Showing posts with label 2011 Jawa Tengah. Show all posts
Showing posts with label 2011 Jawa Tengah. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Jogjakarta : Yang Menarik Tertarik Kau Memang D Bomb !

Oh ya. Ada beberapa keping gambar lagi aku nak share ni tentang apa yang menarik dan tertarik yang aku temui sepanjang masa di Jogjakarta dan sempat aku snappy !



Nampak tak dia orang tengah buat apa tu?

Mereka menconteng araNG ke muka sendiri !

Haks. Tak de lah. Mereka menconteng baju kawan kawan. Bebudak ni kononnya macam kat sini baru lepas result SPM lah. Balik ambik result pastu kira tamat sekolah kan?

Let's conteng baju kawan kawan uols !!!

* matilah kotoran degil. Daia pun tak mampu menanggalkan kekotoran....

Hah ! Nampak ni apa aku jumpa?



Hahaha. Nasib aku tak menginap kat sini.

Ada lagi ni.


Ini adalah umang umang okey.

Umang ni telah di make up kan sebegitu rupa di kaler kaler apa yang patut dan di jual !

Siap jual rumah lagi untuk mereka ni, maksudnya nanti bela la umang umang ni kat rumah, dia ada rumah dia sendiri dari getah tu dan kita mencari hiburan dengan melihat umang umang ni berjalan jalan.

Keji tak?

Aku rasa keji gila !

Oh. Aku lupa pulak nak tanya berapa seekor dia jual.

Ke dia timbang kilo?

Ni ada lagi.


So ada sesiapa mahu jadi ahli pasang gigi rapi di sini???

Hiks.

Banyak sebenarnya yang aku jumpa tapi tak sempat nak snap. Ada sekali tu aku jumpa mamat ni tengah tunggu bas. Dia beratur dengan orang lain tapi dia bawak kuda kepang. Muka dia penuh make up tebal. May be nak pegi show. Tapi naik bas je uols. 

Yang penting, kuda kepang tetap tersandang di sisi.


Ini gambar camera kan?

Tapi yang mengagumkan aku. Tuannya tak de. Kamera ni on di atas tripod dia tu lah. Dan tuannya sebenarnya tengah mandi manda di laut.

Motip la merakam detik detik terindah di tepi pantai?

Kau berani buat gini dengan kamera baru kau BA?

Ni hah awek ni.



Aku tak tau dia siapa. Tapi dia macam menjadi perhatian lebih daripada 20 orang photographers professional di tepi pantai tu untuk shooting.

Dan aku pun pegi menyibuk sama.

Hiks !

Sapa dia ni? Kau orang kenal kah? Atau gadis calender kedai emas Kota Bharu sajork?


Itu keadaan biasa di Mc Donald's di Jogja.

Apa yang menariknya?

Setiap menu dia ada nasik. Dan aku jumpa menu dia ada spaghetti ! Nom Nom Nom .

Inzal jugak. Aku try.


Dan ini last !

Aku memang nak nak sangat ambik gambar ni. Tapi aku takut.

Berulang kali aku lalu depan dia dan fikir, perlu ke aku ambik gambar ni?

Pastu aku stop hisap rokok tengah fikir apa risk kalau aku cuba ambik.

Akhirnya aku berjaya jugak capap. 


Bukan aku nak kutuk dia, tapi.. BS ! BW, BA, Birah, Basya, Bungu, BIna, Billy, Badeq, Bilot dan segala B semua.

Kau orang mampu main ini rekorder di khalayak ramai?????????

Eh. Tapi aku sedekah la kat dia sikit sebab aku ada buat silap capap gambar dia.

Hiks

Nampak tak pakcik keji tu intip aku dari atas !

Thursday, June 30, 2011

Wajah Wajah Surabaya

Cerita pasal melihat dunia, ni aku share wajah wajah yang aku spot masa di Surabaya hari tu. Aku ni kan tak suka ambik gambar orang. Bukan tak suka, tak reti !

Plus aku malu. Kang orang tengok semacam je kalau aku suka suka dok fokus gambar dia orang. Macam paparazzi pulak.

So, enjoice !


Terkemut kemut aku nak ambik gambar pakcik ni. Aku suka sebab aku nampak dia gigih gila berniaga walaupun macam tak larat. So aku nak ambik dekat, aku takut. Berkat ada lense buleh zoom. Yah !

