Tapi perjalanan mendaki setengah mati tadi tidak berakhir di sini. Sememangnya menjadi impian semua yang datang untuk memanjat sampai ke atas batu Sigiriya Rock ni. Baru lah rock !
Kalau setakat datang, bayar mahal mahal pastu pakai high heel, apa barang?
Hehehe. Tapi track dia tak susah pun sebab bertangga. Kalau pakai selipar pun OK. Aku bawak kasut dalam beg in csse lah, tapi aku rasa lebih selesa pakai Croc jer.
Lion Gate permulaan untuk mendaki separuh lagi menuju ke puncak Sigiriya.
Kat kawasan dataran ni, ada disediakan tangki air. Aku tengok ramai je orang pegi minum. Tapi aku tak lalu nak minum. Nasib baik la aku bawak air mineral botol besar. Tak de orang jual air kat sini, jadi pastikan bawak siap siap dari luar ! Dan aku ada jugak la bawak biskut untuk alas perut. Rasa lapar pun ada jugak sebenarnya.
Air aku pun dah tinggal sikit je sebab dah belasah minum seawal awal tadi. Cuaca panas gila sebab waktu tengahari berdiri. Lagipun aku kepenatan. Tak fit memang buat perjalanan aku sendiri lebih mencabar.
Lagi haru, aku rasa penat dan mengantuk ! How?
Sami sami sama sama mendaki ke atas
Sudahnya, aku jumpa satu port cun. Ada bangku boleh berbaring dan tau apa jadi?
Aku terlelap kat situ. Hahahaha. Selamba badak je aku tidur. Tak tau la berdengkur ke tidak. Tapi tak de pulak orang baling batu ke apa, jadi aku rasa aku tido tak berapa bunyi sangat. Rasa je lah !
Apa apa pun, tidur yang sekejap tu memang buat tubuh jadi segar bugar semula. Kalau tadi penat dan panas cuaca buat aku keletihan. Panjat 10 anak tangga pun rasa macam nak pengsan. Tok sah cerita la berapa kali berhenti. Tapi trick dia, buat buat ambik gambar walaupun hidung tengah kembang semangkuk mintak nyawa !
Port aku tidur ! Hahaha
Bangkit dari tidur tu aku perasan ada ramai budak budak sekolah. Kalau bebudak ni naik mesti lagi lambat aku nak sampai atas. Jadi.. tanpa membuang masa Puan Puan dan Tuan Tuan. Aku gagah kan diri yang gajah ni naik anak anak tangga tu sampai ke atas.
Ayuh kita mulakan !
Mendaki dari Gerbang Lion Gate tu tak susah mana. Sekejap jer cuma laluan tu agak sempit, so kalau ramai orang terpaksa la kena tunggu. Laluan naik dan turun ada tangga khas jadi some part memang tak bertembung.
Budak budak sekolah berbaju putih. Kalau dia orang naik sebelum aku, ntah pukul berapa aku balik Kandy nanti
Sayup pandangan
Pandang dari atas ke bawah di Lion Gate
Ini laluan tangga ke atas. Sebelah dia tu bagi yang nak turun
Ada bukit di belah sana
Berkat daya, usaha dan tawakal berserta juga dengan pemilihan pakaian yang sesuai maka akhirnya aku membuat kemunculan secara grand nya di puncak Sigiriya Rock !
"Hello.. ! Abam dah sampai ni... Sorry lambat sikit. Jalan jem !!"
* mati lah tak de orang pedulik.
Di kawasan atas Sigiriya Rock ni agak flat dan ada kesan kesan binaan lama dahulu yang masih kekal sehingga kini.
Layan gambar jap. Aku nak cari tempat teduh jap ambik nafas !
Dikhabarkan dulunya di atas batu ini di bina istana raja
Di pandangan bahagian hujung ke arah pekan Sigiriya
Ni tapak paling tinggi sekali di atas batu ni
Panas. Tapi ada pokok tempat berteduh. Ayuh kita pose pose bawah pokok.
Terdapat jugak kolam di atas Sigiriya Rock ni yang menjadi sumber air bersih ketika dulu
Pandangan ke arah main entrance tempat laluan memula tadi. Hujung sana tempat beli tiket
Lepak lepak kat bawah pokok tu hisap rokok sebatang dua sambil menikmati keindahan dan di pupuk di belai mesra dengan angin sepoi sepoi bahasa Sinhala then aku bersiap sedia nak turun.
Aku dah lari dari planning asal ni. Konon nak spend dalam 2 jam je kat sini, tapi sebab campur tidur badak tadi tu dah berjam jam rasanya aku kat sini.
Tapi aku rasa aku dah slow, rupanya mamat Mat Salleh yang kencing tu lagi lambat sampai ke atas ni dari aku. Kami bertemu semula kat atas Sigiriya Rock ni dan baru la start borak borak.
Dia travel solo gak, dari German. 5 hari di Sri Lanka lepas tu dia akan ke Singapore.
Budak budak sekolah dah berjaya sampai
So sebelum budak budak sekolah ni turun, baik la aku turun dulu. Lagipun panas atas ni tak de banyak pokok. Lagi macam stress, duduk kat atas tu orang asyik panggil aku jadi tukang ambik gambar jer.
