Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Incredible India - Jaipur to Delhi

Hari terakhir di Jaipur dan hari terakhir di India sebenarnya.

Seperti yang di janjikan dengan drebar aku, kami kena bangkit awal pagi dan meninggalkan Jaipur untuk ke Delhi. 

Flite aku pukul 12 tengahari dan aku kena berada di airport pukul 10 pagi ! Perjalanan dari Jaipur ke Delhi makan masa 5 jam !

Kalau lewat memang aku akan terlepas flite balik KL.

Apa aku nak buat lagi kat sini. Aku dah bosan dan tak sabar nak balik. 

Lagi pun 5 hari travel bagi aku dah cukup lama. Aku tak boleh gi travel lama lama. Bosan dan asyik fikir nak balik. Tapi aku boleh pegi kerap kerap.

Hiks.

Mana tak nya. Aku dah beberapa hari terputus hubungan dengan OR. Memang dari Agra dan Jaipur langsung tak de coverage phone. So dia pun mesti dok SMS aku dan aku pulak tak dapat. Nak message dia balik pun tak lepas.

Pagi tu seperti yang di janjikan, jam 4.30 pagi drebar dah tunggu kat lobby !

Dia siap call aku. Time tu aku dah siap siap dah pun.

So keluar dari hotel, check out dan kami terus bergerak menuju ke Delhi subuh subuh hari.

Boleh tahan la laju drebar ni bawak sebab  jalan tak banyak kenderaan lagi. Kalau tak memang sangkut lah.

Masuk kereta je aku tidur.

Pose pose.


Sedar sedar sampai kat mana ntah. Drebar kejut aku. Dia cakap ada sedara dia nak tumpang ke Delhi. So dia tanya aku benar kan ke tidak. 

Aku OK je. Plus aku dok kat belakang pun membuta.

Then dia berhenti kat mana ntah, ada satu lelaki masuk. Dia duduk depan.

Pastu dia berborak berdua. Borak slow slow je takut kacau aku lah tu.

Sampai kat satu kawasan dia berhenti untuk breakfast.

Aku malas nak minum pun sebenarnya tapi dia nak rest agaknya so aku just lepak lepak hisap rokok je lah kat luar.







Dah sampai kat Delhi baru la aku tersedar lepas tu.

Satu pagi aku tidur. Mamat sedara dia tu turun pun aku tak perasan. Syok tidur kat belakang. 

Sampai kat Delhi dah pukul 9.30 lebih. Nak kena pegi ke airport pulak. Masa tu kenderaan dah tersangkut sangkut. Banyak kereta. Tapi alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak kat airport tepat jam 10 pagi !



Kat terminal 3, dia turunkan aku.

Sempat la nak suruh aku isi borang feedback. Memula macam malas tapi dia sungguh sungguh suruh aku tulis. Aku tulis la. Siap dia suruh aku tulis pasal dia. Apa lagi, satu kertas belakang borang tu aku tulis puji puji dia sikit.

Suka la hati dia.

Dia OK sebenarnya so aku tak de masalah dengan dia. So bagi up skit moga moga nanti rezeki dia bertambah.

Kat airport aku terus check in. Gate dah bukak pun. Beg aku masa datang tak sampai pun 7 kilo. Balik terus cecah 12 kilo ! Terus dia tak bagi bawak naik flight. Kena check in beg.

Tak pe lah. Tak de benda penting pun. Aku selalu malas nak check in sebab leceh nak tunggu luggage keluar bila dah sampai nanti. Lagipun naik MAS, walaupun aku tak de beli luggage dengan AAX hari tu, so ni kira dapat free je lah.




Lepak lepak sekejap sebelum panggilan di buat dan aku pun selamat masuk dalam flite.

Lega.

Puas.

Penat.

Macam macam perasaan ada.

Sampai Delhi baru boleh SMS OR. Dia sibuk ingat aku karam dalam kejadian kapal karam di India. India belah mana pun tak tau. Dia suka la fikir bukan bukan.

Airport dari udara

Dalam flite



Dan akhirnya pukul 10 lebih kot, pesawat mendarat dengan selamat di KLIA. Naik flight baru tu 777-200.

OR dah menunggu dengan setin kopi tongkat ali. Dia dah faham, kalau aku merayap oversea mesti tak puas berak kalau tak minum kopi.

