Friday, August 29, 2014

Santai Cuti Sekolah - 05 - Coliseum Cafe, Kuala Lumpur

Selepas check out dari Ascott Sentral tu kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Hajat hati adalah nak pegi Kamdar beli baju sekolah agama Hero sebab baju dia dah macam belacan !!! Baru setengah tahun tu. Dah la ketat tak muat. Tanda tanda tumbesaran yang bermaharajalela tahap obesiti budak tu.

Pegi ke Kamdar dan beli baju dia.

Berbeza dengan masa gi beli baju time sekolah dulu, time ni OK sikit sebab orang tak ramai.

Dan selepas beli baju sekolah di Kamdar, kami singgah makan tengahari. 

Kalau aku tanya OR dia mesti nak gi Insaf. Tapi aku dah insaf buat masa ni nak gi makan kat sana, jadi aku yang bagi cadangan.

Kita pegi makan di Coliseum Cafe, Kuala Lumpur. Aku memang cepat tertarik kalau ada nama coli coli ni...

Hahahaha

Terletak betul betul depan Kamdar Jalan TAR tu

Coliseum Cafe & Grill Room

Kalau tengok dari luar memang sunyi sepi jer tempat ni. Tapi perlu diketahui, tempat ini listed di dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Operating Western Colonial-Themed Restaurant’, semenjak tahun 1921 lagi.

Kiranya ini la antara restoran yang masih bernafas di Kuala Lumpur dari start operasi nya berpuluh puluh tahun dahulu.

Masuk masuk je terasa sungguh berada di kedai Cina. Tapi macam kopitiam yang upscale sikit lah cuma perabut je agak zaman amoi amoi bertocang lagi.

Ayuh masuk

Walaupun dari luar nampak macam tak de orang, tapi bila masuk dalam full house !!!

Nasib ada tempat untuk kami semua.

Menu book

Terkenal dengan western food nya

Layan gambar gambar dalam kedai. Semua gambar ni aku snap sorok sorok pakai iPhone jer. 

Dipersilakan duduk.............

Full house

Ini kat tempat merokok

Gambar gambar dari sejak dulu

Coliseum Cafe

Terasa Kecinaan sangat tak?

Tempat ni memang famous dengan western food sebenarnya, tapi sebab kami semua tekak Melayu, tetap nak makan makanan Melayu dan aku pulak jenis tak makan steak apa semua ni, jadi kami order mengikut selera dan tekak masing masing.

Topi Princess

Air Teh O Ais Limau

Hinanese Chicken Chop untuk aku. Tak sedap mana. RM 23.90

Mee Goreng Hainan untuk Princess. Makan tak abis pun. RM 13.90

Princess makan laici ni jer..

Nasik Goreng Cili Padi untuk OR. Aku rasa macam OK jugak. RM 17.90

Nasi Goreng Coliseum Special untuk Hero. Tak sedap mana. Apa yang special pun tak tau. RM 13.90

Apple Pie Hero. Makan tak abis. Masa nak tu meluap luap. RM 12.50

Banana Springroll with ice cream. Rupa je menarik, bila dah kenyang tekak pun dah tak leh terima. RM 10.90

Total damage : RM 143.70. Fresh juice RM 10 segelas. Air laichee/tea o ais limau RM 5.00 segelas !

Tak tau la mahal ke murah. Mahal jugak la kot. Tapi tu belum ambik segala ribs, steaks apa semua. Aku tengok harga dia tu agak pricey jugak. Tapi tu la sebab orang datang ke sini, datang nak makan steak dan western food. Cuma kami ni je terlebih Melayu.. nak jugak makan nasi.

Makanan bagi aku standard je. Average. Nothing to shout about. Boleh try sekali lah, nak repeat tak mao dah lah.

Layan gambar gambar lain dalam Coliseum Cafe, Kuala Lumpur ni.





Alhamdulillah, mengenyangkan.

Aku tak recommend mana unless nak try western food dia tu. 

Sekarang ni, selain daripada cafe asal di Jalan Tunku Abdul Rahman ni, mereka telah membuka cawangan mereka Cafe Coliseum 1921 di Plaza 33, Petaling Jaya.

Boleh la gi checkidaut !!!

Boleh refer website mereka : Coliseum 1921

Dah kenyang jadi berat badan. Nak gi melawat tempat tempat lain pun dah tak jadi. KIV dulu je lah. 

Cuaca pulak hujan. Perut kenyang. Hati riang. Rasa macam nak kembali ke ranjang....

Maka berakhir lah percutian ke destinasi yang sepenanak nasi je jauhnya.........

bersambung...............

13 comments :

  1. have never been there though heard good reviews

    ReplyDelete
  2. pernah makan sekali di sini, farewell ofismate..foodnya biasa2 aje..lunchtime, full house jg..

    ReplyDelete
  3. Meng, ada jumpa waiter yg cukup klasik tak?. Masa saya pegi dulu2 ada lagi waiter yg berumur lebih 60 thn. Mungkin skrg dah tak ada kot.

    ReplyDelete
  4. aiseseseh, igt bleh la cekidaut hainanese chicken chop nya tapi ghopenye saje tak meyakinkan. adeke gune fries bodo je...

    ReplyDelete
  5. Apa la org Hitalian ni jakun sgt nk mkn mknn Melayu...

    ReplyDelete
  6. sedapnya banana springroll tuh.. meleleh ayaq lio tengok.. slurppp

    ReplyDelete
  7. MKL : yup. even perabot agak old tapi kedainya bersih dan terjaga..


    SK : u shuld.. try la once.


    Nohas : makan rib and steak ke? hari tu opis aku pun buat makan2 sini gak tapi busy malas nak pi.. lagi pun sebab tau makanan dia biasa2 jer..


    MSM : errrr tak perasan. tapi mcm ramai jugak la apek apek tua dlm tu. nyonya pun ada. rasa mcm family depa kot.. or memang pekerja sejak day 1?

    menarik tu... tak sempat nak interview hari tu sebab pelahap dpt makanan..





    ReplyDelete
  8. NanaT : hainanese chicken chop pi makan kat tempat lain la.. sini x menarik sgt..


    pB : mahal jugak la kot... lagi lagi kalau makan tak abis.. double rugi jer rasanya..


    amir : lu kena paham.. atas dahi gua ni ada tulis

    BELACAN !

    hahahaha..


    IZ : nampak sedap. masa order meluap luap nak makan. bila dah makan dah kenyang..

    terbiar sepi...

    ReplyDelete
  9. Fresh juice rm10 segelas? Nampaknya beli buah blk buat sendiri. Nko ni lokek lah Jm! Ahahaha den x mampu

    ReplyDelete
  10. Masuk kedai ni aku rasa mcm kedai kopitiam cina lama dolu2...oldskool!hehe western dia pun biasa jer meng...cuma sbb dia buat hainanese chicken chop tu aku rasa mcm klasik jer...

    ada satu kedai yg buat aku feeling gini gak...kat taiping...staff dia semua slow motion jer...dah tua la katakan...hehehe

    ReplyDelete
  11. JM : minum sekali je. tak aci tambah.. hehehe..


    DJ : Tu la mcm oldskool sikit... sekali sekala nak mengimbau ok la. tapi kalau nak duduk restoran zaman 40 an tapi order makanan fusion fusion, idok laaa oldskool namanya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...