Showing posts with label JJCM - KLIA 2. Show all posts
Showing posts with label JJCM - KLIA 2. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Jom Makan : Hometown Hainan Coffee, KLIA2

Peristiwa di kecewakan di Puffy Buffy selesai di situ. 

Kami berbondong bondong blah dari situ dan pegi cari kedai lain. Berpusing pusing dalam bangunan KLIA2 tu macam rombongan Kak Kiah Suka Travel Cik Kiah. 

Tanya satu kedai. 

"Nasi dah abis"

Pegi lak kedai lain, orang memang gegila ramai. 

Tapi at least kalau makanan abis tu dia orang bagitau awal awal. Tak de la aku nak bengang sangat. Ni dah duduk dah tulis tulis menu pastu baru buat cerita karoot komedia memang la buat aku bad mood jer.

Pusing pusing dari terminal pelepasan sampailah ke Gateway KLIA2 tu akhirnya jumpa la kedai ni. Orang pun tak berapa ramai so kami decided lepak lepak situ jer.

Ayuh turut serta.

Masih bad mood sebab perut lapar.

Kedainya. Hometown Hainan Coffee

Aku mati mati ingat ni kedai Oldtown White Coffee. 

Terus rasa pelik sebab terjumpa ada satu lagi Oldtown kat atas. Rupanya aku salah baca. ! Tak per lah. Hainan pun Hainan lah.

Buku menu

Ada roti apa semua. Macam Oldtown White Coffee jugak lah

Menu untuk di pilih. Nampak macam menarik !

Usha dulu sekeliling

Coffee 

So dah puas menunggu dan dah bayar apa semua menu yang di order, then makanan pun tiba.

Ayuh makan. Kurangkan rasa gundah dan amarah di jiwa !!

* nasihat diri sendiri.

Roti

Nasi Goreng

Nasi Ayam Dada

Nasi Ayam Peha

Nasi Kari Ayam

Hainan Chicken Chop

Mee Kari

Air apa benda ntah. Ni la makanan aku. Pengubat lara dan amokan padu.

Alhamdulillah kenyang.

Dah kenyang mood terus Okey. Mintak maaf kat adik pekerja Puffy Buffy tu. Abang hanya manusia biasa yang punya kelemahan. Tapi Puffy Buffy agak rugi sebab abang pegi makan kat kedai lain dah. Kan? Kan?

Tak pe, aku ada marah sikit sikit tapi tak simpan dalam hati.

Oh. anyway.. Hometown Hainan Coffee ni.. bagi aku. biasa biasa jer. Tak de apa pun yang istimewa ! Kalau dah tak de choice benar kat KLIA2 tu, boleh lah try. Kalau tak.. banyak lagi kedai lain boleh di cuba. 

Cawangan cawangan mereka di tempat lain

Tengok bil tepuk dahi. Mahai.....  Boleh makan tomyam dan lauk pauk kalau kat luar ni.

Wednesday, February 4, 2015

Edisi Cerca Vaganza : Puffy Buffy, KLIA2

Hari tu masa kat KLIA 2 nak la mengisi perut yang kelaparan. Tercari cari tempat makan yang best dan enak serta lazat di KLIA2.

Ada ke?

Memang tempat makan dan kedai makan banyak kat situ, tapi yang tak bestnya... macam macam hal. Orang ramai.. dan yang tak syoknya.. banyak dah abis walaupun hari masih siang.

Bukankah KLIA2 tu orang tak putus putus? Mereka tak mahu kah menggunakan peluang yang ada untuk melipat gandakan perniagaan ?

* begitu aku marah !

Dalam pada cari cari tu, aku nampak la kedai ni.

Puffy Buffy.

Pernah try masa kat Cyberjaya hari tu dan makanan dia memang not bad. So nak try lah balik kat sini.

Dan aku teringin nak makan nasi lemak. Rindu nasi lemak macam setahun tak jumpa.

Puffy Buffy KLIA 2

Sebab orang tak ramai so sedang elok la aku jumpa port aman sikit

Food is love. Loving every bite. Okey. aku tak sabar nak berloving loving dengan makanan nih

So kami semua duduk ambik tempat masing masing. Sebab ramai kami siap sambung meja lagi.

Ada few pekerja di situ tengah mengemas.

Then kami di beri menu

Menu

Nampaknya menu dia agak limited tak macam di Cyberjaya. Tapi kira OK lah. Cuma harga mencanak canak. 

Tapi kat KLIA2 tu ada ke yang murah? So redha je lah.

Ambik kertas dan tulis tulis. Konsep dia macam tu. 

So dah tulis panjang lebar berhelai helai kertas.

Pastu panggil adik ni. Dia lah yang bagi menu tadi

Then dia ambik kertas tu, check satu satu.......

"Nasi lemak tak de.. semua dalam buku menu tu tak der"
"Huh?"
"Tu yang dekat skrin tu je ada tapi.. nasi lemak dah abis.. yang ada cuma mee jer bla bla bla...."

WHAT THE HELL....  opsss

APAKAH NERAKA ...................?

"Kalau kau tau makanan dalam menu tu tak der, kenapa kau bagi buku menu tu kat aku?"

* ergh...........

Terasa nak hempuk meja.

Fail ! Akak turban tampal koyok kat dagu sila jangan nak pose pose senyum sangat. Aku amarah nih !

"Dah.. blah !!"

Berlalu pergi dengan kesedihan di hati ! Rugi. Rugi.

Tak per. Aku anggap je budak tu first day keje situ. Sayang jugak la sebab aku pernah try outlet dia di Cyberjaya dulu tu dan aku puas hati dengan makanan di sana. Tapi kat sini... hmmm hampeh gas !

Sabar Meng. Sabar.

* urut dada sendiri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...