Berjaya jugak ambik. 

Apa aku dapat? 

Tak de apa. Hiks. Nampak tauhu tu jer semua. Agak agak korang nak beli tak?


Aku suka gambar ni sebab masa aku jalan tu dan aku tengok macam sweet je pakcik dengan makcik ni. Actually datuk dengan nenek dah. Lelaki pakai kopiah. Yang pompuan bertudung labuh. Duduk tepi sungai mengadap jambatan Suramadu ni sambil melihat matahari terbenam.

Tak ke romantika di amor namanya tu?


Susah payah aku nak ambik gambar budak ni sebab dia tak duduk diam. Kejap pusing kiri, kejap pusing kanan. Tapi aku ambik dari jauh lah. Dia duduk dengan ayah dia. 

Comel aku tengok muka dia berbedak putih macam tu. Masa tu cuaca dah petang. Memang ramai orang keluar duduk bersidai tepi jambatan yang menghubungkan Surabaya dan Pulau Madura tu. Dan aku rasa budak ni tak terkecuali.

May be macam mak mak kita, dah petang, mandi mandi kan siap siap pastu bedakkan muka.

Terus jadi macam tepung gomak.

Hiks.

Dan !

Percaya atau tidak. Bukan budak ni sorang je yang di tepung gomakkan oleh ayah dia tu.

Ni ada lagi !


See?

Gomak pun gomak lah. Janji aku naik keretapi ! Kau ado??

Kat tepi jambatan tu, selain orang jual jual ada lah pulak ride ride untuk bebudak ni. Macam pesta pulak jadinya. So aku main curi curi je la ambik gambar yang aku rasa menarik.

Banyak sebenarnya yang aku nampak, tapi kadang kadang tak sempat nak angkat camera. Sepintas lalu macam tu je, tapi momen momen macam tu memang cepat je masuk otak aku dan aku fikir, kalau lah aku sempat snap tadi !

Aku ni gila ambik gambar ke apa heh?


Tutup mata semua !!!!!!!

Hahaha. Dah aku tak nak cerita banyak. Cuma aku rasa cute je bebudak ni berbogel tepi sungai tanpa kisah orang memandang. Sebenarnya dia orang ni teman ayah dia orang kot. Ayah dia semua dok jahit pukat kat bot dan budak budak ni, main lopak air tu terus berbogel bogel tanpa segan dan silu.

Hahahaha. 

Aku dok fikir, ada tak masa kecik kecik aku mandi macam ni secara bogel?

Tak ingat ! Kau orang?

Ni lagi satu.

Masa ni aku di Muzium Sempoerna House di Surabaya tu. Aku nampak la minah ni. Aku ingat dia keje kat situ sebab kat muzium tu memang ada display baju kebaya macam dia pakai ni. So aku tanpa segan silu, suruh dia pose !

Dan dia pose.

Rupa rupanya, dia bukan keje situ. Tapi dia pengantin yang datang ke muzium tu nak shot photography pre wedding mereka.


Hahah. Keji. Photographer dia belum sampai masa tu, mesti dia ingat aku ni photorapher dia walhal lepas aku ambik gambar dia aku pegi ambik gambar gambar kat dinding. Mesti dalam hati dia berkata.

"Aku bayar budak ni ambik gambar aku ke ambik gambar dinding?"

Hahaha. Serious aku tak tau. Tapi comel gak awek ni, macam Tiz Zaqiyah skit skit kan?

Sikit je lah !


Tau tak apa yang menarik pasal gambar ni?

Ya. Selain pakcik ni kepenatan sebab bawak becak dan tak de orang nak naik becak dia sebenarnya, tapi ada penemuan yang lebih tragis daripada tu.

Masa aku keluar dari hotel aku, aku nampak pakcik ni tido atas becak dia ni, so aku snap. Masa tu pagi !

Malam tu, aku lalu tempat yang sama, pakcik ni masih tidur ! Posisi yang sama. Tapi aku tak sempat nak ambik sebab ramai abang becak lain berkumpul tepi dia, tapi tak de lah macam berlaku apa apa pun kat pakcik ni sebab port ni memang port mereka semua berehat.

Aku sebenarnya rasa sedih tengok gambar macam ni, tapi aku nak jugak ambik.


Gambar ni pun aku saja snap.

Memula aku rasa menarik sebab aku nampak Gado Gado tu. Buat aku teringat kat cerita Gado Gado dulu dulu yang lawak tu.

