Monday, August 18, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 08 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Lega dah berjaya memerut dengan selamat !

Memang dasar bontot tak terdidik. Selalu timing berak aku boleh budget, tapi kali ni memang haywire kejap.

Layan sunrise kat depan chalet jer. Nampak jugak matahari naik walaupun dah tinggi.

Sunrise

Laut depan chalet

Lepak lepak menikmati suasana pagi. Lepas selesai semuanya, then aku check out dan bergerak ke pelabuhan.

Dah bye bye dengan Ibu Ina, pulang kunci apa semua. Then aku gi pulangkan basikal pink tu.

Bye bye basikal Pink. Terima kasih kerana berbakti untuk aku di Pulau Tidung. Pssstt. Jangan bagitau orang, jejaka macho penuh gaya ni naik basikal Pink di sana !!

Sampai di pelabuhan, scene yang sama, kaunter tiket belum di buka, tapi dah ada orang susun beg !!!

Beg pertama dan kedua dah ada. Plastik merah ke tiga tu aku punya !

Masa ni dalam pukul 7.30 pagi. Aku tanya budak budak kat kedai makan semalam, dia orang kata bot pagi pukul 8 ! So aku nak la cepat cepat datang sebab nak dapatkan tiket balik ke Jakarta. Aku ada plan tersendiri hari ni. Plan aku, aku ambik ferrry pagi pagi ni then sampai Jakarta sebelum tengahari then aku boleh ronda ronda Jakarta !

Tu plannya. Jadi apa apa pun, kena tunggu dapatkan tiket dulu.

Sambil sambil tu merayau kat area pelabuhan tu sementara tunggu kaunter tiket dibuka.

Pelabuhan Pulau Tidung

Bot bot penumpang

Suasana pagi

Lepas gi merayau kejap, tak lama lepas tu balik balik tengok........ haaaaaaaaa dan sederet plastik beratur ! Dalam plastik hitam tu dia bubuh air mineral je, tapi ganti orang lah kiranya

Minum teh botol dulu hilangkan dahaga

Ini kapal penumpang yang bergerak pagi tu ke dari Pulau Tidung balik ke Jakarta. Bot ni bot kayu dan selain dari memuatkan orang, motosikal dan sarat dengan barang barang. Orang pun duduk bersila je aku tengok.

Papan tanda dekat pelabuhan. 2 anak lebih baik !

Jenuh la aku tunggu bila kaunter tu nak di buka untuk beli tiket. Orang pun tak de lagi.

Bot penumpang yang kayu tu dah 2 kali bergerak. Sarat dengan muatan dan penumpang.

Tetiba, ada sorang pegawai datang bukak opis tu, so untuk mendapatkan kepastian, aku pegi tanya dia.

"Pak. Kaunternya di buka jam berapa?"
"Jam 11"
"Haaa? Ferry nya jam berapa?"
"Ferry nya jam 12.30"

Apa??????????????????????????????????

Tetiba aku rasa macam nak meraung !

Dari pukul 7 pagi aku tunggu, pukul 12 setengah baru ada ferry??????

"Yang pagi nya ngga ada?"
"Pagi ngga ada. Yang ini, dari Angke jam 8 sampai jam 10.30. Nanti ferry yang sama, jam 12.30 dari sini pulang ke Angke"

Tetiba aku rasa nak rebah.

Argh..

Mula la aku nak carut awek awek semalam yang beriya bagitau aku ferry pukul 8 pagi !!

* sekeh kepala awek awek tu sorang sorang

Tapi bila aku fikir balik, maybe dia orang ingat aku maksudkan kapal kayu yang tadi tadi kot. Kapal tu memang ada setiap jam sekali. Tapi aku bukan nak naik yang tu. Kurang percaya aku nak naik kapal macam tu. Cuak eh.

Serious tetiba aku di sental sental dengan kepiluan.

Musnah lah harapan aku untuk pusing pusing Jakarta !!

Argh...

Hati ku patah SERIBU di Kepulauan Seribu.................



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Serious aku bengang dengan apa yang terjadi. Tapi aku tak tau nak salahkan sapa. Salahkan diri sendiri sebab tak betul betul check dulu. Main dengar cakap orang yang tak sahih cam ni lah.

Sapa yang susah?

Aku jugak.

* sekeh kepala sendiri pulak

Terduduk gak lah aku sekejap nak terima keadaan dan plan yang terpaksa berubah.

Tapi aku kena redha lah. Ni part and parcel dalam travelling. Apa yang kita rancang kadang kadang tak akan mengikut plan kita, jadi kita kena redha, pasrah dan cepat cepat bertindak untuk plan lain.

Memula aku plan nak naik je kapal kayu tu. Harga murah sikit, jarak perjalanan 3 jam. Tapi bila aku kenangkan keadaan kapal tu sendiri, aku rasa tak pe lah.

Aku tunggu je lah ferry laju tu nanti. Kalau dah memang bukan ketentuan aku nak gi ronda ronda Jakarta hari ni, aku redha !