Bukan tak puas. Tapi tak best sebab taik tak cantik !

Aku pun dah penat.

Tapi Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. 

Bagi aku India ni best. Banyak pengalaman kita boleh belajar. Banyak benda kita boleh tengok. Tapi kena sentiasa berhati hati sebab orang yang nak menipu banyak. Mana mana pun ada. Dia orang mencari peluang je.

Kalau di beri peluang aku masih mahu ke India. Tapi cover tempat lain lah pulak. Insya Allah satu hari nanti.

Budget perbelanjaan di India ni sebenarnya murah je. Kalau macam aku pun kira OK lagi. Kalau naik train dan buat arrangement sendiri lagi lah murah rasanya. Aku rasa aku banyak abis duit bagi tips ! Tapi tak pe lah. Rezeki  dia orang.

Apa apa pun.....

India is incredible. Go ! Seek ! And be discovered ! Kan Biqque ????

So ada sesapa terasa nak pegi India tak???????

TAMAT

Incredible India - Only In India

Koleksi gambar gambar ni adalah yang aku ambik masa di India.

Tak leh cakap Only In India saja sebab aku tak abis pegi tempat lain pun lagi. Apa apa pun, enjoice !

Kau tiup pastu ular menari nari. Kau berani menari tepi ular tu?

Ada sekali masa drebar berhenti kat traffic lite, ada budak ni bukak bakul tu tepi tingkap, aku terperanjat boboi sebab ada ular. Bahalol betul. Aku dah la tak boleh ular ular ni.

Gambar di atas tu aku ambik kat Hawa Mahal. Snap dari jauh je, tapi pakcik ni perasan terus dia mintak duit. Cepat cepat aku lari.  

Aku takut nak pegi dekat dekat sebenarnya takut ular tu patuk. Hahahha

Pemandangan biasa di jalanan.

Lembu. Kerbau, Kuda semua kena berkerja keras macam ni. Kalau ayam ke itik tu perkasa lebih sikit, aku rasa ada je kena siksa sebegini rupa.

Gajah pun sama.

Sedih tengok muka gajah gajah ni macam dah bosan ke hulu ke hilir bawak orang. Pastu kena make up dengan tak lawa nya. Tak de shade, shadow ke, smokey eyes ke. Sekali sekala kasik la gothic sikit make up dia syok kan?

Baru la gajah gajah ni suka.

Sapa kata pakai merah je kena kejar?

Hahaha. Aci ni pakai pink, lembu kejar jugak.

Actually lembu lembu ni memang berkeliaran tanpa batasan di tengah tengah bandar. Tak tau la sapa tuan dia. Orang dengan lembu dan bergaul mesra dah rasanya.

Kalau naik moto, selagi boleh sumbat dia orang sumbat. Kadang kadang sampai 4-5 orang. Selamba bomba je.

Tapi mungkin benda ni dah biasa. Keselamatan pun tak terjaga.

Ini gambar makcik ni buat scene tengah jalan. Aku tak tau apa sebab musabab dan abang polisi tu tolong mengawal keadaan. 

Kalau kat malaysia jem sebab accident atau kereta rosak, tapi kat India, ada je la orang yang cuba buat drama Tamil di jalanan.

Pemandangan macam ni adalah biasa. Panas panas, kalau ada benda atas kepala pun boleh gak la berteduh.

Agaknya kalau peti sejuk pun boleh di junjung, dia orang junjung kot. Tapi memang skill la dia orang ni, jalan tak payah pegang pun. 

Bawak barang overloaded macam ni adalah poweress. So kalau mereka penyebab jalan jem, itu adalah biasa.

Nak marah tak boleh, kalau nak cepat, tolong je.

Keldai pun ada keldaiwalk kat tengah tengah bandar. Baru balik dari mana tu??????????

Kalau nak kencing ke nak apa selamba bomba je. Ada orang kisah?

Macam tu agaknya dia orang ni fikir. Dan kencing tepi jalan dan di kawasan terbuka macam ni adalah normal.

Yang tengok je la malu sendiri.

Aku pun tak tau kenapa aku ambik gambar ni. Tapi macam berlambak kat traffic light. Left turn not free.. Maksud dia tak boleh belok kiri? Ke kalau belok kiri kena bayar?