Pastu aku fikir balik, aku rasa kesian. Sebab pakcik ni tak de pelanggan. Kat keliling keliling tepi jalan tu, ramai penjual lain dan ramai pelanggan.

Ada yang tak kena ke dengan pakcik ni?

Ntah. Aku pun tak tau. Yang penting, aku capap gambar dia. So pakcik Gado Gado !

"U are exclusively featured in my blog now !!"

Hiks.

Dah. Tu je. Sebenarnya gambar gambar macam ni je la yang aku suka ambik kalau gambar orang sebab aku rasa di raut wajah macam ni ada cerita. Dan mostly bila aku pandang then aku terfikir, macam ada sesuatu di sebalik raut wajah mereka.

Memang aku akan ambik gambar sesuatu yang nampak pelik di mata aku, tapi lebih daripada tu, sesuatu yang aku terfikir, kesiannya mereka ni. Dan aku rasa beruntung sebab aku dibesarkan dan membesar di Malaysia, dalam suasana yang berbeza dengan cara kehidupan mereka.

Tuesday, June 21, 2011

Surabaya & Jogjakarta

Banyak tempat yang aku tak sempat pegi di sekitar Surabaya dan Jogja tu.

Tak pe lah. May be next time. Maksudnya kalau aku pegi ke sana, aku akan aim tempat tempat ni.

Antara tempat tempatnya adalah.

1. Bromo


Walaupun rupa dia dah tak lawa macam tu sebab berlaku letusan gunung berapi tempoh hari dan dah jadi macam padang jarak padang tekukur, tapi aku rasa menarik jugak la untuk melihat kesan daripada letusan tersebut.

Aku memang plan nak pegi, tapi dari Surabaya ianya memakan masa 4 jam ke sana. Plus aku tak jumpa tour agent untuk ambik pakej ni since aku kan main redah je dan tak berkesempatan nak book awal awal lagi.

Sudahnya, terkubur harapan aku.

2. Kawah Ijen.


Kawah Ijen ni menjadi destinasi utama pilihan para peminat yang adventure kerana lokasinya. Kawan Ijen terletak di sebelah barat pulau Jawa kira kira 8 jam dari Surabaya !

* koma.

Apa yang menarik di sini adalah kerana air tasik di dalam kawah gunung berapi ini yang berwarna akibat daripada kesan sulfur.

Menarik.

Tapi memang tak de rezeki aku. Mungkin akan datang la kot.

3. Dieng Plateau


Dieng Plateu ni terkenal juga kerana tasiknya yang berwarna.

Terletak di antara jogja dan semarang dan dikelilingi oleh berapa gunung berapi yang masih aktif, kalau nak ke sini memang memakan masa 1 hari pegi dan balik.

Hari tu aku tak de masa. Memang ada nampak pakej ke sini, kalau kongsi dengan pakej adalah dalam 175,000 rupiah.

Tak de la mahal sangat, tapi sebab masa, aku terpaksa kubur kan harapan dan semangat aku nak ke sini.

Tapi tak pe lah. Apa yang aku dapat, tempat yang aku pergi, alhamdulillah, tak kurang cantiknya.

Secara overall, memang aku puas hati.

Now cuba check entry Ep 7 dan 8. Rasanya gambar dah keluar. Yang sebelum tu nanti aku betulkan bila bila mood rajin datang. Sekarang mood sudah lari. Berlari agak kencang............

Monday, June 20, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 8


Sambung episode last !

* nangis jari patah.

Dari Prambanan ke Pantai Parangtritis aku terlelap. Penat berjalan tadi masih tak hilang, rasa nak tercabut kaki. Tapi tak pe, aku gagahkan juga kudrat ini untuk habiskan sisa sisa hari ini. 

Kena habiskan ! Tak banyak masa. 

Di Jogja sebenarnya banyak pantai pantai menarik, tapi jarak satu satu tu agak jauh lah, so aku cuma suruh Sumanto bawak aku ke pantai paling popular iaitu Pantai Parangtritis. Parangtritis tu maksudnya, air yang menitis dari batu.

Mungkin janggal bila dengar pantai ni, tapi pernah dengar nama Nyi Loro Kidul, ratu laut yang menjaga Selat Selatan tu. Di khabarkan mitos dulu kala Nyi Loro Kidul ni memang menjaga samudera dan melindungi laut tersebut dari ombak besar dan bencana.