Jadi, bagi mengubat kelukaan hati dan masa yang masih banyak lagi, aku pun bercadang nak pegi ke area Jembatan Cinta tu semula.

Aku tengok cuaca macam cerah, maybe laut nampak cantik dan kalau ambik gambar nampak lawa sikit. Tak de la sendu macam semalam atau pagi tadi.

So aku pegi tanya beca yang ada kat pelabuhan tu. Dia mintak IDR 6,000 one way. Aku setuju jer.

Beg aku bawak sekali. Masih ada banyak masa sebab kaunter tiket pun cuma bukak pukul 11 je nanti. Plastik merah tu aku biarkan beratur kat situ.

Beca beca yang menanti penumpang di pelabuhan

Atas beca ke Jembatan Cinta

Suasana di perjalanan

Banana Bot. Sebab pagi lagi, orang tak ramai di kawasan ni.

Dan cuaca pun sebenarnya tak de la cerah mana. 

Then ambik gambar sekali lalu lagi

Sebab tak de masa sangat, aku tak rentas dah jambatan ni. Gila kalau lambat tak dapat tiket nanti tersadai aku kat Pulau Tidung ni lagi

Aktiviti watersport dah bermula

Atas Jembatan Cinta

Ramai yang dah siap sedia nak beraktiviti

 'Tidung Watersport' 

Pantai di area Jembatan Cinta

Jet ski

Watch tower ni

Tanjung Timur, Pulau Tidung

Patah balik dan ambik beca semula

Jumpa Messi kat Pulau Tidung. Messi pun naik basikal pink !

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Sampai kat pelabuhan semula, tiket kaunter masih belum di buka.

Aku melepak je la kat situ menunggu. Ada budak budak tengah mandi. Budak budak Pulau Tidung ni memang pandai la menyelam. Dia orang sibuk la suruh aku baling duit syiling, nanti dia orang terjun ambik.

"Om.. lagi Om !!"

Kann?

Ko ingat aku ni hartawan keje nya nak buang buang duit je?

Malas layan.

Tengah aku mengelamun tu, tetiba dengar suara orang bising bising. Ada kapal baru sampai dari Jakarta ke Pulau Tidung ni, dan kapal tu bawak mayat !!!!

Ada orang meninggal di Jakarta mungkin dan di bawa ke Pulau Tidung untuk di kebumikan.

Nampak tak keranda tu? Aku tak sampai hati nak ambik gambar mayat di angkat keluar dari kapal.

Terus insaf sekejap....

bersambung......................

8 comments :

  1. Hai org2 kampung korank nk tahu abe mengkan naik basikal pink kat pulau kidung!!! Habislah semua org dh tahu

    Unik pernah lagi jumpa plastik yg beratur sama je warnanya x confius ke nanti yg plastik merah tu best

    Ap!! Jam 11 waduh pak mesti frust sgt time tu kan

    Jembatan cinta!!! Leh beramas mesra bestnya heeeee

    ReplyDelete
  2. Baca blog Pak Meng bikin ketawa sendiri...xix.

    ReplyDelete
  3. ok dh lost dh brapa byk tempat ko pegi dlm jangkamasa aku branak hahahaha!

    kitorang nk pi kukup tu kot, nk try tido hotel dah lama sgt ni gatal badan tido kat rumah je hahaha! nanti nak khatam blk post ko :D

    ReplyDelete
  4. Beg plastik beratur yang aku tak tahan tu... cantik gak la pemandangan kat situ walaupun cuaca redup je. banyak basikal pink yek kat sana...

    ReplyDelete
  5. Plastik sampah pon boleh letak utk beraturkan meng..hahaha

    Tp watch tower dia unik la..hehrhe

    ReplyDelete
  6. now pukul 3 pagi, dan aku tergelak tengok pic beg plastik beratur.

    hamjadahhh kalau buat kat mesia, memang aku sepak-sepak je plastik tuu dan menyanyi "ini tidak adil tidak adil tidak adilllll...lelaaaaki takkk guuuna"~ *betulkan turban Yuna

    ReplyDelete
  7. JM : pulau tidung la bukan pulau kidung.

    Nak ramas mesra sama siapa tu????


    GF : pelan pelan. jangan ketawa kuat kuat. nanti di bilangnya mereng !


    Biq : oi. cepat la sambung update blog ma esah mcm dulu dulu.

    kukup tu makan sedap sedap kan?

    ReplyDelete
  8. Ali : ya.. banyak basikal pink. sebab nak bagi associate dengan suasana romantik kot. basikal pink. jambatan pun pink.

    aku rasa kalau cuaca cerah mesti lagi cun pulau ni kot...


    HB : boleh. aku punya tu dalam tu pun sampah jer...

    saja letak. yang lain2 belakang warna hitam tu semua dlm air mineral..


    NanaT : kalau kat malaysia letak plastik mcm tu je pastu tinggal. bila dtg balik mesti dah jauh terkebelakang.

    ada je yang pedajal suci

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...