Showing posts with label Sepang. Show all posts
Showing posts with label Sepang. Show all posts

Monday, January 20, 2020

BaganLalang 02 | Anjung Spotter, KLIA

Sempat singgah di spot terbaru khusus untuk peminat peminat aviation dan suka tengok kapal terbang turun naik samaada berlepas ataupun mendarat di landasan.

Anjung Spotter, KLIA.

Terletak di Jalan Pekeliling bersebelahan dengan Runway 32 Left (32L), lokasi itu adalah hotspot terbaharu untuk tetamu yang berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).







Perjalanan berpandukan pada Waze jer kena ikut jalan belakang ke arah LCCT lama dulu tu dan terus lagi sampai ke area hujung landasan.

Anjung Spotter dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi di KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.





Terdapat sebuah observation deck berbumbung yang boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan pengunjung akan dapat menikmati dan merakamkan panorama pelbagai pesawat dari seluruh dunia yang berlepas dan mendarat di KLIA.

Siap dengan kawasan parking untuk kemudahan parking kereta.








Memang layan la boleh tengok flite take off di situ.

Kalau ada orang jual cendol ke niaga air ke sure laku. At least ada vending machine kat situ sebab area panas boleh tahan dan takde kemudahan berdekatan untuk melunaskan tekak kering ke apa.

Make sure berak kencing siap siap sebelum datang ke sini !













Sebenarnya ada port yang lagi cun nak tengok flite betul betul atas kepala. Ada kawasan corner dekat area kargo sebelum sampai area ni yang rasanya lagi cun dan kapal terbang betul betul atas kepala. Tapi kawasan tu area terbuka dan masalah kalau ramai ramai start parking sesuka hati jer nanti kat situ.

Tapi kalau tak de orang boleh je cuba cuba berhenti kat situ.






Sedikit sebanyak boleh memberi pengalaman berbeza pada pengujung terutamanya kanak kanak. 

Cuma di harap semua orang menjaga kemudahan sebegini sebaik mungkin untuk lebih ramai lagi orang boleh singgah dan menikmati kemudahan yang sama di sini. Jangan nanti cepat je jahanam dengan macam macam karenah manusia ni.







Spent masa lebih kurang di sini, masa untuk bergerak menyambung perjalanan yang tertangguh tadi !

bersambung..............

Thursday, July 18, 2019

JULY 2019 | A Fabulous Birthday Staycation

July sememangnya bulan keraian sebab birthday aku jatuh dalam bulan july ni.

Bagi menyambut birthday tahun ni, kami sekeluarga mencari peluang buat short trip bagi nak celebrate birthday aku dan jugak bawak budak budak bercuti.

Birthday Trip, JULY 2019 !

Ke mana arah tuju kali ni?????

Ke KLIA?

No ! Bukan nak naik kapal terbang, tapi ke Anjung Spotter untuk tengok kapal terbang.....






Tapi tu hanya singgahan dalam menuju ke destinasi cuti cuti keraian ni....





Ke Bagan Lalang jer.. Tak jauh mana..... 

Sempat berkelah dulu di pantai...........







............. sebelum check in untuk santai santai di Avani Sepang GoldCoast Resort.











Ni kali ke 2 datang sini tapi first time dulu belum jadi Avani lagi. Dah lama dah. Banyak yang dah berubah tapi masih santai dan menjadi destinasi istirehat yang menarik yang tak jauh mana.....














Resort yang agak dah lama tapi masih dijaga rapi.....














Dah kedatangan memang nak meraikan birthday aku di sini...... Since cake dah too mainstream, kita try Creme Brulee... ( padahal kek tak der )...





Dan sempat juga melayan senja yang indah di sini...............


















Kebetulan sebelum aku ke sini, akak kawasan WanderlustDJ up entry dia ke sini jadi aku tiru je aktiviti dia. Tapi dia untung datang orang payung, aku nak mintak payung pizza tak dapek. Last sekali beli pizza sendiri jer....

Trip singkat tapi kami sekeluarga happy dan seronok..... Terima kasih Avani Sepang Goldcoast Resort.

 Sempat jugak dinner di Senandung Malam.

Usha buah naga...

Singgah Masjid Pekan Sepang

Dan anak aku kemaruk nak makan makanan Korea. Kami singgah Cyberjaya...

Apa ntah yang di order, pedas tahap cirit....

A fabulous birthday staycation yang singkat tapi membahagiakan.

Bertambah setahun lagi usia, Alhamdulillah...

Moga terus dikurniakan nikmat kebahagiaan, ketenangan dan keselesaan yang berterusan di dunia dan akhirat.

Amin !

Okey. Cepat nyanyi lagu Happy Birthday untuk aku. Sapa suara paling sedap boleh claim pizza free  Avani dari Akak DJ................

* berenang kuak lentang laju laju lari ke Sumatera



Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yangg tenang di hatiku
Tak pernah ada duka yg terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Arungi semua cerita indahku
Saat saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Semua jalan yang ada di hadapku
Kan ku tanamkan cinta tuk kasih ku agar
Ku bahagia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...