Tapi ombak dia memang besar !

Dan pantai dia sangat luas dan panjang. 






Memang panjang dan luas dan orang sangat ramai !

Dan apa yang menariknya, pantai ni memang dah jadi macam tempat pesta. Ada orang main ATV. Ada kuda yang boleh bawak kita bersiar siar sepanjang pantai, juga kereta kuda. Ada yang mandi manda dan tak lupa penjual penjual juga sama sama sibuk memeriahkan pantai.

Terkesima jugak aku sebenarnya. 

Melalui sejarah, kalau ke Pantai ini tidak di benarkan memakai pakaian berwarna hijau sebab warna hijau tu adalah warna Nyi Loro Kidul tu, tapi aku tengok ramai je pakai baju hijau. Tu kan dongeng lama.

Tapi pantai ini punya mistik yang tersendiri.

Di bahagian atas pantai terdapat satu tempat penyembahan dan orang ramai boleh pegi mintak nombor ekor dan berdoa dengan cara penuh terbuka ! Dan penduduk sekitar masih percaya mengenai kekuasaan Nyi Loro Kidul ni yang saban tahun akan mencari mangsa untuk dijadikan korban.

Memang selalu je ada yang mati di sini akibat ombak dia yang ganas. Ombak besar dan current dia tu memang boleh menarik dan melemaskan orang kalau tak tau berenang. Aku sendiri tak berani nak mati. Dok tengok orang je lah.

Dan yang menariknya, setiap Kliwon malam Selasa dan malam Kliwon malam Jumaat. Aktiviti spiritual di lakukan di pantai ni. Mereka sembahyang beramai ramai. Muslim la tapi mereka percaya kepada benda benda macam ni. 

Masa aku pegi tu malam Kliwon Selasa tapi malas nak tunggu sampai ke malam, jadi aku bersiar siar petang tu je tengok orang.

"Di sini saja. Nanti saya cari kamu"
"Bapak mahu sendirian?"
"Ya. Ngga apa apa"
"Loh.. nanti gi mana mahu temui bapak"

Aku tau lah orang ramai, cemana dia nak cari aku, telefon Sumanto pun dah abis battery.

"Ngga apa. Saya nanti cari kamu"

Dan dan je aku ni. Tapi aku tau la dia park kat situ kan? So aku jalan je la walaupun jauh nanti aku patah balik cari dia. Dalam lautan manusia macam ni memang susah jugak la nak mencari nanti. Tapi aku dah bagitau dia, aku kan pakai baju oren so cari lah aku nanti. Hiks.





Sebab orang terlalu ramai nak cari shot shot kosong  punya la payah. Ada je tengah aku target nak ambik gambar, ada orang berlari la. 

Menyibuk betul.

Tapi tu kan cabaran. Tak per. Slow slow. 

Aku berjalan je menyusuri pantai ni. Ombak dia besar dan menganas. Manusia memang ramai gila. Masing masing dengan aktiviti tersendiri. Dan yang berniaga pun ada. Jual jagung lah macam macam lah.  Pendek kata memang tempat ni happening gila.

Alang alang dah berjalan tu, aku teringin nak naik kereta kuda tu. 

Memang banyak, so aku tanya harga dia berubah mengikut jarak. Bermula dari Rp20 ribu hingga ke Rp100 ribu. Aku ambik yang Rp60 ribu dan dia bawak aku sampai ke hujung pantai. Memang la jauh jugak tapi port tu la yang jauh dan tak ramai orang so aku boleh mencapap gambar banyak banyak.

Yang bestnya, pakcik kuda ni, dia tau aku sibuk ambik gambar. Sampai kat satu kawasan tu, tetiba nampak ssekumpulan photographer tengah ambik gambar awek atas kuda ni.

"Loh.. Pergi ! Pergi !"

Dia suruh aku turun dan mencapap sama !

Hahaha. Dan aku pun apa lagi, sempat turun dan menjadi photograper sama.

Sapa minah ni pun aku tak tau.




  
Kesian minah ni sebab kuda tu asyik nak bergerak je.

Sesekali ombak besar datang dan berterabur photographer semua lari sebab takut kena air. Aku pun turut menyibuk sama. Lepas rasa dah malas tu then aku naik kereta kuda aku tu semula dan pakcik tu hantar semula ke tempat aku memula naik.