Malas aku melayan.
Tapi view di atas Sigiriya Rock ni memang menawan. Tak sia sia berpenat lelah basah basah celah kangkang mendaki. Dapat juga menyingkap rahsia di sebalik rahsia kota Sigiriya ni.
Di atas ni pemandangan memang lawa. Puas hati !
Pemandangan indah macam ni senang je membangkitkan mood jiwang karant !
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Laluan turun
Kat tepi batu ni ada sarang tebuan.
Dekat tempat tiket tu dia dah bagitau siap siap, kalau tebuan ni mengamuk, pelawat tidak di benarkan mendaki ke puncak dan wang tidak akan di kembalikan.
Jadi.. Sarang tebuan jangan di jolok !
Aku berjalan turun dengan Mat Salleh tadi tu, dia pun overnight Kandy jugak malam ni so memula dia ajak balik ke Dambulla sama sama tapi aku cakap aku nak pegi Muzium dulu sebab aku tak sempat pegi tadi.
So kami terpisah sebab dia ikut exit belah kiri ke arah tempat kami memula datang tadi manakala aku terus ke main entrance jer.
By the way, kalau nak naik bas memang kena exit belah tepi sebab bas cuma ikut laluan jalan kat tepi kompleks Sigiriya ni.
Aku memandang dengan kepuasan yang maksimum ! Sigiriya Rock sudah berjaya aku tawan. * kembang hidung tanda riak walhal orang naik 2 jam, aku naik 3 jam ! Hehehe
Nak turun dari Sigiriya Rock ni sebenarnya kejap jer sebab tangga turun ikut belah lain dan tak de kena jalan tepi tepi batu tu lagi.
Aku keluar ke main entrance dan terus ke Muzium Sigiriya. Masa nak keluar tu ramai lagi orang baru sampai. Aku nasihatkan kalau nak datang sini elok lah datang pagi. Kalau petang takut hujan ke apa membantutkan perjalana sebab tangga licin.
Buang masa je. Patutnya aku singgah masa datang tadi
Menariknya muzium ni di bina di atas paya
Bangunan muzium
Dalam muzium
Paparan dalam muzium ni adalah berkenaan dengan Sigiriya Rock tu. Ada model binaan yang di buat di dalam muzium tapi sebab tak leh nak ambik gambar so aku pun tak de gambar tu. Kalau masuk muzium dulu baru panjat Sigiriya Rock tu lebih baik sebenarnya sebab di muzium ni boleh nampak gambaran sebenar kota dan istana sewaktu ianya masih wujud dahulu kala.
Dan di muzium ni jugak ada lukisan dinding macam kat atas tadi. Tapi yang ni tiruan la kot
Aku spent sekejap je dalam muzium tu. Agak bosan jugak kat dalam, tapi dah alang alang sampai, aku pegi la jugak.
Keluar dari muzium kena patah balik ke main entrance pastu belok balik ikut laluan aku memula sampai pagi tadi. Jauh tu !! Dah la jalan tanah merah dan tak de kenderaan lalu lalang.
Tapi akhirnya membawa aku semula ke tepi jalan tempat aku turun bas tadi.
Sigiriya Rock dari kejauhan
Bagi aku Sigiriya Rock ni adalah wajib datang kalau ke Sri Lanka.
Kena mendaki la walaupun memang tak fit macam aku ni. Dan aku pun paksa diri datang sini dan mendaki. Kalau ikutkan aku, panjat memanjat ni memang aku tak masuk dalam itinerary aku. Lagi lagi kalau nak panjat Adam's Peak. Tapi Sigiriya ni kira a must do.
Terpongeh cemana pun, slow slow lah. Anda pasti berjaya menuju puncak !
* shuffle tarian Cikgu Linda Jasmine.
Masa aku lepak tunggu bas kat tepi jalan tu, nampak ada orang naik gajah. So port tu la memang dia orang ambik gambar. Sempat la aku tumpang snappy.
Aku kesian kat gajah ni. Tempatnya bukan di sini.. dia kena hidup bebas di hutan !
* mati la tetiba jadi pencinta haiwan tahap tegar
Dalam pada aku menunggu bas tu, tiba tiba nampak Tuk Tuk berhenti. Aku dah siap siapkan diri malas nak melayan pujuk rayu dia orang ni. Tak per, aku tunggu je bas balik ke Dambulla ni.
"Hello Sir.. How are you?"
"Where are you from Sir?"
"Why dont you take a wild guess?"
"Japan. Are you from Japan? Yes ! I Know you are from Japan !!!"
* rebah tepi kaki gajah !
Kau gila ke apa? Tak pernah tengok orang Jepun ke? Kalau aku yang berkerak ni dikatakan orang Jepun. Kalau jumpa orang Jepun betul mesti dia ingat orang tu albino kot.
Apa apa pun, 10 markah sebab konfiden level dia tinggi mengatakan aku adalah dari Jepun !
* pose pose jalan pakai Kimono, pekup mulut sambil senyum sampai ke telinga
"Koniciwa......"
Kalau tau jawapan sebenarnya mesti dia kecewa !
bersambung.................




