Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts
Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts

Thursday, January 30, 2020

BaganLalang 09 | Masjid Pekan SEPANG

Tamat sesi menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang.

Masa untuk pulang !

Lepas check out tu, kami singgah di Masjid Pekan Sepang untuk solat zuhur.



Masjid ini terletak di pinggiran jalan Persekutuan yang menghubungkan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Lokasinya di pinggir jalan utama sememangnya sesuai sebagai lokasi singgahan bagi yang bermusafir.

Masjid yang di bina pada 1 Januari 2007 dan di rasmikan pada 15 July 2014 oleh DYMM Sultan Selangor mempunyai kapasiti seramai 1000 jemaah dengan keluasan kawasan sekitar 3.0 ekar Masjid Pekan Sepang ini dibina bertujuan menjadikan insitusi masjid sebagai one stop center dengan meliputi keperluan pengunjung dan penduduk tempatan.





Masjid Pekan Sepang ini dibina dengan binaan struktur utama menggunakan bahan simen sepenuhnya. Bentuk bangunan utama berbentuk segi empat, dan dilengkapi dengan kubah dan satu menara. Ruang solatnya dilengkapi dengan lantai berpermaidani, sementara bahagian solat tambahan berturap dengan batu marmar.

Masjid Pekan Sepang turut dilengkapi dengan tempat menyimpan barang. Selain itu, kemudahan tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Selain itu,terdapat juga tempat meletak kereta terbuka.



Dewan solat utama.














Masjid ini sering digunakan bagi menganjur dan mengadakan majlis ataupun aktiviti-aktivi yang bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan para penduduk setempat.


Masjid Pekan SEPANG 
Jalan Kelab 
43900 Sepang
Selangor


Selesai singgah, kami berangkat terus pegi hantar anak bujang aku balik asrama....

bersambung............

Tuesday, January 28, 2020

BaganLalang 07 | Senja @ AVANI

Dolce Far Niente - the sweet pleasure of doing nothing.



























Senja memberi ruang untuk purnama muncul mengubati kerinduannya pada sang malam...



Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya di bibir saja
Bersungguhkan rindu yang engkau pamirkan
Ataukan sekadar lakonan

Rindu
Telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku tak berubah arah

Purnama mengambang cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu rindu yang mencengkam
Di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi
Merinduku

(Purnama mengambang berbagai warna)
(Bila embunpun datang tinggal purnama)
Tinggallah aku
(Sendirian)
Bertemankan malam sepi
(Aku meminta pada yang ada)
Aku merindu pada yang kasih
(Aku merayu)
Padamu yang sudi memujuk

Aku meminta
(Pada yang ada)
Aku merindu
(Pada yang kasih)
Aku merayu
(Padamu yang sudi)
Merinduku

Hiaskanlah cinta di jaris manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih di mercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

bersambung...................

Friday, January 24, 2020

BaganLalang 06 | AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT - 03 Facilities

Usha beberapa facilities yang ada di Avani Sepang Goldcoast Resort ni.









Kemudahan untuk tetamu yang menginap bergerak dari villa ke facilities center adalah menggunakan buggy. Selain tu ada jugak basikal boleh digunakan secara percuma.

Buggy agak ambik masa kalau ramai orang, tapi mereka bersedia berkhidmat 24 jam.

Kemudahan basikal pulak masih di tahap terbaik tapi banyak yang macam ambik dan simpan di villa masing masing jadi kemudahan kadangkala terbatas. Kalau rajin boleh je jalan kaki sekitar kawasan.

Selain tu ada jugak acara dan aktiviti di rancang setiap hari yang boleh di sertai. Malam malam ada fire show di tepi pantai.















Facilities lain yang ada di sini termasuk lah..

PRIVATE BEACH....



Tak perlu lah nak bergomol dengan orang ramai, kat sini beach dia memang private dan terjaga. Ada area boleh mandi manda jugak lah...

Ada jugak gazebos untuk lepak santai tepi pantai.





WATERSPORTS CENTER

Bagi yang nak berwatersport. Ada kenu dan macam macam benda lah boleh di sewa.




RESTAURANTS



Area resort ni memang banyak restaurants tersedia untuk tetamu yang menginap di sini... Antaranya :

SEPOI-SEPOI - Cabana vibes. Al fresco atmosphere. Fantastic local flavours.








BILA-BILA - No fuss dining, whenever you like.

Pakej penginapan aku termasuk breakfast untuk 4 orang. Breakfast dia kira OK lah cuma orang agak ramai dan agak ambik masa dia orang nak replenish makanan yang cepat je habis !










PERAHU - Set your taste buds alight on western delights and gourmet set menus.

HAI SANG LOU - Exotic bites to impress.





STEAMBOAT = Chinese fondue, do you?

Bagi yang nak try steamboat.

THE PANTRY - Fresh, quick snacks on the move.

Ni dekat area lobby.





IN-VILLA DINING - Take it easy and munch your favourites in room.

Sempat lah kami in room dining dan anak anak aku order macam macam lah. Asyik lapar je dia orang nih. Padahal datang nak celebrate birthday aku.

Tapi tak pe lah. Janji dia orang seronok dan happy...


AvaniSPA


Slip into contemporary relaxation at AvaniSpa. Unwind on the upper level of the Overwater Palm. Switch off and enjoy in a natural oasis. Sip on healthy spa beverages in the soothing sea breeze for the ultimate relaxation in the finest spa resort at Sepang.







Meeting Place


Contemporary style. Great service. Avani Sepang Goldcoast Resort is a perfect place to do business with excellent meeting venues in Sepang together with wonderful sea views to put you at ease.

Spice up team building with water sports and beach games or unwind with the team sipping cocktails by the sea. Chill out with a yoga class or with spa treatments of your choice and share fine dining in one of our seven outlets for refreshment.






AvaniKIDS


For family-friendly amusement, we offer use of the AvaniKids Club free of charge. Little ones are kept busy on the beach or with pool games. Choose from a range of activities at our Kids Club in Sepang such as Zumba exercise classes, art and craft activities, the bouncy castle and board games. We are among the best child friendly hotels in Sepang Gold coast.



SWIMMING POOL 

Infinity pool berdekatan dengan facility center. Tapi memang selalu je ramai orang kat pool area.








GYM & FITNESS CENTER

Bagi yang nak menjaga kesihatan dan tubuh badan.









LAIN LAIN

Ada kedai serbaneka dan jual jualan. Harga tahap yahudi.



Overall facilities agak OK jugak lah di sini tapi masih banyak improvement yang boleh di lakukan untuk keselesaan pengunjung yang datang menginap.

Suasana dan ambience resort adalah plus point, resort yang sesuai untuk percutian keluarga mahupun percutian romantis.







AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

T +603 3182 3600
E sepang@avanihotels.com
bersambung............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...