Syok jugak lah. Feeling feeling.

Aku habiskan masa hampir satu jam di Pantai Parangtritis tu. Cuaca memang cerah dan orang terlalu ramai sampai aku rasa tak de privacy langsung.

Tak pe lah, aku habiskan saat saat terakhir sebelum aku naik cari Sumanto.



Pastu aku gelabah nak cari Sumanto !

Cemana ni. Aku naik atas. Kat atas tu banyak gerai gerai jualan pulak. Memang ramai lah. Nak cari van pun susah sebab van macam tu berlambak lambak kat sana.

Tapi Sumanto ni memang bagus. Dia keep track mana aku pegi. Dia yang cari aku. Sedar sedar aku nampak dia dah drive datang ke arah aku.

"Kamu OK?"
"OK Pak. Bapak OK?"
"OK! Ayuh"
"Bapak mahu ke mana?"

Aku tengok jam dah pukul 5 lebih. Kalau nak balik ke Jogja tu memang sejam jugak. So aku bagitau dia balik je lah.

"Ngga apa, saya bawak bapak ke Pantai Dapok"
"On the way pulang?"
"Iya"

Aku setuju je. Dia tak banyak kerenah. Tak berkira. Aku sempat suruh dia berhenti belikan air dan aku belikan untuk dia sebab aku ajak dia makan dia tak nak. Aku pun tak lapar sebenarnya. 

Tak kisah lah.

So destinasi kami yang terakhir adalah Pantai Dapok. Pantai Dapok ni adalah pantai perkampungan nelayan. Tak de apa yang menarik di sini, cuma banyak kedai kedai untuk makan seafood dan aku ambik kesempatan untuk snap gambar sunset je sebab hari dah senja.






Dari Pantai Dapok ni kami terus pulang ke Jogja.

Dah maghrib masa tu, aku sempat terlelap sekali lagi dalam van. Hiks.

Sedar sedar je aku dah hampir sampai ke hotel aku. Sumanto kejutkan aku.

"Pak ! Pak ! "

Aku bukak mata tengok eh... dah sampei uols !!

Pastu aku pun bayar kat dia Rp450 ribu sewa van tu dan aku bagi dia Rp50 ribu.

"Bapak. Terima kasih Pak ! Terima kasih banget"

Nak menangis aku tengok muka dia. Padahal tak sampai RM20 pun. Siap cium cium duit lagi. Ada la dia cerita gaji dia bukan besar pun bawak van ni tapi tu je dia boleh buat. Ada lah sesi sesi luahan hati waktu aku borak borak dengan dia sepanjang hari ni.

"Esoknya, bapak mau ke airport jam berapa?"
"Pagi. Jam 7"
"Bisa saya hantarkan?"
"Kamu OK ngga?"
"OK. Tapi saya perlu mohon kebenaran Pak Uthir dulu Pak"
"Oh ya. Ngga apa apa, saya naik taxi aja"
"Benar pak?"

Aku angguk. Aku tau dia nak buat sesuatu yang baik untuk aku, tapi tak pe lah. Nak gi airport bukan jauh pun dan aku malas nak susahkan dia. Kesian aku tengok dia pun penat.

Last sekali aku sampai hotel dan menghempaskan tubuh di atas ranjang dengan kepuasan.

Best. Jogja memang best sebenarnya. Banyak tempat untuk di lawati tapi tu lah, masa. Aku ni kiranya ada satu hari penuh je di sini. Aku teringin nak pegi ke Dieng tapi lain kali je lah. Insya Allah. 

Aku kena datang lagi Jogja ni !

Malam tu lepas mandi semua, aku keluar merayau lagi. Saja lah nak jalan jalan tengok keadaaan Malioboro di waktu malam. 

Keluar dari hotel, aku menapak sikit sebelum aku decide nak naik becak. Ya lah. Asyik asyik panggil suruh naik. Aku naik je lah. Tak de la aku kepenatan nak jalan kaki lagi.


Tapi pakcik yang bawak aku tu punya la banyak tanya bila dia tahu aku ni dari Malaysia. Rengsa aku nak menjawab. Konon la dia cakap orang Malaysia beruntung la, kaya lah. Aku malas nak melayan.

Aku duduk atas beca tu dan ambik gambar je mana yang patut.

