Showing posts with label Kepulauan Seribu. Show all posts
Showing posts with label Kepulauan Seribu. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 09 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Lebih kurang jam 10.30 pagi, baru la muncul ferry yang di tunggu tunggu.

Ha... baru lega rasa di hati. Tapi tiket tak beli lagi ni? Cemana?

Ferry yang bakal aku naiki

Ini adalah tempat beli tiket untuk naik kapal penumpang yang kayu tu

Dan ini lah kapal kayu yang sarat membawa penumpang dan barang barang.

Kaunter tiket Ferry tak bukak lagi, aku pun pegi makan dulu.

Lapar jugak menunggu. Baik aku isi perut dengan makanan hasil tangan dari orang Pulau Tidung ni ! Dua kali makan air tangan gadis gadis sudahnya dia orang kencing aku pasal jadual ferry !

* emo

Ada banyak gerai gerai minum di luar pelabuhan Tidung tu.

Dan aku telah memilih untuk mencuba sejenis makanan yang di namakan Batagor

Batagor adalah bakso tahu goreng yang dihidangkan bersama ikan serta kuah kacang

OK Fine.

Rajin pulak aku makan ikan di Pulau Tidung ni. Actually, aku tak tau pun dalam tu ada ikan. Aku main order jer. Bila rasa tu, terus keluar bintang atas kepala. Maksudnya aku tak leh terima.

Jadi aku jamah sikit je lah. Sorry Batagor.... tak sesuai dengan tekak aku.

Nasib baik ada back up.

Mee Goreng. Sebenarnya macam maggie je tapi ada lauk berupa ketulan ayam masak kari

Makan dan Alhamdulillah kenyang.

Then balik semula ke pelabuhan. Aku rasa kalau orang perasan mesti orang fikir apa lah aku ni buat kat pelabuhan dari pagi tadi dok mundar mandir.

Wait !

Aku bukan sengaja nak mundar mandir, tapi aku nak dapatkan tiket untuk balik ke Jakarta. Kalau aku terlepas ni, naya la jadi nya. Silap silap bukak warung kat Tidung je aku ni nanti. Warung jual apa tu, nanti fikir sebab aku tak yakin aku berkepakaran untuk memasak sebarang jenis makanan.

Dan aku lega gila sebab kaunter tiket dah di buka. So dapat la tiket untuk balik ke Muara Angke hari tu. Alhamdulillah.

Tiket ferry

Untuk meraikan perasaan gembira dapat tiket, kita makan aiskerim Magnum di Pulau Tidung 

Kapal di Pulau Tidung

Adik ni aku syak pose pose buat ABC. Aku cakap macam tu sebab dulu aku pun macam tu. Nampak basikal je, pusing pusingkan apa yang boleh di pusing, cas cas buat ABC ! Konon konon berniaga. Tapi tak pernah ada orang nak beli.  

Pelabuhan Pulau Tidung

Akhirnya masa dah tiba. Semua penumpang yang kacak dan hensem di minta masuk ke dalam ferry. Yang lawa dan jelita pun sama. Yang selain daripada itu pun boleh masuk, kalau ada tiket !

Dalam ferry 

Dan bermula la sekali lagi igauan ngeri naik ferry yang panas macam duduk dalam vacuum !!

Aircond yang kalau tala kat lubang hidung pun, belum tentu bulu hidung tu mampu bergoyang ! Dah la macam aircond rumah, pastu sejuknya tak sampai ke depan. Tu pun aku ambik seat paling belakang, betul betul depan aircond tu....tetap tak rasa angin nya.

Jadi bersauna la kami para penumpang untuk jangka masa 2 jam setengah mudah mudahan, turun dari ferry nanti jari bertambah kurus !

Ada lagi !!!!!

Untuk sekali lagi, lagu Dangdut Abang Toyyib tu muncul semula berulang ulang kali sepanjang perjalanan naik ferry ni. Aku dah boleh sampai tahap muntah dengar lagu tu dah.

Dia orang ni tak de lagu lain ke? Pening aku !! Tapi tak de la full blast macam hari tu. Cuma dengar jugak la

Uh.. Ah.. Asik Asik Asik.................................

Tapi automatic aku buleh terhafal lagu tu.. hahahahaha

Salah satu pulau di Kepulauan Seribu

Ini rasanya nama Pulau Bidadari. Ada private resort

Aircond yang di maksudkan. Aku rasa, aku kentut lagi kuat angin keluar. Stress betul

Ferry membelah lautan di Kepulauan Seribu

Akhirnya ferry sampai juga di Muara Angke. Selalu nama kapal mesti nama ikan yang cantik cantik kan? Ferry tu nama dia PAUS !. Pun aku macam tak leh terima

Kembali semula ke Jakarta. Jurang perbezaan yang jelas ketara antara yang miskin dan yang kaya

Ini speed boat. Nama bot ni adalah Kerapu !!!.. Goreng pun sodap !