Adiwira dengan kereta kuda. Kesian kuda kuda ni.

Kencing lagi !


Kerbau penyebab jalan jem.

Jalan dah la slow, pastu jeling jeling orang pulak.

Nak kena hempuk agaknya !!!

Gambar tak de motip

Jalan berpegangan tangan adalah biasa. Dah la panas. Tak berpeluh ke nak seiring sejalan macam ni?

Boleh je kau tido time orang ke hulu ke hilir?

Mereka yang ramai

Sini pun kau boleh kencing?

Balik !!!!!!!!!!!!

Motip la kau pose dengan periuk??? Motip boob sebesar periuk? Ni ada majlis kawin sebenarnya

Kau mampu??? Silap silap kain terlerah

Sumbat selagi boleh



Aku tanya drebar aku, kenapa pompuan je angkat angkat barang ni, pastu keje buat jalan, keje buat rumah, semua pompuan. Drebar cakap, sebab...

"Husband is the king !"

Women do all the work.

* pengsan


Dan ini the ultimate.

Nampak box tu? Teka apa dalam tu?

No ! Bukan bom jangka ! Bukan jugak wang berjuta.

Tu kelengkapan untuk
.
.

.
.
.

.
Kau berani????

Hahaha. 

Aku duduk hisap rokok tepi ni, pastu pakcik tu mintak rokok. Aku bagi dia rokok pastu dia nak korekkan telinga aku for free !
.

No way !

Aku takut aku pekak terus seumur hidup.

Wednesday, June 20, 2012

Incredible India - Transport

Berikut adalah transport yang di guna pakai di India.

Asal boleh je. Janji boleh bergerak kot.

Jom usha.


Beca. 

Aku sempat naik gak la untuk ronda ronda kawasan dekat dekat. Tapi kadang kadang harga kena runding betul betul kalau tak kena kencing. Tanya dulu siap siap sebelum decide nak naik.


Beca.

Beca ni aku naik. Macam kesian je pakcik ni kan bawak aku. Hahahaha. Tapi kalau tak guna dia, tak de la mata pencarian dia.

Masalahnya yang bawak beca ni semua tua tua.




Unta unta ni semua kat Jaipur banyak.

Di guna untuk angkut barang dan orang. Tak sure lak boleh bawak pelancong ke tak. Rasanya boleh je kot. Tapi macam kesian je kalau bintang binatang ni jadi tunggangan. 

Well. Kan ada sebab setiap sesuatu benda itu di ciptakan.


Tuk tuk !

Yang ni memang banyak di India. Nak naik pun sama. Kena nego harga dulu sebelum masuk dalam. Tuk Tuk ni tak de la besar kalau kat belakang tu 2 orang pun dah sempit dan depan biasanya drebar duduk sorang.

Tapi kalau terdesak, belasah je la menyempit. Janji sampai.

Dan dia orang ni boleh tahan gak la laju merempit.

Abang Tuk Tuk tengah tido

Ni pulak kereta yang bawak aku seluruh Delhi, Agra dan Jaipur.



Kecik je kereta dia, tapi selesa sebab aku sorang.

So aku boleh pose pose kat belakang tidur ke apa dan jadi Raja Kapoor !


Nampak gambar atas tu, ada limau dengan cili sangkut kat bawah. Kat Malaysia pun dah jadi trend macam tu. Aku tanya drebar apa maksud letak benda tu, dia cakap supaya tak de roh roh jahat atau yang cuba menganggu perjalanan.

Hmmmph.

Roh roh jahat tak tau la tapi lembu kerbau tu yang aku rasa lagi menganggu sebab bersepah sepah sibuk di jalanraya.


Keretapi.

Aku tak sempat naik keretapi tapi the best medium to commute di India ni adalah naik train. Cuma kena hati hati sikit naik train ni takut kena tipu dan hilang barang. Ada few cases ada yang kena macam tu dan kalau naik train naik la yang high class sikit, tak mahal pun rasanya. Apa yang penting, selesa !!

Aku ralat sebenarnya sebab tak sempat merasa naik keretapi di India.

Kereta kuda.



Dan akhir sekali, bas !




Kau mampu nak duduk atas bas macam tu sambil melambai lambai tangan kepada paparazi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...