"Bapak ngga mahu belanja?"
"Ngga ah"
"T Shirt? Batik? Saya bisa bawakan"

Erkk. Stress aku. Last sekali aku suruh je dia bawak aku pegi cari T Shirt dan Brownies.

Berpusing pusing gak la dia bawak aku.





Jumpa kedai T Shirt tapi kedai brownies tu dah tutup.

Pakcik ni beriya iya lagi nak bawak aku. Masalahnya aku kesian tengok dia. Ada part tu, jalan berbukit dia gigih mengayuh tak leh kayuh dia turun pulak tolak aku.

"Pak ! Pak ! Nanti !"

Aku suruh dia berhenti.

"Apain"
"Bentar. Saya turun"
"Ngga usah !"

Eh. Aku ni tak sampai hati tengok dia tolak aku. Aku ni dah lah macam anak gajah. Dia pun aku rasa badan dah cukup ramping sangat tu. Kesian dia. Last sekali aku berjalan je belakang dia. Tapi aku tengok orang lain tu naik beca, hah 2 orang sekali naik ! Lagi parah pakcik yang nak kayuh tu.

Ntah lah, may be mereka dah biasa dan tu la mata pencarian mereka. Tapi aku ni kesian.

"Kamu suka kembara kayak gini, emangnya kesunyian?"
"Ngga"
"Kamu mencari sesuatu?"
"Hmm pengalaman"
"Bukan kamu rasa hidup kamu kosong, ngga berteman?"

Choi ! Pakcik ni speku bukan bukan dengan aku. Nak je aku bagitau dia, hello aku ni tak sunyi, aku rimas lagi ada ler sebab tu aku suka lari sorang sorang macam ni.

Pastu dia claim dia boleh baca orang lah. Mengarut pakcik tu.  Pastu dia sibuk nak bawak aku ke tempat urut dan tempat tempat chot. Malas lah aku.

"Ooo sekarang saya udah tahu. Kamu ini suka kan kebebasan dan kamu ngga suka di beri perhatian"

Ya lah ! Apa apa lah pakcik ! Cepat la hantar aku, aku dah tak larat nak melayan dia.

Sampai kat hotel, sepatutnya aku bayar dia Rp5000 sekali ronda kan. Tapi tak pe lah, aku bagi dia Rp15 ribu. Kesian jugak aku tengok dia. 

Sampai bilik aku lepak kejap dan tido je lah. Esok aku kena bangkit awal !

Malam terakhir di Jogja aku tidur lena. Sedap dapat katil yang empuk dan badan pun seharian kepenatan. 

Bangkit awal pagi tapi suasana dah cerah, aku turun bersarapan dan suruh hotel arrangekan aku taxi ke airport.







Harga taxi dari hotel ke airport dalam Rp40 ribu. Tak de la jauh sangat. Sebab awal pagi masih belum jem.

Kiranya aku sampai awal lah. 

Airport dia kodi gila. Tapi better dari Medan la kot. Dan depan airport ada landasan keretapi. Buatnya kita ni lambat nak sampai airport, pastu ada pulak keretapi nak lalu. Jalan tutup, Merasa kena tinggal terus !

Anyway, tak de apa yang menarik dah. Aku check in barang semua siap then tak lama lepas tu tepat pada waktunya aku dah pun berada dalam perut pesawat terbang pulang ke tanahair. Oh airport tax adalah Rp50 ribu.





Perjalanan pulang selama 2 jam setengah agak lancar dan dari kesayupan pandangan aku rasa gembira, trip kali ni berjaya mencapai misi dan banyak beri aku pengalaman baru.

TAMAT

Perbelanjaan :

OK. Macam biasalah, di Indon ni harga memang murah. Apa yang penting, dapatkan tiket flite seawal mungkin dan rancang perjalanan anda. Begitu juga hotel, kalau lagi awal lagi murah. Dan kalau pergi share share tentunya lagi murah tak macam aku yang solo molo ni.

Perbelanjaan harian terpulang. Kalau aku makan memang tak banyak, shopping pun memang tak ada. Cuma entrance ke tempat tempat wisata tu je la kalau mahal pun.

Dan transport. Kalau share memang murah, kalau sorang sorang mahal sikit. 

Anyway,  kalau kira perbelanjaan aku dalam RM600 sahaja. Still aku ada balance 1 juta rupiah buat balik mungkin boleh simpan untuk trip ke Indo yang akan datang.

Mana?

Tunggu !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...