Haaaa ni memang tak leh lawan. Mesti bot ni pegi jauh jauh macam Bali kot

Lepas dah selamat sampai di Muara Angke, kena fikir pulak cemana nak kembali ke Jakarta.

Aku masih merangka rangka ni kalau sempat, ada few places di Jakarta ni yang aku nak pegi sekejap. Dapat singgah sekejap pun jadi lah. Tapi..............

Tak tau. Nanti aku fikir cemana.

Sekarang fikir cemana dari Muara Angke ni nak balik ke jalan besar yang ada teksi. Kat sini teksi tak de.

Jawapannya. Naik angkutan ni dulu sampai ke luar jalan. Bayarannya aku lupa lah. Dalam IDR 3000 jer kot.

Ni la laluan yang kena rempuh banjir dan bau busuk di perjalanan ke Muara Angke ni. Rasanya ni kalau air pasang jadi la banjir.

Dan bau busuk yang mencengkam sanubari tu datang dari sampah sampah, orang jemur ikan kering dan jugak hasil hasil laut yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Memang bau busuk gila

Haaa sana tu pintu masuk pelabuhan perikanan Muara Angke yang belah kapal kayu penimpang. Ferry yang aku naik tu kena belok kiri dan masuk ke dalam lagi tapi still dalam area yang sama.

Gentlemen this is taste !!! OK. Noted. Thank you Dunhill.

Nanti, angkutan tadi tu akan berhenti di jalan besar, dari situ, kena naik angkutan pulak ke jalan yang lagi besar. Angkutan yang  banyak di Indonesia tu lah yang naik bayar tambang IDR 3000 jugak sekali naik.

Maka, angkutan tu lah yang akan bawa ke simpang yang lagi besar untuk naik teksi atau pun bas.

Angkutan umum dan station bas

Untuk ke Jakarta, aku tak naik bas, sebaliknya aku tahan teksi dan aku deal siap siap dengan drebar teksi tu tempat tempat yang aku nak pegi. Dan aku charter dia terus bawak aku ke tempat tempat tu dan last sekali dia kena hantar aku ke bandara !!

Kalau naik bas pastu nak pusing pusing Jakarta ni, agaknya SERIBU tahun baru aku sampai airport tu nanti.......



Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia

Ada few places yang aku sempat terjah di Jakarta sebelum berangkat pulang.

bersambung.........

Monday, August 18, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 08 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Lega dah berjaya memerut dengan selamat !

Memang dasar bontot tak terdidik. Selalu timing berak aku boleh budget, tapi kali ni memang haywire kejap.

Layan sunrise kat depan chalet jer. Nampak jugak matahari naik walaupun dah tinggi.

Sunrise

Laut depan chalet

Lepak lepak menikmati suasana pagi. Lepas selesai semuanya, then aku check out dan bergerak ke pelabuhan.

Dah bye bye dengan Ibu Ina, pulang kunci apa semua. Then aku gi pulangkan basikal pink tu.

Bye bye basikal Pink. Terima kasih kerana berbakti untuk aku di Pulau Tidung. Pssstt. Jangan bagitau orang, jejaka macho penuh gaya ni naik basikal Pink di sana !!

Sampai di pelabuhan, scene yang sama, kaunter tiket belum di buka, tapi dah ada orang susun beg !!!

Beg pertama dan kedua dah ada. Plastik merah ke tiga tu aku punya !

Masa ni dalam pukul 7.30 pagi. Aku tanya budak budak kat kedai makan semalam, dia orang kata bot pagi pukul 8 ! So aku nak la cepat cepat datang sebab nak dapatkan tiket balik ke Jakarta. Aku ada plan tersendiri hari ni. Plan aku, aku ambik ferrry pagi pagi ni then sampai Jakarta sebelum tengahari then aku boleh ronda ronda Jakarta !

Tu plannya. Jadi apa apa pun, kena tunggu dapatkan tiket dulu.

Sambil sambil tu merayau kat area pelabuhan tu sementara tunggu kaunter tiket dibuka.

Pelabuhan Pulau Tidung

Bot bot penumpang

Suasana pagi

Lepas gi merayau kejap, tak lama lepas tu balik balik tengok........ haaaaaaaaa dan sederet plastik beratur ! Dalam plastik hitam tu dia bubuh air mineral je, tapi ganti orang lah kiranya

Minum teh botol dulu hilangkan dahaga

Ini kapal penumpang yang bergerak pagi tu ke dari Pulau Tidung balik ke Jakarta. Bot ni bot kayu dan selain dari memuatkan orang, motosikal dan sarat dengan barang barang. Orang pun duduk bersila je aku tengok.

Papan tanda dekat pelabuhan. 2 anak lebih baik !

Jenuh la aku tunggu bila kaunter tu nak di buka untuk beli tiket. Orang pun tak de lagi.

Bot penumpang yang kayu tu dah 2 kali bergerak. Sarat dengan muatan dan penumpang.

Tetiba, ada sorang pegawai datang bukak opis tu, so untuk mendapatkan kepastian, aku pegi tanya dia.

"Pak. Kaunternya di buka jam berapa?"
"Jam 11"
"Haaa? Ferry nya jam berapa?"
"Ferry nya jam 12.30"

Apa??????????????????????????????????

Tetiba aku rasa macam nak meraung !

Dari pukul 7 pagi aku tunggu, pukul 12 setengah baru ada ferry??????

"Yang pagi nya ngga ada?"
"Pagi ngga ada. Yang ini, dari Angke jam 8 sampai jam 10.30. Nanti ferry yang sama, jam 12.30 dari sini pulang ke Angke"

Tetiba aku rasa nak rebah.

Argh..

Mula la aku nak carut awek awek semalam yang beriya bagitau aku ferry pukul 8 pagi !!

* sekeh kepala awek awek tu sorang sorang

Tapi bila aku fikir balik, maybe dia orang ingat aku maksudkan kapal kayu yang tadi tadi kot. Kapal tu memang ada setiap jam sekali. Tapi aku bukan nak naik yang tu. Kurang percaya aku nak naik kapal macam tu. Cuak eh.

Serious tetiba aku di sental sental dengan kepiluan.

Musnah lah harapan aku untuk pusing pusing Jakarta !!

Argh...

Hati ku patah SERIBU di Kepulauan Seribu.................



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Serious aku bengang dengan apa yang terjadi. Tapi aku tak tau nak salahkan sapa. Salahkan diri sendiri sebab tak betul betul check dulu. Main dengar cakap orang yang tak sahih cam ni lah.

Sapa yang susah?

Aku jugak.

* sekeh kepala sendiri pulak

Terduduk gak lah aku sekejap nak terima keadaan dan plan yang terpaksa berubah.

Tapi aku kena redha lah. Ni part and parcel dalam travelling. Apa yang kita rancang kadang kadang tak akan mengikut plan kita, jadi kita kena redha, pasrah dan cepat cepat bertindak untuk plan lain.

Memula aku plan nak naik je kapal kayu tu. Harga murah sikit, jarak perjalanan 3 jam. Tapi bila aku kenangkan keadaan kapal tu sendiri, aku rasa tak pe lah.

Aku tunggu je lah ferry laju tu nanti. Kalau dah memang bukan ketentuan aku nak gi ronda ronda Jakarta hari ni, aku redha !

Jadi, bagi mengubat kelukaan hati dan masa yang masih banyak lagi, aku pun bercadang nak pegi ke area Jembatan Cinta tu semula.

Aku tengok cuaca macam cerah, maybe laut nampak cantik dan kalau ambik gambar nampak lawa sikit. Tak de la sendu macam semalam atau pagi tadi.

So aku pegi tanya beca yang ada kat pelabuhan tu. Dia mintak IDR 6,000 one way. Aku setuju jer.

Beg aku bawak sekali. Masih ada banyak masa sebab kaunter tiket pun cuma bukak pukul 11 je nanti. Plastik merah tu aku biarkan beratur kat situ.

Beca beca yang menanti penumpang di pelabuhan

Atas beca ke Jembatan Cinta

Suasana di perjalanan

Banana Bot. Sebab pagi lagi, orang tak ramai di kawasan ni.

Dan cuaca pun sebenarnya tak de la cerah mana. 

Then ambik gambar sekali lalu lagi

Sebab tak de masa sangat, aku tak rentas dah jambatan ni. Gila kalau lambat tak dapat tiket nanti tersadai aku kat Pulau Tidung ni lagi

Aktiviti watersport dah bermula

Atas Jembatan Cinta

Ramai yang dah siap sedia nak beraktiviti

 'Tidung Watersport' 

Pantai di area Jembatan Cinta

Jet ski

Watch tower ni

Tanjung Timur, Pulau Tidung

Patah balik dan ambik beca semula

Jumpa Messi kat Pulau Tidung. Messi pun naik basikal pink !

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Sampai kat pelabuhan semula, tiket kaunter masih belum di buka.

Aku melepak je la kat situ menunggu. Ada budak budak tengah mandi. Budak budak Pulau Tidung ni memang pandai la menyelam. Dia orang sibuk la suruh aku baling duit syiling, nanti dia orang terjun ambik.

"Om.. lagi Om !!"

Kann?

Ko ingat aku ni hartawan keje nya nak buang buang duit je?

Malas layan.

Tengah aku mengelamun tu, tetiba dengar suara orang bising bising. Ada kapal baru sampai dari Jakarta ke Pulau Tidung ni, dan kapal tu bawak mayat !!!!

Ada orang meninggal di Jakarta mungkin dan di bawa ke Pulau Tidung untuk di kebumikan.

Nampak tak keranda tu? Aku tak sampai hati nak ambik gambar mayat di angkat keluar dari kapal.

Terus insaf sekejap....

bersambung......................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...